Telegram Web Link
Boleh jadi, tempat yang paling kau benci tu la yang akan banyak ajar kau tentang kehidupan. Cuba cari yang baik walaupun disebalik perkara yang kau benci :)

@penagadismerah๐Ÿฌ
SOAL JAWAB

HUKUM BAGI PROJEK KEPADA KRONI

SOALAN:

Apakah hukumnya jika seorang yang berkuasa seperti menteri atau wakil rakyat atau lainnya memberikan suatu projek kepada kontraktor yang menjadi kroninya padahal yang sepatutnya hendaklah dibuang undi supaya konraktor-kontraktor yang lain berpeluang untuk mendapatkan kerja tersebut?

JAWAPAN:

Jika projek tersebut sepatutnya dibuka untuk orang ramai yang mempunyai kelayakan tiba-tiba diberikan kepada kenalan atau keluarganya maka perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa dan iaitu satu maksiat dari segala macam maksiat yakni derhaka kepada Allah.

Kontraktor yang mendapat projek dengan cara demikian wajib menolak dari menerimanya kerana ia adalah suatu perkara mungkar yang diharamkan disisi syarak.

Jika diterimanya juga kerja tersebut maka jadilah dia berusaha suatu yang haram dan harta yang didapatnya nanti sebagai upah adalah haram dan tidak ada keberkatan.

Tersebut pada kitab Isโ€™adu Ar-Rafiq:

ูˆู…ู†ู‡ุง ุฃูŠ ู…ู† ู…ุนุงุตู‰ ุงู„ุจุฏู† ุงู„ุงุนุงู†ุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุนุตูŠุฉ ุฃูŠ ุนู„ู‰ ู…ุนุตูŠุฉ ู…ู† ู…ุนุงุตู‰ ุงู„ู„ู‡ ุจู‚ูˆู„ ุงูˆ ูุนู„ ุงูˆ ุบูŠุฑู‡ ุซู… ุงู† ูƒุงู†ุช ุงู„ู…ุนุตูŠุฉ ูƒุจูŠุฑุฉ ูƒุงู†ุช ุงู„ุงุนุงู†ุฉ ุนู„ูŠู‡ุง ูƒุฐุงู„ูƒ ูƒู…ุง ููŠ ุงู„ุฒูˆุงุฌุฑ

Maksudnya: โ€œDan setengah daripada maksiat tubuh badan itu ialah menolong atas perkara maksiat dari segala bagai perbuatan derhaka kepada Allah samada dengan perkataan atau perbuatan atau lainnya. Kemudian jika adalah maksiat itu dosa besar maka menolongnya juga adalah dosa besar sebagaimana tersebut pada kita Az-Zawajir.โ€

Dan jika kontraktor tersebut memberi rasuah kepada pihak yang berkuasa meluluskan projek tersebut maka haram diterimanya wang itu dan jika diterimanya dan diberikan kerja tersebut kepada yang merasuah maka jadilah dia menolong atas perkara dosa.

Tersebut pada kitab Ihyaโ€™ Ulumiddin:

ู…ู† ุฃูŽุนุงูŽู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽุนู’ุตููŠูŽุฉู ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุจูุดูŽุทู’ุฑู ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉู ูƒุงูŽู†ูŽ ุดูŽุฑููŠู’ูƒุงู‹ ูููŠู’ู‡ุงูŽูˆูู‰ ู†ูุณ ุงู„ูƒุชุงุจ ุงุฌุฑุฉ ุงู„ุนู…ู„ ุงู„ุฐู‰ ูŠุชุนู„ู‚ ุจุงู„ู…ุนุตูŠุฉ ุญุฑุงู…

Maksudnya: โ€œBarang siapa yang menolong atas perkara maksiat sekalipun dengan perkataan nescaya dia berkongsi sama pada maksiat tersebut. Dan pekerjan yang berkait dengan maksiat adalah haram.โ€

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
SOAL JAWAB

HIKMAH LARANGAN MENIUP MAKANAN DAN MINUMAN

SOALAN:

Berkenaan larangan oleh Nabi meniup makanan dan minuman adakah larangan itu haram dan kenapa Nabi melarang meniup makanan sebenarnya?

JAWAPAN:

Larangan meniup pada makanan dan minuman adalah larangan makruh bukannya haram. Setengah ulamak berkata hukumnya adalah khilaful awla maksudnya menyalahi yang lebih utama kerana yang lebih utama ialah tidak meniupnya tetapi tidaklah sampai berdosa.

Tersebut pada hadis Ibnu Abbas r.a.:

ุงู† ุงู„ู†ูุฎ ุนู„ู‰ ุงู„ุทุนุงู… ูŠุฐู‡ุจ ุงู„ุจุฑูƒุฉ

Maksudnya: โ€œSungguhnya meniup pada makanan itu menghilangkan barakah.'' [Hadis Riwayat Al-Hakim]

Ada pun perkataan setengah orang sebab dilarang meniup pada makanan dan minuman itu ialah supaya tidak terkena najis air liur maka adalah tidak benar kerana air liur adalah suci. Hanyalah dilarang itu kerana apabila ditiup biasanya akan terlihat sebagai kurang bersih atau jijik.

Berkata Syeikh Badaruddin Al-โ€˜Aini:

ุฃู† ู†ู‡ูŠู‡ ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู† ุงู„ู†ูุฎ ููŠ ุงู„ุทุนุงู… ูˆุงู„ุดุฑุงุจ ู„ูŠุณ ุนู„ู‰ ุณุจูŠู„ ุฃู† ู…ุง ุชุทุงูŠุฑ ููŠู‡ ู…ู† ุงู„ู„ุนุงุจ ู†ุฌุณ ูˆุฅู†ู…ุง ู‡ูˆ ุฎุดูŠุฉ ุฃู† ูŠุชู‚ุฐุฑุฉ ุงู„ุขูƒู„ ู…ู†ู‡ ูุฃู…ุฑ ุจุงู„ุชุฃุฏุจ

Maksudnya: โ€œSungguhnya larangan Rasulullah SAW dari meniup pada makanan dan minuman bukanlah kerana takutkan air liur yang keluar itu najis tetapi hanyalah takutkan dipandang keji oleh orang yang makan darinya maka diperintahkan dengan beradab.โ€ [Kitab โ€˜Umdatul Qari]

Dan lagi pula amalan meniup supaya makanan dan minuman yang panas lekas sejuk adalah menunjukkan perangai yang sentiasa hendak cepat dan tergesa-gesa yang ia kurang elok disisi syarak.

Berkata Imam Munawi:

(ู†ู‡ู‰ ุนู† ุงู„ู†ูุฎ ููŠ ุงู„ุทุนุงู…) ู„ุฃู†ู‡ ูŠุคุฐู† ุจุงู„ุนุฌู„ุฉ ูˆุดุฏุฉ ุงู„ุดุฑู‡ ูˆู‚ู„ุฉ ุงู„ุตุจุฑ

Maksudnya: โ€œLarangan dari meniup pada makanan ialah dari kerana sungguhnya ia menunjukkan sikap gaduh dan bersangatan hendak cepat dan sedikit sabar.โ€ [Kitab Faidhul Qadir]

Kesimpulan

Ketika hendak makan atau minum adalah disunatkan tidak meniupnya ketika ia masih panas dan hendaklah ditunggunya sehingga ia sejuk.

Jika seorang meniupnya juga maka perbuatannya itu tidak haram tetapi makruh dan kurang elok dan makanan itu halal dimakan.

Menurut setengah ulamak jika berhajat kepada meniup kerana sangat panas dan masanya sempit maka hukumnya adalah tidak mengapa.

Wallahua'lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
SOAL JAWAB

IBADAT YANG PALING AFDHAL

SOALAN:

Bolehkah ustaz nyatakan apakah amalan zahir yang paling berharga dan apakah amalan batin yang paling berharga?

JAWAPAN:

Amalan zahir yang paling afdhal ialah solat yang fardu dan amalan batin yang paling afdhal ialah iman kepada Allah.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ุนูุจูŽุงุฏูŽุงุชู ุงู„ู’ุจูŽุฏูŽู†ู ุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู . ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุจูุนูุจูŽุงุฏูŽุงุชู ุงู„ู’ุจูŽุฏูŽู†ู ุนูุจูŽุงุฏูŽุงุชู ุงู„ู’ู‚ูŽู„ู’ุจู ูƒูŽุงู„ู’ุฅููŠู…ูŽุงู†ู ุŒ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุนู’ุฑูููŽุฉู ุŒ ูˆูŽุงู„ุชูŽู‘ููŽูƒูู‘ุฑู ุŒ ูˆูŽุงู„ุชูŽู‘ูˆูŽูƒูู‘ู„ู ุŒ ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ุจู’ุฑู ุŒ ูˆูŽุงู„ุฑูู‘ุถูŽุง ุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุฎูŽูˆู’ูู ุŒ ูˆูŽุงู„ุฑูŽู‘ุฌูŽุงุกู ูˆูŽู…ูŽุญูŽุจูŽู‘ุฉู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุญูŽุจูŽู‘ุฉู ุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ุŒ ูˆูŽุงู„ุชูŽู‘ูˆู’ุจูŽุฉู ุŒ ูˆูŽุงู„ุชูŽู‘ุทู’ู‡ููŠุฑู ู…ูู†ู’ ุงู„ุฑูŽู‘ุฐูŽุงุฆูู„ู .ูˆูŽุฃูŽูู’ุถูŽู„ูู‡ูŽุง ุงู„ู’ุฅููŠู…ูŽุงู†ู ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽูƒููˆู†ู ุฅู„ูŽู‘ุง ูˆูŽุงุฌูุจู‹ุง ุŒ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ูŠูŽูƒููˆู†ู ุชูŽุทูŽูˆูู‘ุนู‹ุง ุจูุงู„ุชูŽู‘ุฌู’ุฏููŠุฏู

Maksudnya: โ€œBermula ibadah yang paling afdhal ialah solat fardu. Dan ada pun ibadat yang bangsa hati ialah seperti iman dan makrifat dan tafakkur dan tawakkal dan sabar dan redha dan takut dan harap dan kasih Allah dan Rasul dan bersuci dari segala kotoran batin.

Dan amalan hati yang paling afdhal sekali ialah iman yang ia adalah wajib dan iman yang sunat itu ialah memperbaharuinya.โ€ [Kitab Asnal Mathalib]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
Gadis Merah ๐Ÿ’•
Photo
โœจโœจโœจโœจโœจ๐ŸŒธ
SOAL JAWAB

PAKAIAN SOLAT KENA KEPUTIHAN

SOALAN:

Saya perempuan yang selalu keluar keputihan.

Soalan saya adakah keputihan itu najis dan jika kena pakaian solat adakah wajib dibasuh sebelum solat?

JAWAPAN:

Keputihan ialah cecair yang keluar dari faraj wanita.

Keputihan yang keluar dari bahagian dalam faraj pada kawasan yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak maka ia adalah najis.

Keluar keputihan membatalkan wuduk dan wajib dibasuh jika hendak solat dan pakaian yang terkena keputihan tiu adalah mutannajis tidak boleh dibawa ke dalam solat.

Berkata Syeikh Jamal:

ููŽุฅูู†ู’ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽุชู’ ู…ูู†ู’ ู…ูŽุญูู„ูู‘ ู„ูŽุง ูŠูŽุฌูุจู ุบูŽุณู’ู„ูู‡ู ููŽู‡ููŠูŽ ู†ูŽุฌูุณูŽุฉูŒ ุ› ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ุฑูุทููˆุจูŽุฉูŒ ุฌูŽูˆู’ูููŠูŽู‘ุฉูŒ ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุฅุฐูŽุง ุฎูŽุฑูŽุฌูŽุชู’ ุฅู„ูŽู‰ ุงู„ุธูŽู‘ุงู‡ูุฑู ูŠูุญู’ูƒูŽู…ู ุจูู†ูŽุฌูŽุงุณูŽุชูู‡ูŽุง ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู„ูŽุงู‚ูŽุงู‡ูŽุง ุดูŽูŠู’ุกูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ุทูŽู‘ุงู‡ูุฑู ุชูŽู†ูŽุฌูŽู‘ุณูŽ

Maksudnya: โ€œMaka jika keputihan itu keluar ia dari kawasan yang tidak wajib membasuhnya maka ia adalah najis kerana ia adalah cecair yang terbit dari sebelah dalam. Bila keputihan ini keluar sampai kawasan zahir faraj maka dihukumkan dengan najis. Dan apa sahaja yang benda suci bersentuh dengannya menjadi ternajis.โ€ [Kitab Hasyiah Jamal]

Kesimpulan

Keputihan ialah cecair yang terbit dari dalam faraj wanita dan ia adalah najis.
Jika keluar ia sampai kawasan yang zahir yaitu bahagian faraj yang wajib dibasuh ketika bersuci maka ia membatalkan wuduk.

Pakaian yang terkena keputihan wajib dibasuh jika hendak dipakai pakaian itu di dalam solat.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
Selamat tahun baru, semua! Apa yang baru untuk diri kita di tahun 2021? Kalian boleh tetapkannya tanpa ragu, okay?! โค๏ธ

@penagadismerah๐Ÿฆ‹
Hiiii! Korang dah setup azam tahun baru ke belum tuu?๐Ÿ˜œ
2024/10/01 13:39:15
Back to Top
HTML Embed Code: