Telegram Web Link
Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa

Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.

Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.

Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!

Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.

Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.

Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.

Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.

Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.

Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!

Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.

Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan.

Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.

Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.

Wallahu A'lam,

Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.

Perkongsian daripada Mohd Fhais
KALAM ULAMA'

"Kita memiliki orang-orang yang akan tetap mencintai kita, walaupun kita sudah menghancurkannya sampai berkeping-keping, dan orang-orang yang tetap akan membenci kita walaupun kita sudah menyuapinya dengan madu murni"

Sayyidina Ali Bin Abi Talib
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
Jom perbanyakkan selawat.
KALAM ULAMA'

"Setiap orang mempunyai mahkota, dan mahkota paling hebat adalah akhlak, kerahmatan, senyum, wajah ceria. Kemudihan melihat setiap individu umat dengan kasih sayang, bukan dengan pandangan permusuhan"

Habib Luthfi Bin Yahya
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
KALAM ULAMA'

"Sesiapa yang lalai, yang banyak melakukan dosa, lalu la ingin cepat mendapatkan kasih sayang daripada Allah, maka hendaklah ia memperbanyak selawat kepada Baginda Rasulullah S.A.W"

Syeikh Ibnu Attha'illah As Sakandari
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
KALAM ULAMA'

"Berbaktilah kepada orang tua, bahagiakan ibumu maka kau akan bahagia, muliakanlah ibumu nescaya Allah S.W.T akan memuliakanmu dunia akhirat"

Habib Umar Bin Hafidz
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
KALAM ULAMA'

"Saat kamu merasa tidak ada orang yang berada dipihakmu, tenanglah karena Allah selalu bersamamu"

Gus Baha
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
Aku sedang merindukan seseorang yang telah Engkau ambil dariku untuk selamanya. Bukan tak ikhlas dengan kepergiannya. Tapi,aku hanya rindu padanya. Ya Allah, bolehkah aku meminta padaMu. Temukan aku dengan nya didalam mimpi ku hanya sebentar sahajaπŸ₯Ί

πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
KALAM ULAMA'

"Jika engkau tidak memperoleh sesuatu, padahal kau telah mengusahakannya dengan sungguh-sungguh, maka kembalikanlah pada urusan hakikat dan katakanlah inilah takdirku"

KH. A. Nawawi Abdul Djalil
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
Bintik hitam di muka adalah lebih baik daripada bintik hitam di hati. Kerana Allah tidak memandang paras rupa.. Allah lebih memandangkan kepada hati kamu yang bersih lagi cantik.

πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
Jangan cepat berputus asa. Setiap yang terjadi,ada hikmahnya. Allah dan susun baik baik.

πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
KALAM ULAMA'

"Jadilah seperti jam dinding, kerana jam dinding itu terus bergerak meskipun ia tidak dilihat setiap saat. Meskipun ia tidak berharga, akan tetapi dia sangat bermanfaat bagi banyak orang"

Abah Guru Zuhdi
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
🍜 Φͺ doumissmelikeimiss_u .

yang kita dapat , tidak semestinya kita suka . yang kita minta , belum tentu yang terbaik buat kita . yang terbaik buat kita , tidak semestinya Allah suka . belajarlah redha dengan apa yang kita ada . kerana itulah yang terbaik buat kita . walaupun itu bukan yang kita suka .

Cikroziee
πŸ•Š @PenaDakwah βœ’γƒ„
2024/11/15 07:59:11
Back to Top
HTML Embed Code: