Telegram Web Link
Forwarded from Deleted Account
SOAL JAWAB

BAJU SEMBAHYANG KENA DARAH NYAMUK

SOALAN:

Sah atau tidak sembahyang kita kalau selepas salam baru sedar ada darah nyamuk pada baju kita?

JAWAPAN:

Jika dimaksudkan dengan darah nyamuk disini ialah darah yang ada pada seekor nyamuk yang terpenyet lalu mengeluarkan darah kena pada pakaian kita maka ada perselisihan ulamak padanya iaitu setengah ulamak memberi pandangan dengan dimaafkannya kerana sedikit sangat dan bukan disengaja manakala setangah ulamak mengatakan tidak boleh dibawa kedalam sembahyang melainkan dengan disucikan dulu pakaian tersebut.

Berkata Syeikh Muhammad Syatha Ad-Dimyati:

ูˆูŽุงุฎู’ุชูŽู„ูŽููŽ ูููŠู’ู…ูŽุง ู„ูŽูˆู’ ู„ูŽุจูุณูŽ ุซูŽูˆู’ุจู‹ุง ูููŠู’ู‡ู ุฏูŽู…ู ุจูŽุฑูŽุงุบููŠู’ุซูŽ ูˆูŽุจูŽุฏูŽู†ูู‡ู ุฑูŽุทู’ุจูŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูุชูŽูˆูŽุงู„ููŠู‘ู ูŠูŽุฌููˆู’ุฒู ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุฎู ุฃูŽุจููˆู’ ุนูŽู„ููŠู‘ู ู„ุงูŽ ูŠูŽุฌููˆู’ุฒู

Maksudnya: โ€œDan telah berkhilaf oleh fuqahak pada masalah jikalau kena atas pakaian darah nyamuk dan badannya basah maka berkata Syeikh Mutawali dengan harusnya dan berkata Syeikh Abu Ali tidak harus ia.โ€ [Kitab Ianat At-Talibin]

Kesimpulan

Jika sedikit darah nyamuk itu pada pakaiannya dan badan kita tidak basah yang menyebabkan darah itu merebak dan bukan disengajakan maka hukumnya dimaaf sebagaimana dimaafkan najis yang lain jika sedikit.

Jika banyak yakni nampak jelas darah itu kemerahan pada pakaiannya maka tidak dimaaf hendaklah dibersihkan dulu pakaian tersebut sebelum dipakai di dalam sembahyang kerana itu dikira banyak.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
SOAL JAWAB

SIAPA BAYAR ZAKAT FITRAH ISTERI?

SOALAN:

Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah isteri?

Adakah wajib atas suami atau isteri itu sendiri?

JAWAPAN:

Zakat fitrah isteri wajib dikeluarkan oleh suami kerana mengikut bagi nafaqah iaitu apabila nafaqah isteri wajib dikeluarkan oleh pihak suami maka suami wajib pula mengeluarkan zakat fitrah isterinya. Inilah pendapat jumhur ulamak fiqah.

Berkata Syeikh Alawi Al-Maliki:

ู‚ุงู„ ุงู„ุฌู…ู‡ูˆุฑ ุชุฌุจ ุงู„ุฒูƒุงุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ุฒูˆุฌ ู„ุฒูˆุฌุชู‡ ุฅู„ุญุงู‚ุง ุจุงู„ู†ูู‚ุฉ

Maksudnya: โ€œTelah berkata majoriti ulamak wajib zakat fitrah isteri itu atas suami kerana dihubungkan dengan kewajipan nafaqah." [Kitab Ibanatul Ahkam Syarah Bulughul Maram]

Berkata Syeikh Athiyyah Saqr:

ุฅู† ุงู„ุฒูˆุฌ ูŠุฌุจ ุนู„ูŠู‡ ุฃู† ูŠุฎุฑุฌ ุฒูƒุงุฉ ุงู„ูุทุฑ ุนู† ู†ูุณู‡ ูˆุนู…ู† ุชุฌุจ ุนู„ูŠู‡ ู†ูู‚ุชู‡ู…ุŒ ูˆู…ู†ู‡ู… ุงู„ุฒูˆุฌุฉ

Maksudnya: โ€œSungguhnya suami itu wajiblah atasnya mengeluarkan zakat fitrah atas dirinya dan orang yang wajib atasnya nafaqah mereka itu. Dan setengah dari mereka yang wajib atas suami memberi nafaqah itu ialah isterinya.โ€ [Lajnah Fatwa Al-Azhar]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
Selamat Pagiii ๐Ÿ˜
Jangan lupa ๐ŸŒธ
SOAL JAWAB

WUDUK PAKAI KANTA LEKAP

SOALAN:

Saya menggunakan kontek lense kerana masalah penglihatan.
Soalan saya kalau hendak berwuduk adakah saya kena tanggalkan dulu atau tidak perlu tanggalkan?

Dan adakah sah kalau ada tahi mata yang tidak dibuang terlebih dulu pada tepi mata?

JAWAPAN:

Hendaklah diketahui bahawa biji mata tidak termasuk dalam anggota yang wajib dibasuh ketika membasuh muka pada berwuduk.

Oleh itu tidak wajib ditanggalkan kanta pelekap mata apabila mahu mengambil wuduk.

Ada pun kotoran yang ada pada tepi mata maka wajib dibuang dahulu kerana jika tidak sampai air kepada tepi mata kerana terhalang oleh kotoran tersebut maka wuduk itu tidak sah.

Berkata Imam Nawawi:

ุฃู…ุง ุญูƒู… ุงู„ู…ุณุฃู„ุฉ ูู„ุง ูŠุฌุจ ุบุณู„ ุฏุงุฎู„ ุงู„ุนูŠู† ุจุงู„ุงุชูุงู‚ ูˆููŠ ุงุณุชุญุจุงุจู‡ ุงู„ูˆุฌู‡ุงู† ุงู„ู„ุฐุงู† ุฐูƒุฑู‡ู…ุง ุงู„ู…ุตู†ู ุฃุตุญู‡ู…ุง ุนู†ุฏ ุงู„ุฌู…ู‡ูˆุฑ ู„ุง ูŠุณุชุญุจ
ู‡ุฐุง ุงู„ุฐู‰ ุฐูƒุฑู†ุงู‡ ุงู†ู…ุง ู‡ูˆ ููŠ ุบุณู„ ุฏุงุฎู„ ุงู„ุนูŠู† ุฃู…ุง ู…ุขู‚ู‰ ุงู„ุนูŠู†ูŠู† ููŠุบุณู„ุงู† ุจู„ุง ุฎู„ุงู ูุงู† ูƒุงู† ุนู„ูŠู‡ู…ุง ู‚ุฐู‰ ูŠู…ู†ุน ูˆุตูˆู„ ุงู„ู…ุงุก ุฅู„ู‰ ุงู„ู…ุญู„ ุงู„ูˆุงุฌุจ ู…ู† ุงู„ูˆุฌู‡ ูˆุฌุจ ู…ุณุญู‡ ูˆุบุณู„ ู…ุง ุชุญุชู‡

Maksudnya: โ€œAda pun hukum pada masalah iaitu membasuh muka pada wuduk maka tidak wajib membasuh bahagian dalam mata dengan sepakat ulamak dan adakah ia sunat maka pendapat yang paling sahih tidak disunatkan membasuh biji mata.

Yang telah disebut ini ialah bahagian dalam mata iaitu biji mata.

Adapun tepi dua mata maka wajib dibasuh tanpa khilaf. Maka jika ada tepi mata itu kotoran yang menghalang sampai air pada tempat yang wajib dibasuh pada muka nescaya wajib disapu dan dibasuh dibawahnya.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™]

Kesimpulan

Kanta lekap tidak perlu ditanggalkan ketika berwuduk kerana biji mata tidak wajib dibasuh ketika berwuduk.

Tahi mata dan segala kotoran yang ada pada tepi mata wajib dibersihkan supaya tidak menghalang dari sampai air basuhan wuduk.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
Be kind to yourself :)

@penagadismerah๐Ÿฌ
Forwarded from Motivasi
10 Petua Motivasi Diri

Petua 1: Lupakan masa silam yang kelam

Sebelum anda boleh mencipta masa depan yang lebih baik, anda harus melupakan peristiwa malang anda di masa lalu. Gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal selamanya. Belajar dari sejarah, tetapi jangan biarkan hal itu menjadi sebagai penghalang antara anda dan impian anda.

Petua 2: Ingatkan kejayaan

Sama pentingnya dengan belajar dari masa lalu dan mengatasi kegagalan adalah mengenang kejayaan masa lalu. Tidak kira siapa anda, anda pernah berjaya di dalam sesuatu hal pada suatu ketika dahulu. Renung kembali saat-saat tersebut. Gunakan kenangan kejayaan anda untuk memotivasikan diri anda bahawa anda sebenarnya boleh mencapai matlamat anda.

Petua 3: Menyedari segalanya berkemungkinan

Tiada yang mustahil, segalanya boleh berlaku. Impian yang tersemat di dalam hati anda, jika dipindahkan ke dalam minda dan diusahakan pasti boleh dicapai. Terimalah kenyataan bahawa anda sebenarnya boleh mencipta kehidupan yang lebih baik. Ini akan bertindak sebagai batu loncatan untuk meneguhkan kepercayaan anda untuk berjaya.

Petua 4: Impian yang besar

Agar impian dan keinginan anda dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bertindak dan mencapai matlamat, maka impian dan keinginan perlu menjadi besar. Jika anda tidak ghairah dan bersemangat tentang apa yang anda rancangkan untuk masa depan, anda tidak akan dapat menemukan inspirasi yang anda perlukan untuk mengubah hidup anda. Impian yang besar boleh menggerakkan jiwa, dan ketika anda berimpikan sesuatu besar, anda akan terdorong untuk menjadikan impian anda sesuatu yang realiti.

Petua 5: Bertindaklah untuk berubah

Tidak peduli bagaimana anda ingin sesuatu hal itu terjadi, perubahan tidak akan berlaku jika hanya sekadar berfikir - anda harus mengambil tindakan!. Dunia khayalan tidak membawa anda ke mana-mana, tetapi hanya mereka yang bertindak atas keinginan mereka akan benar-benar mencapai impian mereka.

Petua 6: Lakukannya setiap hari

Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap malam untuk menilai pencapaian anda pada hari tersebut dan merancang untuk hari berikutnya. Ini adalah cara yang baik untuk memandu dan mengawal kehidupan anda. Jadikan ianya satu kebiasaan dan lakukannya hari ini. Kebiasaan ini akan membantu ketika anda mula bekerja ke arah mencapai impian anda.

Petua 7: Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Tabiat yang negatif boleh mengganggu usaha untuk mencapai impian anda. Untuk memastikan hal ini tidak terjadi pada anda, lakukan setidaknya satu langkah baru dalam rutin harian anda untuk memperbaiki tabiat tersebut. Setiap langkah yang anda lakukan secara berperingkat-peringkat akan dapat mengubah secara berkesan dan berpanjangan sehingga memungkinkan bagi anda untuk membebaskan diri dari rutin yang negatif.

Petua 8: Dapatkan bantuan dan sokongan

Jangan lakukan sendirian. Mencapai sesuatu impian memerlukan bantuan dan sokongan daripada pelbagai sumber. Akan ada saat-saat anda merasa ingin menyerah, saat anda merasa segalanya terlalu banyak yang perlu dilakukan. Salah satu cara yang paling pasti untuk mengatasi keadaan ini ialah dengan mendapat bantuan, bimbingan dan sokongan daripada sesiapa sahaja khususnya orang yang paling dekat dengan diri anda .

Petua 9: Teruja menanti hasilnya

Anda sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan segala sesuatu yang anda inginkan! Sekarang adalah saatnya untuk bersemangat dan berinspirasi tentang masa depan anda. Bayangkan kehidupan yang anda inginkan โ€“ kini anda menjadikannya realiti!

Petua 10: Tingkatkan โ€˜standardโ€™

Tiba masa untuk meningkatkan โ€˜standardโ€™ anda. Inilah masa untuk mengharapkan sesuatu yang terbaik pada diri anda berbanding dengan orang lain. Jangan menerima kecuali yang terbaik sahaja dalam segala hal yang anda lakukan dan anda tidak akan menghadapi masalah membina kehidupan impian anda. Sesungguhnya, meningkat โ€˜standardโ€™ adalah demi meningkatkan usaha menjadikan kehidupan impian sebuah kenyataan.
SOAL JAWAB

WAS-WAS DALAM BERSUCI ADALAH MAKSIAT

SOALAN:

Saya ada satu soalan berkaitan orang yang was-was ketika mengambil wuduk iaitu digunakan air terlampau banyak pada hal air itu diwakafkan atau dibayar oleh seseorang.

Adakah perbuatan membazir air ketika berwuduk oleh orang was-was itu berdosa?

JAWAPAN:

Rasululah SAW menyuruh umatnya meniru contoh amalan baginda sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Termasuklah dalam urusan mengambil wuduk maka Rasulullah SAW mengajar kita supaya mengambil wuduk dengan tiga-tiga kali dan bercermat dan melarang dari membazir.

Orang yang was-was mengambil wuduk adalah orang yang tidak mengikuti perintah dan tunjuk ajar Rasulullah SAW bahkan yang diikut oleh orang was-was hanyalah nafsu dan hasutan syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

ู…ู† ุชูˆุถู‘ูŽุฃูŽ ูƒู…ุง ุฃู…ุฑ ูˆุตู„ู‘ูŽู‰ ูƒู…ุง ุฃู…ุฑ ุบูููุฑูŽ ู„ู‡ ู…ุง ุชู‚ุฏู…ูŽ ู…ู† ุฐู†ุจู‡

Maksudnya: โ€œBarang siapa mengambil wuduk sebagaimana diperintahkan dan solat ia sebagaimana diperintahkan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.โ€ [Sahih Ibnu Hibban]

Ulamak telah menyebut bahawa was-was yang membawa kepada membazirkan air yang diwakafkan seperti air yang disediakan di masjid dan tempat awam adalah haram dan berdosa dan perbuatannya itu adalah maksiat.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Tunis:

ุงู„ูˆุณูˆูŽุณูŽุฉู ุงู„ุชูŠ ุชุคุฏู‘ูŠ ุจุตุงุญุจู‡ุง ุฅู„ู‰ ุงู„ุฅุณุฑุงูู ููŠ ุงู„ู…ุงุกูุŒ ูƒุซูŠุฑูŒ ู…ู† ุงู„ู†ุงุณ ูŠูุณุฑููููˆู† ููŠ ุงู„ู…ุงุก ุจุณุจุจู ุงู„ูˆุณูˆุณุฉ ู‡ุคู„ุงุกู ูˆู‚ุนูˆุง ููŠ ุงู„ู…ุนุตูŠุฉ

Maksudnya: "Pernyakit was-was yang mengheret pelakunya kepada membuang-buang air. Ramai dari kalangan manusia telah melakukan perbuatan membazir pada air sebab was-was dan mereka itu sebenarnya telah jatuh pada melakukan perbuatan maksiat.โ€

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Wan Muhammad Firdaus โ€ข
=======================
โ˜ช Kalam Untuk Semua โ˜ช

@wnmuhdfirdaus
You just need to start the first step. Do it now!

@penagadismerah๐Ÿฌ
"The more you try to run away from yourself, the more you'll have yourself with you."
ยฉF. Scott Fitzgerald

@penagadismerah๐Ÿฌ
2024/10/01 15:36:13
Back to Top
HTML Embed Code: