Telegram Web Link
@sekadarmonolog

Jatuh cintalah kepada,
Orang yang faham dirinya sedang dicintai.

Dengan cara itu,
Kau tidak akan terlalu berusaha,
Untuk mendapat kasih sayang darinya,
Untuk mendapat perhatian darinya,
Untuk mendapat masa darinya.
@sekadarmonolog

Terima kasih Tuhan,
Kerana Kau telah mengurniakan aku,
Satu jiwa yang menghargai sekecil-kecil keistimewaanku,
Dan menerima sebesar-besar kelemahanku.
@sekadarmonolog

Benarlah,
Bukti kita benar-benar mencintai seseorang adalah,
Bukan semata-mata kerana kelebihannya,
Tetapi di saat kita masih mampu mencintainya,
Di saat segala kekurangannya terserlah.
@sekadarmonolog

Percayalah,
Untuk mencintai aku itu tidak mudah,
Kerana bahkan aku pernah berkali-kali mengalah,
Untuk mencintai diri sendiri.

Dan aku berharap,
Kamu tidak akan pernah mengalah,
Dalam urusan mencintaiku.
@sekadarmonolog

Dan di detik ini,
Aku sangat bersyukur,
Kerana Tuhan telah memilih dia untuk melihat kelebihan aku,
Kerana Tuhan telah memilih dia untuk menerima kekurangan aku,
Kerana Tuhan telah memilih dia untuk berjalan di samping aku,
Kerana Tuhan telah mempertemukan kami.
@sekadarmonolog

Kamu,
Telah membuktikan bahawa kamu mampu,
Menghargai sekecil-kecil keistimewaanku,
Dan menerima sebesar-besar kelemahanku.
@sekadarmonolog

Kedengaran butir-butir hujan lebat yang turun,
Seolah-olah memahami isi hatiku,
Sedang tidak baik-baik sahaja.

Kedengaran butir-butir hujan lebat yang turun,
Seolah-olah memahami ruang sepiku,
Dan membuat sunyi disekelilingku bertambah kedengaran.
@sekadarmonolog

Memang benar,
Kita takkan mampu memadam seseorang,
Dari ingatan kita untuk selamanya.

Tetapi sekurangnya,
Kita perlu berusaha tidak menoleh ke belakang lagi,
Dan tidak hidup dalam bayang-bayang masa lalu.
@sekadarmonolog

Percayalah,
Kita akan bahagia,
Jika kita mula menghargai,
Hal-hal kecil dari seseorang.

Kerana bukti dicintai itu bukanlah hanya,
Apabila seseorang sanggup melakukan hal-hal besar untuk kita,
Tetapi apabila seseorang sanggup melakukan hal-hal kecil untuk kita.
@sekadarmonolog

Jangan sering berharap,
Orang-orang mampu membuat kita bahagia,
Sebaliknya,
Kitalah yang harus berusaha,
Untuk membuat orang lain bahagia juga.
@sekadarmonolog

Semoga kita selalu punya banyak cara,
Untuk jatuh cinta setiap hari.
@sekadarmonolog

“Tuhan,
Untuk kali ini saja,
Aku mohon padaMu,
Menangkan aku dalam ceritaku.”
@sekadarmonolog

Ketika aku sedang buruk,
Dalam menyampaikan perkataanku,
Semoga kamu pandai membaca mataku,
Kerana ia lebih bisa berterus-terang.

-aksarakinan
@sekadarmonolog

“Aku duduk dengan amarahku cukup lama,
Sehingga ia memberitahuku bahawa,
Nama aslinya adalah kesedihan.”
@sekadarmonolog

“Hargailah sebelum peduli menjadi terserah.”
@sekadarmonolog

Setelah tidur tidak lagi dapat melenyapkan bising isi kepala,
Lalu aku mendongak ke langit untuk berasa lebih dekat dengan-Nya,
Dan disitulah aku menemui ketenangan yang sebenarnya.
@sekadarmonolog

Untuk setiap hal yang tak bisa aku kendalikan,
Aku tahu itu adalah ujian dari Tuhan,
Supaya aku terus berjuang.
@sekadarmonolog

Untuk semua kepedihan dan kesedihan yang kita lalui,
Bersabarlah,
Bertahanlah.

Kerana Tuhan tahu,
Batas kemampuan setiap dari kita.
2024/11/15 09:23:13
Back to Top
HTML Embed Code: