Telegram Web Link
KALAM ULAMA'

"Bukan hak kamu untuk mengutuk orang yang belum diberi hidayah sepertimu, tetapi berdoalah agar mereka diberi hidayah lebih mulia dari apa yang Allah S.W.T berikan kepadamu"

Habib Umar Bin Hafidz
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini.
.
Untuk selesa di alam kubur, amalkan 4 perkara ini:
.
1 - Baca Al-Quran sebelum subuh
.
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al-Quran yang dibaca sebelum subuh. Al-Quran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.
.
2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
.
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Al-Quran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.
.
3 - Bangun solat Tahajud walau 2 rakaat
.
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat Tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat Tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang.
.
4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar
.
Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
.
Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik. Aamiin.. โค๏ธ๐Ÿคฒ๐Ÿป
.
.
Kredit : Umrah Eco
Jentik Hati
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az-zalzalah 3 Kali

Bagi mereka yang menghantarnya, mungkin akan menjadi satu kepuasan tanpa memikirkan mereka yang menanggung. Bahkan tidak memikirkan apa yang bakal ditanggung olehnya (Penghantar) di akhir hayat dan ketika saat dijemput pulang oleh Malaikat Izrail.

Namun selain kita berubat sana-sini, seeloknya kita banyakkan doa kepada Allah SWT dan mengamalkan membaca ruqyah. Jangan mengharapkan pengamal perubatan sahaja yang membacanya.

Terdapat berbagai cara yang dikongsikan oleh mereka yang prihatin, bagaimana cara untuk memutuskan ikatan sihir dan ada juga berkongsi bagaimana untuk mengembalikannya kepada pemilik asal. Ilmu ini juga telah diijazahkan kepada orang ramai.

Jika ada sesiapa mempunyai niat yang tidak baik kepada kita dan dia menghantar sihir kepada kita, insya Allah, sihir yang dibuatnya, dicarinya akan terkena pada dirinya.

Ibarat senjata yang dikirimnya, akan meluukai dirinya. Ibarat penyaakit yang dikirimnya akan menyaakiti dirinya. Ia juga seolah-olah orang yang menahan perangkap, akhirnya dirinya sendiri yang memasuki perangkap tersebut.

RUQYAH PULANGKAN SIHIR KEPADA PENGHANTAR

Caranya adalah dengan membaca Ruqyah untuk diri kita dengan mengamalkan Surah Az-Zalzalah. Surah ini di dalam Al-Quran adalah surah yang ke 99.

CARA MERUQYAH

Pertama โ€“ baca surah Az-Zalzalah sehingga ayat 6 seperti berikut:

ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ูŠูŽุตู’ุฏูุฑู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃูŽุดู’ุชูŽุงุชู‹ุง

โ€œYauma Izinyyas Durunnaasu Asytaata (Ulang Asytaata sehingga cukup 33 kali)

Kedua โ€“ setelah selesai membaca Asytaata sebanyak 33 kali, bacalah doa di bawah.
Pastikan anda dalam keadaan berwuduk dan mengadap qiblat.

DOA PULANGKAN SIHIR

โ€ข Ayyatuhal Arwahul Mursalatu Lana,
โ€ข Fissihril Maโ€™muuli Lana,
โ€ข Izhabuu Min Makaa Nikum Haza,
โ€ข Wamin Saa Aโ€™tikum Hazihi,
โ€ข Ilaa Man Aโ€™milalanas Sihri,
โ€ข Wadammiruuh
โ€ข Biduuni Antusiibuunii Walaa Ahadan Min Aโ€™anilati,
โ€ข Wahai Ruh-Ruh yang dikirim kepada kami,
โ€ข Yang dikirim melalui sihir yang ditujukan kepada kami,
โ€ข Pergilah kamu semua dari tempat aku ini,
โ€ข Pergilah kamu semua diwaktu ini,
โ€ข Kepada orang yang menghantar sihir tersebut kepada kami,
โ€ข Hancurkan dia, jatuhkan dia, hapuskan dia, musnahkan dia
โ€ข Tanpa sihir itu mengenai kami (saya) dan juga keluarga kami (saya)
โ€ข Ketiga โ€“ Seterusnya Sambung ayat ke 6 tadi:
ู„ููŠูุฑูŽูˆู’ุง ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ูŽู‡ูู…ู’

Baca sehingga habis surah Az-Zalzalah. Ulang sebanyak 3 kali dan lakukan seperti di atas.

UNTUK MERAWAT SIHIR PADA DIRI DAN KELUARGA

Jika anda tidak mahu membaca ruqyah pulangkan sihir, anda boleh juga membaca untuk merawat diri sendiri atau keluarga. Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Zalzalah sebanyak 77 kali selama 7 hari. Setiap kali membacanya, sediakan air di dalam bekas secukupnya. Kemudian disiram di sudut-sudut rumah.

Lakukan dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT, insya Allah mudah-mudahan Allah perkenankan usaha anda.
KALAM ULAMA'

"Hati itu umpama besi, jika tidak dirawat akan berkarat. Karatnya hati antara lain disebabkan takabbur, dengki, hasad, riya' juga disebut sebagai penyakit hati"

Habib Luthfi Bin Yahya

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Bersangka baiklah kepada Allah

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

(Surah al-Baqarah ayat 261)
KALAM ULAMA'

"Kadang kebahagiaan datang kepada kita, tanpa kita mengetahui sebabnya. Tapi yakinlah bahawa kebahagiaan itu datang mungkin dari doa orang yang mencintaimu"

Gus Baha
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Jadilah peribadi yang memiliki dada yang lapang dan hati yang luas. Keluasan hati dan sikap memberi maaf adalah salah satu perbuatan yang akan menjadi penyebab turunnya ampunan Allah S.W.T"

Habib Luthfi Bin Yahya
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
2024/09/28 09:33:43
Back to Top
HTML Embed Code: