Telegram Web Link
KALAM ULAMA'

"Orang itu di katakan dekat dengan Allah selama dia meluangkan waktunya untuk berzikir setiap hari"

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Mencintai itu tidak cukup dengan tidak melukai hati orang yang dicinta tapi juga harus bersabar saat dilukai orang yang dicinta"

Imam Al Ghazali r.a
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Forwarded from NOTA HADITH HARIAN
Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin

ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูุนู’ู…ูŽุงู†ู ุจู’ู†ู ุจูŽุดููŠุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ูููŠ ุชูŽูˆูŽุงุฏู‘ูู‡ูู…ู’ ูˆูŽุชูŽุฑูŽุงุญูู…ูู‡ูู…ู’ ูˆูŽุชูŽุนูŽุงุทูููู‡ูู…ู’ ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู’ุฌูŽุณูŽุฏู ุฅูุฐูŽุง ุงุดู’ุชูŽูƒูŽู‰ ู…ูู†ู’ู‡ู ุนูุถู’ูˆูŒ ุชูŽุฏูŽุงุนูŽู‰ ู„ูŽู‡ู ุณูŽุงุฆูุฑู ุงู„ู’ุฌูŽุณูŽุฏู ุจูุงู„ุณู‘ูŽู‡ูŽุฑู ูˆูŽุงู„ู’ุญูู…ู‘ูŽู‰

Daripada An Nu'man bin Bisyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh badan. Apabila ada salah satu anggota tubuh badan yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) '

(HR Muslim No: 4685)
Status: Hadis Sahih
Forwarded from Yayasan Ar-Ri'ayah
Alangkah banyaknya di zaman kita sekarang ini yang menggunakan media sosial semata-mata untuk mengisi content.

Janganlah sampai dinodai dan dikotori dengan mengedepankan content-content yang tidak bermanfaat dan bertentangan dengan syariโ€™at secara jelas atau bertentangan dengan adab dan sopan santun yang diajar oleh Nabi ๏ทบ.

Kesucian yang diberikan oleh Allah adalah pesanan titipan dari Allah SWT untuk kita menjaganya. Adakah kita ingin menodai dan mengotori sepertimana bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah dikotori oleh sekeliling ?

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
__________________

Infaq pendidikan ๐Ÿ‘‰ ezy.la/semanisinfaq
Maybank - 5640 1663 7026
Ibu..

Saat dia berehat ramai yang akan perasan tapi saat dia berpenat tiada yang peduli.

Ibu..

Saat dia mengeluh ramai yang akan mengata tapi saat dia memendam perasaan tiada yang kisah.

Ibu..

Saat dia marah-marah ramai yang akan menilai tapi saat dia hadapi ujian tiada yang kasihan.

Ibu..

Saat dia buat silap ramai yang menyindir tapi saat dia buat kebaikan tiada yang nak puji.

Itu la dugaan menjadi ibu.

Semua orang mengharapkan seorang ibu ini menjadi sempurna sedangkan ibu juga manusia biasa yang banyak kelemahan. Allahuakbar..

Hargai & fahamilahโ€ฆ
.
Kredit Penulisan : Mohd Fhais Salim
KALAM ULAMA'

"Kita adalah makhluk yang suka menyalahkan yang ada di luar, tidak menyedari bahawa masalah biasanya dari dalam"

Imam Al Ghazali r.a
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Dua tangan yang megadah kepada Allah dimalam hari takkan pernah kembali dalam keadaan hampa"

Imam As Syafi'i
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Tolong jaga lidah anak-anak kita!

Hiba sangat hati ni bila dengar ada kakak jerit BODOH kat adik dia sendiri. Adiknya pulak balas dengan dengan jerit SIAL kat kakak sendiri.

Akhirnya kebiasaan ni diikut oleh semua adik beradik yang lain-lain sampaikan benda ni dah jadi kebiasaan dalam perbualan seharian diorang.

Mula-mula bodoh dan sial je. Lama kelamaan binatang tak bersalah macam anjing, babi, tenuk dan beruk pun jadi mangsa makian diorang.

Tak lama lepastu perangai masing-masing jadi makin liar dan susah dikawal. Degilnya mintak ampun pak! Memang berkali tegur pun tak jalan. Akhirnya mak ayah terpaksa naik kaki dan tangan!

Akhirnya dalam keluarga tu dah hilang rasa hormat sesama sendiri. Mak bapak bentak dan maki si anak. Si anak pulak kurang ajar dan hilang hormat dengan mak bapak.

Semuanya hanya kerana MULUT. Hanya kerana mulut, bukan cuma badan yang binasa. Institusi rumahtangga pun boleh roboh dan hancur berkecai dibuatnya.

p/s : Tolong ingatkan pasangan kita sekali. Kadang-kadang anak perhatikan je apa yang keluar daripada mulut mak ayah dia. Ingat, anak serap dan amal apa yang dia lihat pada ibubapanya walaupun benda tu nampak kecil dan remeh.
KALAM ULAMA'

"Ketaatanmu tidak bermanfaat untukNya dan maksiatmu tidak mendatangkan bahaya kepadaNya, Allah memerintahkan ini dan melarang itu tidak lain untuk kepentinganmu sendiri"

Syeikh Ibnu Attha'illah As Sakandary
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Ya Allah Ya Robbi
Tenangkan hatiku๐Ÿคฒ
Setiap yang berlaku,ada hikmahnya


๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
Semua dengan izin Nya

Berniqab belum tentu faham apa itu sifat malu...

Kenapa demikian....buktinya terlihat di LIVE FB atau TIKTOK

Innalillahiwainnaillahirojiun ๐Ÿฅบ

Lebih mudah menyampaikan ilmu kepada yang belum kenal/tahu dari mengigatkan mereka yang sudah berilmu....๐Ÿฅบ

InsyaAllah

Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim

#BintuAli
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Hendaknya kau merasa bahawa dirimu banyak kekurangan dan segala kekuranganmu yang ditutupi oleh Allah S.W.T masih lebih banyak"

Habib Umar Bin Hafidz
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
KALAM ULAMA'

"Barang siapa yang ingin berlumba, maka berlumbalah dalam kesungguhan dan kerendahan hati kepada Allah S.W.T"

Habib Umar Bin Hafidz
๐Ÿ•Š @PenaDakwah โœ’ใƒ„
2024/09/28 11:20:04
Back to Top
HTML Embed Code: