Telegram Web Link
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Temubual yang baik dengan Syeikh Raed Salah.

Apabila ditanya, masih adakah harapan kepada umat Islam yang seolah-olah sudah ‘koma terlantar di atas katil’ dalam mempertahankan tanah suci dan masjid suci mereka, jawabnya:

“Saya lihat umat ini masih ada denyut nadi dan hati mereka masih hidup untuk mempertahankan bumi suci mereka. Tetapi wujud perancangan untuk mengekalkan umat ini ‘kaku’ dan ‘terlantar’. Ada tangan tersembunyi dari luar, dengan pihak dalam umat Islam yang bersekongkol, untuk menjalankan perancangan yang akan menyekat dan mematikan kebangkitan umat ini.”

https://youtu.be/5kVU_SoGTAA?si=COMtp5GLVaiHVgYF

Kredit: FB Syed Ahmad Israa'
www.tg-me.com/duniapalestin
KESYAHIDAN 3 ANAK ISMAIL HANIYEH DAN UCAPAN NYA


Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh:

Saya bersyukur kepada Allah atas penghormatan yang Dia kurniakan kepada kami dengan kesyahidan tiga anak lelaki dan beberapa cucu saya.

Dengan kesakitan dan darah ini, kita mencipta harapan, masa depan, dan kebebasan untuk rakyat kita, tujuan kita, dan negara kita.

Anak-anak lelaki saya yang mati syahid mencapai kehormatan masa, kehormatan tempat, dan kehormatan janji.

Mereka kekal bersama rakyat kita di Semenanjung Gaza dan tidak meninggalkannya.

Semua rakyat kita dan semua keluarga penduduk Gaza telah membayar harga yang mahal dengan darah anak-anak mereka, dan saya adalah salah seorang daripada mereka.

Hampir 60 ahli keluarga saya bangkit sebagai syahid, seperti semua rakyat Palestin, dan tidak ada perbezaan antara mereka

Penjajah percaya bahawa dengan menyasarkan anak-anak pemimpin, ia akan memecahkan keazaman rakyat kita.

Kami mengatakan kepada penjajah bahawa darah ini hanya akan menjadikan kami lebih teguh dalam prinsip dan kepatuhan kepada tanah kami!

Musuh tidak akan berjaya dalam matlamatnya. Musuh berkhayal jika dia berfikir bahawa dengan membunuh anak-anak saya, kita akan menukar pendirian kita.

Darah anak-anak saya tidak lebih berharga daripada darah orang-orang kita yang mati syahid di Gaza, kerana mereka semua adalah anak-anak saya.
3 anak kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan 3 lagi cucunya dilaporkan syahid dalam serangan udara Zionis (yang juga dibiayai oleh AS) yang telah menyasarkan kenderaan mereka di kem Al-Shati’ di bahagian barat bandar Gaza.

Mereka yang syahid adalah:

Hazem Haniyeh bersama dengan anak perempuannya Amal.

Amir Haniyeh bersama dengan dua orang anaknya yang bernama Khaled dan Razan.

Mohammad Haniyeh.

Semoga Allah merahmati para syuhada yang syahid dibunuh rejim Zionis Laknatullah.

#TerkiniPalestin
Yunus 10:63

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ يَتَّقُونَ


(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Jom syukur?
𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗦𝗬𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗡𝗔𝗦𝗔

Daripada Muawiyyah bin Qurrah RA, daripada ayahnya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا فسد أهلُ الشامِ فلا خيرَ فيكم : لا تزالُ طائفةٌ من أُمَّتِي منصورينَ لا يَضُرُّهُمْ من خَذَلَهُمْ حتى تقومَ الساعةُ

"Sekiranya binasa penduduk Syam maka tiada kebaikan bagi kamu. Akan sentiasa ada satu kelompok dari umatku yang dimenangkan, orang yang mengkhianati mereka tidak memberi mudarat kepada sehingga Hari Kiamat." (HR Al-Tirmizi)

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
www.tg-me.com/duniapalestin
Kepentingan Tarbiyyah Takwiniyyah.pdf
148.4 KB
PERKONGSIAN BAHAN BACAAN:

KEPENTINGAN TARBIYAH TAKWINIYAH DALAM DAKWAH ISLAMIYAH

....Apabila bilangan kader Islam ini telah mencukupi, maka jalan menuju terbentuknya kembali masyarakat islam terbentang luas di hadapan kita. Kewajipan kita untuk merelisasikan cita-cita mulia ini, kita doakan agar Allah memberi pertolongan sebagaimana yang telah dijanjikanNya untuk menolong siapa yang menolong (Din)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa......

Selamat Membaca dan Beramal!

p/s: Download file next mesej untuk versi tulisan lebih besar - lebih OK baca dalam phone :)

—-
BUKU PUTIH
https://linktr.ee/bukuputih
Kepentingan Tarbiyyah Takwiniyyah - 2.pdf
136.6 KB
(Versi tulisan lebih besar - lebih OK baca dalam phone)
Forwarded from Tarbiah Daily
Tadabur al-Qur'an - Berdiri Lama di Hari Qiyamah

Saban tahun musim perayaan kita akan dibanjiri dengan feed kesesakan lalu lintas yang luar biasa terutamanya bagi perantau yang pulang ke Utara dan Pantai Timur. Kami sendiri makan jem 17 jam lamanya, pengalaman yang mendatangkan pelbagai rasa.😌

Dalam tempoh lama, beratur dan hampir berputus asa itu, panorama ini mengingatkan kita akan suasana betapa lamanya manusia akan berdiri menunggu hisab di hari qiyamah.

Perkara ini kami notakan sewaktu menekuni tafsir surah al-Qiyamah.


Al-Qiyamah diambil dari kata قام – يقوم – قياما yang artinya berdiri.

Sebagaimana firman Allah:

يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
“(yaitu) pada hari (ketika) semua orang bangkit (berdiri) menghadap Tuhan seluruh alam.” (QS. Al-Muthaffifin : 6)

Kita semua akan dikumpulkan pada hari kiamat kelak di padang mahsyar. Ketika manusia dibangkitkan dari kuburnya, manusia akan seperti belalang yang beterbangan.

Sebagaimana firman Allah swt

خُشَّعًا أَبْصَارُهُمْ يَخْرُجُونَ مِنَ الْأَجْدَاثِ كَأَنَّهُمْ جَرَادٌ مُنْتَشِرٌ
“Pandangan mereka tertunduk, ketika mereka keluar dari kuburan, seakan-akan mereka belalang yang beterbangan.” (QS. Al-Qamar : 7)


Maka ketika berkumpul di padang mahsyar, seluruh manusia berdiri menunggu kedatangan Allah swt . Bahkan sebagian para ulama mengatakan bahwa tidak ada satu pun orang yang duduk apalagi berbaring. Maka disebut sebagai Yaumul Qiyamah karena pada hari itu orang-orang akan berdiri dengan waktu yang sangat lama.

Itulah mengapa disebut sebagai Al-Qiyamah.

Adapun bagi orang-orang kafir, hari kiamat akan menjadi hari yang sangat berat bagi mereka. Allah swt berfirman,

فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ، عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ

“Maka itulah hari yang serba sulit, bagi orang-orang kafir tidak mudah.” (QS. Al-Muddatstsir : 9-10)


Mahfum mukhalaf (reverse meaning) dari ayat ini, meskipun kelak akan ada kesulitan, namun bagi orang-orang beriman akan ada keringanan bagi mereka.

Oleh karenanya para ulama sering berwasiat bahawa barangsiapa yang ingin merasa ringan berdiri pada hari kiamat, maka hendaknya dia banyak berdiri di hadapan Allah swt di dunia (banyak melakukan shalat).


Semoga hari itu akan menjadi mudah untuk kita dengan bekal yang secukupnya! Dari sekarang, ayuh berbekal!

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

React | Repost

https://www.tg-me.com/tarbiahdaily
SHARING CHANNEL

Assalamualaikum

Selalu cari bahan sahabat utk share dengan adik🧐

Atau mencari nota sahabat sendiri sebab asyik tak ingatt je😌

Boleh ke channel usrah jiyad 😍

ada infografik kisah 60 sahabat 😱

https://www.tg-me.com/+5JQk3KEXUPQ1ZTM1

Jemput share!

---
BUKU PUTIH
http://linktr.ee/bukuputih
Menurut kajian pakar psikiatri di Great Florida Clinic, Amerika Syarikat (AS), Dr. Al Qadhi berjaya membuktikan bahawa hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, sama ada mereka terbiasa berbahasa Arab atau tidak, dapat rasakan perubahan berikut:

1- Perubahan fisiologi yang besar
2- Mengurangkan kesedihan
3- Dapat memberi ketenangan jiwa

Membaca Al-Quran selepas maghrib dan subuh dapat meningkatkan kecerdasan otak sebanyak 80% kerana pada waktu itu ia adalah peralihan dari siang ke malam dan dari malam ke siang.

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang mempunyai ingatan atau hafalan yang kuat termasuk:

1- Makan sedikit
2- Biasakan menunaikan solat malam
3- Membaca al-Quran sambil melihat mushaf

Bukan setakat meningkatkan ingatan kita je, bahkan memberi ketenangan kepada kita dgn membaca Al-Quran.

Walau sibuk macam mana sekalipun, cuba utk tak tinggal baca Al-Quran even hanya 1 muka surat.

Al-Quran merupakan syifa buat kita.
—-
http://linktr.ee/bukuputih
2025/02/22 17:06:41
Back to Top
HTML Embed Code: