Telegram Web Link
JIWA TARBAWI 800



Manusia akan lebih hanyut dan tenggelam dengan kebanggaan dan kesombongan menerima nikmat daripada mengingati dan mensyukuri Yang Memberi Nikmat.

Satu hakikat yang wajib diimani ialah, segala nikmat itu datangnya dari Allah ‘Azza wa Jalla.

Firman Allah Ta’ala :

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah lah (datangnya)”.

(An Nahl: 53)


Apabila manusia yang menisbahkan bahawa nikmat yang ia peroleh berasal dari Allah Ta’ala, ia adalah hamba yang bersyukur.

Namun, disebaliknya apabila hatinya terputus dari menisbahkan nikmat kepada Allah, maka kesombongan dan kekaguman terhadap dirinya menjadikan ia hanyut dan tenggelam dalam kebinasaan kufur nikmat.

Seperti Qarun yang berkata,

إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي

“Sungguh harta dan kenikmatan yang aku miliki itu aku dapatkan dari ilmu yang aku miliki”

(Al-Qashash: 78).

Juga Si Pemilik kebun (Al Kahfi)

أَنَا أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا ‎﴿الكهف: ٣٤﴾‏

Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat" (34)

(Al Kahfi: 34)

الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ ‎﴿٢﴾‏ يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ ‎﴿٣﴾‏ ‎﴿الهمزة: ٢-٣﴾‏

yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung, (2) dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya,

Al Humazah: 2-3

Kerakusan nafsu dan kekaguman diri amat membinasakan diri manusia. Hidup hanya menjadi tempat melayan keinginan nafsu terhadap nikmat dunia.


Allah Ta’ala berfirman,

وَيَوْمَ يُعْرَضُ الَّذِينَ كَفَرُوا عَلَى النَّارِ أَذْهَبْتُمْ طَيِّبَاتِكُمْ فِي حَيَاتِكُمُ الدُّنْيَا وَاسْتَمْتَعْتُمْ بِهَا فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ

Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): "Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan karena kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan karena kamu telah fasik". (20)

Al Ahqaaf: 20


Nabi ‎ bersabda,

ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه

“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”

(HR Bazzar)

Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh penyebab yang boleh menyebabkan takabbur iaitu:

1. Ilmu pengetahuan. Mereka yang berilmu tinggi atau berpendidikan tinggi berasa dirinya orang yang paling pandai apabila dibandingkan dengan orang yang tidak berilmu atau berpendidikan.

2. Amal ibadah dapat menyebabkan sifat takabbur apatah lagi, apabila mendapat perhatian daripada orang lain.

3.Keturunan dapat menyebabkan takabbur kerana menganggap dirinya lebih tinggi darjatnya daripada kelompok lain.

4. Kecantikan dan ketampanan wajah menjadikan ia memandang rendah orang lain.

5. Harta dan kekayaan. Ia menjadikan seseorang itu meremehkan orang miskin.

6. Kekuatan dan kekuasaan. Dengan kelebihan itu, mereka dapat berbuat sewenang-wenangnya terhadap orang lain.

7. Banyak pengikut, teman atau sahabat karib yang berkedudukan tinggi.

Justeru, belajarlah mensyukuri nikmat biar sekecil mana pun ia.
Kerana semua nikmat itu datang dariNya.


Dari An Nu’man bin Basyir, Nabi ‎ bersabda,

مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ

“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.”

(HR. Ahmad, 4/278)



ABi
JIWA TARBAWI 801


Alangkah eloknya jika para da’ie ila Allah terus bercakap kepada HATI manusia.

HATI manusia perlukan bimbingan yang dapat mengasuh dan mengeluarkannya dari:

⁃ Syak dan keraguan kepada kejelasan dan keyakinan.

⁃ Takabbur dan kesombongan kepada tawadhu’ dan kerendahan hati.

⁃ Riya’ dan kekaguman manusia kepada keikhlasan dan kejernihan hati.

⁃ Cinta dan kerakusan terhadap dunia kepada zuhud dan cintakan akhirat.

Justeru, ajaklah dan serulah HATI manusia kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan bukan kepada dirimu sendiri.



وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ‎﴿فصلت: ٣٣﴾‏

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (33)

Fussilat: 33

. قُلْ هَـٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ‎﴿يوسف: ١٠٨﴾‏

Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (108)




ABi
JIWA TARBAWI 802


Bila Allah ta’ala menguji, belajarlah menikmati ujianNya itu.

Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

مَا يَزَالُ الْبَلاَءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ حَتَّى يَلْقَى اللهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ

“Ujian akan selalu menimpa seorang mukmin dan mukminah, baik pada dirinya, pada anaknya mahupun pada hartanya, sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa dosa sedikitpun.”
 
HR At-Tirmizi, 239

Kerana manusia tidak akan tahu hakikat pelbagai balasan untuk sabar dan redha terhadap ujian yang datang sehinggalah bertemuNya nanti di akhirat.

فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿السجدة: ١٧﴾‏

Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan. (17)

As Sajadah: 17

Justeru, tabahlah dan bertahanlah. Hidup di dunia ini hanya sebentar sahaja.

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ كَأَن لَّمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِّنَ النَّهَارِ يَتَعَارَفُونَ بَيْنَهُمْ قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ ‎﴿يونس: ٤٥﴾‏

Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia). (45)

Yunus : 45





ABi
JIWA TARBAWI 803



Ada kalanya celaan, makian dan fitnah manusia lebih baik daripada puji pujian. Pujian sering menjadikan diri kagum dengan diri sendiri. Manakala celaan, makian dan fitnah mengajar bersabar dan bermuhasabah diri sendiri.

Kagum terhadap diri sendiri pula merupakan suatu sifat yang amat membinasakan.

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

ﺛَﻠَﺎﺙٌ ﻣُﻬْﻠِﻜَﺎﺕٌ : ﺷُﺢٌّ ﻣُﻄَﺎﻉٌ ﻭَﻫَﻮًﻯ ﻣُﺘَّﺒَﻊٌ ﻭَﺇِﻋْﺠَﺎﺏُ ﺍﻟْﻤَﺮْﺀِ ﺑِﻨَﻔْﺴِﻪِ

“Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan: (1) tamak lagi kikir, (2) mengikuti hawa nafsu (yang selalu mengajak pada keburukan) dan (3) ujub (takjub kagum pada diri sendiri).”

HR. Abdur Razaaq 11/304.

Dari Al-Miqdad bin Al-Aswad radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

أَمَرَنَا رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ نَحْثُوَ فِي وُجُوْهِ الْمَدَّاحِيْنَ التُّرَابَ

“Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memerintahkan kami untuk menaburkan tanah ke wajah-wajah orang yang berlebihan dalam memuji.”

HR. Muslim no. 3002

Sebenarnya doa adalah lebih diperlukan dari pujian kerana biasanya pujian dapat menipu diri kita.

Sufyan bin Uyainah berkata,

ﻻ ﻳَﻐُﺮُّ ﺍﻟﻤَﺪﺡُ ﻣَﻦ ﻋَﺮَﻑَ ﻧﻔﺴَﻪُ

“Pujian orang tidak akan menipu orang yang kenal dirinya sendiri ( ia tidak sebaik pujian itu, bahkan lebih banyak aib serta dosa).”

Hilyatul Auliya’ 7/332

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻻَ ﺗُﺆَﺍﺧِﺬْﻧِﻲْ ﺑِﻤَﺎ ﻳَﻘُﻮْﻟُﻮْﻥَ، ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْﻟِﻲْ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮْﻥَ ‏ ﻭَﺍﺟْﻌَﻠْﻨِﻲْ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻈُﻨُّﻮْﻥَ

“Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku kerana apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka perkirakan.”

HR. Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no. 761.





ABi
JIWA TARBAWI 804


Bila iman masuk ke dalam hati, mata hati akan diterangi oleh cahaya petunjuk hidayah.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla,

وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ‎﴿التغابن: ١١﴾‏

dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

At Taghabun: 11

Mata hati akan terus terang bila disuluh dengan cahaya ilmu.


قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ ‎﴿١٥﴾‏ يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ‎﴿١٦﴾‏ ‎﴿المائدة: ١٥-١٦﴾‏

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (15) Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (16)

Al Maidah: 15-16

Kesannya, mata hati jadi celik untuk melihat jalan kebenaran, sukakan kebaikan, mencintai ilmu juga dapat membezakan antara haq dan batil.

Imam Al Ghazali menyebut kesan sentuhan ilmu kepada mata hati,

ويزيد في بصيرتك بعيوب نفسك،

ilmu menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu

ويفتح بصيرتك بآفات أعمالك حتى تحترز منها،

ilmu membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya

Ini bererti, hanya yang celik mata hatilah akan dapat mengenal keaiban diri sendiri seperti sifat- sifat mazmumah dan penyakit-penyakit hati. Juga dapat melihat kerosakan amalan seperti kejahilan, riya’ dan ‘ujub yang merosakkan keikhlasan amal.

Namun, tidak ramai yang peduli tentang mata hatinya. Ramai yang lebih melayan keinginan dan kesukaan mata kepalanya sahaja. Maka tidak hairanlah, mata hatinya buta walaupun mata kepalanya celik.

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ‎﴿الحج: ٤٦﴾‏

kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (46)

Al Hajj : 46

Oleh itulah, ramai yang lebih nampak keaiban dan keburukan orang lain daripada melihat apa yang ada dalam dirinya.

Justeru, beruntunglah mereka yang celik mata hatinya, lalu bersibuk dengan dirinya dan akan bersungguh berusaha untuk sering bermuhasabah dan mengislah dirinya sendiri.

طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس ( أخرجه الديلمي )

"Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya daripada keburukan aib manusia "

HR Dailami

عن شداد بن أوس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله

Dari Syaddad bin Aus berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang yang cerdas adalah orang yang menghitung-hitung dirinya dan beramal untuk setelah kematian, sebaliknya orang yang lemah adalah orang yang mengikuti jiwanya dengan hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah."

HR Ahmad, 16501




ABi
JIWA TARBAWI 805



Menghargai kebaikan manusia..

Manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Biarpun pada hakikatnya Allah ‘Azza wa Jalla sahajalah yang menentukan rezeki, namun Dia salurkan kepada manusia melalui tangan-tangan manusia jua.

عَنْ  أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ  مَنْ نَـفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُـرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا ، نَـفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُـرْبَةً مِنْ كُـرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَـى مُـعْسِرٍ ، يَسَّـرَ اللهُ عَلَيْهِ فِـي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ،


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , Nabi ‎ bersabda,

“Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat.

HR Muslim, 2699

Allah ‘Azza wa Jalla datangkan bantuan dan pertolongan melalui hamba-hambaNya yang baik. Beruntunglah dan berbahagialah mereka yang dipilih oleh Allah ta’ala melalui tangannya, ia meringankan dan melapangkan kesulitan orang lain.

وَمَنْ كَانَ فِـيْ حَاجَةِ أَخِيْهِ ، كَانَ اللهُ فِيْ حَاجَتِهِ ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ ، فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ


Barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allâh Azza wa Jalla sentiasa akan menolongnya. Barangsiapa melapangkan kesulitan orang Muslim, maka Allâh akan melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di hari Kiamat

HR. Bukhâri, 2442, Muslim, 2580


Dari Abu Qatâdah Radhiyallahu anhu, Nabi ‎ bersabda :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُـنْجِيَهُ اللهُ مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ؛ فَلْيُنَفِّسْ عَنْ مُعْسِرٍ أَوْ يَضَعْ عَنْهُ

Siapa ingin diselamatkan oleh Allâh dari kesulitan-kesulitan hari Kiamat, hendaklah ia meringankan orang yang kesulitan (hutang) atau membebaskan hutangnya.

HR. Muslim, 1563


Justeru, hargailah orang-orang di sekeliingmu. Kerana doa dan permintaaanmu kepada Allah ‘Azza wa Jalla akan ditunaikan melalui tangan-tangan mereka.

Daripada Abu Hurairah, Nabi ‎ bersabda:

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

“Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”

HR Abu Daud,4811 dan al-Tirmizi, 1954

Dari Usamah bin Zaid R.A, Rasulullah ‎ bersabda:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ (جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا) فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

“Sesiapa yang dilakukan padanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut: “Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian.”

HR al-Nasa’ie, 9937 dan al-Tirmizi, 2035


Begitu juga sabda Rasulullah ‎ ,

مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ

“Sesiapa yang telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati sesuatu yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdo’alah untuknya hingga engkau menganggap bahawa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.”

Riwayat Abu Daud, 1672

Daripada Jabir R.A, Rasulullah ‎ bersabda:

مَنْ أُعْطِيَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ ، وَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ ، فَإِنَّ مَنْ أَثْنَى فَقَدْ شَكَرَ ، وَمَنْ كَتَمَ فَقَدْ كَفَرَ

“Siapa yang diberi pemberian maka hendaklah dia membalasnya dengan itu pula. Kalau tidak maka dengan memuji, sebab dengan memuji bererti telah bersyukur dan sesiapa yang menyembunyikan (kebaikan orang padanya) bererti dia telah kufur (nikmat)”

HR Abu Daud, 4813 dan al-Tirmizi, 2034




ABi
JIWA TARBAWI 806


Adakalanya, bila hati dirundung malang, jiwa dan fikiran jadi buntu.

Bila apa yang hendak dicapai tidak menjadi, jiwa jadi hampa, kecewa dan putus asa.

Hati bagaikan tubuh sakit yang tidak bermaya. Bercelaru dengan pelbagai langkah yang tidak pasti untuk dituruti.

Jiwa bagaikan ruang kosong yang tidak bererti. Terasa tiada tempat untuk berpaut.

Kerana itulah, jiwa manusia sentiasa perlukan nasihat yang melapangkan dada. Perlukan penyembuhan untuk menyegarkannya semula. Juga, petunjuk yang memandu kehidupan. Serta sentuhan kasih sayang yang menghangatkan kekuatan perasaan.

Wahai jiwa, Tuhan mu amat mengerti keperluan dan rintihanmu itu.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu Tuhanmu Yang Maha Mengetahui,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ‎﴿يونس: ٥٧﴾‏

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi NASIHAT pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi PENAWAR bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah PETUNJUK untuk keselamatan, serta membawa RAHMAT bagi orang-orang yang beriman. (57)

Yunus: 57

Al Quran mengandungi NASIHAT,
PENAWAR, PETUNJUK dan RAHMAT.

Justeru, terimalah Al Quran dan dampingilah ia dengan sepenuh hati mu agar terisi jiwamu dengan sentuhan rahmat kasih sayang Allah, Tuhanmu.




ABi
JIWA TARBAWI 807


Hati yang dianugerahi dengan SABAR, ia sudah tidak perlukan apa-apa yang lain biarpun ia kehilangan dunia dan isi kandungannya. Kerana HATI itu telah mendapat Allah, Sang Penganugerah SABAR.

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ‎﴿البقرة: ١٥٣﴾‏

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

( Al Baqarah: 153 )

وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar.

( Ali Imran: 146)

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ ‎﴿الزمر: ١٠﴾‏

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

( Az Zumar: 10 )

‎عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ مِنْ عَطَاءٍ خَيْرٌ وَأَوْسَعُ مِنْ الصَّبْرِ

Diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudriy radhiyallahu ’anhu bahwasanya Rasulullah ‎ bersabda:
“Dan tidakklah seseorang diberi sesuatu (oleh Allah) yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.”

(HR. Al-Bukhari, 1376 dan Muslim, 1745)


Justeru, berSABARlah.



ABi
JIWA TARBAWI 808



Manusia selalu terlalu fokus pada tubuh badannya. Apa keperluan makan minumnya. Kesihatan tubuhnya. Kecantikan dan ketampanannya.

Namun, manusia sering lupa dan leka, bahawa dalam dirinya ada RUH yang menjadi hakikat sebenar dirinya.

ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ‎﴿السجدة: ٩﴾‏

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.

(As Sajadah: 9)

Ruh perlukan bekalan ilmu dan amalan ibadat untuk perkuatkannya.

Dalam dirinya ada AQAL yang boleh memandu hidupnya dan membezakan antara baik dan buruk. Juga untuk memahami petunjuk Allah ‘Azza wa Jalla .

كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ‎﴿البقرة: ٢٤٢﴾‏

Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum-Nya) supaya kamu memahaminya.

(Al Baqarah: 242)

Aqal perlukan ilmu dan petunjuk dari sumber wahyu langit untuk memimpinnya.

Juga, ada dalam dirinya ialah HATI, yang menjadi raja yang memerintah seluruh anggotanya.

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

“Dan ketahuilah, bahawa pada setiap tubuh itu, ada segumpal daging yang apabila baik, maka baiklah seluruh tubuh tersebut. Namun, apabila rosak, maka rosaklah seluruh tubuh tersebut. Ketahuilah, bahwasanya itu adalah hati."

(HR Bukhari, 50)

Hati perlukan ilmu, hidayat, iman dan taqwa untuk jadikannya tulus dan sejahtera.

Dan ada juga dalam dirinya juga ialah NAFSU yang sentiasa mahukan berbagai keinginan.

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
‎﴿آل عمران: ١٤﴾‏

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

(Ali ‘Imran: 14)

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ ‎﴿يوسف: ٥٣﴾‏

sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan

(Yusuf: 53)

Nafsu perlukan tazkiyyah penyucian dan kekangan mujahadah untuk tundukkannya pada pengabdian kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

Justeru, kenalilah dirimu yang sebenar dan usahakanlah keperluan sebenar untuk dirimu itu. Kejahilan dan kealpaan terhadap dirimu, akan benar-benar membinasakan kehidupanmu di dunia dan akhirat.



ABi
JIWA TARBAWI 809



Seorang insan mulia pernah berkata,

كيف أخاف من الفقر وأنا عبد الغني

“Bagaimana aku takut dengan kefakiran sedangkan aku adalah Hamba kepada Zat Yang Maha Kaya.”


Justeru, menyedarkan manusia tentang hakikat dirinya yang faqir (فقير) iaitu sangat berhajat kepada Tuhan Yang Maha Kaya itu adalah lebih utama dari mengajarkannya untuk menjadi kaya tetapi takut dan bimbang dengan kefakiran harta.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ ‎﴿فاطر: ١٥﴾‏

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

(Fathir: 15)



ABi
JIWA TARBAWI 810


Usahlah rasa lemah hina diri dan sedih andainya engkau tidak memilikki nikmat dunia seperti yang engkau harapkan. Engkau tinggi di sisiNya jika engkau memilikki iman.

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ‎﴿آل عمران: ١٣٩﴾‏

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

(Ali ‘Imran: 139)

Sebenarnya, nikmat dunia tidak layak untuk dijadikan balasan dan ganjaran akhir bagi orang yang beriman. Ini disebabkan kerana:

Nikmat dunia adalah kesenangan yang sementara, menipu dan akan binasa.

Nikmat dunia hanyalah permainan dan senda gurau sahaja.

Nikmat dunia dapat dirasai juga oleh mereka kufur dan engkar.

Nikmat dunia hanyalah perhiasan dan satu ujian untuk orang yang beriman.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ‎﴿آل عمران: ١٨٥﴾‏

Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Ali ‘Imran: 185)

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ‎﴿٧﴾‏ وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا ‎﴿٨﴾
‎﴿الكهف: ٧-٨﴾‏

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. (7) Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus(8)

(Al Kahfi: 7-8)

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ‎﴿الأنعام: ٣٢﴾‏

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

(Al An’am: 32)


Allah ‘Azza wa Jalla menjadikan akhirat sebagai tempat untuk membalas keimanan dan ketakwaan kerana:

Nikmat akhirat jauh lebih baik dan kekal selamanya.

Nikmat akhirat jauh lebih luas dan tidak tergambar keindahan dan nikmatnya.

Nikmat akhirat bukan satu ujian, bahkan balasan yang tidak putus-putus.

فَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ لِلَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
‎﴿الشورى: ٣٦﴾‏

Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.

(As Syura : 36)

وَلَلْآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلًا ‎﴿الإسراء: ٢١﴾‏

Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya.

(Al Isra’: 21)

سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ‎﴿الحديد: ٢١﴾‏

Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.

(Al Hadid: 21)

فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
‎﴿السجدة: ١٧﴾‏

Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.

(As Sajadah: 17)

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ ‎﴿فصلت: ٨﴾‏

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya".

(Fussilat: 8)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ذُخْرًا بَلْهَ مَا أَطْلَعَكُمْ اللَّهُ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah Nabi ﷺ bersabda, "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: 'Aku telah menyiapkan sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas di benak manusia untuk hamba-hamba-Ku yang saleh.' Sebagai simpanan, biarkan apa yang diperlihatkan Allah pada kamu."

(HR Muslim, 5051)


Justeru, beruntunglah mereka yang beriman kerana pandangan mata hati mereka dapat melihat kehidupan akhirat, lalu memilih nikmat akhirat sebagai matlamat kehidupannya.

Dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Kami mendengar Rasulullah ‎ bersabda,

مَنْ كانت الدنيا هَمَّهُ فَرَّق الله عليه أمرَهُ وجَعَلَ فَقْرَهُ بين عينيه ولم يَأْتِه من الدنيا إلا ما كُتِبَ له، ومن كانت الآخرةُ نِيَّتَهُ جَمَعَ اللهُ له أَمْرَهُ وجَعَلَ غِناه في قَلْبِه وأَتَتْهُ الدنيا وهِيَ راغِمَةٌ


“Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan (tidak pernah merasa cukup selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya)“

(HR Ibnu Majah, 4105, Ahmad, 5/183)



ABi
JIWA TARBAWI 811



Ada ahli syurga menyesal apabila amalan mereka dibentangkan. Ini disebabkan mereka mendapati ada masa yang mereka tidak berzikir mengingati Allah ta’ala ketika hidup di dunia.

Sabda Rasulullah ‎ﷺ:

لَيْسَ يتحسر أهل الْجنَّة إِلَّا على سَاعَة مرت بهم لم يذكرُوا الله تَعَالَى فِيهَا

Tiada yang menyebabkan ahli syurga itu menyesal melainkan apabila dibentangkan kepadanya saat kehidupan mereka (di dunia dahulu), sedangkan mereka tidak mengingati Allah (berzikir kepadaNya).

(HR at-Tabrani dan al-Bayhaqi)

Al-Imam al-Munawi menjelaskan bahawa hadis ini mengingatkan kita bagaimana setiap saat yang kita lalui dunia ini, sekiranya tidak digunakan untuk perkara yang baik, , ia akan menjadi penyesalan buat kita di hari akhirat kelak.

Atas sebab itu beliau menegaskan bahawa orang yang paling beruntung di dunia ini adalah orang yang mengingati Allah dalam setiap keadaan sekalipun ketika dalam urusan dunia. Kata Imam al-Munawi:

وأن أدوم الناس على الذكر ، أوفرهم حظا ، وأرفعهم درجة ، وأشرفهم منزلة

“Dan orang yang paling konsisten mengingati Allah, adalah orang yang paling beruntung, malah orang yang paling tinggi darjatnya dan paling mulia kedudukannya.”

Lebih dahsyat lagi, al-Imam Ibn al-Qayyim menempelak kumpulan manusia yang berat lidahnya untuk berzikir menyebut dan mengingati Allah. Malah beliau menyifatkan sifat sedemikian sebagai hukuman yang Allah ta’ala tentukan ke atas mereka.

Kata Ibn al-Qayyim:

أشد عقوبة في الدنيا أن يمسك الله لسانك عن ذكره

“Seberat-berat hukuman yang dikenakan di dunia adalah Allah menahan lidah kamu dari mengingatinya.”


Justeru, lazimilah hati dan lidahmu untuk mengingati Allah ‘Azza wa Jalla. Nescaya, Dia akan sentiasa mengingatimu.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ ‎﴿البقرة: ١٥٢﴾‏

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (152)

Al Baqarah: 152




ABi
JIWA TARBAWI 812



HATI manusia sentiasa perlukan peringatan. Ini disebabkan ianya mudah dipengaruhi oleh nafsu.

Oleh itulah, hati mudah :

Leka
Lupa
Lalai
Cuai
Abai
Lemah
Malas

Di antara sebab dan puncanya:

1. Bila gilakan DUNIA dan seronok dengan kelazatannya.

2. Hati tidak kenal Allah ta’ala dengan makrifah yang sebenar. Tidak merasai keagungan sifat-sifat dan nama-namaNya yang indah.

3. Sibuk bergaul dengan KEJAHATAN dan sipelakunya.

4. Cenderung nafsu yang bersangatan kepada MAKSIAT.

5. Panjang ANGAN-ANGAN sehingga tidak langsung ada dalam hatinya persiapan kehidupan akhirat.

6. Banyak berkata-kata yang kosong dan sia-sia dari mengingati Allah ( ZIKRULLAH ).

7. Hati terputus dari mengingati MATI dan HARI AKHIRAT.

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ (٧) أُولَئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (٨)
{يونس: ٧-٨}

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan mereka redha ( puas ) dengan kehidupan akhirat dan mereka merasa tenteram dengannya, serta orang-orang yang lalai dari ayat-ayat Kami ( 7 ) mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. ( 8 )

(Yunus : 7-8)

Justeru, ambillah peringatan-peringatan dan rawatan penyembuhan hati dari Al Quran kerana ianya datang dari Tuhanmu.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿يونس: ٥٧﴾

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(Yunus : 57)



ABi
JIWA TARBAWI 813


Nabi ‎ﷺ cintakan orang miskin,

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ
أَمَرَنِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ أَمَرَنِي بِحُبِّ الْمَسَاكِينِ وَالدُّنُوِّ مِنْهُمْ وَأَمَرَنِي أَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ دُونِي وَلَا أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقِي وَأَمَرَنِي أَنْ أَصِلَ الرَّحِمَ وَإِنْ أَدْبَرَتْ وَأَمَرَنِي أَنْ لَا أَسْأَلَ أَحَدًا شَيْئًا وَأَمَرَنِي أَنْ أَقُولَ بِالْحَقِّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا وَأَمَرَنِي أَنْ لَا أَخَافَ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لَائِمٍ وَأَمَرَنِي أَنْ أُكْثِرَ مِنْ قَوْلِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ مِنْ كَنْزٍ تَحْتَ الْعَرْشِ


Dari Abu Dzar RA berkata, "Kekasihku (Rasulullah) menyuruhku dengan tujuh hal; mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, melihat kepada orang yang di bawah dan tidak melihat yang di atasku, menyambung silaturrahim walau dibenci, dan tidak meminta-minta pada seorang pun. Dan Baginda juga menyuruhku untuk berkata benar walau pahit rasanya, tidak takut cacian kerana Allah, dan memperbanyak untuk mengucapkan LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAHI (Tiada daya dan upaya kecuali dengan (pertolongan) Allah)', sebab itu adalah simpanan dari perbendaharaan syurga."


Nabi ‎ﷺ tidak pernah hidup kaya raya, bahkan Nabi ‎ﷺ tidak mewariskan harta.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari,

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ خَتَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخِي جُوَيْرِيَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ قَالَ مَا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ مَوْتِهِ دِرْهَمًا وَلَا دِينَارًا وَلَا عَبْدًا وَلَا أَمَةً وَلَا شَيْئًا إِلَّا بَغْلَتَهُ الْبَيْضَاءَ وَسِلَاحَهُ وَأَرْضًا جَعَلَهَا صَدَقَةً

Dari 'Amru bin Al Harits, saudara ipar Rasulullah ﷺ, iaitu saudara dari Juwairiyah binti Al harits berkata, ketika meninggal dunia, Rasulullah ﷺ tidak meninggalkan dirham, dinar, hamba laki-laki mahupun perempuan dan tidak meninggalkan sesuatupun kecuali baghol (haiwan peranakan kuda dengan keledai)nya yang berwarna putih, senjata perang dan tanah yang Baginda jadikan sebagai sedekah.

(HR Bukhari, 2534)

Sayugianya ulamak pewaris nabi kehidupannya juga begitu seperti Nabi ‎.

Kerana yang Nabi ‎ wariskan ialah Kitab Allah dan Sunnahnya. Nabi ‎ mewariskan ilmunya.

Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi ‎ bersabda:
 
وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”.

(HR Abu Daud , 3641)

Nabi ‎ juga bersabda :

تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه

“Telah aku tinggalkan di tengah kalian dua perkara yang kalian tak akan tersesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya; Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya.”

(HR Malik, Al-Muwaththa’, 1594)

Justeru, bid’ah paling besar bagi ulamak dunia yang merasakan dirinya dan menerima dakwaan dirinya sebagai pewaris Nabi ‎ﷺ ialah KAYA RAYA.

Justeru, berhati-hatilah.




ABi
JIWA TARBAWI 814


Alangkah ruginya jika ruang dan peluang mempengaruhi manusia tidak digunakan untuk mengajak kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Sedangkan ucapan dan kata-kata terbaik adalah dari seorang penyeru kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِين ( ٣٣)

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah sepenuhnya kepada Allah)!"

(Al Fussilat:33)

Inilah ‘influencer’ yang sebenar!

As Syahid Sayyid Qutub mentafsirkan ayat ini berkata:

إن كلمة الدعوة حينئذ هي أحسن كلمة تقال في الأرض، وتصعد في مقدمة الكلم الطيب إلى السماء.

“Kalimat-kalimat dakwah yang diucapkan oleh para pendakwah adalah kalimat paling baik, ia berada pada barisan pertama di antara kalimat-kalimat yang baik yang mendaki ke langit.”

(Fii Zilaalil Qur’an)

‘Influencer’ yang sentiasa mempengaruhi manusia dengan usaha ini,

يد عو الناس من خمس إلى خمس : من الشك إلى اليقين ومن الرياء إلى الإخلاص ومن الرغبة إلى الزهد ومن الكبر إلى التواضع ومن العداوة إلى النصيحة

“..seorang yang mengajak manusia dari 5 kepada 5:
1. Dari syak ragu kepada yakin
2. Dari riya’ kepada ikhlas
3. Dari gilakan dunia kepada zuhud
4. Dari takabbur sombong kepada tawadhu’ rendah diri
5. Dari kebencian permusuhan kepada nasihat perdamaian.”

Alangkah ruginya jika engkau seorang influencer tetapi tidak menyeru kepada Tuhanmu.

Justeru, luruskanlah ‘allignment’ hatimu.




ABi
JIWA TARBAWI 815


Dahulukan akalmu.

Ulul albab adalah orang yang menggunakan akalnya yang sihat untuk mengenal siapakah Allah, Tuhannya. Bagaimanakah keagunganNya. Bagaimanakah kebijaksanaan dan keadilanNya. Semuanya itu dengan melihat dan merenung ayat-ayat Allah. Samaada ayat kauniyah (ciptaan-Nya) yang ada di langit atau di bumi, mahu pun ayat Syar’iyah (hukum Allah) yang ada di dalam KitabNya. Sehingga dia akan semakin tunduk, patuh, taat dan pasrah kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

Untuk seseorang itu sempurna agamanya, perlulah akalnya digunakan sebaik mungkin. Bukan hanya dengan semangat dan emosi. Kerana, semangat dan emosi sering hanyut dan dikuasai oleh nafsu. Dan nafsu sering pula menghijab kebenaran dan kewarasan.

Akal dapat menerima dan mengambil ingatan dalam membina keimanan dan ketaqwaan.

﴿.. فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ آمَنُوا قَدْ أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ ذِكْرًا ﴾.
(الطلاق: 10)

Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna (iaitu) dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan

(At-Thalaq:10)

Akal akan sentiasa menghargai ilmu sehingga dapat digunakan untuk merenung dan memahami tanda-tanda kebesaran Allah, membawa zikir dan ingatan terhadapNya, lantas membuah rasa takut dan gentar terhadap Allah serta memikirkan nasibnya di akhirat.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١﴾. (آل عمران: 190-191)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

(Ali 'Imran :190-191)

Akal yang benar dapat menerima kebaikan dan kebenaran, lantas terus terpimpin dengan hidayah petunjuk Allah.

﴿ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴾. (الزمر: 18)

(Orang-orang) yang mendengarkan perkataan(Al-Quran) lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.

(Az-Zumar: 18)

أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰ ۚإِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٩﴾ الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللَّـهِ وَلَا يَنقُضُونَ الْمِيثَاقَ ﴿٢٠﴾ وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ ﴿٢١﴾ وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ ﴿٢٢﴾ (الرعد: 19-22)

Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran, (yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian, dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),

(Ar-Ra'du:19-22)
Akal yang sihat dan benar dapat membina sebuah syakhsiyyah keperibadian yang hebat dan mulia :

1. TAZAKKUR (mengambil peringatan )

2. MENUNAIKAN JANJI ALLAH bahawa Allah sahaja sebagai Tuhan mereka.

3. MENUNAIKAN DAN TAAT kepada HUKUM–HAKAM ALLAH.

4. Sentiasa MENJAGA SEBAIK-BAIKNYA HUBUNGAN sesama manusia.

5. TAKUT terhadap kebesaran dan keagungan ALLAH.

6. BIMBANG BURUKNYA TIMBANGAN AMAL di Padang Mahsyar.

7. Sentiasa BERSIKAP SABAR kerana mengharapkan keredhaan Allah.

8. MENDIRIKAN SOLAT.

9. MEMBELANJAKAN HARTA pada Jalan Allah dengan hati yang ikhlas.

10. MEMBALAS KEJAHATAN orang lain DENGAN KEBAIKAN.



Justeru, gunakanlah akalmu demi kebaikan dan keselamatan dirimu sendiri.



ABi
JIWA TARBAWI 816



Bukankah jiwa dan harta manusia itu milik mutlak Allah ‘Azza wa Jalla ?

Justeru, kenapa ada jual beli antara manusia dengan Sang Penciptanya?

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ‎﴿التوبة: ١١١﴾‏


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (111)

(At Taubah: 111)

Yang ‘dibeli’ oleh Allah ‘Azza wa Jalla dan dibayar dengan syurga ialah kebebasan kehendak, kebebasan memilih dan bentuk jual beli yang berlaku.

Sayyid Abul A’laa Al Maududi berpandangan, “ ayat 111, At Taubah ini adalah mengenai penyerahan sukarela kebebasan ini kepada Kehendak Allah. Dalam erti kata lain, Allah hendak menguji manusia sama ada dia mengakui pemilikan Allah atas nyawa dan hartanya, walaupun kebebasan itu, dan menganggap dirinya sebagai pemegang amanah mereka sahaja, atau berkelakuan seolah-olah dia pemilik mereka dan boleh melakukan apa sahaja. dia suka dengan mereka (harta dan nyawa).”

(Tafhim Al-Qur’an)

Ini bererti, ini adalah satu ujian keyakinan dan keimanan kepada yang mendakwa diri para pejuang agama Allah dalam apa bidang sekali pun, apakah mereka benar-benar secara sukarela telah menyerahkan kebebasan kehendak dan pilihan mereka untuk menggunakan harta dan jiwa raga mereka kepada Allah ta’ala , bahkan tulus dan ikhlas dalam perjuangan mereka?

Dalam erti kata lain, sebenarnya bagi mereka yang benar-benar beriman, yang faham dan yakin dengan perjanjian keimanannya denga Allah ‘Azza wa Jalla, mereka sudah tidak ada kebebasan lagi dalam menggunakan harta dan jiwa raga mereka melainkan mengikut dan menuruti apa yang dikehendakki oleh Allah, Pemilik Hakiki harta dan nyawa manusia.



ABi
JIWA TARBAWI 817


Apabila jiwa manusia tidak sedar dan tidak merasai kepulangannya yang pasti ke pangkuan Tuhannya, maka ia akan terus leka dan lalai bahkan hanyut dengan kesedapan hidup dunia.

Sedangkan Allah ta’ala sentiasa menguji manusia agar ia sedar dan insaf, dan kembali kepadaNya.

وَبَلَوْنَاهُم بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ‎﴿الأعراف: ١٦٨﴾‏

Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat). (168)

(Al A’raf: 168)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿الأنبياء: ٣٥﴾‏

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (35)

(Al Anbiya’: 35)


Hanya jiwa yang penuh dengan kesedaran bahawa dirinya milik mutlak Allah ta’ala dan meyakini kepulangan kepada Allah, Tuhannya yang dapat melalui hidupnya dengan sabar, tabah dan tenang.

وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ‎﴿١٥٥﴾‏ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ‎﴿١٥٦﴾‏

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (156)

(Al Baqarah: 156)


Justeru, didik dan asuhlah hati mu agar sentiasa merasai ‘jiwa yang sedang balik’ kepada Tuhannya dan sentiasa mempersiapkan diri untuk menemui Tuhannya di akhirat nanti.

الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ‎﴿البقرة: ٤٦﴾‏

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (46)

(Al Baqarah: 46)

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ ‎﴿المؤمنون: ٦٠﴾‏

Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; (60)

(Al Mukminun: 60)




ABi
2024/09/29 11:18:33
Back to Top
HTML Embed Code: