Telegram Web Link
Tarbiyah ialah perubahan kepada individu. Ianya mungkin lambat tapi, hasilnya pasti. Rasulullah saw membina Bilal tetapi Rasulullah saw tak pernah berjumpa Bilal sebagai gabenor. Itulah hasil tarbiyah.


Lambat, tapi pasti. Renung kan.
Assalamu'alaikum wmwb.
Kepada yang ingin mengikuti semua kuliah DrKYusof (tadabbur harian, Hadis, Seerah Nabi saw dll) sila ke:
1. youtube.com/drkyusof
2. Tiktok.com/@drkyusof

Untuk mendengar sahaja, boleh ikuti di podcast: https://shorturl.at/SYD2Q

Makluman, semua tadabbur mukasurat Quran, boleh diikuti di sana.
PERKONGSIAN BINGKISAN SAHABAT (1)

"Bekal iman dan taqwa bukan urusan ilmu dan kepandaian, atau urusan pengalaman dan kemahiran, atau urusan lamanya usia...
Jika berilmu belum tentu ada taqwa,
Jika bijak dan berkemahiran Belum tentu mendapat taqwa...

Dan jika telah lama hidup sekalipun belum tentu mempusakai taqwa..

Tetapi iman dan taqwa adalah urusan Allah.. ia pemberian Allah, dengan rahmatNya maka diberikan kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Lalu apabila tidak mendapat rahmatNya, maka siapakah lagi Yang dpt memberinya?"
Forwarded from Tadabbur Jaulah Ithbat 🇮🇩
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Pemergian nya meruntun hati. Selamat jalan as Syahid💪
Jalan : jalan menuju kesyurga

Gaung: kalau jalan betul maka masuk syurga. kalau salah masuk gaung.

Bunga: ketika jalan menuju ke syurga, dalam dakwah, boleh tersalah, jadi nak elak perlu ada signboard. bahasa daie ini adalah halus, disaluti dengan bunga ros, sebagai tanda cinta dan kasih. Boleh saja letak tanda warning merah, tapi bunga mawar ia tanda kasih sayang, prihatin dan halus yg dibawakan oleh penulis.

Hambatan yang di maksudkan: bukan duit, kesibukan, tetapi pergaduhan dalaman, perselisihan, cakap2 belakang, dll yg berlaku dalam organisasi.

Sumber: Nota dari Perkongsian Ustaz Syamil Esa
https://www.facebook.com/muafakatilmuanislam/videos/873476088039280
Maksud Cover Buku Awaiq oleh Ustaz Abu Ammar
Forwarded from Tarbiah Daily
Ahlan Wasahlan Rabiul Awwal.

Bulan yang cukup istimewa kerana kemunculan baginda Rasulullah saw di celah hiruk pikuk dunia yang gelap dan kelam ketika itu.

Allah swt telah memilih rasulNya muncul di tanah Arab yang jauh dari pemodenan, kering dan tandus, bumi yang tidak menarik kuasa dunia Rom dan Parsi ketika itu.

Namun di ceruk dunia yang kerdil dan terpencil itu, cahaya islam telah muncul dengan perlahan tetapi penuh harapan dan mengubah sejarah manusia.

Nantikan pelbagai entri menggugah jiwa sepanjang bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran Rasulullah saw. Insya Allah.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tg-me.com/tarbiahdaily
Assalamualaikum dan apa khabar😊

Kami ingin memaklumkan bahawa laman web kami kini telah bertukar ke yang baru untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada anda! Anda boleh melayari laman web terbaru kami di: [http://bukutarbiyah.orderla.co].

Laman web baharu ini memudahkan anda untuk mencari produk, membuat pesanan, dengan lebih mudah!

Jika anda ada sebarang soalan atau memerlukan bantuan, jangan ragu untuk menghubungi kami.

Terima kasih atas sokongan anda!

Yang ikhlas,
KEDAI BUKU PUTIH
Ungkapan Saidina Ali tentang dunia.

Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.
(Surah Hadid, ayat 20)

—-
http://bukutarbiyah.orderla.co
Ahli Biro Politik Hamas, Izzat Al-Rishq: 🌐

Tidak ada yang lebih jelas dan realistik dalam mendefinisikan makna kehormatan seperti yang ditunjukkan oleh wanita Gaza yang beriman, beribadat dan bertaubat dengan agama Islam.

Nikmat sebenar bersinaran seperti kilauan emas di sepanjang keganasan di Gaza berlaku. Mereka adalah dalam kalangan orang yang sabar, teguh dalam memelihara kitab Allah Azza wa Jalla yang merangkap kepada saudara wanita, ibu, isteri kepada para pejuang dan para syuhada.

Tidak dilupakan bahawa wanita-wanita ini juga adalah pejuang dan ahli syuhada.

“Sesungguhnya Allah membela dan melindungi orang-orang yang beriman”

Debu tanah tidak akan membahayakan langit, dan di hadapan Allah kelak, semua musuh akan dikumpulkan.

#TerkiniPalestin
Mungkinkah islam akan kembali mentadbir bumi seperti waktu dahulu?

Tertegaknya islam bukan sesuatu yang perlu dibahas kerana itu suatu KEPASTIAN.

Tetapi yang perlu ditanya ialah; Sudahkah kita beramal jiwa dan raga sepenuhnya untuk menegakkan islam??
2025/02/21 17:15:25
Back to Top
HTML Embed Code: