Telegram Web Link
Donโ€™t listen to the person who has the answers; listen to the person who has the questions.
- Albert Einstein

@penagadismerah๐Ÿฌ
"Be thankful for what you have; youโ€™ll end up having more. If you concentrate on what you donโ€™t have, you will never, ever have enough." - Oprah Winfrey

@penagadismerah๐Ÿฌ
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ผ)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah wajib dibasuh dahulu jika kita membeli pakaian baru atau boleh dipakai tanpa dibasuh terlebih dahulu?

JAWAPAN: Tidak wajib membasuh pakaian yang baru dibeli sebelum memakainya jika tiada ada tanda atau kesan yang ia terkena najis atau suatu yang memudaratkan.

Ini kerana kaedah yang berbunyi :

ุงู„ู’ุฃูŽุตู’ู„ู ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุดู’ูŠูŽุงุกู ุงู„ู’ุฅูุจูŽุงุญูŽุฉู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฏูู„ู‘ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู„ููŠู„ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุชู‘ูŽุญู’ุฑููŠู…

Maksudnya: โ€œBermula asal bagi setiap suatu itu adalah harus sehingga menunjuk oleh dalil atas diharamkannya.โ€

Tetapi adalah elok dibasuh terlebih dahulu sebelum memakainya kerana biasanya baju yang baru keluar dari kilang bercampur dengan pelbagai bahan kimia dan asid ketika proses pembuatannya seperti bahan kimia yang bertujuan memberi ketahanan kepada warna pakaian dan kain yang disimpan lama di kilang sebelum dijahit terkadang terdedah kepada kotoran.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ผ)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah diwajibkan seseorang itu ada wuduk kalau dia mahu membaca Quran atau berzikir?

JAWAPAN: Tidak diwajibkan mempunyai wuduk jika seseorang itu hendak membaca Quran dengan syarat ia tidak menyentuh Quran ketika membacanya.

Hanya diwajibkan atas yang ingin membaca Quran itu ia suci dari hadas besar seperti janabah atau haid.

Tetapi yang afdhal bagi yang mahu membaca Quran itu ia mengambil wuduk kerana dengan ada wuduk ia dapat menyentuhnya dan dapat pahala berwuduk.

Tersebut pada kitab Al-Futuhat Ar-Rabbaniah:

ู‚ุงู„ ููŠ ุงู„ู…ุฌู…ูˆุน ุฅุฌู…ุงุน ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ู‚ุฑุขู† ู„ู„ู…ุญุฏุซ ูˆุงู„ุฃูุถู„ ุฃู† ูŠุชุทู‡ุฑ ู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œTelah berkata Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmuโ€™ telah ijmak sekelian orang Islam atas harus baca Quran bagi yang berhadas kecil. Dan yang afdhalnya ialah bersuci ia (berwuduk) bagi membaca Quran.โ€ Tetapi jika seorang yang tidak ada wuduk itu ia baca juga akan Quran maka ianya adalah harus tanpa makruh.

Berkata Imam Ghazali:

ูˆู„ุง ู†ู‚ูˆู„ ู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ู…ุญุฏุซ ู…ูƒุฑูˆู‡ุฉ

Maksudnya: โ€œDan tidak kami mengatakan membaca Quran tanpa wuduk itu makruh.โ€ [Kitab Al-Basith]

Dan begitu juga dengan berzikir maka tidak disyaratkan seorang yang hendak berzikir itu mempunyai wuduk dan sekalipun atas orang yang berhadas besar seperti haid dan janabah.

Berkata Imam Nawawi:

ุฃุฌู…ุน ุงู„ุนู„ู…ุงุก ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ุงู„ุฐูƒุฑ ุจุงู„ู‚ู„ุจ ูˆุงู„ู„ุณุงู† ู„ู„ู…ุญุฏุซ ูˆุงู„ุฌู†ุจ ูˆุงู„ุญุงุฆุถ ูˆุงู„ู†ูุณุงุกุŒ ูˆุฐู„ูƒ ููŠ ุงู„ุชุณุจูŠุญ ูˆุงู„ุชู‡ู„ูŠู„ ูˆุงู„ุชุญู…ูŠุฏ ูˆุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูˆุงู„ุฏุนุงุก ูˆุบูŠุฑ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œTelah ijmak oleh ulamak atas harus berzikir dengan hati atau lisan bagi yang berhadas kecil atau yang junub atau yang sedang haid dan nifas. Zikir tersebut termasuk tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat atas Nabi SAW dan berdoa dan yang lain dari yang demikian itu.โ€ [Kitab Al-Azkaar]

Dan seperti mana membaca Quran maka adalah orang yang berzikir itu afdhal dalam keadaan bersuci dari hadas.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ผ)
SOAL JAWAB JAWAB

SOALAN: Apakah sah solat seseorang yang di dalam mulutnya ada sisa makanan atau ada pada lidahnya rasa makanan atau minuman?

JAWAPAN: Diantara perkara yang boleh membatalkan solat ialah menelan suatu benda samada makanan atau minuman atau lainnya.

Ada pun jika sisa makanan ada didalam mulutnya ketika dia mengerjakan solat atau ada pada lidahnya rasa makanan atau rasa minuman dan tidak ia telannya maka tidaklah batal solatnya itu.

Jika dengan sengaja ia telan sisa makanan tersebut sekalipun sedikit atau air liurnya ada rasa makanan atau rasa minuman lalu ia telan air liurnya itu maka batal solatnya.

Telah menyebut oleh Syeikh Sulaiman Al-Jamal:

ุฃูŽู…ู‘ูŽุง ู…ูุฌูŽุฑู‘ูŽุฏู ุงู„ุทู‘ูŽุนู’ู…ู ุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุซูŽุฑู ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ู ููŽู„ุง ุฃูŽุซูŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ุงู†ู’ุชูููŽุงุกู ูˆูุตููˆู„ู ุงู„ู’ุนูŽูŠู’ู†ู ุฅู„ูŽู‰ ุฌูŽูˆู’ููู‡ู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูุซู’ู„ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ุงู„ุฃูŽุซูŽุฑู ุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽู‡ู’ูˆูŽุฉู ู…ูู…ู‘ูŽุง ูŠูุบูŽูŠู‘ูุฑู ู„ูŽูˆู’ู†ูŽู‡ู ุฃูŽูˆู’ ุทูŽุนู’ู…ูŽู‡ู ููŽูŠูŽุถูุฑู‘ู ุงุจู’ุชูู„ูŽุงุนูู‡ู ู„ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุชูŽุบูŽูŠู‘ูุฑูŽ ู„ูŽูˆู’ู†ูู‡ู ูŠูŽุฏูู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุจูู‡ู ุนูŽูŠู’ู†ู‹ุง

Maksudnya: โ€œAda pun sisa makanan yang berbaki dalam mulut itu tidak membatalkan solat kerana tidak sampai ia ke dalam perut. Dan tidak sama umpama yang demikian itu sisa yang tinggal kemudian dari minum kopi dari barang yang mengubah warna air liur atau mengubah rasa air liur maka bolih memberi mudarat menelannya dari kerana berubah warna air liur itu menunjukkan atas ada padanya juzuk makanan.โ€ [Hasyiah Al-Jamal โ€˜ala Al-Minhaj]

Sebaiknya ia bersihkan dulu mulutnya sebelum memulakan solat selepas makan atau minum kerana itulah sunat berkumur sebelum solat.

Kesimpulannya jika sisa makanan itu kekal dalam mulutnya tiada ditelannya sepanjang ia melakukan solat maka solatnya sah dan tidak batal.

Setengah ulamak menyebut dalam kitab-kitab mereka sunat diludah akan sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika sedang melakukan solat.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ผ)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apabila seorang yang berbalut dahinya sebab luka adakah sah sujudnya kerana syarat sah sujud itu hendaklah dahinya terbuka tanpa berlapik ketika ia sujud?

JAWAPAN: Bermula syarat sah sujud itu hendaklah sujud dengan dahi ke lantai dalam keadaan dahi terbuka tidak berlapik dengan suatu seperti serban atau kain atau lengan baju dan seumpamanya.

Ada pun bagi seorang yang ada balutan pada dahinya sebab luka maka jika balutan itu boleh dibuka sekejap untuk bersolat maka wajib dibuka atau pun balutan itu tidak menutup sekelian dahi maka hendaklah ia sujud kenakan ke lantai bahagian dahi yang tidak tertutup itu.

Jika balutan itu tidak boleh dibuka dan balutan itu menutup semua bahagian dahi maka sah ia sujud dalam keadaaan berlapik dengan pembalut seperti itu sebagai satu kelonggaran baginya.

Dan jika tidak mampu kenakan dahi berbalut itu ke lantai sebab sakit maka memadai tunduk kepala sahaja ketika sujud.

Berkata Imam Taqiyudin Al-Hushni:

ู„ูˆ ูƒุงู† ุนู„ู‰ ุฌุจู‡ุชู‡ ุฌุฑุงุญุฉ ูˆุนุตุจู‡ุง ูˆุณุฌุฏ ุนู„ู‰ ุงู„ุนุตุงุจุฉ ุฃุฌุฒุฃู‡ ูˆู„ุง ู‚ุถุงุก ุนู„ูŠู‡ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุฐู‡ุจ ู„ุฃู†ู‡ ุฅุฐุง ุณู‚ุทุช ุงู„ุฅุนุงุฏุฉ ู…ุน ุงู„ุฅูŠู…ุงุก ุจุงู„ุณุฌูˆุฏ ูู‡ู†ุง ุฃูˆู„ู‰ ูˆู„ูˆ ุนุฌุฒ ุนู† ุงู„ุณุฌูˆุฏ ู„ุนู„ุฉ ุฃูˆู…ุฃ ุจุฑุฃุณู‡ ูุฅู† ุนุฌุฒ ูุจุทุฑูู‡ ูˆู„ุง ุฅุนุงุฏุฉ ุนู„ูŠู‡ ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Maksudnya: โ€œJikalau adalah atas dahinya luka yang berbalut dan sujud ia atas pembalut itu maka sah ia dan tiada perlu qadha lagi atasnya atas pendapat mazhab kerana sungguhnya apabila tidak perlu qadha bagi yang sujud dengan isyarat maka masalah disini lebih utama lagi. Dan jikalau lemah seorang dari sujud kerana sakit hendaklah ia sujud dengan menundukkan kepalanya. Dan jika tidak mampu tundukkan kepala maka isyarat dengan gerakan mata adalah memadai dan tidak ada qadha atasnya.โ€ [Kitab Kifayatul Akhyar]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Kita nak syafaat daripada Rasulullah dekat akhirat nanti, Jangan tinggal selawat pada baginda setiap hari.

Dah selawat hari ni?๐Ÿฅฐ

๐ŸŒธุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู๐ŸŒธ


@penagadismerah๐ŸŒธ
Be comfortable with being alone. That way you'll know if you're choosing someone out of love or for sake of not being alone.โœจ

@penagadismerah๐Ÿฆ‹
Reminder ๐Ÿ’•

Sometimes you just have to be at peace knowing they may never be sorry for what they did to you. But thats okay forgive them anyway, not because they deserve it but so you can let go and move on.

@penagadismerah๐ŸŒธ
Siapa dekat sini orang Terengganu? Hihi saya ada benda menarik nak bagitauu๐Ÿคฉ
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ผ)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Selepas seseorang selesai mandi hadas baru tersedar ada sedikit dibahagian tepi kepalanya tidak terkena air mandian.

1) Soalannya adakah kena ulang semula mandi kerana sedikit sangat yang tidak kena air itu?

2) Jika sedar selepas solat pula macamana nak buat?

JAWAPAN: Antara syarat sah mandi hadas ialah rata sekelian badan yang zahir dengan air. Oleh itu, jika ada bahagian badan sama ada kulit atau rambut atau bulu-bulu badan yang tidak kena air maka mandi tersebut adalah tidak sah.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan sifat mandi Rasulullah SAW dengan katanya:

ุซู…ู‘ูŽ ุบุณูŽู„ ุณุงุฆูุฑูŽ ุฌูŽุณูŽุฏูู‡

Maksudnya: โ€œKemudian Nabi saw membasuh sekelian bahagian tubuhnya.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari]

Berkata Imam Shonโ€™ani:

ูˆุงู„ุญุฏูŠุซู ุฏู„ูŠู„ูŒ ุนู„ู‰ ุฃู†ู‘ูŽู‡ ูŠุฌูุจู ุบูŽุณู„ู ุฌู…ูŠุนู ุงู„ุจูŽุฏูŽู† ููŠ ุงู„ุฌู†ุงุจุฉุŒ ูˆู„ุง ูŠูุนููŽู‰ ุนู† ุดูŠุกู ู…ู†ู‡

Maksudnya: โ€œDan hadis ini menjadi dalil atas wajibnya membasuh sekelian badan pada mandi janabah dan tiada dimaafkan meninggalkan sedikit pun darinya.โ€ [Kitab Subulussalam]

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ูˆู‚ุฏ ุฃูˆุฌุจ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ููŠ ุงู„ุบุณู„ ู…ุง ูŠุฃุชูŠ
ุชุนู…ูŠู… ุงู„ุฌุณุฏ ุดุนุฑู‡ ูˆุจุดุฑู‡ ุจุงู„ู…ุงุก ุงู„ุทู‡ูˆุฑ: ู‡ุฐุง ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡ ุจูŠู† ุงู„ูู‚ู‡ุงุกุŒ ููŠุฌุจ ุชุนู…ูŠู… (ุฃูˆ ุฅุนู…ุงู… ูˆู‡ูˆ ุงู„ุฃุตุญ) ุงู„ุดุนุฑ ูˆุงู„ุจุดุฑุฉ ุจุงู„ู…ุงุก ู…ุฑุฉ ูˆุงุญุฏุฉุŒ ุญุชู‰ ู„ูˆ ุจู‚ูŠุช ุจู‚ุนุฉ ูŠุณูŠุฑุฉ ู„ู… ูŠุตุจู‡ุง ุงู„ู…ุงุกุŒ ูŠุฌุจ ุบุณู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œSungguhnya telah mewajibkan oleh para ulamak pada mandi hadas itu meratakan air yang suci pada badan yaitu pada bulu dan kulit.

Ini telah sepakat atasnya antara segala ulamak fiqah. Maka wajib meratakan mengikut pendapat yang paling sahih segala bulu badan dan badan dengan air sekurangnya sekali sehingga jika ada tinggal kawasan yang sedikit sekalipun tidak sampai padanya air maka wajiblah membasuhnya.โ€ [Al-Fiqh Al-Islami]

Jika selepas solat baru sedar ada bahagian badan yang tidak kena air maka wajib ulangi mandi kemudian mengulangi solat tersebut kerana solat yang pertama tadi adalah tidak sah kerana tidak sempurna satu syarat sah solat yaitu suci badan dari hadas. Mandi yang tidak rata air tidak dikira sebagai mandi yang sah.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Yang ni, cantik tak?๐Ÿ˜
Hihi hobi lukis lukis, tapi biasa biasa lagi๐Ÿ˜‰ Kalau dah pandai lukis boleh laa amek order kan kalau ada orang nak?๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ hewhew sorry geng saya tak boleh tidur ๐Ÿ˜‚ siapa nak borak boleh pm bot. Nak tanya apa apa ke, minta nasihat ke. Boleh pm bot okehโœจ
Powered by @Manybot
2024/09/29 22:26:38
Back to Top
HTML Embed Code: