Telegram Web Link
Pernah tak rasa malas sangat nak solat walaupun waktu solat dah nak habis ? Bila kau selalu sangat buat dosa , kau akan rasa solat itu berat sangat . Hati kau dah kotor . Syaitan dah berkumpul kat situ . Cepat-cepat la cuci . Yuk cuci! #LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Semakin kita dewasa , semakin kita tak nak meluah . Semakin kita sunyi dan hanya mahu menjaga hati agar tidak saling menyakiti . #LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Semoga Allah tidak membebankan kita dengan dunia sehingga menyusahkan kita di akhirat . #LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
[NotaSQ: Al-Fatihah]

💡 Al-Fatihah merupakan SURAH PERTAMA dalam AL Quran.

💡 Merupakan induk bagi Al Quran.

💡 Sangat penting untuk memahami setiap maksud ayat Al Fatihah kerana ianya merupakan surah yang kita baca dalam setiap solat fardhu kita.

💡 Keistimewaan Surah Al Fatihah ianya merupakan surah yang Allah simpan khas untuk Umat Nabi SAW yang tiada dalam kitab² Allah SWT yang lain. (Hadis Sahih)

💡 3 Istimewa Al Fatihah :
1- Merupakan salah satu ayat Ruqyah.
2- Boleh juga dibuat ayat Ruqyah ketika anak tidak sihat.
3- Sampai di ayat "iyya kanaq budu wa iyya kanasta'in" niatkan apa yang kita inginkan.

💡 Berusahalah untuk mentadabbur Surah Al Fatihah supaya :
- Untuk membolehkn kita hayati setiap ayat ketika membacanya dalam solat.
- Membolehkan kita lebih khusyuk dalam solat.
- Memahami Surah Al Fatihah dianggap telah memahami sebahagian dari Al Quran. MashaAllah.

✉️ https://whatsapp.com/channel/0029Va6wKXx8vd1HaCu36C0n
" Macam mana nak jumpa orang baik ? "

" Carilah Allah dulu . Kemudian Allah akan aturkan kamu bertemu orang yang baik-baik " . #LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
" Orang yang sudah mati sangat memerlukan pertolongan orang yang masih hidup "

Buatlah kebaikan dan niat sedekahkan pahala tersebut kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia . #LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Min saje nak share benda ni sebab kebelakangan ni banyak akaun telegram di hack kemudian digunakan untuk scam. Sila make sure akaun telegram anda telah aktifkan perkara di bawah:

(1) On Two Step Verification, step 👇
a. Settings
b. Privacy & Security
c. Two-step Verification (on kannya)

(2) Update Email Telegram anda kepada email yang aktif, step 👇
a. Settings
b. Privacy & Security
c. Login Email (update email yang aktif, tukar jika perlu)

(3) Log out daripada devices yang anda tidak pasti, step 👇
a. Settings
b. Privacy & Security
c. Devices
d. Terminate All Other Sessions

(4) Kuatkan lagi privacy akaun dengan enablekan Passcode Lock, step 👇
a. Settings
b. Privacy & Security
c. Passcode Lock
d. Enable Passcode Lock

(5) Paling penting! Kalau nombor anda dah expired and dah tukar nombor fon baru, please update nombor fon anda, simple je steps 👇:
a. Settings
b. Account
c. Tap to change phone number

Share dengan rakan² telegram anda, moga tips ni membantu!

🦾 www.tg-me.com/kitasq
2024/10/02 12:34:11
Back to Top
HTML Embed Code: