Telegram Web Link
Happiness comes when you stop complaining about the troubles you have, and thank Allah for the troubles you don’t have.

@penagadismerah🐬
Jangan compare kehidupan kita dengan kehidupan orang lain.
Aturan hidup yang Allah dah tetapkan untuk semua orang tidak sama.

@penagadismerah🐬
How do you feel?
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ada setengah orang berzikir selepas salam solat fardhu dan ada setengah yang lain selepas solat fardhu mereka terus kerjakan solat sunat. Selepas selesai solat sunat barulah mereka berzikir.

Bilakah waktu yang paling afdhal untuk berzikir sebenarnya?

JAWAPAN: Selepas selesai solat fardhu adalah harus samada mahu berzikir dahulu sebelum mengerjakan solat sunat atau mengerjakan solat sunat dahulu kemudian barulah berzikir.

Yang paling afdhal ialah selepas memberi salam solat fardhu ia berzikir dahulu kemudian berdoa.

Selesai dari berzikir dan berdoa ini barulah bangun ia mengerjakan solat sunat jika dia kehendaki.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

وجمهور العلماء على أن ختم الصلاة بالذكر الوارد فيه هذه العبارة يكون عقب الانصراف من الصلاة المكتوبة بالتسليم مباشرة، لدلالة العبارة عليه، ويقويها فعل النبى صلى الله عليه وسلم، حيث كانت الصفوف الأخيرة فى صلاة الجماعة تعرف انتهاء النبى منها بالتكبير أى بالذكر بعد الصلاة

Maksudnya: "Dan bermula jumhur ulamak berpendapat atas bahawa berzikir dengn zikir-zikir yang datang pada masalah ini waktunya ialah selepas selesai dari solat yang fardhu kerana ibarat nas yang menunjuk atasnya.

Dan mengkuatkan akan dia olih perbuatan Nabi saw sekira-kira dikenal akan selesainya saf-saf yang terkahir pada solat berjemaah dengan ucapan takbir yakni dengan berzikir selepas solat tersebut.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah bacaan yang hendak dibaca ketika seorang wanita mahu melahirkan anak supaya jadi mudah baginya melahirkan anak?

JAWAPAN: InsyaAllah boleh amalkan baca bagi yang sakit hendak beranak atau orang lain membacakan disisinya akan bacaan berikut:

Ayat Qursi

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Surah Al-Falaq

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)

Surah An-Nas

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١) مَلِكِ النَّاسِ (٢) إِلَهِ النَّاسِ (٣) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (٦)

Selawat dan berdoa:

بسْم الله الرَّحمن الرَّحيم
اللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ

رَبِّ يَسِّرْ ولا تُعَسِّرْ. رَبِّ تمِّمْ بالخير

Maksudnya: “Wahai Tuhan mudahkanlah jangan Engkau payahkan. Wahai Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikkan.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Berkenaan hadis yang berbunyi ‘dunia penjara orang beriman dan syurga orang kafir’ itu apakah maksudnya?

JAWAPAN: Hadis yang dimaksudkan ini diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda:

الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Maksudnya: “Bermula dunia itu adalah penjara orang mukmin dan syurga orang kafir.” [Hadis riwayat Imam Muslim]

Berkata Imam Nawawi:

معناه: أن كل مؤمن مسجون ممنوع في الدنيا من الشهوات المحرمة والمكروهة مكلَّف بفعل الطاعات الشاقة، فإذا مات استراح من هذا وانقلب إلى ما أعدَّ الله تعالى له من النعيم الدائم والراحة الخالصة من النقصان، وأما الكافر فإنما له من ذلك ما حصل في الدنيا مع قلته وتكديره بالمنغصات فإذا مات صار إلى العذاب الدائم وشقاء الأبد اهـ

Maksudnya: “Makna hadis ini ialah sekalian orang beriman di dalam dunia tertahan dan terhalang dari keinginan syahwat yang diharamkan dan yang dibenci syarak dan dipikulkan beban mengerjakan segala ketaatan. Maka apabila mati orang beriman itu rehatlah ia dari perkara ini dan berpindahlah ia kepada apa yang dijanjikan oleh Allah Taala baginya daripada segala nikmat yang berkekalan dan keselesaan yang lepas dari segala kekurangan. Dan ada pun orang kafir maka hanyasanya bagi mereka segala kesedapan syahwat dan keinginan yang diharamkan di dalam dunia serta sedikitnya dan kotornya dengan segala macam masalah. Maka apabila mati ia jadilah ia kepada azab yang berkekalan dan kecelakaan yang kekal.” [Kitab Syarah Muslim]

Berkata Imam Munawi:

الدُّنْيَا» أي الحياة الدنيا «سِجْنُ الْمُؤْمِنِ» بالنسبة لما أعد له في الآخرة من النعيم المقيم «وَجَنَّةُ الْكَافِرِ» بالنسبة لما أمامه من عذاب الجحيم

Maksudnya: “Kehidupan dunia ibarat penjara orang beriman jika dinisbahkan kepada apa yang dijanjikan baginya pada akhirat daripada segala nikmat yang kekal manakala maksud dunia itu syurga orang kafir ialah jika dinisbahkan kepada apa yang ada dihadapan mereka itu daripada azab api neraka.”[Kitab Faidul Qadir]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya seorang yang tidak solat fardhu pada awal masuk waktu tapi dia hendak kerjakannya di pertengahan waktu kemudian mati ia sebelum sempat menunaikannya?

JAWAPAN: Solat lima waktu itu wajib dikerjakan dalam waktu dengan kewajipan yang diluaskan. Harus hukumnya dia berazam untuk menunaikannya kemudian tetapi masih di dalam waktu tetapi menunaikannya di awal waktu itu afdhal.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar:

تَجِبُ الصَّلَاةُ بِأَوَّلِ الْوَقْتِ وُجُوبًا مُوَسَّعًا إلَى أَنْ لَا يَبْقَى إلَّا مَا يَسَعُهَا كُلَّهَا بِشُرُوطِهَا، وَلَا يَجُوزُ تَأْخِيرُهَا عَنْ أَوَّلِهِ إلَّا إنْ عَزَمَ عَلَى فِعْلِهَا أَثْنَاءَهُ، وَكَذَا كُلُّ وَاجِبٍ مُوَسَّعٍ... وَإِذَا أَخَّرَهَا بِالنِّيَّةِ وَلَمْ يَظُنَّ مَوْتَهُ فِيهِ فَمَاتَ لَمْ يَعْصِ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يُقَصِّرْ لِكَوْنِ الْوَقْتِ مَحْدُودًا وَلَمْ يُخْرِجْهَا عَنْهُ] اهـ.

Maksudnya: “Wajib menunaikan solat pada awal waktu akan sebagai wajib yang diluaskan sehingga kepada masa yang sekira-kira cukup untuk menunaikannya dengan segala syarat dan rukun. Tidak harus seorang itu melambatkannya dari awal waktu melainkan dia berazam atas menunaikannya dipertengahan waktu. Dan begitu jugalah semua perkara wajib yang diluaskan. Apabila dia melambatkannya dengan niat dan tiada kuat sangkaan kematiannya didalam waktu tersebut lalu mati ia nescaya tidak berdosa ia. Kerana sungguhnya dia tidak sengaja cuai kerana keadaan waktu itu terhingga dan dia tidak mengeluarkannya dari waktu.” [Kitab Tuhfatul Muhtaj]

Berkata syeikh Syarwani:

فَإِنْ غَلَبَ عَلَى ظَنِّهِ أَنَّهُ يَمُوتُ فِي أَثْنَاءِ الْوَقْتِ بَعْدَ مُضِيِّ قَدْرِهَا... تَعَيَّنَتِ الصَّلَاةُ فِي أَوَّلِ الْوَقْتِ فَيَعْصِي بِتَأْخِيرِهَا عَنْهُ؛ لِأَنَّ الْوَقْتَ تُضَيِّقَ عَلَيْهِ بِظَنِّهِ] اهـ.

Maksudnya: “Maka jika ghaliblah atas sangkaannya bahawasanya mati dia pada pertegahan waktu kemudian dari berlalu kadarnya maka tertentulah solat itu pada awal waktu dan berdosa ia lambatkan solat itu dari waktu kerana waktu telah sempit baginya dengan sangkaannya.” [Kitab Hasyiah Tuhfah]

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Tersebut pada hadis bahawa malaikat tidak masuk rumah orang yang junub. Apakah maksud sebenar hadis tersebut?

Dan adakah semua malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang junub?

JAWAPAN: Maksud orang junub dalam hadis tersebut ialah orang yang junub yang tidak melakukan mandi hadas kerana meringan-ringankan kewajipan mandi dan melambatkannya hingga terkeluar dari waktu solat.

Dan malaikat yang dimaksudkan itu ialah malaikat rahmat.

Tersebut pada himpunan fatwa mufti negeri Mesir:

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. dari Nabi SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ وَلَا كَلْبٌ وَلَا جُنُبٌ

Maksudnya: ''Tidak masuk oleh malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya patung dan anjing dan orang yang junub.” [Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaai]

Dan bermula maksud dengan perkataan junub di dalam hadis itu ialah orang yang meringankan perintah mandi hadas dan membiasakan dirinya dengan melambatkan solat dari waktunya.

Berkata As-Sanaadi pada Hasyiah Sunan Nasaai: “Sabda Nabi SAW tidak masuk malaikat itu maksudnya ialah ditanggung atas malaikat rahmat dan barakah. Bukannya malaikat hafazah maka sungguhnya malaikat hafazah itu tidak bercerai dengan orang junub dan juga orang yang selainnya.

Dan ditanggungkan makna junub itu ialah orang yang junub yang meringankan kewajipan mandi dan menjadikannya kebiasaan bukannya orang junub yang melambatkan mandi kerana menunggu waktu solat.” Dan atas inilah maka melambatkan mandi dengan sekira-kira membawa kepada mengeluarkan solat dari waktunya adalah haram disisi syarak.
Sayugia bagi sekelian orang Islam bersegera dengan mandi dari janabah sehingga tidak membawa kepada ketiadaan mandi yang menyebabkan menjauh oleh malaikat rahmat dan barakah dari tempat yang dia sedang berada itu.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Just hoping that you guys have an amazing day

@penagadismerah🐬
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah bapa boleh memaksa anak perempuannya memakai tudung dan menahan dari memberi nafaqahnya?

JAWAPAN: Seorang bapa mempunyai kekuasaan atas anaknya disisi syarak. Dan bagi bapa berkuasa disisi syarak menyuruh anak perempuannya memakai tudung tanpa melakukan kekerasan bahkan hendaklah dengan jalan yang elok mengikut tarbiyah agama.

Tidak ada kaitan antara memakai tudung dengan kewajipan nafaqah. Maka nafaqah itu wajib atas bapa samada anaknya bertudung atau tidak.
Setengah dari rahmat Islam ialah tidak menjadikan kecuaian pada menunaikan kewajipan syarak itu menyebabkan jadi gugur nafaqah bahkan ia tetap wajib atas bapa pada masalah seperti ini.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Bolehkah memusnahkan Quran yang sudah buruk dengan cara membakarnya?

JAWAPAN: Haram memusnahkan Quran tanpa sebarang uzur syarak. Jika ada uzur yang dibenarkan disisi syarak seperti sudah rosak atau yang tersalah cetak atau yang sangat buruk sekira-kira tidak boleh digunakan lagi dan dimusnahkan itu bertujuan memeliharanya dari tersia maka hukumnya adalah dibolehkan menurut sebahagian ulamak. Dan ulamak berkhilaf pada masalah ini dengan pelbagai pendapat.

Cara memusnahkannya ialah menghilangkan semua tulisan tiada tinggal sedikit pun seperti direndam di dalam air atau dibakar dan abunya ditanam ditempat yang tidak dipijak manusia. Berkata Imam Suyuthi:

وله غسلها بالماء، وإن أحرقها بالنار فلا بأس. أحرق عثمان مصاحف كان فيها آيات وقراءات منسوخة ولم ينكر عليه

Maksudnya: “Dan harus baginya merendamnya di dalam air. Dan jika dibakarnya dengan api maka tidak mengapa. Telah membakar oleh Uthman r.a. akan mushaf-mushaf yang adalah padanya ayat-ayat dan qiraat yang sudah dimansukh dan tiada seorang ingkar atas perbuatannya.” [Kitab Al-Itqan]

Menurut setengah ulamak membakarnya adalah lebih baik dari membasuhnya. Dan Qadhi Husain menyatakan pendapat bahawa dilarang dari membakarnya manakala Imam Nawawi mengatakan makruh membakarnya.

Menurut setengah ulamak mazhab Hanafi tidaklah dibakar akan Quran yang buruk itu tetapi hendaklah ditanam pada bumi yang tidak dipijak oleh manusia.

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
Dont beg for someone's attention. Know your worth 👌🏻

@penagadismerah
Forwarded from COUNSEL SYARIAH BY HASANAH JOHARI (Hasanah johari)
I hope you guys having a really good sleep and rest. So that you can wake up with a smile
Good night!💕

@penagadismerah🐬
Good morning and have a good dayy people!
May Allah ease our plan for today🌻

@penagadismerah🐬
Jangan lupa setkan goal untuk awak capai harini tau. At least satu goal untuk permulaan.

Contohnya, bangun awal, nak mandi awal, atau nak solat zohor awal waktu dan lain lain.

Hihi trust me, slowly but surely you will become a better person

@penagadismerah🐬
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah disunatkan menangis ketika kita membaca Al-Quran?

JAWAPAN: Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqas sabda Nabi SAW:

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ، فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فَابْكُوا، فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا فَتَبَاكَوْا

Maksudnya: “Sesungguhnya Quran ini diturunkan dengan kesedihan. Maka apabila kamu sekelian membacanya maka menangislah. Maka jika kamu tidap dapat menangis maka buatlah menangis.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Berkata Imam Nawawi:

البكاء في حال القراءة، وهو صفة العارفين، وشعار عباد الله الصالحين

Maksudnya: “Bermula menangis ketika membaca Quran itu ialah sifat orang yang Arifin dan syiar segala hamba Allah yang solihin.” [Kitab At-Tibyan]

Berkata Imam Ghazali:

البكاء مستحب مع القراءة

Maksudnya: “Menangis itu disunatkan ketika membaca Quran.” [Kitab Ihya’ Ulumuddin]

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a. bahwasanya beliau solat subuh dan membaca surah Yusuf lalu menangis hingga mengalir air matanya pada dadanya.

Ketika tiba penduduk Yaman ke tempat Abu Bakar As-Siddiq r.a. lalu mereka membaca akan Quran dan menangis mereka itu maka kata Abu Bakar: Beginilah kami dahulu.

Dan diriwayatkan daripada Hisham kata beliau:

ربما سمعت بكاء محمد بن سيرين في الليل وهو في الصلاة

Maksudnya: “Pernah aku mendengar tangisan Muhammad bin Sirrin pada waktu malam ketika beliau di dalam solat.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
To like yourself is a pretty good start 😉

@penagadismerah🐬
2024/09/29 20:31:28
Back to Top
HTML Embed Code: