Telegram Web Link
Kamu tak boleh ubah hujan menjadi cerah. Yang kamu boleh buat adalah mencari tempat teduh sebelum basah.

Macam tu juga diri kamu sekarang, kamu tak boleh ubah perangai orang terhadap kamu, yang kamu boleh ubah adalah perangai kamu terhadap orang.

Nabi pun tak ubah perangai orang, tapi orang yang terpesona dengan perangai Nabi, akhirnya masuk Islam.

Ingat, semuanya bermula daripada kamu, jika kamu mahu mengubah semuanya. ๐Ÿ˜Š

- inche_lebah
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Jangan biarkan hatimu berlarut-tarut dalam kesedihan atas masa lalu atau kamu tidak akan pernah bersedia untuk menghadapi apa yang akan terjadi"

Sayyidina Ali Bin Abi Talib
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Diantara pendosa yang paling buruk adalah dia yang meluangkan waktunya untuk membahas kesalahan atau kekurangan orang lain"

Sayyidina Uthman Bin Affan
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Forwarded from NOTA HADITH HARIAN
Saling Mencela Itu Adalah Syaitan

ุนูŽู†ู’ ุนููŠูŽุงุถู ุจู’ู†ู ุญูู…ูŽุงุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุฌูู„ูŒ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽูˆู’ู…ููŠ ูŠูŽุดู’ุชูู…ูู†ููŠ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุฏููˆู†ููŠ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ุจูŽุฃู’ุณูŒ ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽู†ู’ุชูŽุตูุฑูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽุจู‘ูŽุงู†ู ุดูŽูŠู’ุทูŽุงู†ูŽุงู†ู ูŠูŽุชูŽู‡ูŽุงุชูŽุฑูŽุงู†ู ูˆูŽูŠูŽุชูŽูƒูŽุงุฐูŽุจูŽุงู†ู

Daripada Iyadl bin Himar ia bertanya, "Saya berkata, "Wahai Rasulullah, seorang laki-laki dari kaumku mencaciku sementara ia sendiri tidak lebih mulia dariku, maka apakah saya berdosa jika membalas cacian darinya?" baginda bersabda: "Dua orang yang saling mencaci adalah dua syaitan yang saling merendahkan dan saling berkata-kata dusta." (HR Ahmad No: 16836) Status: Hadis Sahih
KALAM ULAMA'

"Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih"

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Forwarded from NOTA HADITH HARIAN
Balas Keburukan Dengan Kebaikan

ุนูŽู†ู’ ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุจู’ู†ู ุดูุนูŽูŠู’ุจู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฌูŽุฏู‘ูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฌูŽุงุกูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฅูู„ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽ ู„ููŠ ุฐูŽูˆููŠ ุฃูŽุฑู’ุญูŽุงู…ู ุฃูŽุตูู„ู ูˆูŽูŠูŽู‚ู’ุทูŽุนููˆู†ูŽ ูˆูŽุฃูŽุนู’ูููˆ ูˆูŽูŠูŽุธู’ู„ูู…ููˆู†ูŽ ูˆูŽุฃูุญู’ุณูู†ู ูˆูŽูŠูุณููŠุฆููˆู†ูŽ ุฃูŽููŽุฃููƒูŽุงููุฆูู‡ูู…ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽุง ุฅูุฐู‹ุง ุชูุชู’ุฑูŽูƒููˆู†ูŽ ุฌูŽู…ููŠุนู‹ุง ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ุฎูุฐู’ ุจูุงู„ู’ููŽุถู’ู„ู ูˆูŽุตูู„ู’ู‡ูู…ู’ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู†ู’ ูŠูŽุฒูŽุงู„ูŽ ู…ูŽุนูŽูƒูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุธูŽู‡ููŠุฑูŒ ู…ูŽุง ูƒูู†ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฐูŽู„ููƒูŽ

Daripada 'Amru bin Syu'aib dari bapanya dari datuknya, dia berkata; Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai sanak saudara, aku menyambung silaturahim tetapi mereka memutuskannya, aku memaafkan tetapi mereka berbuat zalim, aku berbuat baik tetapi mereka berbuat jahat, apakah aku harus membalas perbuatan mereka?" maka Baginda SAW menjawab: "Jangan engkau lakukan, dengan begitu bererti engkau tinggalkan mereka semua, tetapi ambillah kebaikannya dan sambunglah hubungan silaturahim dengan mereka, kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa memberimu pertolongan selama engkau mampu konsisten begitu." (HR Ahmad No: 6648) Status: Isnad Hasan
KALAM HIKMAH

"Seandainya Allah tidak menutupi wanita dengan perasaan malu, nescaya ia lebih murah daripada segenggam debu"

Hubabah Ummu Salim Bin Hafidz
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Forwarded from Misi Mumtaz Bahasa Arab Upkk (Syafiq Roslan)
๐Ÿ“ŒTips/ Teknik Menjawab Soalan Bahasa Arab Upkk silibus baharu 2.0 (2024/2025)

1. Bagaimana hendak tahu dengan mudah kenal isim (kata nama) ๐Ÿ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZS2K82j6r/


2. Bagaimana hendak kenal fiโ€™il (kata kerja)๐Ÿ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZS2K86hja/

3. bagaimana nak kenal jenis bilangan sesuatu perkataan dalam isim ? ๐Ÿ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZS2K8M5AY/

4. Bagaimana hendak kenal dhomir yang masuk pada fiโ€™il madhi ? ๐Ÿ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZS2K8Yh8N/

5. Keadah kenal jenis bilangan pada isim (kata nama)๐Ÿ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZS2ECLeJb/

sambungan akan datangโ€ฆ.
doakan saya

Ustaz Syafiq Roslan
(Jurulatih Utama Bahasa Arab Kafa Perak)
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Banyak kan solawat hari jumaat ni
Forwarded from NOTA HADITH HARIAN
Orang Yang Kuat Adalah Orang Yang Berjaya Menahan Marah

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุงู„ุดู‘ูŽุฏููŠุฏู ุจูุงู„ุตู‘ูุฑูŽุนูŽุฉู ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู„ุดู‘ูŽุฏููŠุฏู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูŽู…ู’ู„ููƒู ู†ูŽูู’ุณูŽู‡ู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุบูŽุถูŽุจู

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah." (Sahih Bukhari No: 5649) Status: Hadis  Sahih
KALAM ULAMA'

"Orang soleh akan merahsiakan benda baik yang dia buat, sepertimana orang jahat yang merahsiakan maksiat yang mereka lakukan"

Ustaz Wadi Annuar
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Kalau meminta maaf.. Berubahlah.. Jangan ulangi dan jangan gunakan maaf hanya sekadar untuk menenangkan hati seseorang...

๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Kalau kita cintakan seseorang itu kerana Allah dan agama, Allah takkan lenyapkan perasaan itu. โค๏ธ

- Ustazah Fatimah Syarha
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Jujur memang sakit, apatah lagi jujur untuk mengatakan sakit. Tapi tak mengapa, ambil masa sikit sebelum meluah, pastikan orang yang kamu luah itu tidak berpaling tadah. Ingat, itu adalah waspada yang paling berat.

- inche_lebah
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
2024/11/15 15:58:27
Back to Top
HTML Embed Code: