Telegram Web Link
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Biasanya saya bersih lebih kurang 24 hari dalam sebulan tapi kali ini baru 18 hari ada pula datang darah. Adakah darah itu haid? Macamana dengan mandi dan solat?

JAWAPAN:

Berkata Syeikh Syarwani:

وبمجرد رؤية الدم لزمن إمكان الحيض يجب التزام أحكامه ، ثم إن انقطع قبل يوم وليلة بان أن لا شيء فتقضي صلاة ذلك الزمن وإلا بان أنه حيض

Maksudnya: ''Semata-mata melihat darah bagi masa yang berkemungkinan haid maka hendaklah memakai hukum orang sedang haid (iaitu menahan dari mengerjakan solat) kemudian apabila berhenti darah sebelum sampai sehari semalam maka hendaklah diqadha akan solat yang ditinggalkan sebelumnya. Dan jika sampai darah itu sehari semalam maka nyatalah dia sedang haidh.” [Kitab Hasyiah Syarwani ‘ala At-Tuhfah]

Perlu diketahui masa suci antara dua haid tidak boleh kurang dari 15 hari.
Jika datang darah yang kedua selepas suci sekurangnya 15 hari maka puan hendaklah menahan dari solat kerana memakai hukum perempuan yang sedang haid.

Jika darah puan yang keluar pada hari ke 18 itu sampai sehari semalam maka nyatalah ia adalah darah haid maka puan tidak wajib qadha solat yang ditinggalkan itu kerana memang sedang dalam haid.

Jika darah tersebut tidak sampai sehari semalam maka ia bukan darah haid dan puan tidak dihukumkan mengalami haid. Sekelian solat yang ditinggalakn itu wajib diqadha.

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Don’t fall for sweet words, Fall for sweet effort.

@penagadismerah🌸
“Being happy doesn't mean we have to have everything. Happiness will come when we begin to be grateful for what we have.”

@penagadismerah🌸
Surround yourself with those who help you see God even in the mundane.

@penagadismerah🐬
Bila member bercerita, dengar dan faham. Bukan dengar lepastu nak bercerita pasal diri sendiri jugak. Buat la member tu rasa didengari 🙂

@penagadismerah🐬
Apabila seorang gadis yang berusaha menjadi solehah untuk ayahnya. Automatik dia akan menjadi solehah untuk suaminya.

@penagadismerah🌸
"Kita tidak mampu mengubah hati orang untuk bersangka baik."

Tetapi,

"Kita mampu mendidik hati kita untuk bersangka baik terhadap orang."

@penagadismerah🌸
"Happiness cannot be travelled to, owned, earned, worn or consumed. Happiness is the spiritual experience of living every minute with love, grace and gratitude."
© Denis Waitley

@penagadismerah🐬
Always try to look at the bright side of everything and everything will be brighter inshaaAllah

@penagadismerah🐬
"Enjoy your own life without comparing it with that of another."
© Marquis de Condorcet


@penagadismerah🐬
Belum pernah saya berurusan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadangkala membantu saya dan kadangkala menentang saya.
- Qaul Imam Ghazali


@penagadismerah🐬
I realized that tak semua yang kita nak akan kita dapat. Tak semua yang dirancang, akan berjalan seperti yang dirancang. Tak semua yang kita sangka baik tu adalah benar benar baik. Tak semua yang kita sangka mudah tu adalah mudah. Kehidupan memang begini, tak selamanya mudah, indah mengikut kehendak dan sangkaan kita :)

@penagadismerah🐬
Apologising doesn’t always mean you’re wrong and the other person is right. It means you values relationship more than your ego.

@penagadismerah🐬
Izinkanlah aku berumah
sementara di sini
engkaulah orangnya
yang ingin aku kongsi
tambang pulang
ke rumah kekal di sisi Tuhan.

- Suri Akmar, Rumah.

@penagadismerah🦋
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Kalau ada pada tangan kita wang yang haram bercampur dengan wang yang halal kemudian kita tidak ingat mana satu yang halal mana satu yang haram macam manakah caranya kita mahu belanja?

JAWAPAN: Jikalau kita tidak mampu membezakan lagi mana satu wang yang halal dan yang haram maka kita boleh asingkan jadikan dua bahagi.

Contohnya wang halal kita berjumlah tiga ratus ringgit dan wang haram ada dua ratus ringgit maka kita asingkan mana-mana satu menjadi dua bahagi. Kemugian kita ambil bahagi yang bernilai dua ratus ringgit itu dengan niat sebagai wang yang haram untuk kita sedekahkan dan selebihnya menjadi hak kita.

Berkata Imam As-Suyuthi:

وفي فتاوى ابن الصلاح : لو اختلط درهم حلال بدراهم حرام . ولم يتميز فطريقه : أن يعزل قدر الحرام بنية القسمة . ويتصرف في الباقي ، والذي عزله إن علم صاحبه سلمه إليه ، وإلا تصدق به عنه ، وذكر مثله النووي

Maksudnya: “Dan tersebut pada fatwa Imam Ibnu Solah jikalau bercampur wang yang halal dan wang yang haram dan tidak dapat dibezakan maka jalanya ialah dipisahkan kadar yang haram dengan niat membahagikannya dan yang bakinya harus ia gunakan. Bahagian yang haram itu andainya diketahui tuannya hendaklah dikembalikan kepadanya dan jika tidak dapat mengetahui tuannya maka disedekahkan atas nama tuannya. Imam Nawawi juga menyebut seperti demikian.” [Al-Asbah Wa An-Nazhoir]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah halal memakan ikan masin seperti ikan yang dijeruk tanpa membuang isi perutnya yang ada najis di dalamnya?

JAWAPAN: Haram hukumnya memakan ikan tanpa dibersihkan terlebih dulu najis yang ada dalam perutnya dan darahnya.

Akan tetapi jika ikan itu kecil seperti ikan bilis maka tidak haram dimakan tanpa membersihkannya terlebih dari dulu kerana sukar membersihkanya sebab saizanya yang kecil.

Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Kubra:

وَلَا يَحِلُّ أَكْلُ سَمَكِ مِلْحٍ وَلَمْ يُنْزَعْ مَا فِيْ جَوْفِهِ لِأَنَّهُ فِي أَكْلِ السَّمَكَةِ كُلِّهَا مَعَ مَا فِيْ جَوْفِهَا مِنَ النَّجَاسَةِ

Maksudnya: “Dan tidak halal memakan ikan masin yang tidak dibuang najis yang ada dalam perutnya kerana sungguhnya pada memakan ikan semua sekali bersama isi perutnya itu adalah najis.”

Dan tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis:

مسألة : روث السمك نجس، ويجوز أكل صغاره قبل شقّ جوفه، ويعفى عن روث تعسر تنقيته وإخراجه، لكن يكره كما في الروضة، ويؤخذ منه أنه لا يجوز أكل كباره قبل إخراج روثه لعدم المشقة في ذلك

Maksudnya: “Masalah kotoran ikan itu adalah najis. Dan harus memakan ikan yang kecil sebelum disiang akan perutnya dan dimaafkan kotorannya kerana sukar membersihkannya dan mengeluarkannya akan tetapi makruh ia seperti yang tersebut pada kitab Ar-Raudhah.

Dan diambil pengertian daripadanya sungguhnya tidak halal memakan ikan yang besar sebelum membersihkan isi perutnya kerana tidak sukar yang demikian itu.” [Bughah Musrtassyidin]

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from Motivasi (Mr Khalid)
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Motivasi dalam diri sendiri

10 Tips Meningkatkan Keyakinan Diri

1. Fikirkan Boleh - Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anda tidak? Inilah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogan kata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup anda.

2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya. Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang 'GAGAL'. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?

3. Berdikari - Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

4. Berfikir Secara Kreatif. Dengan berkreatif, anda akan melihat 'cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi 'kegelapan' selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.

5. Bersikap Positif dan Optmitis. Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.

6. Berilah sedikit masa untuk berjaya. Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.

7. Rujuk matlamat hidup- Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.

8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran. Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa 'kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.

9. Fahami fitrah alam; Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.

10. ALLAH akan bersama dengan kebenaran. Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti ALLAH akan bersama dengan anda. Jika ALLAH Yang maha gagah, maha hebat, maha pencipta (lihat sekeliling alam ini dari mata hati) dan Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan dan risaukan? Teruskan hidup bersama dengan satu semangat perjuangan harmoni...
The key to life is accepting challenges. Once someone stops doing this, he's dead.
© Bette Davis

@penagadismerah🐬
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
[ AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ]
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Assalamualaikum muslimin dan muslimat yang dikasihi oleh Allah SWT.

Salam Unite For Islam merupakan satu platform telegram channel bagi menyebarkan perkongsian ilmu keagamaan secara harian.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Perkongsian dipost secara harian seperti berikut:
🔶PAGI • Madrasah Tarbiah
🔶PETANG • Tazkirah Ramadhan
🔶MALAM • Soal Jawab Agama
> Perkongsian adalah melalui penulisan
> Perkongsian telah dirujuk/disemak
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Saya ingin menjemput sahabat semua join:
Telegram Channel ~ https://www.tg-me.com/wnmuhdfirdaus
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
ProgramDUIT RAYA• nak join? baca di BIO channel
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
JOM SEBARKAN AJAK KAWAN-KAWAN SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA
2024/11/05 22:57:15
Back to Top
HTML Embed Code: