Telegram Web Link
Saat kita berada di atas sejadah dan beribadat , kita akan rasa satu perasaan yang sangat tenang , jiwa kita terasa nyaman , seolah-olah beban pada diri kita hilang .#LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Hakikatnya takdir itu milik Allah walaupun impian itu milik kita .#LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Kita adalah bangsa yang dimuliakan dengan islam . Tanpa islam , maka hinalah kita .#LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Kekadang , hati kita kosong bukan sebab tiada pasangan . Tetapi , kurang ilmu pengetahuan .#LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
TARBIYAH ZATIYAH

Hujung bulan lepas Sahabat Quran telah menganjurkan program Tarbiyah Zatiyah bersama dengan para pelajar dari UKM bertempat di Hulu Langat, Selangor. Program ini dianjurkan sebelum para pelajar mengakhiri semester dan pulang bercuti.

Tarbiyah Zatiyah merupakan tarbiyah ataupun pembinaan seseorang individu terhadap dirinya sendiri untuk membentuk keperibadian Islami daripada pelbagai sudut seperti ilmu, iman dan akhlak.

Tarbiyah Zatiyah adalah antara bekalan yang ampuh untuk mengekalkan momentum amal dan ibadah semasa keseorangan dan ketiadaan biah solehah di sekeliling yang menekankan konsep penyucian jiwa dan keyakinan akan Allah yang merupakan zat Yang Maha Melihat.

Secara umumnya, manusia mempunyai banyak masa berseorangan berbanding dengan masa mereka bersama dengan rakan-rakan dan keluarga. Boleh jadi sebahagian besar peratusan dosa yang dilakukan manusia adalah secara sembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain. Sedangkan Allah SWT telah menggesa kita dengan kalam-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ...

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...[66:6]

Untuk orang-orang yang menyampaikan kebaikan pula, amalan semasa berseorangan banyak mempengaruhi keberkesanan kata-kata yang dilontarkan untuk menembusi sanubari pendengar. Lihatlah kata-kata hikmah para sahabat, salafusoleh dan para ulama silam, masih kekal hingga ke hari ini walaupun seribu tahun lebih mereka telah pergi. Sungguh hebat amalan mereka dibelakang manusia.

Manfaatkanlah masa-masa keseorangan kita terutamanya sewaktu Qiamulail, Insya Allah keikhlasan ibadah dan taubat yang kita lahirkan semasa berseorangan akan menzahirkan pekerti kita yang mulia di hadapan manusia.

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Syurga itu impian semua . Namun , jarang kita memikirkan bagaimana membawa orang lain bersama . Apa yang kita tahu , asal lepas kaki sendiri saja .#LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Bayangkan dengan rm10 kita beli topup . Dalam 1 minit sudah habis kalau beli internet. Tetapi , Dengan rm10 kita sedekah sampai kiamat pun pahala masih berjalan .#LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Harta berkurang apabila dibelanjakan sementara ilmu berkembang apabila digunakan .#LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Jangan Kawan Orang Toksik! | Alif https://t.co/8eUeAzIyHt

✉️ www.tg-me.com/kitasq
2024/10/01 17:24:14
Back to Top
HTML Embed Code: