Telegram Web Link
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah hadis yang menjadi dalil solat sunat taubat?

Apakah sebab disuruh menunaikan solat taubat?

โ€ข Sambungan Post Kelmarin โ€ข

JAWAPAN:

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah daripada bapanya r.a. berkata:

ุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง ููŽุฏูŽุนูŽุง ุจูู„ูŽุงู„ู‹ุงุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: "ูŠูŽุง ุจูู„ูŽุงู„ู ุจูู…ูŽ ุณูŽุจูŽู‚ู’ุชูŽู†ููŠ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูุŒ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฏูŽุฎูŽู„ู’ุชู ุงู„ู’ุจูŽุงุฑูุญูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ููŽุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฎูŽุดู’ุฎูŽุดูŽุชูŽูƒูŽ ุฃูŽู…ูŽุงู…ููŠ"ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุจูู„ูŽุงู„ูŒ: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ู…ูŽุง ุฃูŽุฐู’ู†ูŽุจู’ุชู ู‚ูŽุทู‘ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽูŠู’ุชู ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ูุŒ ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽุตูŽุงุจูŽู†ููŠ ุญูŽุฏูŽุซูŒ ู‚ูŽุทู‘ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู’ุชู ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ูŽุง

Maksudnya: โ€œPada waktu pagi Rasulullah SAW telah memanggil akan Bilal r.a. dan berkata: Wahai Bilal. Kerana amalan apakah kamu mendahului aku di dalam syurga? Sungguhnya aku melihat di dalam syurga semalam dan aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku. Maka jawab Bilal: Wahai Rasulullah. Tiadalah aku kerjakan satu dosa sama sekali melainkan aku pasti menunaikan solat dua rakaat dan tiadalah menimpa aku oleh hadas melainkan aku segera berwuduk kerananya.โ€ [Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmizi]

Dan telah diriwayatkan daripada Abu Dardaโ€™ r.a. katanya: Aku telah mendengar akan Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃูŽ ููŽุฃูŽุญู’ุณูŽู†ูŽ ูˆูุถููˆุกูŽู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู…ูŽ ููŽุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุฃูŽูˆู’ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนู‹ุง (ุดูƒ ุฃุญุฏ ุงู„ุฑูˆุงุฉ) ูŠูุญู’ุณูู†ู ูููŠู‡ูู…ูŽุง ุงู„ุฐู‘ููƒู’ุฑูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุฎูุดููˆุนูŽ ุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุงุณู’ุชูŽุบู’ููŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ุŒ ุบูŽููŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ู

Maksudnya: โ€œBarangsiapa berwuduk dengan wuduk yang sangat elok kemudian berdiri ia mengerjakan dua rakaat solat atau empat rakaat yang dia elokkan kelakuan solatnya itu dengan zikir dan khusyuk kemudian dia beristighfar akan Allah Taala nescaya Allah akan mengampunkan baginya.โ€ [Hadis Riwayat Ahmad]

Sebab Disuruh Solat Sunat Taubat
Dan sebab diperintahkan mengerjakan solat sunat taubat ialah menuntut kesempurnaan dan kesungguhannya kembali kepada Allah.

Berkata Syeikh Abdurrahman bin Qasim:

ูˆูŽูููŠู‡ ุงุณู’ุชููŠููŽุงุก ูˆูุฌููˆู‡ ุงู„ุทู‘ูŽุงุนูŽุฉ ูููŠ ุงู„ุชู‘ูŽูˆู’ุจูŽุฉุŒ ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู†ูŽุฏู…ุŒ ููŽุชุทู‡ุฑุŒ ุซู…ู‘ูŽ ุตู„ู‰ุŒ ุชู…ู‘ ุงุณู’ุชุบู’ูุฑุŒ ูˆูŽุฅูุฐุง ุฃูŽุชูŽู‰ ุจุฐู„ูƒ ุนู„ู‰ ุฃูƒู…ู„ ุงู„ู’ูˆูุฌููˆู‡ ุบูุฑ ุงู„ู„ู‡ ู„ูŽู‡ู ุจูˆุนุฏู‡ ุงู„ุตู‘ูŽุงุฏูู‚"

Maksudnya: โ€œDan pada menunaikan solat ini ialah menuntut kesempurnaan segala wajah ketaatan pada ketika bertaubat kerana sungguhnya taubat itu ialah penyesalan lalu dia bersuci dan menunaikan solat kemudian meminta keampunan. Dan apabila dia datangkan dengan yang demikian itu atas segala rupa yang sempurna nescaya Allah akan mengampunkan baginya dengan sebab janji-Nya yang benar.โ€ [Kitab Al-Ihkam]

Wallahua'lam

@wnmuhdfirdaus
Ustaz Ebit Lew pernah cakap, kalau orang buat kita, kutuk kita, maki kita atau dengki dengan kita.

Kita doa ;

โ€œYa Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.โ€

โš˜ โค๏ธ๐Ÿƒ

@DakwahSentapOfficial
Usah bangun dengan kesedihan semalam, ia tidak boleh diubah lagi. Bangunlah dengan semangat yang baru untuk kejar kebahagiaan.

@penagadismerah๐Ÿฌ
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Berkenaan sunnah makan dengan tiga jari saya ingin tahu jari manakah yang tiga itu dan adakah ia satu kewajipan bagi kita mengikutnya dan apakah hukumnya jikalau kita makan seperti biasa menggunakan lima jari?

JAWAPAN: Jari yang dimaksukdan ialah ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Diriwayatkan daripada Kaโ€™ab bin โ€˜Ujrah r.a. katanya:

ุฑุฃูŠุช ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠุฃูƒู„ ุจุฃุตุงุจุนู‡ ุงู„ุซู„ุงุซ : ุจุงู„ุฅุจู‡ุงู… ูˆุงู„ุชูŠ ุชู„ูŠู‡ุง ูˆุงู„ูˆุณุทู‰

Maksudnya: โ€œAku telah melihat Rasulullah SAW makan ia dengan menggunakan tiga jarinya iaitu dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. [Hadis Riwayat Imam At-Tabarani dalam kitab Al-Awsath]

Hendaklah diketahui bahawa hukum makan dengan menggunakan tiga jari ini ialah sunat dan bukannya wajib.

Siapa yang memakan dengan lima jari seperti biasa masyarakat kita amalkan maka tidaklah menjadi kesalahan hanya menggunakan tiga jari itu sunnah iaitu lebih afdhal kerana tidak banyak makanan yang diambil masuk ke dalam mulut kerana memasukkan makan yang banyak sekali suap ke dalam mulut itu adalah adab yang kurang elok.

Dan bukan semua keadaan kita disunatkan makan dengan tiga jari adakalanya terpaksa makan dengan lebih dari tiga jari mengikut keadaan semasa dan jenis makanan yang kita makan.

Kalau sukar mengangkat atau mengambil suatu makanan dengan menggunakan tiga jari maka harus menggunakan dua jari lagi ketika itu.

Berkata Imam Muslim:

ูˆูŽุงุณู’ุชูุญู’ุจูŽุงุจู ุงู„ู’ุฃูŽูƒู’ู„ู ุจุซู„ุงุซ ุฃุตุงุจุน ูˆู„ุงูŠุถู… ุงู„ูŠู‡ุง ุงู„ุฑุงุจุนุฉ ูˆุงู„ุฎุงู…ุณุฉ ุฅู„ุงู„ุนุฐุฑ ุจุฃู† ูŠูƒูˆู† ู…ุฑู‚ุง ูˆุบูŠุฑู‡ ู…ู…ุง ู„ุงูŠู…ูƒู† ุจูุซูŽู„ูŽุงุซู ูˆูŽุบูŽูŠู’ุฑู ุฐูŽู„ููƒูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ุฐูŽุงุฑู

Maksudnya: โ€œDan disunatkan makan dengan tiga jari dengan tidak ditambah dua lagi jari melainkan kerana uzur seperti mengambil lauk atau kuah daripada yang tidak mungkin mengambilnya dengan tiga jari dan lain dari yang demikian itu daripada segala uzur.โ€ [Kitab Syarah Muslim]

Kesimpulan

Makan dengan menggunakan tiga jari adalah afdhal kerana ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Jika memerlukan lebih dari tiga jari ketika makan maka hukumnya adalah harus.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah sah solat seorang itu jika dia tidak berniat?

JAWAPAN: Sekalian ulamak mazhab yang empat mewajibkan berniat ketika solat. Ulamak mazhab Maliki dan Syafie berkata bahawa berniat adalah rukun solat manakala ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali berkata bahawa berniat adalah syarat sah solat.

Solat dengan meninggalkan satu rukun adalah tidak sah manakala orang yang meninggalkan satu syarat dari syarat-syarat sah solat maka solatnya tidak sah.

Oleh kerana itu maka siapa yang mengerjakan solat tanpa berniat atau dia berniat tetapi dengan niat yang salah maka solatnya tidak sah dengan sepakat ulamak.

Tersebut dalam ktab Al-Fiqhu โ€˜ala Mazahib Al-Arbaโ€™ah:

ุฃู† ุงู„ู…ุงู„ูƒูŠุฉ ูˆุงู„ุดุงูุนูŠุฉ ุงุชูู‚ูˆุง ุนู„ู‰ ุฃู† ุงู„ู†ูŠุฉ ุฑูƒู† ู…ู† ุฃุฑูƒุงู† ุงู„ุตู„ุงุฉุŒ ูู„ูˆ ู„ู… ูŠู†ูˆ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูุฅู†ู‡ ู„ุง ูŠู‚ุงู„ ู„ู‡: ู‚ุฏ ุตู„ู‰ ุฃุตู„ุงู‹ุŒ ูˆุงู„ุญู†ููŠุฉ ูˆุงู„ุญู†ุงุจู„ุฉ ุงุชูู‚ูˆุง ุนู„ู‰ ุฃู†ู‡ุง ุดุฑุทุ› ุจู…ุนู†ู‰ ุฃู†ู‡ ุฅู† ู„ู… ูŠุฃุช ุจู‡ุง ูุฅู†ู‡ ูŠูƒูˆู† ู‚ุฏ ุตู„ู‰ ุตู„ุงุฉ ุจุงุทู„ุฉ

Maksudnya: โ€œSungguhnya ulamak mazhab Maliki dan Syafie sepakat atas bahawa sungguhnya niat itu satu rukun dari segala rukun solat maka jika dia tidak berniat maka sungguhnya tidak dikatakan baginya telah mengerjakan solat.

Dan ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali pula sepakat atas bahawasanya niat itu adalah syarat sah solat dengan makna jika dia tidak berniat maka sungguhnya solatnya itu batal.โ€

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Kalau kita masuk dalam masjid kemudian kita nampak najis seperti tahi burung atau air kencing adakah wajib kita kena buang atau beritahu penjaga masjid atau boleh kita diamkan sahaja?

JAWAPAN: Siapa yang melihat atau mengetahui ada najis di dalam masjid maka wajib atasnya memberitahu penjaga masjid supaya dibersihkan dan jika tiada penjaganya maka wajib dia bersihkan najis itu dengan segera dan jika dia biarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan sahaja maka dia telah berdosa.

Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubra:

ู…ูŽู†ู’ ุนูŽู„ูู…ูŽ ุจูู†ูŽุฌูŽุงุณูŽุฉู ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ู„ูŽุฒูู…ูŽู‡ู ุฅุฒูŽุงู„ูŽุชูู‡ูŽุง ููŽูˆู’ุฑู‹ุง ูˆูŽู…ูŽุชูŽู‰ ู‚ูŽุตูŽู‘ุฑูŽ ูููŠ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุฃูŽูˆู’ ุชูŽุฑูŽุงุฎูŽู‰ ูููŠู‡ู ู…ูู†ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุนูุฐู’ุฑู ุฃูŽุซูู…ูŽ

Maksudnya: โ€œBarangsiapa tahu tentang suatu yang najis yang ada pada masjid maka wajib atasnya menghilangkan najis itu iaitu membersihkannya dengan segera. Dan apabila dia cuai dengan tidak menghilangkannya atau dia tangguhkannya dengan tanpa uzur maka dia telah berdosa.โ€ Jika dia lambat membasuhnya atau lambat memberitahu penjaganya kerana hendak mengerjakan solat dahulu umpamanya maka tidaklah mengapa.

Kesimpulan

Siapa yang nampak ada najis di dalam masjid maka hendaklah dia hilangkan najis tersebut jika mampu dan jika tidak mampu hendaklah dia beritahu penjaga masjid tersebut atau orang lain supaya dihilangkannya.

Tidak mengapa dia biarkan dulu jika tidak takut dipijak orang lain kerana hendak menunaikan solat atau perkara hajat yang lain.

Siapa yang mengetahui atau nampak najis dalam masjid tetapi dia diamkan dan tidak dia bersihkan atau memberitahu penjaganya atau orang lain maka dia telah berdosa.

Jika tiada alat untuk membersihkannya dan tiada penjaga masjid disitu maka hendaklah dia letakkan umpama hadangan supaya orang sedar disitu ada najis.

Kebersihan masjid bukan hanya tanggung jawab penjaga masjid tetapi adalah tanggungjawab semua umat Islam.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah hadis yang menyebut orang yang minum arak sekali tidak akan diterima solatnya 40 hari itu hadis sahih?

Apakah maknanya kalau dia sudah bertaubat tidak perlu kerjakan solat 40 hari kemudian baru mula solat?

JAWAPAN: Hadis berkenaan orang yang minum arak itu tidak diterima solatnya selama 40 hari adalah hadis sahih.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin โ€˜Amr bin Al-โ€˜As r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda:

ู„ูŽุง ูŠูŽุดู’ุฑูŽุจู ุงู„ู’ุฎูŽู…ู’ุฑูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ู…ูู†ู’ ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ููŽูŠูŽู‚ู’ุจูŽู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ู‡ู ุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนููŠู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง

Maksudnya: โ€œTiada dari umatku orang yang meminum akan arak maka Allah tidak akan menerima solatnya 40 hari.'' [Hadis Riwayat An-Nasaai]

Dan pada riwayat Imam Tirmizi:

ู…ู† ุดุฑุจ ุงู„ุฎู…ุฑูŽ ู„ู… ุชูู‚ุจู„ู’ ู„ู‡ ุตู„ุงุฉูŒ ุฃุฑุจุนูŠู† ุตุจุงุญู‹ุง

Maksudnya: โ€œSiapa yang minum akan arak tidak akan diterima baginya solat selama 40 pagi.โ€

Bukan maksud tidak akan diterima solat itu tidak perlu solat tetapi solatnya tidak berpahala selama 40 hari. Ada pun mendirikan solat tetap wajib atasnya samada dia sudah bertaubat atau tidak.

Berkata Imam Nawawi:

ูˆุฃู…ุง ุนุฏู… ู‚ุจูˆู„ ุตู„ุงุชู‡ ูู…ุนู†ุงู‡ ุฃู†ู‡ ู„ุง ุซูˆุงุจ ู„ู‡ ููŠู‡ุงุŒ ูˆุฅู† ูƒุงู†ุช ู…ุฌุฒุฆุฉ ููŠ ุณู‚ูˆุท ุงู„ูุฑุถ ุนู†ู‡ุŒ ูˆู„ุง ูŠุญุชุงุฌ ู…ุนู‡ุง ุฅู„ู‰ ุฅุนุงุฏุฉ

Maksudnya: โ€œDan ada pun ketiadaan menerima solatnya itu bermakna sungguhnya tiada pahala bagi solatnya sekalipun solatnya itu sah dan gugur kewajipan daripada orang itu dan tidak perlu lagi dia mengulangi solatnya.'' [Kitab Syarah Sahih Muslim]

@wnmuhdfirdaus
"To learn how to succeed, you have to first learn how to fail."

@penagadismerah๐Ÿฌ
How to save your heart โค๏ธ :

1. You should
- never expect
- never assume
- never demand

2. Know
- your limit
- your potential
- where you stand

3. Donโ€™t
- get jealous
- get affected
- care what others are doing

4. Always
- love yourself
- be happy
- be positive

ยฉjentikhati

@penagadismerah๐Ÿฌ
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Bagaimana kedudukan lengan dan siku ketika kita sedang sujud sembahyang?

Kena angkat dari lantai atau kena rendahkan?

JAWAPAN: Ketika sujud disunatkan merenggangkan dua lengan dari perut dan siku terangkat dari lantai yaitu jangan diletakkan siku di atas lantai. Jika seorang itu sujud dan lengannya serta siku tidak diangkat dari lantai maka solatnya adalah sah.

Berkata Imaam Syairazi:

ูˆูŽูŠูุณู’ุชูŽุญูŽุจู‘ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฌูŽุงูููŠูŽ ู…ูุฑู’ููŽู‚ูŽูŠู’ู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฌูŽู†ู’ุจูŽูŠู’ู‡ู ู„ูู…ูŽุง ุฑูŽูˆูŽู‰ ุฃูŽุจููˆ ู‚ูŽุชูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฌูŽุฏูŽ ุฌูŽุงููŽู‰ ุนูŽุถูุฏูŽูŠู’ู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฌูŽู†ู’ุจูŽูŠู’ู‡ู
ูˆูŽูŠูŽุฑู’ููŽุนูŽ ู…ูุฑู’ููŽู‚ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽูŠูŽุนู’ุชูŽู…ูุฏูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุงุญูŽุชูŽูŠู’ู‡ู ู„ูู…ูŽุง ุฑูŽูˆูŽู‰ ุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุงุกู ุงูุจู’ู†ู ุนูŽุงุฒูุจู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฌูŽุฏู’ุชูŽ ููŽุถูŽุนู’ ูƒูŽูู‘ูŽูŠู’ูƒูŽ ูˆูŽุงุฑู’ููŽุนู’ ู…ูุฑู’ููŽู‚ูŽูŠู’ูƒูŽ

Maksudnya: โ€œDan disunatkan renggangkan dua sikunya dari rusuknya kerana hadith Abu Qatadah r.a. sungguhnya Nabi SAW adalah ia ketika sujud merenggangkan kedua lengan dari dua rusuknya. Dan disunatkan mengangkat dua sikunya dan bertekan atas dua tapak tangannya kerana hadith Al-Barraโ€™ bin โ€˜Azib r.a. bahawasanya Nabi saw bersabda: Apabila kamu sujud maka letakkan dua tapak tanganmu dan angkatlah dua sikumu.โ€ [Kitab Al-Muhazzab]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Sah atau tidak sembahyang kita kalau selepas salam baru sedar ada darah nyamuk pada baju kita?

JAWAPAN: Jika dimaksudkan dengan darah nyamuk disini ialah darah yang ada pada seekor nyamuk yang terpenyet lalu mengeluarkan darah kena pada pakaian kita maka ada perselisihan ulamak padanya iaitu setengah ulamak memberi pandangan dengan dimaafkannya kerana sedikit sangat dan bukan disengaja manakala setangah ulamak mengatakan tidak boleh dibawa kedalam sembahyang melainkan dengan disucikan dulu pakaian tersebut.

Berkata Syeikh Muhammad Syatha Ad-Dimyati:

ูˆูŽุงุฎู’ุชูŽู„ูŽููŽ ูููŠู’ู…ูŽุง ู„ูŽูˆู’ ู„ูŽุจูุณูŽ ุซูŽูˆู’ุจู‹ุง ูููŠู’ู‡ู ุฏูŽู…ู ุจูŽุฑูŽุงุบููŠู’ุซูŽ ูˆูŽุจูŽุฏูŽู†ูู‡ู ุฑูŽุทู’ุจูŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูุชูŽูˆูŽุงู„ููŠู‘ู ูŠูŽุฌููˆู’ุฒู ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุฎู ุฃูŽุจููˆู’ ุนูŽู„ููŠู‘ู ู„ุงูŽ ูŠูŽุฌููˆู’ุฒู

Maksudnya: โ€œDan telah berkhilaf oleh fuqahak pada masalah jikalau kena atas pakaian darah nyamuk dan badannya basah maka berkata Syeikh Mutawali dengan harusnya dan berkata Syeikh Abu Ali tidak harus ia.โ€ [Kitab Ianat At-Talibin]

Kesimpulan

Jika sedikit darah nyamuk itu pada pakaiannya dan badan kita tidak basah yang menyebabkan darah itu merebak dan bukan disengajakan maka hukumnya dimaaf sebagaimana dimaafkan najis yang lain jika sedikit.

Jika banyak yakni nampak jelas darah itu kemerahan pada pakaiannya maka tidak dimaaf hendaklah dibersihkan dulu pakaian tersebut sebelum dipakai di dalam sembahyang kerana itu dikira banyak.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
5 Important guidelines in life:

1. When you are alone, mind your thoughts.
2. When you are angry, mind your temper.
3. When you are with a group, mind your behavior.
4. When you are in trouble, mind your emotions.
5. When God starts blessing you, mind your ego.

@penagadismerah๐ŸŒธ
@penagadismerah๐Ÿฌ
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya menggunakan kontek lense kerana masalah penglihatan. Soalan saya kalau hendak berwuduk adakah saya kena tanggalkan dulu atau tidak perlu tanggalkan?

Dan adakah sah kalau ada tahi mata yang tidak dibuang terlebih dulu pada tepi mata?

JAWAPAN: Hendaklah diketahui bahawa biji mata tidak termasuk dalam anggota yang wajib dibasuh ketika membasuh muka pada berwuduk.

Oleh itu tidak wajib ditanggalkan kanta pelekap mata apabila mahu mengambil wuduk.

Ada pun kotoran yang ada pada tepi mata maka wajib dibuang dahulu kerana jika tidak sampai air kepada tepi mata kerana terhalang oleh kotoran tersebut maka wuduk itu tidak sah.

Berkata Imam Nawawi:

ุฃู…ุง ุญูƒู… ุงู„ู…ุณุฃู„ุฉ ูู„ุง ูŠุฌุจ ุบุณู„ ุฏุงุฎู„ ุงู„ุนูŠู† ุจุงู„ุงุชูุงู‚ ูˆููŠ ุงุณุชุญุจุงุจู‡ ุงู„ูˆุฌู‡ุงู† ุงู„ู„ุฐุงู† ุฐูƒุฑู‡ู…ุง ุงู„ู…ุตู†ู ุฃุตุญู‡ู…ุง ุนู†ุฏ ุงู„ุฌู…ู‡ูˆุฑ ู„ุง ูŠุณุชุญุจ
ู‡ุฐุง ุงู„ุฐู‰ ุฐูƒุฑู†ุงู‡ ุงู†ู…ุง ู‡ูˆ ููŠ ุบุณู„ ุฏุงุฎู„ ุงู„ุนูŠู† ุฃู…ุง ู…ุขู‚ู‰ ุงู„ุนูŠู†ูŠู† ููŠุบุณู„ุงู† ุจู„ุง ุฎู„ุงู ูุงู† ูƒุงู† ุนู„ูŠู‡ู…ุง ู‚ุฐู‰ ูŠู…ู†ุน ูˆุตูˆู„ ุงู„ู…ุงุก ุฅู„ู‰ ุงู„ู…ุญู„ ุงู„ูˆุงุฌุจ ู…ู† ุงู„ูˆุฌู‡ ูˆุฌุจ ู…ุณุญู‡ ูˆุบุณู„ ู…ุง ุชุญุชู‡

Maksudnya: โ€œAda pun hukum pada masalah iaitu membasuh muka pada wuduk maka tidak wajib membasuh bahagian dalam mata dengan sepakat ulamak dan adakah ia sunat maka pendapat yang paling sahih tidak disunatkan membasuh biji mata.

Yang telah disebut ini ialah bahagian dalam mata iaitu biji mata.

Adapun tepi dua mata maka wajib dibasuh tanpa khilaf. Maka jika ada tepi mata itu kotoran yang menghalang sampai air pada tempat yang wajib dibasuh pada muka nescaya wajib disapu dan dibasuh dibawahnya.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™]

Kesimpulan

Kanta lekap tidak perlu ditanggalkan ketika berwuduk kerana biji mata tidak wajib dibasuh ketika berwuduk.

Tahi mata dan segala kotoran yang ada pada tepi mata wajib dibersihkan supaya tidak menghalang dari sampai air basuhan wuduk.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah isteri?

Adakah wajib atas suami atau isteri itu sendiri?

JAWAPAN: Zakat fitrah isteri wajib dikeluarkan oleh suami kerana mengikut bagi nafaqah iaitu apabila nafaqah isteri wajib dikeluarkan oleh pihak suami maka suami wajib pula mengeluarkan zakat fitrah isterinya. Inilah pendapat jumhur ulamak fiqah.

Berkata Syeikh Alawi Al-Maliki:

ู‚ุงู„ ุงู„ุฌู…ู‡ูˆุฑ ุชุฌุจ ุงู„ุฒูƒุงุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ุฒูˆุฌ ู„ุฒูˆุฌุชู‡ ุฅู„ุญุงู‚ุง ุจุงู„ู†ูู‚ุฉ

Maksudnya: โ€œTelah berkata majoriti ulamak wajib zakat fitrah isteri itu atas suami kerana dihubungkan dengan kewajipan nafaqah." [Kitab Ibanatul Ahkam Syarah Bulughul Maram]

Berkata Syeikh Athiyyah Saqr:

ุฅู† ุงู„ุฒูˆุฌ ูŠุฌุจ ุนู„ูŠู‡ ุฃู† ูŠุฎุฑุฌ ุฒูƒุงุฉ ุงู„ูุทุฑ ุนู† ู†ูุณู‡ ูˆุนู…ู† ุชุฌุจ ุนู„ูŠู‡ ู†ูู‚ุชู‡ู…ุŒ ูˆู…ู†ู‡ู… ุงู„ุฒูˆุฌุฉ

Maksudnya: โ€œSungguhnya suami itu wajiblah atasnya mengeluarkan zakat fitrah atas dirinya dan orang yang wajib atasnya nafaqah mereka itu. Dan setengah dari mereka yang wajib atas suami memberi nafaqah itu ialah isterinya.โ€ [Lajnah Fatwa Al-Azhar]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ada satu soalan berkaitan orang yang was-was ketika mengambil wuduk iaitu digunakan air terlampau banyak pada hal air itu diwakafkan atau dibayar oleh seseorang.

Adakah perbuatan membazir air ketika berwuduk oleh orang was-was itu berdosa?

JAWAPAN: Rasululah SAW menyuruh umatnya meniru contoh amalan baginda sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Termasuklah dalam urusan mengambil wuduk maka Rasulullah SAW mengajar kita supaya mengambil wuduk dengan tiga-tiga kali dan bercermat dan melarang dari membazir.

Orang yang was-was mengambil wuduk adalah orang yang tidak mengikuti perintah dan tunjuk ajar Rasulullah SAW bahkan yang diikut oleh orang was-was hanyalah nafsu dan hasutan syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

ู…ู† ุชูˆุถู‘ูŽุฃูŽ ูƒู…ุง ุฃู…ุฑ ูˆุตู„ู‘ูŽู‰ ูƒู…ุง ุฃู…ุฑ ุบูููุฑูŽ ู„ู‡ ู…ุง ุชู‚ุฏู…ูŽ ู…ู† ุฐู†ุจู‡

Maksudnya: โ€œBarang siapa mengambil wuduk sebagaimana diperintahkan dan solat ia sebagaimana diperintahkan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.โ€ [Sahih Ibnu Hibban]

Ulamak telah menyebut bahawa was-was yang membawa kepada membazirkan air yang diwakafkan seperti air yang disediakan di masjid dan tempat awam adalah haram dan berdosa dan perbuatannya itu adalah maksiat.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Tunis:

ุงู„ูˆุณูˆูŽุณูŽุฉู ุงู„ุชูŠ ุชุคุฏู‘ูŠ ุจุตุงุญุจู‡ุง ุฅู„ู‰ ุงู„ุฅุณุฑุงูู ููŠ ุงู„ู…ุงุกูุŒ ูƒุซูŠุฑูŒ ู…ู† ุงู„ู†ุงุณ ูŠูุณุฑููููˆู† ููŠ ุงู„ู…ุงุก ุจุณุจุจู ุงู„ูˆุณูˆุณุฉ ู‡ุคู„ุงุกู ูˆู‚ุนูˆุง ููŠ ุงู„ู…ุนุตูŠุฉ

Maksudnya: "Pernyakit was-was yang mengheret pelakunya kepada membuang-buang air. Ramai dari kalangan manusia telah melakukan perbuatan membazir pada air sebab was-was dan mereka itu sebenarnya telah jatuh pada melakukan perbuatan maksiat.โ€

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
2024/09/30 08:28:13
Back to Top
HTML Embed Code: