Telegram Web Link
@sekadarmonolog

Tuhan,
Untuk hubungan kali ini,
Aku tidak lagi meletakkan sepenuhnya harapan pada ciptaan-Mu,
Aku sudah belajar dari kesilapan,
Kerana berharap pada seseorang.

Tuhan,
Aku berharap Engkau akhirnya akan mempersatukan,
Aku tidak lagi mahu mempersiakan perasaan,
Aku tidak lagi mahu berjuang sendirian,
Untuk seseorang yang bukan.
@sekadarmonolog

“Harga diri terletak jauh di atas cinta,
Jadi, secinta apapun diriku padamu,
Jika kau merendahkan harga diriku,
Maka saat itu juga kau bukan apa-apa bagiku.”
@sekadarmonolog

Kita usahakan menjadi manusia baik,
Di setiap pertemuan dalam perjalanan dengan manusia lainnya.
@sekadarmonolog

Maaf,
Jika sesekali aku menjauh dan mendiamkan diri,
Sesungguhnya aku sedang berperang dengan isi kepala sendiri,
Dan aku juga sedang berusaha untuk tidak menyakiti siapa-siapa.
@sekadarmonolog

Tidak semua hal,
Boleh menjadi hal untuk ditertawakan,
Tidak semua hal,
Boleh menjadi hal yang lucu.

Kerana disebalik semua itu,
Pasti ada hal yang membuat seseorang kecewa,
Yang membuat seseorang trauma,
Yang membuat seseorang merasa rendah diri.
@sekadarmonolog

Aku tidak pernah menginginkan seseorang yang sempurna,
Aku hanya menginginkan seseorang yang boleh menerima diriku seadanya.
@sekadarmonolog

Masih terasa sunyi,
Walaupun diri ini dikelilingi manusia yang ramai,
Masih terasa sunyi,
Walaupun telinga ini dipenuhi bunyi-bunyi semesta,
Masih terasa sunyi,
Walaupun mata ini melihat dunia yang penuh isi.

Meskipun sunyi di tengah malam,
Bahkan sunyi di tengah siang,
Sunyi itu memang sial.
@sekadarmonolog

Sejujurnya,
Aku tidak apa-apa,
Jika aku yang sering memulai,
Jika aku yang sering menanti,
Jika aku yang sering memahami.

Cuma kadangkala,
Aku lelah kerana terlalu sering.
@sekadarmonolog

Aku akan berusaha,
Untuk tidak berisik dalam apa jua hal,
Jika itu mampu membuatmu tenang.

Tentang masamu,
Tentang perhatianmu,
Tentang sikapmu,
Tentang perlakuanmu,
Aku tidak akan berisik lagi.
@sekadarmonolog

Ada yang rusak bersama waktu,
Ada juga yang sembuh.

-fiersa besari
@sekadarmonolog

Anggaplah aku rumahmu,
Yang ketika kamu kepergian,
Kamu selalu tahu arah pulangmu.

Dan menetaplah semahumu,
Pergilah hanya ketika perlu.
@sekadarmonolog

Dan aku,
Mencintaimu tanpa sebarang ‘kerana’,
Mencintaimu tanpa sebarang ‘tetapi’.”
@sekadarmonolog

Cubalah sesekali,
Kau berada di tempatku,
Dan aku pasti,
Kau tidak akan setenang sekarang.

Cubalah sesekali,
Kau berada di fikiranku,
Dan aku pasti,
Kau tidak akan sedamai sekarang.

Cubalah sesekali,
Kau menyelami jiwaku,
Dan aku pasti,
Kau tidak akan selapang sekarang.

Cubalah sesekali,
Kau berada di tempatku,
Dan aku pasti,
Kau akan memahami keadaanku.
@sekadarmonolog

“Semua akan berubah,
Entah itu masa atau rasa.”
@sekadarmonolog

Yang selalu ada,
Pasti akhirnya akan pergi.

Yang selalu ada,
Pastu akhirnya akan menghilang.

Hargailah ia.
2024/06/25 05:18:30
Back to Top
HTML Embed Code: