Telegram Web Link
Selawat ini segala-galanya. Murah rezeki, mudah urusan..

Kelebihan selawat sangat hebat.

Kita wajib paling kurang 1,000 kali selawat (setiap hari).

..atau boleh, lebih..

Lepas Subuh 2,000,
Lepas Zuhur 2,000,
Lepas Asar 2,000
LepasMaghrib 2,000
Lepas Isyak 2,000
Dan lajak lagi hingga 12,000.

Sebenar banyak kelebihan Allah beri kepada orang berselawat.

TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI
Pengajian Selepas Subuh
Asmaul Husna (Allah Al-Fattah: Yang Maha Membuka)
18 Mac 2022
RUMAH YANG MENGELUARKAN CAHAYA.

Habib Umar bin Hafidz :

"Hampir di setiap waktu ba'da sholat maghrib ada seorang 'ulama besar di Hadramaut selalu berjalan di sebuah daerah. Terdengar dari tiap-tiap rumah, penghuninya membaca Al-Qur'an ada juga yang berdzikir, ada juga yang membaca Ratib dan sholawat.

Lantas, dilihatnya dari rumah-rumah tersebut mengeluarkan Cahaya, namun Cahaya yang lebih terang hingga ke langit adalah Cahaya rumah yang sedang bersholawat kepada Nabi Muhammad ﷺ

Dan telah berkata Al-Maghfurlah Al-Habib Ahmad Alwy Baraqbah, Sholawat yang kita bacakan itu sesungguhnnya mengeluarkan bau yang harum dan harumnya sholawat dapat tercium oleh semua makhluk Allah Ta'ala kecuali manusia dan jin.

Jika Allah Ta'ala membuka hijab penciuman kita niscaya kita akan sibuk mencari di mana harum itu berasal sehingga kita lupa terhadap penghidupan kita."

صلوا على النبي محمد ﷺ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

❤️
Orang yang beruntung tetapi memilih untuk merugi adalah orang yang الله beri kesempatan waktu, dan lisannya tidak bersholawat atas Rasulullah SAW, tetapi lebih memilih untuk berkata yang sia-sia dan banyak tertawa.

‎(Habib Umar bin Hafidz)
Dalam selawat terdapat keberkahan.

Rahmat serta nazrah redha Allah pada sesiapa yang berselawat ﷺ.
Orang yang suka berselawat kepada Rasulullah ﷺ.

Akan suka kepada orang yang suka berselawat kepada Rasulullah ﷺ.
Orang kalau banyak dosanya, bila kena SELAWAT dosanya itu berguguran.
Kekal berselawat ﷺ.

Orang selawat hati jadi bersih, qalbin salim.
Tidak berselawat ﷺ.

Melainkan dia termasuk yang mengamalkan ilmu.
KEPENTINGAN TASAWUF DALAM MENYEMPURNAKAN SYARIAT.

Mereka yang bersyariat namun tidak bertasawuf, akan tersasar kerana tasawuf akan sentiasa menjaga hati agar ingat, rasa dan pandang dalam segala amal ibadahnya hanya kerana Allah swt.

Kita belajar tasawuf kemudian bersihkan qolbu kita agar sentiasa ingat, merasai kebersamaan dgn Allah dlm apa jua keadaan. Tasawuf untuk mjaga hati supaya hati kita ini berperanan sepertimana fungsinya.

Kita pernah berada dalam kenikmatan menyaksikan Allah disana suatu masa dahulu. Rohani yang memiliki kesedaran, pasti akan rindukan suasana kenikmatan dalam memuji, bertasbih duduk dalam keasyikan denganNya. Oleh itu, nafsu perlu dibimbing agar mencapai rasa dan musyahadah kepada Allah.

Terdapat 2 cara dalam mengenal Allah..
🔸Kenal Allah dalam jalan ilmu. Pandu akal dengan ilmu agar kita memiliki akidah dan pegangan yang betul, tauhid yang betul.
🔸Kenal Allah dengan jalan penyucian qolbu (pembersihan jiwa). Kerana yang dapat merasai dan memandang Allah itu ialah rohani.

Apabila hati bersih, maka betullah amal ibadah kita. Maka, kita akan jadi hamba yang benar dalam apa jua keadaan. Ketika kita dalam nikmat dan ujian, hati tetap akan menjadi betul dengan Allah.

Kenal Allah jangan hanya sekadar dengan jalan ilmu, tetapi mesti kenal Allah dalam bentuk rasa. Kenal Allah dalam bentuk ilmu tidak sama dengan kenal Allah dalam bentuk rasa. Maka, Allah indahkan alam ini dengan tajallikan pelbagai asma'Nya untuk kita merasai pelbagai tajalli asma'-asma' Allah.

Jika telah dibukakan inkisyaf pada diri, maka kita akan merasai setiap keindahan dalam takdir Allah ketika susah atau senang.

Ilmu tasawuf untuk membawa kepada penyucian jiwa, mencapai akhlak-akhlak yang mulia dan membawa kepada jalan mujahadah. Tasawuf itu perlu kepada pembimbing, berdiri diatas kefahaman dan keikhlasan. Ibadah tanpa tasawuf akan dicemari dengan najis hati seperti riak, ujub, takabbur, sumaah.

”Maka barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Rabbnya.” (Surat Al-Kahfi, Ayat 110)

Tasawuf itu awalnya syariat, akhirnya syariat. Jangan tinggal amal jika mengharapkan pertemuan dengan Allah. Amal yang kita lakukan adalah untuk diri kita, tiada sedikit pun memberi manfaat kepada Allah. Allah tidak berhajat pada amal kita. Allah berdiri dalam keagunganNya tersendiri.

Kesempurnaan amal itu adalah dalam amal yang benar-benar tulus dan murni. Untuk dapat hal itu, perlukan kepada guru-guru sufi sebagai pembimbing. Cari guru yang mempunyai limpahan sanad yang membawa jalan Muhammad dan bukannya guru yang membawa jalan yang mengikut nafsu dan diri.

Nabi sangat memberi penekanan sungguh pada hal mengislahkan hati. Nabi ajarkan pada para sahabat tentang ayat-ayat Allah (ketauhidan)..kenal dan faham tentang Allah. Setelah kenal dan faham ayat-ayat Allah, Nabi bersihkan qolbu para sahabat. Jika hanya berilmu tanpa ada penyucian qolbu..akan membawa kepada ketakburan.

Kenapa Nabi suruh islah hati(baiki hati)?
Kerana kejayaan insan itu ialah ingat Allah.
Tiada makna jika kita memiliki kekayaan namun Allah tiada di hati.

Cari dunia..jangan tinggal akhirat
Cari akhirat..jangan tinggal dunia.
Hidup kita untuk Allah. Ketika mana kamu sudah letak dunia di dalam hati, akan hilanglah akhirat mu.
Jalan sufi ada dua..dengan jalan sabar dan jalan syukur.
Kedua-dua jalan itu memerlukan CINTA. Tanpa cinta, tidak akan mampu untuk memiliki sifat sabar dan syukur.

Kata ulamak sufi,
Jalan kami ialah CINTA.
Hanya CINTA yang membawa kepada CINTA.
Tanpa CINTA tidak akan membawa kita kepada CINTA.
Bagaimana untuk sampai kepada CINTA, jika kamu tidak berjalan dengan CINTA?

Jangan mensyirikkan Allah dengan ibadah mu. Jika ibadah penuh dengan najis, bagaimana ibadah kita untuk naik? Maka, wajib untuk bersihkan qolbu untuk buang sifat-sifat mazmumah yang ditegah oleh Allah, kemudian nak dihiaskan dengan sifat-sifat mahmudah yang disuruh oleh Allah. Untuk mendapatkan qolbun salim..perlu bersihkan qolbu.
Jalan cepat untuk bersihkan qolbu dengan selawat.

Kenal siapa yang kita sembah, agar ibadah itu penuh dengan cinta. Ibadah yang penuh cinta ia tiada kenal erti penat dan jemu. Apatah lagi seorang kekasih..dia akan lakukan segalanya demi kekasih. Dia sanggup bersusah-payah demi kekasih..dan dia sanggup disakiti demi kekasih. Dan baginya segala arahan dari kekasih itu bukan perkara yang membebankan. Jika itu daripada kekasih, semua itu adalah keindahan dan kenikmatan.

Maka, jika seseorang itu telah dibukakan hatinya kenal Allah..sehingga dia nampak kebaikan-kebaikan Allah..kadang-kala dia merasa malu di hadapan Allah dek kerana amalnya yang sedikit itu tidak selayaknya dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. Bahkan dia rasa tidak cukup dengan amal ibadahnya jika nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah beri.

Orang tasawuf dia memahami ayat 'iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in'. Kita tidak mampu beribadah jika tiada pertolongan Allah. Maka, untuk matikan diri dengan cara duduk dalam keadaan 'La hawla wa la quwwata illa billah'. Sandarkan segala usaha kita hanya pada Allah..buang keakuan diri. Jangan sandarkan usaha pada diri. Orang yang sandarkan segala usaha pada diri..dia lemah. Siapa yang sandarkan kehidupan pada dirinya, dia jatuh dan berada di dalam kehinaan. Kembalikan sandaran mu kepada Allah. Kembalikan kepada Sang Pemilik..

Kita hanyalah dipinjamkan oleh Allah diatas apa kelebihan yang kita ada. Tiada apa perlu dibanggakan..kerana tiada apa milik kita. Segalanya adalah milik Allah. Duduklah di dalam kefakiran..itulah sufi.

Walaupun duduk dalam nikmat..batin kita hamba.
Duduk dalam kekayaan..batin kita hamba.
Duduk dalam kemewahan..batin kita hamba.
Dapat apa jua gelaran atau jawatan..jadilah hamba.
Allah suruh kita jadi hamba.

Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in .. Inilah ayat syariat dan ayat tasawuf.. Bererti kita tidak mampu beribadah dan beramal tanpa pertolongan daripada Allah.

Waallahua'lam

📝Catatan nota
KITAB SUFI SEJATI
Dr. UMAY
24.02.2025
Jalan cepat untuk membersihkan qolbu adalah dengan “Selawat”
2025/04/08 03:46:37
Back to Top
HTML Embed Code: