Telegram Web Link
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Untuk apa disayangi jika hujungnya menyiksa hati. Untuk apa tetap menunggu jika kau korbankan terus perasaanmu.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Jarak itu sejatinya tak pernah ada. Pertemuan dan perpisahan diciptakan oleh perasaan, sedangkan jarak hanya rintangan yang boleh ditempuh untuk bertemu.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Lebih baik mempunyai teman yang menampar membuat kita sedar, daripada membelai membuat kita lalai.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Belajar untuk terima kekurangan orang lain bukan memandang rendah pada kekurangan orang. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Kadang, sedar atau tidak sedar apa yang kita keluarkan dari mulut itu banyak melukai hati orang lain, banyak menyinggung perasaan orang lain. Kalau yang tidak sedar menyinggung orang lain ada hitungannya, lalu bagaimana ada orang yang sengaja mencaci maki. Kalau memang apa yang dikatakan itu benar, sangat disayangkan kalau itu harus keluar dari mulut kita. Kerana penghuni syurga tidak mahu mengotori mulutnya untuk mencaci orang lain, menyakiti hati orang lain, apalagi ghibah dan namimah.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Untuk semua kepedihan yang kau alami, bersabar dan bertahanlah, kerana allah tahu di mana batas kemampuanmu.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Jangan mencintai orang yang tak mencintai allah. Dia boleh meninggalkan allah maka iapun boleh meninggalkan mu.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika membaca surah Fatihah dalam sembahyang jika seorang itu tersalah menukar huruf atau barisnya adakah sah sembahyangnya?

JAWAPAN: Membaca Fatihah adalah rukun solat maka wajib dibaca dengan bacaan yang betul iaitu betul segala hurufnya dan barisnya.

Jika tersalah menukar hurufnya atau barisnya maka wajiblah ia mengulangi semula dengan membaca huruf dan baris yang betul.

Jika tidak diulangi membaca yang betul maka solatnya adalah tidak sah kerana dikira tidak membaca Fatihah.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ูˆูŠุดุชุฑุท ููŠ ุงู„ู‚ุฑุงุกุฉ: ุนุฏู… ุงู„ู„ุญู† ุงู„ู…ุฎู„ ุจุงู„ู…ุนู†ู‰ ูƒุถู… ุชุงุก: ุฃู†ุนู…ุชุŒ ุฃูˆ ูƒุณุฑู‡ุง ู…ู…ู† ูŠู…ูƒู†ู‡ ุงู„ุชุนู„ู…ุŒ ูˆูƒู‚ุฑุงุกุฉ ุดุงุฐุฉ: ูˆู‡ูŠ ุบูŠุฑ ุงู„ุณุจุนุฉ ุฅู† ุบูŠุฑุช ุงู„ู…ุนู†ู‰ ูƒู‚ุฑุงุกุฉ {ุฅู†ู…ุง ูŠุฎุดู‰ ุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุนุจุงุฏู‡ ุงู„ุนู„ู…ุงุก} [ูุงุทุฑ:28/ 35] ุจุฑูุน ุงู„ุฃูˆู„ ูˆู†ุตุจ ุงู„ุซุงู†ูŠุŒ ุฃูˆ ุฒุงุฏุช ูˆู„ูˆ ุญุฑูุงู‹ ุฃูˆ ู†ู‚ุตุชุŒ ูู…ุชู‰ ูุนู„ ุดูŠุฆุงู‹ ู…ู† ุฐู„ูƒ ุจุทู„ุช ู‚ุฑุงุกุชู‡

Maksudnya: โ€œDan disyaratkan pada bacaan itu tiada ia salah yang mencederakan makna seperti dibaca anโ€™amtu atau anโ€™amti bagi orang yang mampu belajar. Dan seperti bacaan yang ganjil yang bukan dari qiraat yang tujuh yang mengubah akan makna ayat seperti ayat dari surah Fathir ayat 35 dibaca dhammah lafaz Allah dan nasab lafaz ulamak. Atau menambah ia akan satu huruf atau dibuang satu huruf. Maka bila masa sahaja dibaca begitu nescaya batal bacaannya.โ€ [Kitab Al-Fiqh Al-Islami]

Kesimpulannya hendaklah orang yang solat membaca Fatihah dengan bacaan yang betul yaitu dipelihara segala huruf dan barisnya.

Jika tersalah ia membaca pada salah satu ayat Fatihah maka wajib dia ulangi ayat tersebut dengan bacaan yang betul.

Tidak mengulangi bacaan yang salah dengan bacaan yang betul akan menyebabkan Fatihahnya tidak sah dan jadilah solatnya juga tidak sah.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya seorang yang sedang berada dalam tandas berzikir akan Allah?

JAWAPAN: Antara adab ketika berada di dalam tandas atau tempat membuang najis ialah tidak membaca dengan lisan akan Quran atau zikir atau doa atau yang seumpamanya kerana memuliakan sekelian yang tersebut itu. Dan tiada mengapa jika dia tuturkan di dalam hati.

Berkata Imam Ibnul Munzir:

ูˆู‚ุงู„ ุนูƒุฑู…ุฉ ู„ุง ูŠุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ุงู„ุฎู„ุงุก ุจู„ุณุงู†ู‡ ูˆู„ูƒู† ุจู‚ู„ุจู‡ .

Maksudnya: โ€œDan telah berkata olih Ikrimah orang yang sedang berada di dalam tandas itu tidak berzikir akan Allah dengan lisannya akan tetapi harus dengan hatinya.โ€ [Kitab Al-Awsath]

Berkata Syeikh Ahmad Mamduh Ahli Majlis Fatwa Negeri Mesir:

ุงู„ุฅู†ุณุงู† ุฅุฐุง ุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ูู‰ ุงู„ุญู…ุงู… ูู„ู… ูŠูƒู† ู‚ุฏ ุงุฑุชูƒุจ ุญุฑุงู…ุง ูˆุฅู†ู…ุง ุงุฑุชูƒุจ ู…ูƒุฑูˆู‡ุง ู„ุฃู†ู‡ ู„ู… ูŠู„ูŠู‚ ุจุงู„ุชุนุธูŠู… ุงู„ูˆุงุฌุจ ู…ุน ุงุณู… ุงู„ู„ู‡ ูˆู„ูุธ ุงู„ุฌู„ุงู„ุฉ ูุงู„ุฃุฏุจ ุฎูŠุฑ ู…ู† ุงู„ุฐู‡ุจุŒ ุญูŠุซ ุฃู†ู‡ ูŠูุถู„ ุชุฌู†ุจ ุงู„ุฐูƒุฑ ูู‰ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฃู…ุงูƒู†.

Maksudnya: โ€œBermula manusia itu apabila zikir ia akan Allah Taala di dalam tandas maka tidaklah ia melakukan yang haram hanya ia telah melakukan yang makruh kerana sungguhnya tiada layak ia mengagungkan yang wajib serta nama Allah dan Lafzul Jalalah. Maka adab itu lebih berharga dari emas sekira-kira afdhal ia jauhkan berzikir pada tempat-tempat sebegini.โ€

Berkata Syeikh Ahmad Syarif Anโ€™Naโ€™san:

ูุงู„ุฐูู‘ูƒู’ุฑู ุจุงู„ู„ูู‘ุณูŽุงู†ู ู…ูŽูƒู’ุฑููˆู‡ูŒุŒ ู„ุฃู†ูŽู‘ ุงู„ู…ูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุบูŽูŠุฑู ู„ุงุฆูู‚ู ู„ุฐู„ูƒูŽุŒ ูˆุฅู†ู’ ุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุชุนุงู„ู‰ ุจูู‚ูŽู„ุจูู‡ู ูู„ุง ุญูŽุฑูŽุฌูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‡ู ุจูุฏููˆู†ู ุฃู† ูŠูŽุชูŽู„ูŽููŽู‘ุธูŽ ุจูู„ูุณูŽุงู†ูู‡ู

Maksudnya: โ€œMaka zikir dengan lidah itu makruh dari kerana tandas itu tiada layak dengan demikian itu. Dan jika ia zikir dengan hatinya maka tiada menjadi kesalahan tanpa ia berlafaz dengan lidahnya.โ€

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Kaca yang pecah jika dicantumkan kembali tidak akan sama dengan yang asal. Begitu juga dengan hati jika selalu ditipu dan disakiti walaupun dipujuk dengan kata-kata maaf. Calarnya tetap ada dan tidak mungkin akan sama seperti dulu.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Sejatinya di dunia ini tak ada yang benar-benar di takdirkan untuk saling memiliki, semua hanya saling dititipi.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Belajarlah untuk boleh memaafkan kesalahan orang lain. Hidup terlalu singkat hanya untuk mendendam. Sabar, maafkan dan lupakan.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Jadilah orang yang sabar. Kesabaran menunjukan kedewasaan kita, menunjukan seberapa bijak kita menanggapi suatu masalah.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Dalam hidup ini kita semua berhak untuk bermimpi dan menjaga mimpi tersebut sampai menjadi kenyataan. Dengan mimpi kita punya tujuan yang harus dicapai. Dengan mimpi hidup kita akan lebih terarah. Dengan mimpi jalan hidup kita akan lebih tertata. Dengan mimpi kita punya pandangan dan dengan mimpi kita tidak akan jadi seperti aliran air yang hanya pasrah mengikuti arus aliran.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Abaikan mereka yang melemahkanmu dalam kebaikan. Tetap upayakan yang terbaik. Kerana sulit bukan bererti tidak mungkin.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Bahagia adalah saat kita duduk
bersama, dengan dua bentuk,
dengan dua wajah, namun satu jiwa. Kau dan aku.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Penyesalan atas kesalahan dan merintih memohon ampun, jauh lebih baik, dari pada keberhasilan amalan yang disertai kesombongan.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Dia yang tak tau apa pun, tak mencintai apa pun. Dia yang tak boleh apa pun, tak mengerti apa pun. Dia yang tak mengerti apa pun, tak berharga. Namun, dia yang mengerti cinta, memperlihatkan, melihat . Semakin besar pengetahuan melekat dalam sesuatu, makin besarlah cinta.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
ใ€๏ทฝใ€‘ ะฝะฐั‚ฤฑ pereะผpรผaะน ~

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

โ€ขโ€ข ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู โ€ขโ€ข
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya seorang itu mencium tangan seseorang yang lain seperti ibu bapa, ulamak dan seumpama mereka itu dari orang-orang yang mempunyai kemuliaan disisi agama?

Dan bolehkah mencium tangan pemimpin yang fasiq atau ahli maksiat atau orang kaya?

JAWAPAN: Harus hukumnya mencium tangan dua ibu bapa atau suami atau nenek moyang atau saudara mara atau orang soleh atau para ulamak atau yang hafal Quran dan lain dari mereka itu dari kalangan yang mulia di sisi agama dan mempunyai ilmu dan kelebihan.

Diriwayatkan daripada Usamah bin Syarik r.a. berkata ia:

ู‚ู…ู†ุง ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูู‚ุจู‘ูŽู„ู†ุง ูŠุฏ

Maksudnya: โ€œKami telah datang kepada Nabi SAW dan kami mencium akan tangan baginda.โ€ [Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Muqriโ€™ pada Bab Cium Tangan dan berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar: Sanadnya Kuat: Kitab Fathul Baari]

Daripada Tamim bin Salamah katanya:

ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ู‚ูŽุฏูู…ูŽ ุนูู…ูŽุฑู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุงู„ุดู‘ูŽุงู…ูŽ ุงุณู’ุชูŽู‚ู’ุจูŽู„ูŽู‡ู ุฃูŽุจููˆ ุนูุจูŽูŠู’ุฏูŽุฉูŽ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฌูŽุฑู‘ูŽุงุญู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ููŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ูŠูŽุฏูŽู‡ูุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุฎูŽู„ูŽูˆู’ุง ูŠูŽุจู’ูƒููŠูŽุงู†ู". ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุชูŽู…ููŠู…ูŒ: "ุชูŽู‚ู’ุจููŠู„ู ุงู„ู’ูŠูŽุฏู ุณูู†ู‘ูŽุฉูŒ

Maksudnya: โ€œTatkala Umar r.a. tiba ke negeri Syam telah mengadap akan beliau oleh Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. kemudian mencium tangan Umar lalu menangis keduanya. Kemudian Tamim berkata: Bermula cium tangan itu satu Sunnah.โ€ [Riwayat Al-Baihaqi dalam kitab Sunan Kubra]

Ada pun mencium tangan pemimpin yang jahat atau fasiq dan ahli bidaah atau ahli maksiat atau orang-orang kaya maka dilarang.

Berkata Imam Nawawi:

ูŠูุณุชุญุจ ุชู‚ุจูŠู„ ูŠุฏ ุงู„ุฑุฌู„ ุงู„ุตุงู„ุญุŒ ูˆุงู„ุฒุงู‡ุฏุŒ ูˆุงู„ุนุงู„ู…ุŒ ูˆู†ุญูˆู‡ู… ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุขุฎุฑุฉุŒ ูˆุฃู…ุง ุชู‚ุจูŠู„ ูŠุฏู‡ ู„ุบู†ุงู‡ ูˆุฏู†ูŠุงู‡ ูˆุดูˆูƒุชู‡ ูˆูˆุฌุงู‡ุชู‡ ุนู†ุฏ ุฃู‡ู„ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุจุงู„ุฏู†ูŠุง ูˆู†ุญูˆ ุฐู„ูƒ ูู…ูƒุฑูˆู‡ ุดุฏูŠุฏ ุงู„ูƒุฑุงู‡ุฉุŒ ูˆู‚ุงู„ ุงู„ู…ุชูˆู„ูŠ: ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ

Maksudnya: โ€œDisunatkan mencium tangan orang yang soleh dan yang zuhud dan yang alim dan seumpama mereka itu dari kalangan ahli akhirat. Dan adapun mencium tangan seseorang kerana kayanya dan kerana dunianya dan kekuasaannya dan menariknya disisi ahli dunia dengan keduniaan dan umpama yang demikian itu maka dibenci dengan sangat-sangat kebencian. Berkata Imam Mutawali : Tidak harus ia.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™ jlid 4 m.s. 636]

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
2024/11/20 08:24:25
Back to Top
HTML Embed Code: