Telegram Web Link
Usah terlalu risau miskin kerana harta . Asalkan kaya dengan akhlak yang akan membawa kita ke syurga . #LifeNotesSQ

✉️ www.tg-me.com/kitasq
[NotaSQ: Ujian & Sabar Part 3]

😰 Sekiranya ujian didatangkan BERTALU-TALU, punca yang menyebabkan hati sentiasa mengeluh adalah kerana ada 'dunia' sahaja di hati kita.

😰 Mempunyai sifat terlalu mencintai dunia sehingga sering melupakan akhirat, maka Allah SWT hadirkan ujian kadang-kala untuk mengejutkan dari kita dari tidur yang lena (terlalu cinta dunia, lupa akhirat).

✍️ 2 Perkara yang perlu dilakukan ketika ditimpa musibah :
1- Kita perlu semak factor kemanusiaan. Semak semula punca kenapa kita dibuang kerja / kenapa perniagaan menurun / kenapa masalah dalam kekeluargaan.
2- Minta jalan keluar. Kembali kepada Allah SWT. Panggillah Tuhan kamu ketika kamu ditimpa musibah.

💞 Bila ditimpa musibah, audit semula diri kita. Cek semula iman kita.

💪 Dan apabila kita ketahui ujian menimpa orang lain (family/kawan), "BERSANGKA BAIK" dan tenangkanlah orang tersebut, nasihat dan bantu jika mampu.

✉️ www.tg-me.com/kitasq
Ketika ditanya " Kenapa memakai tudung semasa tidur ? "

Wanita di Gaza menjawab " Andai rumah dibom , mereka akan jumpa mayat saya masih menutup aurat " .

Allah .😔 #LifeNotesSQ

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Kekadang iman kita ada naik dan turun .

Ketika naik kita jadi rajin dalam melakukan amalan .

Semoga ketika turun kita jangan hilang arah dan tujuan sehingga lupa akan Tuhan . #LifeNotesSQ

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Engkau berangan-angan umurmu seperti umat Nabi Nuh AS , walhal kematian menjengukmu setiap hari #LifeNotesSQ

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
[NotaSQ: Ujian & Sabar Part 4]

✍️ 3 SEBAB Allah turunkan ujian:
1- Allah nak tengok USAHA kita untuk melawan ujian tersebut. Bukan kemurungan atau kemarahan ketika ditimpa musibah. Sabar!
2- Cara kita cari HIKMAH disebalik musibah yang menimpa. Kematangan kita dalam menangani masalah.
3- Supaya kita berdoa kepada Allah. Jangan malas. Jangan pernah letih dalam berdoa.

💡 Hayati Surah Mudassir (Selimut). Surah ini diturunkan ketika Nabi SAW berasa sedih dan terus pulang dan menyelimutkan diri baginda.

💡 Maka Allah seru kepada Baginda SAW. Intipati mengenai langkah yang perlu dilakukan oleh Nabi SAW diterangkan dalam ayat 1- 7.

🦋 Ingat, dunia untuk diURUS bukan untuk diRUNSING.

✉️ https://whatsapp.com/channel/0029Va6wKXx8vd1HaCu36C0n
Hadiah orang beriman itu ialah sebuah kematian . Kerana dengan kematian itu saja dia dapat bertemu dengan Allah #LifeNotesSQ

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Bila tersepak batu dan kau jatuh kau buat apa ?

Bangun lah .

So , kenapa kau tak buat benda yang sama kalau kau jatuh saat diuji oleh Allah ? #LifeNotesSQ

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
Tiada istilah gagal dalam kehidupan kerana kehidupan sebenar hanya bermula selepas kematian #LifeNotesSQ

🇵🇸 www.tg-me.com/kitasq
2024/09/30 04:37:49
Back to Top
HTML Embed Code: