Telegram Web Link
Nota Dari Tanah Haram


JIWA TARBAWI 860



Sedarlah engkau sedang dalam perjalanan pulang kepada Allah, Tuhanmu. Kerana itu keyakinan yang mesti ada dalam hati yang beriman.

قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ‎﴿البقرة: ١٥٦﴾‏

mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (156)

(Al Baqarah: 156)

الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ‎﴿البقرة: ٤٦﴾‏

orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.(46)

(Al Baqarah: 46)

Oleh itu, engkau pasti melalui jalan kematian.

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ ‎﴿الزمر: ٣٠﴾‏

Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula). (30)

(Az Zumar: 30)




Untuk kembali dan balik kepada Yang Satu dan Yang Esa.

يَوْمَ هُم بَارِزُونَ لَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْهُمْ شَيْءٌ لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ ‎﴿غافر: ١٦﴾‏

(Yaitu) hari (ketika) mereka keluar (dari kubur); tiada suatupun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi Allah. (Lalu Allah berfirman): "Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. (16)

(Ghafir: 16)

Untuk dikira amalan yang diusahakan dan ditanya tentang segala nikmat yang telah dikecapi ketika hidup di dunia.

وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَىٰ أَجَلٌ مُّسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ‎﴿الأنعام: ٦٠﴾‏

Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. (60)

( Al An’am: 60)

ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
‎﴿التكاثر: ٨﴾‏

kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu). (8)

(At Takaatsur: 8)

Sedangkan, engkau tidak akan tahu di mana engkau akan mati sehinggalah tiba saatnya.

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ‎﴿لقمان: ٣٤﴾

Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (34)

(Luqman: 34)

Kematian perlu sangat sering disebut-sebut dan diingati serta diperingati.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ . يَعْنِى الْمَوْتَ.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah ‎ bersabda: “Perbanyaklah mengingat pemutus kelazatan”, iaitu kematian”.

(HR. Tirmizi: 2307)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّهُ قَالَ: كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ: «أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا» قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ: «أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا
أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ»

Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma : “Aku pernah bersama Rasulullah ‎ , lalu datang seorang lelaki dari kaum Ansar mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad ‎ lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, orang beriman manakah yang paling terbaik?”, Baginda menjawab: “Yang paling baik akhlaknya”. Orang ini bertanya lagi: “Lalu orang beriman manakah yang paling berakal (cerdas)?”. Baginda menjawab: “Yang paling banyak mengingati kematian dan paling baik persiapannya setelah mati, merekalah yang paling berakal”.

(HR Ibnu Majah: 4259).

Justeru,

Usahakanlah untuk mencorak keadaan kematianmu. Kerana kita tidak tahu berapa lama umur yang berbaki dan apa lagi ruang kesempatan yang tinggal.

Bersegeralah..




⁃ menjelang solat Jumaat terakhir di Tanah Haram.
Nota Dari Tanah Haram


JIWA TARBAWI 861

Bila Allah ta’ala mahukan sesuatu itu berlaku, ianya bukan mengikut kehendakmu tetapi kehendakNya.

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ ‎﴿التكوير: ٢٩﴾‏

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (29)

(At Takwir: 39)


Begitu juga bila Dia mentakdirkan sesuatu, ianya bukan apa yang engkau mahukan tetapi apa Dia tentukan.


Bahkan ketika Dia memakbulkan doa-doamu, bukanlah menurut bagaimana dan bila masa yang engkau mahu dan tentukan tetapi menurut yang Dia mahu dan tentukan.


Justeru, jangan memaksa Tuhanmu untuk tunaikan kehendakmu kerana engkau itu adalah HAMBA.


Percayalah bahawa,

‎﴿ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ﴾
(آل عمران : ٩)

Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janjiNya (9)

(Al ‘Imran: 9)



⁃ Cetusan hari kehidupan berbaki di Tanah Haram.
Nota Dari Tanah Haram

JIWA TARBAWI 862

Bila hati dan akal dipenuhi al hikmah.

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ ‎﴿البقرة: ٢٦٩﴾‏

Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). (269)

(Al Baqarah: 269)

Al hikmah difahami okeh para ulamak tafsir sebagai:

Kenabian, Al Quran, As Sunnah, pengetahuan dan kefahaman mengenai Al-Qur'an juga tafsirnya, benar dan tepat dalam perkataan, ilmu dan fiqh, takut kepada Allah, kerana takut kepada Allah merupakan puncak dari hikmah. Juga ditafsirkan sebagai akal.

Dari Ibnu Mas'ud,

رَأْسُ الْحِكْمَةِ مَخَافَةُ اللَّهِ

“Puncak hikmah adalah takut kepada Allah.”

Ibnu Wahb meriwayatkan dari Malik, bahwa Zaid ibnu Aslam pernah mengatakan bahwa hikmah ialah akal.

Malik mengatakan, "Sesungguhnya terdetik di dalam hatiku bahwa hikmah itu adalah pengetahuan mengenai agama Allah dan merupakan perkara yang dimasukkan oleh Allah ke dalam hati manusia sebagai rahmat dan karunia-Nya. Sebagai penjelasannya dapat dikatakan bahwa engkau menjumpai seorang lelaki pandai dalam urusan duniawinya jika ia memperhatikannya, sedangkan engkau jumpai yang lainnya lemah dalam perkara duniawinya, tetapi berpengetahuan dalam masalah agama dan mendalaminya. Allah memberikan yang ini kepada lelaki yang pertama dan memberikan yang itu kepada lelaki yang kedua. Pada garis besarnya hikmah adalah pengetahuan mengenai agama Allah."

Ibnu Katsir merumuskan,

“Pendapat yang sahih sehubungan dengan arti hikmah ini ialah apa yang dikatakan oleh jumhur ulama, iaitu bahwa hikmah itu tidak khusus tentang kenabian saja, melainkan pengertian hikmah lebih umum dari itu, dan memang paling tinggi adalah kenabian. Kerasulan lebih khusus lagi, tetapi pengikut para nabi memperoleh bahagian dari kebaikan ini berkat menurutinya.”

(Tafsir Ibnu Katsir)

Hikmah adalah suatu renungan dan kesungguhan memanfaatkan ilmu-ilmu dan peristiwa-peristiwa dalam kehidupan. Serta melihat hubungan atau kaitan-kaitan yang ada di dalamnya dengan Penciptanya yakni Allah ta’ala.

Firman Allah Swt.:

وَما يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُوا الْأَلْبابِ

Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. (Al-Baqarah: 269)

Yakni tiada yang dapat memanfaatkan pelajaran dan peringatan kecuali hanya orang yang mempunyai pemahaman dan akal, dengan melaluinya ia dapat memahami khitab (perintah) Allah ta’ala.


Justeru, al hikmah tidak akan terhasil melainkan dengan kebersihan hati dan ketinggian akal. Suburkanlah hati dengan keilmuan dan pengenalan makrifah Allah ta’ala. Nescaya akan melihat keajaiban-keajaiban Ilahi dalam hidupmu.


⁃ hari-hari akhir di Tanah Haram.
Nota Dari Tanah Haram

JIWA TARBAWI 863

Mengharap permohonan istighfar terhadap segala dosa dari para malaikat pemikul ‘Arasy, dari bumi wahyu.

الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ ‎﴿غافر: ٧﴾‏


Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. (7)

(Ghafir: 7)

Iman diiringi dengan taubat dan menurut jalan Allah ta’ala.

Doa khusus dari mereka,

رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُمْ وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ‎﴿٨﴾‏ وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَن تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ‎﴿٩﴾‏

"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (8) "Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)".


Amin ya Rabb!



Justeru, berimanlah, suburkanlah keimanan, perteguhkanlah, hidup matilah dengan keimanan dan bersedialah untuk mati dalam keimanan.

Juga bertaubatlah sungguh-sungguh, dan sentiasa perbaharuilah taubatmu.

Dan tetap istiqamah berada dijalan Tuhanmu sehingga akhir sedutan atau hembusan nafasmu.


⁃ menunggu waktu zohor Saiyyidil Ayyam.
Nota Dari Tanah Haram

JIWA TARBAWI 864


Semakin umur meningkat,
Semakin banyak nikmat yang dikecap,
Semakin banyak rezeki dirasa.

Namun,
Apakah semakin banyak bersyukur,
Atau semakin banyak amal dan ibadah,
Atau semakin banyak mengingati Allah.

Allah ta’ala Maha Mengerti perangai dan sikap manusia yang terlalu sedikit bersyukur.


وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ‎﴿الأعراف: ١٠﴾‏

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur. (10)

(Al A’raf: 10)


وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ‎﴿المؤمنون: ٧٨﴾‏

Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur. (78)

(Al Mukminun: 78)

Engkau dikatakan bersyukur, apabila hatimu sentiasa mengakui dan menyedari bahawa setiap nikmat itu adalah kurniaan dari Allah ta’ala.

Sebagaimana Nabi Allah ta’ala Sulaiman biar pun seorang raja yang kaya dan berkuasa namun tetap bersyukur kepada Allah ta’ala apabila melihat singgahsana Balqis berada di hadapannya.

قَالَ هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ ‎﴿النمل: ٤٠﴾‏

Dia ( Nabi Sulaiman) pun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia". (40)

(An Naml: 40)

Engkau juga dikatakan bersyukur apabila menyebut-nyebut nikmat yang dikurniakan oleh Allah ta’ala dengan kata-kata syukur dan puji sebagaimana juga dengan berisitiqamah dan menambah amalan taat kepadaNya.

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ تَشْكُرُونَ ‎﴿آل عمران: ١٢٣﴾‏

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya”

(Ali I’mran: 123)

Justeru, mereka yang berkata syukur kepada Allah ta’ala namun tidak seiring dengan ketaatan adalah berdusta dalam ucapannya itu.

Sesungguhnya bila hati dan anggota sepenuhnya sentiasa bersyukur, maka sempurnalah ketakwaanmu padaNya.


⁃ menjelang isya’ di Al Mukarramah
Nota Dari Tanah Haram

JIWA TARBAWI 865

Bila memikirkan amalan selama hidup ini,

Banyak mana yang sudah dibuat?

Banyak mana yang telah Allah ta’ala terima?

Banyak mana yang benar-benar akan memberatkan timbangan mizan amal di akhirat nanti?

Kalaulah ukuran pemikiran sendiri pun tidak mampu untuk menilai, bagaimana penilaian Allah ‘Azza wa Jalla?

Sedangkan Allah ta’ala hanya akan menerima amalan yang paling benar yakni betul mengikut syariat dan sunnah Ar Rasul ‎ dan yang ikhlas dalam amalannya.

Oleh itu lah, dalam memahami ayat 2 surah Al Mulk,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ‎﴿الملك: ٢﴾‏

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, (2)

Ayat,
( ليبلوكم أيكم أحسن عملا )

Imam Ibnu Katsir menyebut,
Diriwayatkan dari Qatadah : “untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya .. dan bukan yang paling banyak amalannya.”

Imam At Thabari pula menyebut,

“ supaya Dia menguji kamu dan menelek siapakah di antara kamu -wahai manusia- yang paling taat dan paling cepat bersegera menuntut keredhaanNya.”

Imam Qurthubi pula mentafsirkan,

“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik membiat persiapan mati, serta merasa bimbang takut dan berhati-hati terhadap kematian.”

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata, Rasulullah ‎ﷺ membaca
(تبارك الذي بيده الملك)
hingga ke ayat (أيكم أحسن عملا) lalu bersabda: ‘ yang paling wara’ ( memelihara diri ) daripada yang diharamkan oleh Allah dan yang paling bersegera dalam mentaati Allah.’ “

Syeikh As Sa’ady dalam tafsirnya menyebut,

“ yang paling ikhlas dan paling benar amalannya.”

Ini bererti, kalau banyak beramal pun perlu dipastikan benar berdasarkan ilmu dan ikhlas untuk dipersembahkan kepada Allah ta’ala.

Dua syarat ini disebutkan dengan jelas dalam akhir surat al-Kahfi:

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً

“Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabb-nya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan seoran gpun dalam beribadat kepada Rabb-nya.”

(Al Kahfi: 110)

Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini berkata,

“Dua hal ini merupakan dua rukun amal yang diterima. (Jadi suatu amalan) harus ikhlas kerana Allah dan sesuai dengan syari’at Rasulullah ‎.

Walaupun hati gementar memikirkan keadaan amalan sendiri, namun yakin dan percayalah bahawa,


وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ‎﴿البقرة: ١٤٣﴾‏

dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. (143)

(Al Baqarah: 143)

وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ ‎﴿آل عمران: ١٧١﴾‏

dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman. (171)

(Ali ‘Imran: 171)

فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ ‎﴿يوسف: ٩٠﴾‏

Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik, (120)

(Yusuf: 90)

Justeru, teruslah beramal, bersungguhlah, perbanyakkanlah amalan dan pertingkatkan ilmu dan keikhlasan dalam beramal.
Nota Dari Tanah Haram

JIWA TARBAWI 866

Kalaulah engkau mahukan jiwa seorang HAMBA itu tertanam dan terpasak kukuh dalam hatimu..

Mohonlah pada Allah ‘Azza wa Jalla agar mencabut kesombongan dan ketakburan dari hatimu.

Takabburlah yang akan mencegah hatimu dari menerima kebenaran.

الكبر: بطر الحقِّ وغمط النَّاس
(رواه الشيخان)

Takabbur ialah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia lain.

(HR Bukhari dan Muslim)

Takabbur menjadikan seseorang merasa diri lebih lebih baik dari orang lain. Lantas memandang rendah dan memperkecilkan orang lain.

Tidak hairanlah takabbur akan menyemai sikap berperasangka buruk kepada orang lain. Dan suka membanding-bandingkan orang lain dengan dirinya.

Takabbur juga yang sering menjadikan seseorang menggilai pujian dan kedudukan duniawi, memperbanyakkan harta untuk berbangga dan memperagakan kekayaan dan kemewahan kepada mata dunia.

Tidak hairan berbenihkan kesombongan, manusia sering berhasad dengki, cela mencela, mengintip-ngintip keaiban dan umpat mengumpat tanpa rasa bersalah dan berdosa.

Yang lebih menakutkan ialah apabila takabbur menjadikan engkau enggan tunduk patuh merendah diri pada perintah dan ajaran Allah dan RasulNya. Itu yang terjadi pada iblis. Biar pun dia tidak pernah mensyirikkan Allah ta’ala, namun ia tegar untuk tidak mahu tunduk dengan perintah Allah ta’ala agar menghirmati Adam ‘alaihis salam.

Biarpun dinasihat dengan sentuhan ayat-ayat Allah dan hadis Nabi ‎, seorang yang sombong akan menggunakan akal logiknya untuk tidak menerima kebenaran yang ada dalam nasihat dan mau’izah.

Takabbur dan sombong menyukarkan tumbuhnya rasa kehinaan diri dan ketundukan diri kepada Allah ta’ala. Susahnya untuk muncul kerendahan diri kepada manusia lain.

Sifat sombong dan takabbur menjadikan seseorang itu suka dipuji atas ibadah dan amalan kebaikan yang ia lakukan. Maka suburlah sifat riya’ dan ‘ujub dalam hatinya. Maka biar pun banyak ibadah dan amalan, segala amalan itu tiada kesan pada jiwanya dan tiada pahala di sisi Allah ta’ala.

Oleh kerana itulah, sifat takburlah yang akan menghalangmu dari dapat masuk ke syurga.

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong.

(HR Muslim, 51)

Kerana kesombongan adalah sifat ahli neraka.

عَنْ حَارِثَةَ بْنِ وَهْبٍ الخُزَاعِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الجَنَّةِ؟ كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَاعِفٍ، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ. أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ؟ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ.

Daripada Harithah bin Wahab Al Khuza’ie daripada Nabi ‎ bersabda, “Tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli syurga? Iaitu orang-orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya, tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Iaitu setiap orang yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong”. 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Justeru, seriuslah bermohon kepadaNya agar dicabut kesombongan dari hati. Jalan menjadi seorang HAMBA akan lebih mudah jika hatimu terubat dari penyakit kesombonganitu.



⁃ Menjelang Wada’
Nota Dari Tanah Haram


JIWA TARBAWI 867

Setiap manusia, boleh sahaja terus berhubung dengan Allah, Tuhan mereka.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ ‎﴿البقرة: ١٥٢﴾‏

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (152)

(Al Baqarah: 152)

عن أنس بن مالك وأبي هريرة رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربه عز وجل قال: «إذا تَقَرَّبَ العبدُ إليَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إليه ذِرَاعًا، وإذا تَقَرَّبَ إليَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا، وإذا أتاني يمشي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً». رواه البخاري ومسلم ).

Dari Anas bin Mālik dan Abu Hurairah -raḍiyallāhu 'anhumā- dari Nabi ‎ sebagaimana yang diriwayatkan dari Tuhannya -'Azza wa Jalla-, Dia berfirman, (haadis qudsi) :

"Jika seorang hamba mendekati-Ku sejengkal, niscaya Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, niscaya Aku mendekatinya satu depa. Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, niscaya Aku mendatanginya dengan berlari kecil."
(HR Bukhari dan Muslim)

Justeru, manusia masih memerlukan petunjuk (hidayah) dan bimbing (taufiq). Manusia tidak boleh membuat jalannya sendiri untuk berhubung dan mendekati Allah ta’ala.

Oleh kerana itulah, para nabi dan rasul diutus Allah ta’ala.

وَمَآأَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّنُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لآ إِلَهَ إِلآ أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya : “Bahwasanya tidak ada Ilah(tuhan yang hak disembah) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

(Al Anbiyaa: 25)

أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ قُل لآأَسْئَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِنْ هُوَ إِلاَّ ذِكْرَى لِلْعَالَمِينَ

Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: “Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al Qur’an)”. Al Qur’an itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat.

(Al An’am: 90)

Sesungguhnya Allah ta’ala terus menerus mengekal dan memelihara kesan-kesan peninggalan nabi dan rasul, bukan sekedar ajarannnya, bahkan termasuk masjid-masjidnya.

Ambillah ruh dan jalan ketaatan dan ibadah serta ruh perjuangan mereka agar tetap istiqamah di atas jalan mereka para nabi dan rasul.

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَـٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـٰئِكَ رَفِيقًا ‎﴿النساء: ٦٩﴾‏

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (69)

(An Nisa’: 69)

Daripada Abu Darda’ dan Jabir R.A, daripada Nabi ‎ bersabda:

“Kelebihan solat di Masjid al-Haram berbanding di tempat lain adalah 100 000 kali solat, di masjidku ini ( masjid nabawi) 1000 kali solat, dan di Masjid Baitul Maqdis adalah 500 kali solat.”

(Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Sughra no:1821 dan dihasankan olehnya).


⁃ dari Masjid Nabawi menunggu solat Isya’.
JIWA TARBAWI 867



Kematian bukanlah sesuatu yang menakutkan dan membimbangkan, dan bukanlah sesuatu yang menyedihkan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ‎﴿البقرة: ٢٧٧﴾‏

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (277)

(Al Baqarah: 277)

Kematian adalah permulaan satu kehidupan baru bagi ruh manusia tanpa keperluan fizikal jasadnya. Bahakan hidup selepas mati masih dianugerahi oleh Allah ta’ala lagi dengan pelbagai nikmat.

Nikmat di dalam kubur adalah termasuk dalam hakikat-hakikat ghaib yang tsabit buktinya melalui perkhabaran yang yakin lagi mutawatir.

Antaranya:

Kuburnya diterangi cahaya dan dilapangkan.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah ‎ bersabda:

إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ ، أَوْ قَالَ : أَحَدُكُمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا : الْمُنْكَرُ ، وَالآخَرُ : النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ

Apabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?
Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya. Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.”

(HR al-Tirmizi,1071 dan Ibn Hibban, 3117)
 
Setiap pagi dan petang, akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya di Syurga di dalam kubur tersebut.

Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah ‎ bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Setiap seorang daripada kamu, manakala telah mati akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga maka (akan diperlihatkan seperti) ahli syurga dan jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka. Dikatakan kepadanya, “Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan semula pada hari kiamat.”

(HR al-Bukhari,1379 dan Muslim, 2866)

Memperoleh wangian dan haruman daripada Syurga serta kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.

Daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.A, katanya: Kami pernah bersama Rasulullah ‎ mengiringi jenazah seorang lelaki Ansar sehinggalah kami sampai di kuburan dan menunggu disiapkan liang lahad. Rasulullah ‎ duduk dan kami duduk di sekeliling baginda seolah-olah di atas kepala kami ada burung. Pada tangan Rasulullah ‎ terdapat satu tongkat yang dicacak ke tanah. Nabi ‎ bersabda (antaranya):

...
فَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ: مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللهُ، فَيَقُولَانِ: وَمَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ فَيَقُولُ هُوَ رَسُولُ اللهِ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ، قَالَ: فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ صَدَقَ عَبْدِي فَافْرِشُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا مِنَ الْجَنَّةِ فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا، وَيُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ،


...Kemudian dua orang malaikat datang kepada roh dan duduk di sisi. Kedua-duanya bertanya: Siapakah tuhan kamu? Lalu roh mukmin menjawab: Tuhanku ialah Allah. Mereka bertanya lagi: Apakah agama kamu? Dia menjawab: Agamaku Islam. Mereka bertanya lagi: Siapakah orang ini yang dibangkitkan dalam kalangan kamu? Roh menjawab: Dia ialah utusan Allah. Mereka bertanya lagi: Bagaimana engkau mengetahuinya? Dia menjawab: Aku membaca Kitabullah Azza wa Jalla, lalu aku beriman dan mempercayainya.
Lalu penyeru menyeru daripada langit: “Hambaku benar! Bentangkan untuknya syurga. Pakaikan ia dengan pakaian daripada syurga. Bukakanlah pintu syurga untuknya.” Dia pun mendapat wangian dan harumnya angin syurga, serta kuburannya diluaskan sejauh mata memandang.

(HR Abu Daud, 4753 dan Ahmad, 4/287)

Beruntunglah mereka yang telah mendahului.

وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ

“Dan sesungguhnya insya Allah kita pasti bertemu.”

(HR Muslim, 367)

Justeru, persiapkanlah dirimu dengan kesempurnaan iman dan amal soleh untuk kembali kepadaNya.


⁃ Mengenang 5 kematian di kalangan sahabat, rakan dan kenalan sebelum, ketika dan selepas berada di Haramain.




ABi
JIWA TARBAWI 868


Adakala nya engkau inginkan sangat sesuatu yang indah dan lazat dari nikmat dunia. Namun, Allah ta’ala tidak memberikannya padamu. Yang diberi ialah jalan kemudahan untuk keselamatan akhiratmu. Maka, bersyukurlah kerana Allah ta’ala menentukan sesuatu yang jauh lebih indah dan lazat dari nikmat duniamu yang engkau idamkan.

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ‎﴿البقرة: ٢١٦﴾‏

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (216)

(Al Baqarah: 216)

وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ‎﴿القصص: ٦٠﴾‏

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? (60)

(Al Qasas: 60)



ABi
JIWA TARBAWI 869




Membaca Al Quran hari ini, Al Quran mengingatkan tentang kematian - AL MAUT.

Ingatan tentang kematian menggamit hati.

Suatu yang pasti dan tidak akan dapat melarikan diri.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ‎﴿آل عمران: ١٨٥﴾‏

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)

(Ali ‘Imran: 185)

Kematian mengingatkan tentang adanya kehidupan selepasnya. Dan itulah kehidupan sebenar yang semesti dijadikan matlamat kesenangan dan keselamatan. Bukannya kehidupan dunia yang menipu dan menjanjikan angan-angan tudak berkesudahan.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿الأنبياء: ٣٥﴾‏

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (35)

(Al Anbiya’: 35)

Kematian mengingatkan tentang hidup di dunia hanyalah cubaan dan keputusannya hanya diketahui bila bertemu Tuhan.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿العنكبوت: ٥٧﴾‏

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (57)

(Al Ankabut: 57)

Kematian menumbuhkan jiwa yang akan sentiasa merasai bersedia untuk balik kepada Allah ta’ala.

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ‎﴿الجمعة: ٨﴾‏

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (8)

(Al Jumu’ah: 8)

Suatu yang pasti dan tidak akan dapat melarikan diri. Bahkan segala yang dilalui di dunia akan menjadi perhitungan untuk dibalasidi akhirat.


كفى بالموت واعظا

Cukuplah kematian sebagai pemberi nasihat.


Justeru,

أكثروا ذكر الموت فما من عبد أكثر ذكره إلا أحيى الله قلبه وهوّن عليه الموت

Perbanyakkanlah mengingati mati. Tiadalah seseorang hamba banyak mengingatinya melainkan Allah menghidupkan hatinya dan meringankan kematian baginya.

( HR Dailami)



ABi
JIWA TARBAWI 870


Biarpun di dunia, manusia gembira hidup berkeluarga, bermasyarakat, berjamaah..

Manusia cenderung dengan apa yang ada pada bangsa, kaum, kumpulannya..

Manusia suka kemeriahan beramai-ramai..

Namun, Dia Allah ta’ala mahu berjumpa dengan setiap manusia secara personal dan sendiri-sendiri.

إِن كُلُّ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا ‎﴿٩٣﴾‏ لَّقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا ‎﴿٩٤﴾‏ وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا ‎﴿٩٥﴾‏ ‎﴿مريم: ٩٣-٩٥﴾‏

Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. (93) Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. (94) Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri. (95)

(Maryam: 93-95)

Justeru, bersiap-siaplah dengan ibadah dan amal kebaikanmu.



ABi
JIWA TARBAWI 871


Akhirnya nanti, bila manusia dijemput oleh kematian dan dibangkit di hari akhirat, barulah mereka faham dan sedar bahawa hidup sebenarnya adalah soal HAMBA dengan TUHAN.

Ibnu ‘Umar, beliau mendengar Rasulullah ‎ bersabda:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ وَيَسْتُرُهُ فَيَقُولُ أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا فَيَقُولُ نَعَمْ أَيْ رَبِّ حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ قَالَ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ فَيُعْطَى كِتَابَ حَسَنَاتِهِ وَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُونَ فَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Aku telah mendengar Rasulullah ‎ bersabda: “Sesungguhnya Allah mendekati seorang mukmin, lalu meletakkan padanya tabir dan menutupinya (dari pandangan orang lain), lalu (Allah) berseru : ‘Tahukah engkau dosa ini? Tahukah engkau dosa itu?’ Mukmin tersebut menjawab,’Ya, wahai Rabb-ku,’ hingga bila selesai meyampaikan semua dosa-dosanya dan mukmin tersebut melihat dirinya telah binasa, Allah berfirman,’Aku telah rahsiakan (menutupi) dosa itu di dunia, dan Aku sekarang mengampunimu,’ lalu ia diberi kitab kebaikannya. Sedangkan orang kafir dan munafik, maka Allah berfirman : ‘Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Rabb mereka’. Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim”.

(HR Bukhari, 2261)


Beruntunglah mereka yang hidupnya dalam keadaan beriman, matinya dalam keadaan beriman dan dibangkitkan dalam keadaan beriman.


Justeru, jagailah dan suburkanlah iman dalam dirimu.



ABi
JIWA TARBAWI 872

Ibrah dari kisah Qarun.

1. Harta dan kekayaan adalah ujian besar bagi manusia. Ianya bukannya ukuran tanda kasih dan redha Allah ta’ala kepada seseorang. Ramai manusia yang kebanggaannya terhadap harta dan kekayaan menenggelamkan dan menghayutkannya dari bersyukur pada Allah ta’ala Sang Pemberi Nikmat. Ini disebabkan ia menyandar dan menisbahkan kekayaan dan kekuasaan itu datang dari kehebatan diriny sendiri.

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ ‎﴿٧٦﴾‏ 


Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri".

(Al Qasas: 76)


قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي ۚ أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا ۚ وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ ‎﴿٧٨﴾‏ ‏ 

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.

(Al Qasas: 78)

2. Manusia ramai yang sering terpengaruh dengan mereka yang kaya dan berkuasa. Sehingga hilang pertimbangan benar dan salah. Mereka tertipu dengan rupa kekayaan dan kekuasaan.

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ ‎﴿٧٩﴾‏ 

Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar".

(Al Qasas: 79)

3. Hanya mereka yang diberi oleh ilmu yang benar akan dapat membuat penilaian yang benar tentang kehidupan. Keimanan, amal saleh dan bersabar adalah jalan wasilah untuk mendapat kesenangan dan kebahagiaan sebenar di dunia dan akhirat.

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِّمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ ‎﴿٨٠﴾

Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar".

(Al Qasas: 80)

4. Bila kekayaan dan kekuasaan jadi sebab kebinasaan, tiada siapa akan dapat menolong kerana itu adalah kehendak Allah ta’ala jua.

 فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنتَصِرِينَ ‎﴿٨١﴾‏

Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).

(Al Qasas: 81)

5. Justeru, menyesallah di dunia agar terselamat dari penyesalan di akhirat.

 وَأَصْبَحَ الَّذِينَ تَمَنَّوْا مَكَانَهُ بِالْأَمْسِ يَقُولُونَ وَيْكَأَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ ۖ لَوْلَا أَن مَّنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا لَخَسَفَ بِنَا ۖ وَيْكَأَنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ ‎﴿٨٢﴾

Dan jadilah orang-orang yang kelmarin mencita-citakan kedudukan Karun itu, berkata: "Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula).
Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)".

(Al Qasas: 82)




ABi
JIWA TARBAWI 873

Dikenali untuk terkenal vs Dikenali untuk tersebarnya kebenaran dan kebaikan.



Dikenali untuk terkenal.


Gembira dan bangga bila terkenal.

Seronok dengan puji pujian.

Sedikit mengingati dan mensyukuri Allah ta’ala.


فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ ‎﴿٧٩﴾‏ 

Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar".

(Al Qasas: 79)

فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَنَا أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا ‎﴿الكهف: ٣٤﴾‏

maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat" (34)

(Al Kahfi: 34)


قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي﴿٧٨﴾‏ ‏ 

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku"..

(Al Qasas: 78)


Allah ta’ala mengutus para rasul untuk dikenali agar menyebarluaskan dan menzahirkan kebenaran dan kebaikan.

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ‎﴿الصف: ٩﴾‏

Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (9)

(As Saf: 9)

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ‎﴿سبإ: ٢٨﴾‏

Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. (28)

(Saba’: 28)

Selawat dan salam atas Junjungan Ar Rasul ‎ yang diutus untuk dikenali dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ‎﴿الأنبياء: ١٠٧﴾‏

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (107)

(Al Anbiya’: 107)


Justeru, bila dikenali dan terkenal maka sebar luaskanlah kebenaran dan kebaikan dan bukannya mengajak manusia kepada dirimu sendiri.




ABi
JIWA TARBAWI 874

Apabila melihatnya..

Seorang Da'ie, setiap kata-katanya adalah dakwah yang terisi dengan ruh, ilmu dan keikhlasan. Akhlaq dan amalannya juga adalah dakwah dan qudwah kepada manusia.

Sabda Ar Rasul ‎ :

خياركم من ذكركم بالله رؤيته وزاد في علمكم منطقه ورغبكم في الآخرة عمله
أخرجه الحكيم

" Sebaik-baik kamu ialah seorang yang bila melihatnya mengingatkan kamu pada Allah, kata-katanya menambah ilmu kamu dan amalannya menambah cenderung mu pada akhirat".

(HR Hakim)


Justeru, jadikan dirimu penyebar dan penzahir kebenaran dan kebaikan.




ABi
JIWA TARBAWI 875


Dua perkara yang pasti. Satu yang manusia bimbang dan bersibuk. Satu lagi manusia mengelak dan cuba lari.

Yang manusia bimbang dan bersibuk ialah REZEKI. Sedangkan ianya telah ditentukan oleh Allah ta’ala sejak manusia berada di dalam rahim ibunya.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ ‎﴿هود: ٦﴾‏

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (6)

(Hud: 6)

 وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ ‎﴿طه: ١٣٢﴾

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (132)

(Thahaa: 132)

Rasulullah ‎ bersabda dalam sebuah hadis sahih

عَنْ أَبِيْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ الله ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ حَدَّثَنَا رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِيْ بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا نُطْفَةً ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةًمِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْسَعِيْدٌ .

Diriwayatkan dari Abdur Rahman, iaitu Abdullah bin Mas'ud r.a. Katanya: Telah menceritakan kepada kami Rasulullah ‎ : "Sesungguhnya salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu 40 hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu 40 hari. Lalu diutus seorang malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk menuliskan 4 perkara, iaitu: menulis rezekinya, umurnya, pekerjaannya dan kecelakaan atau kebahagiaan hidupnya'.

(HR Bukhari dan Muslim)


Namun begitu, manusia sampai sanggup melakukan perkara yang terlarang semata-mata kerana bimbang dan takut kepada ketiadaan rezeki.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا ‎﴿الإسراء: ٣١﴾‏

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (31)

(Al Isra’: 31)

َ
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ أَمِنَ الْحَلَالِ أَمْ مِنْ الْحَرَامِ

“Akan datang suatu masa pada manusia, seseorang tidak peduli terhadap apa yang digenggamnya, apakah dari halal atau dari yang haram“

(HR Bukhari)

Yang manusia mengelak dan cuba lari ialah MATI.

 قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ‎﴿الجمعة: ٨﴾

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

(Al Jumu’ah: 8)

عَنْ مُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُثِّلَ ابْنُ آدَمَ وَإِلَى جَنْبِهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ مَنِيَّةً إِنْ أَخْطَأَتْهُ الْمَنَايَا وَقَعَ فِي الْهَرَمِ

Dari Mutharrif bin Abdillah bin asy-Syikhkhir, dari bapanya, ia berkata: Rasûlullâh ‎ bersabda, “Telah diciptakan dekat anak Adam sembilan puluh sembilan musibah (sebab kematian).
Jika dia tidak terkena semua musibah itu, dia pasti mengalami ketuaan.”

(HR Tirmizi, no. 2456; Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, 2/211)


Justeru, apa yang mesti menjadi pegangan seorang hamba itu ialah serahkanlah urusan yang pasti itu kepada Allah ta’ala, Tuhan yang menentukannya. Manakala sebagai seorang hamba, persiapkanlah diri dengan bekalan ilmu dan amalan ketakwaan untuk menghadapi kehidupan selepas MATI yang ia sendiri tidak tahu apakah untung nasibnya di akhirat nanti.

إنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ‎﴿لقمان: ٣٤﴾

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya (34)

(Lukman: 34)

Cukuplah kematian itu sebagai pemberi nasihat.



ABi
2024/07/01 04:07:23
Back to Top
HTML Embed Code: