Telegram Web Link
Bahawasanya Rasulullah ‎ adalah manusia yang paling dermawanterutama pada bulan Ramadlan ketika malaikat Jibril 'Alaihis Salam menemuinya, dan adalah Jibril 'Alaihis Salam mendatanginya setiap malam di bulan Ramadlan, dimana Jibril mengajarkan ( saling bertadarus) Al Qur'an.

HR Bukhari, Muslim

4. Allah ta'ala menyediakan Lailatul Qadar sebagai malam paling istimewa di sepanjang tahun bagi tujuan ibadah dan maghfirah.

إن هذا الشهر قد حضركم، وفيه ليلة خير من ألف شهر، من حُرمها فقد حرم الخير كلٌُه، ولا يُحرم خيرها إلا محروم ( رواه ابن ماجه )

"Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa ditegahkan darinya, maka dia telah ditegahkan kebaikan semuanya. Dan tidak ditegahkan kebaikannya kecuali bagi yang terhalang dari kebaikan. "

HR Ibnu Majah, 1634

5. Allah ta'ala menjanjikan senarai 'utaqa ( العتقاء ) iaitu golongan yang dilepaskan dari nerakaNya.

ولله عتقاء من النار وذلك في كل ليلة (رواه ابن ماجه)

"Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari neraka saat buka puasa, dan itu terjadi setiap malam. "

HR Ibnu Majah, 1633

6. Membaca, tadabbur dan tazakkur Al Quran untuk mendapat pelajaran, panduan dan peringatan serta keberkatannya.


كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿ص: ٢٩﴾

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

Shaad : 29

Ibnu Rajab Al Hanbali berkata,

”Allah mencela orang-orang yang membaca Al Qur`an tanpa memahami (mentadaburi) maknanya. Allah ta'ala berfirman: ( وَمِنْهُمْ أُمِّيُّوْنَ لاَيَعْلَمُوْنَ الْكِتَابَ إِلاَّ أَمَانِيَّ )
"Dan di antara mereka ada yang buta huruf tidak mengetahui Al Kitab (At Taurat), tiadalah mereka mengetahui Al Kitab itu kecuali hanya (sebagai) dongengan belaka.” (Al Baqarah: 78). iaitu dalam membacanya tanpa memahami maknanya. Tujuan diturunkannya Al Qur`an adalah untuk difahami maknanya dan untuk diamalkan, bukan hanya sekadar untuk dibaca.”


Kemuncak kejayaan dan keselamatan.

1. Hati yang sejahtera ( القلب السليم )

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿
٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩﴾ ﴿الشعراء: ٨٨-٨٩﴾

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

As Syu'ara : 88-89

2. Jiwa yang tenang tenteram ( النفس المطمئنة )

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿
٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾ ﴿الفجر: ٢٧-٣٠﴾

 
Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas( redha ) lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku 

Al-Fajr : 27-30

3. Kedudukan muttaqin ( مقام الممتقين )

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿آل عمران: ١٣٣﴾

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Ali 'Imran : 133


4. Selamat dari neraka dan dimasukkan ke syurga.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿آل عمران: ١٨٥﴾

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Ali ‘Imran : 185





ABi
JIWA TARBAWI 725



Kemuliaan seorang HAMBA yang kaya yang bersyukur ..



Nabi Muhammad ‎
bersabda:

إِنَّ الْمُكْثِرِينَ هُمُ الْمُقِلُّونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، إِلاَّ مَنْ أَعْطَاهُ اللَّهُ خَيْرًا ، فَنَفَحَ فِيهِ يَمِينَهُ وَشِمَالَهُ وَبَيْنَ يَدَيْهِ وَوَرَاءَهُ ، وَعَمِلَ فِيهِ خَيْرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memperbanyak (harta) adalah orang-orang yang menyedikitkan (kebaikannya) pada hari Kiamat, kecuali orang yang Allâh Subhanahu wa Ta’ala berikan kepadanya kebaikan, lalu dia memberi kepada orang yang di sebelah kanannya, kirinya, depannya, dan belakangnya; dan dia berbuat kebaikan pada hartanya

HR. al-Bukhâri, no. 6443; Muslim, no. 94


Al-Hâfizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

“Yang dimaksudkan dengan ‘memperbanyak’ adalah dengan harta, dan ‘menyedikitkan’ adalah dengan pahala akhirat. Ini (terjadi) pada diri orang yang memperbanyak harta, akan tetapi dia tidak memenuhi sifat dengan yang ditunjukkan oleh pengecualian setelahnya, iaitu berinfaq”.

[Fathul Bari 18/261]

Dari hadis yang mulia ini, kita mengetahui bahwa kebanyakan orang kaya itu lupa bersyukur kepada Pemberi nikmat hakiki, iaitu Allâh Azza wa Jalla . Mereka hanya sibuk dalam urusan harta dan dunia, melalaikan urusan akhirat dan amalan yang mulia. Akibatnya, mereka sedikit sekali mendapatkan kebaikan di sisi Tuhannya. Kecuali orang yang banyak berinfak untuk meraih keredhaan Allâh Azza wa Jalla dengan memberikan harta kepada orang-orang yang memerlukan di mana saja mereka berada.

Sebaik-baik harta ialah yang ada pada tangan seorang HAMBA yang saleh.


Sahabat yang mulia, ‘Amr bin al-‘Ash Radhiyallahu anhu berkata:

بَعَثَ إِلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : “خُذْ عَلَيْكَ ثِيَابَكَ وَسِلاَحَكَ ثُمَّ ائْتِنِى “. فَأَتَيْتُهُ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ فَصَعَّدَ فِىَّ النَّظَرَ ثُمَّ طَأْطَأَهُ فَقَالَ : “إِنِّى أُرِيدُ أَنْ أَبْعَثَكَ عَلَى جَيْشٍ فَيُسَلِّمَكَ اللَّهُ وَيُغْنِمَكَ وَأَرْغَبُ لَكَ مِنَ الْمَالِ رَغْبَةً صَالِحَةً “. قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَسْلَمْتُ مِنْ أَجْلِ الْمَالِ وَلَكِنِّى أَسْلَمْتُ رَغْبَةً فِى الإِسْلاَمِ وَأَنْ أَكُونَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . فَقَالَ “: يَا عَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ “

Rasûlullâh ‎
mengutus seseorang kepadaku, beliau memerintahkan, “Ambillah pakaianmu dan senjatamu, lalu menghadaplah kepadaku!” Aku pun mendatangi beliau ketika beliau sedang berwudhu’. Beliau melihat-lihat kepadaku, kemudian bersabda, “Aku akan mengutusmu memimpin satu pasukan, semoga Allâh akan menyelamatkanmu dan memberimu harta rampasan perang. Aku berharap engkau menyukai harta dengan kesukaan yang baik”. ‘Amr bin al-Ash mengatakan, “Wahai Rasûlullâh, aku tidak masuk Islam kerana harta. Tetapi aku masuk Islam kerana mencintai Islam dan agar aku bersama Rasûlullâh “. Maka beliau bersabda, “Hai Amr, sebaik-baik harta yang baik adalah untuk orang yang saleh.”

HR. Ahmad, no. 18236;


Darjat manusia bertingkat-tingkat di hadapan Allâh Azza wa Jalla , dan orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertakwa. Barangsiapa lebih banyak melakukan ketaatan dan lebih banyak meninggalkan kemaksiatan, dengan diiringi keimanan dan keikhlasan, maka dia lebih mulia di sisi Allâh Azza wa Jalla. Oleh kerana itu, Nabi ‎
memberitakan bahwa orang yang kaya dan berilmu, lalu bersyukur dengan cara bertaqwa kepada Allâh Azza wa Jalla dengan ilmu agama dan hartanya, dia adalah orang yang paling mulia di sisi-Nya. Sebagaimana di sebutkan di dalam hadis berikut:
عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنَّمَارِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ثَلَاثَةٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ: قَالَ مَا نَقَصَ مَالُ عَبْدٍ مِنْ صَدَقَةٍ, وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ مَظْلَمَةً فَصَبَرَ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عِزًّا, وَلَا فَتَحَ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ بَابَ فَقْرٍ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ: قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ: عَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ ،
وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا فَهُوَ صَادِقُ النِّيَّةِ يَقُولُ لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ ،
وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ ،
وَعَبْدٍ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ فِيهِ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَوِزْرُهُمَا سَوَاءٌ .

Dari Abu Kabsyah al-Anmâri Radhiyallahu anhu, bahwa dia mendengar Rasûlullâh ‎
bersabda: “Tiga (perkara) aku bersumpah terhadap ketiganya, dan aku akan mengatakan satu perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Beliau bersabda: Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah. Tidaklah seorang hamba dizalimi dengan kezaliman, lalu dia bersabar terhadap kezaliman itu kecuali Allâh menambahkan kemuliaan kepadanya. Tidaklah seorang hamba membuka pintu meminta-minta, kecuali Allâh membukakan pintu kefakiran, atau kalimat seperti itu. Dan aku akan mengatakan satu perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Baginda ‎ bersabda: “Sesungguhnya dunia itu untuk 4 orang:

1. Hamba yang Allâh berikan rezeki kepadanya berupa harta (dari jalan yang halal) dan ilmu (agama Islam), kemudian dia bertaqwa kepada Tuhannya pada rezeki itu (harta dan ilmu), dia berbuat baik kepada kerabatnya dengan rezeki, dan dia mengetahui hak bagi Allâh padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang paling utama (di sisi Allâh).

2. Hamba yang Allâh berikan rezeki kepadanya berupa ilmu, namun Dia (Allâh) tidak memberikan rezeki berupa harta, dia memiliki niat yang baik. Dia mengatakan: “Seandainya aku memiliki harta aku akan berbuat seperti perbuatan Si Fulan (orang pertama yang melakukan kebaikan itu)”. Maka dia (dibalas) dengan niatnya (yang baik), pahala keduanya (orang pertama dan kedua) sama.

3. Hamba yang Allâh berikan rezeki kepadanya berupa harta, namun Dia (Allâh) tidak memberikan rezeki kepadanya berupa ilmu, kemudian dia berbuat sembarangan dengan hartanya dengan tanpa ilmu. Dia tidak bertaqwa kepada Tuhaannya padanya, dia tidak berbuat baik kepada kerabatnya dengan hartanya, dan dia tidak mengetahui hak bagi Allâh padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang paling buruk (di sisi Allâh).

4. Hamba yang Allâh tidak memberikan rezki kepadanya berupa harta dan ilmu, kemudian dia mengatakan: “Seandainya aku memiliki harta aku akan berbuat seperti perbuatan Si Fulan (dengan orang ketiga yang melakukan keburukan itu)”. Maka dia (dibalas) dengan niatnya, dosa keduanya sama.

HR. at-Tirmizi, no: 2325; Ahmad 4/230-231, no: 17570; Ibnu Mâjah, no: 4228; dan lainnya.

Hadis ini menunjukkan bahawa hamba yang paling utama di sisi Allâh adalah hamba yang kaya dan bersyukur. Kerana bertaqwa kepada Allâh pada nikmat yang telah Dia berikan, berbuat baik kepada kerabat, dan mengetahui hak bagi Allâh Azza wa Jalla pada nikmat adalah perwujudan rasa syukur kepada Allâh Azza wa Jalla atas segala nikmat-Nya.


Justeru, jadilah seorang HAMBA yang sentiasa bersyukur.





ABi
JIWA TARBAWI 726


Bila Allah ‘Azza wa Jalla mencintai HAMBANYA ..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ

Dari Abu Hurairah menuturkan, Rasulullah ‎ bersabda:

Allah berfirman ( dalam hadis qudsi); “Siapa yang memusuhi wali-KU, maka Aku umumkan perang kepadanya, dan hamba-Ku tidak dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan ( kefardhuan ), jika hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sunat, maka Aku mencintai dia, jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang ia jadikan untuk mendengar, dan pandangannya yang ia jadikan untuk memandang, dan tangannya yang ia jadikan untuk memukul, dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan, jikalau ia meminta-Ku, pasti Kuberi, dan jika meminta perlindungan kepada-KU, pasti Ku-lindungi. Dan Aku tidak ragu untuk melakukan sesuatu yang Aku menjadi pelakunya sendiri sebagaimana keragu-raguanKu untuk mencabut nyawa seorang mukmin yang ia (khawatir) terhadap kematian itu, dan Aku sendiri khawatir ia merasakan kepedihan sakitnya.”


HR Bukhari, 6021


Maksudnya,

Barangsiapa bersungguh-sungguh dalam mendekat kepada Allâh Azza wa Jalla dengan ibadah-ibadah wajib lalu ibadah-ibadah sunat, maka Allâh akan mendekatkannya kepada-Nya dan menaikkan derajatnya dari tingkatan iman ke tingkatan ihsân. Kerananya, ia menjadi hamba yang beribadah kepada Allâh dengan merasa selalu diawasi Allâh sehingga hatinya penuh dengan ma’rifat (pengenalan) kepada Allâh, cinta kepada-Nya, takut kepadaNya, malu kepadaNya, mengagungkanNya, merasa tenang dengan-Nya dan rindu kepadaNya. Ketika hati dipenuhi dengan pengagungan kepada Allâh, maka yang lainnya akan lenyap dari hati tersebut serta ia tidak lagi punya keinginan kecuali yang diinginkan Rabbnya. Saat itulah, seorang hamba tidak bicara kecuali dengan zikir kepada Allâh dan tidak bergerak kecuali dengan perintah-Nya. Jika ia bicara, ia bicara dengan bimbingan Allâh. Jika ia mendengar, ia mendengar dengan bimbinganNya. Jika ia melihat, ia melihat dengan bimbinganNya. Jika ia berbuat, ia berbuat dengan-Nya. Itulah yang dimaksud dengan firman Allâh Ta’ala, ” Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan.

Allah cinta HAMBA yang mencintai pertemuan denganNYA...


عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ قَالَتْ عَائِشَةُ أَوْ بَعْضُ أَزْوَاجِهِ إِنَّا لَنَكْرَهُ الْمَوْتَ قَالَ لَيْسَ ذَاكِ وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ بُشِّرَ بِرِضْوَانِ اللَّهِ وَكَرَامَتِهِ فَلَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا أَمَامَهُ فَأَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ وَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ بُشِّرَ بِعَذَابِ اللَّهِ وَعُقُوبَتِهِ فَلَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَهَ إِلَيْهِ مِمَّا أَمَامَهُ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ اخْتَصَرَهُ أَبُو دَاوُدَ وَعَمْرٌو عَنْ شُعْبَةَ وَقَالَ سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ زُرَارَةَ عَنْ سَعْدٍ عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Ubadah bin Shamit dari Nabi ‎ﷺ bersabda:
“Barangsiapa mencintai perjumpaan dengan Allah, Allah juga mencintai perjumpaan dengannya, sebaliknya barangsiapa membenci perjumpaan dengan Allah, Allah juga membenci perjumpaan dengannya”. 'Aisyah atau sebahagian isteri Baginda lantas bertanya 'Kami juga cemas terhadap kematian! ' Nabi ‎ bersabda: “Bukan begitu maksudnya, namun maksud yang benar, seorang mukmin jika kematian menjemputnya, ia diberi khabar gembira dengan keredhaan Allah dan kemuliaanNya, sehingga tidak ada sesuatu apapun yang lebih ia cintai daripada apa yang dihadapannya, sehingga ia mencintai berjumpa Allah, dan Allah pun mencintai berjumpa kepadanya. Sebaliknya orang kafir jika kematian menjemputnya, ia diberi khabar buruk dengan siksa Allah dan hukumanNya, sehingga tidak ada yang lebih ia cemaskan daripada apa yang di hadapannya, ia membenci berjumpa Allah, sehingga Allah pun membenci berjumpa dengannya.”

HR Bukhari, 6026

Tanda Allah cinta seorang HAMBA juga ,

Dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

“Sesungguhnya besarnya balasan tergantung dari besarnya ujian, dan apabila Allah cinta kepada suatu kaum Dia akan menguji mereka, barangsiapa yang ridha maka baginya keridhaan Allah, namun barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan Allah.” (HR. At-Tirmidzi: 2396, Ibnu Majah: 4031, )


إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ الْعَبْدَ نَادَى جِبْرِيلَ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحْبِبْهُ فَيُحِبُّهُ جِبْرِيلُ فَيُنَادِي جِبْرِيلُ فِي أَهْلِ السَّمَاءِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبُّوهُ فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ الْقَبُولُ فِي الْأَرْضِ

Apabila Allah mencintai seorang hambaNya, Dia memanggil Jibril: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia. Maka Jibril mencintai hamba itu lalu Jibril berseru kepada penduduk langit;; Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia. Maka seluruh penduduk langit mencintai hamba itu, kemudian orang itu pun diterima (disukai) oleh penduduk bumi.

HR Bukhari, 2970


Maknanya, bukan sekadar Allah dan malaikat mencintainya, bahkan manusia pun mencintai dan menyukai kebaikannya.


Dijagai HAMBA itu didalam kehidupannya dengan sempurna.


عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَحْمِي عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ فِي الدُّنْيَا وَهُوَ يُحِبُّهُ كَمَا تَحْمُونَ مَرِيضَكُمْ الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ تَخَافُونَ عَلَيْهِ

Dari Mahmud bin Labid bahawa Rasulullah ‎ :

“Sesungguhnya Allah 'azza wajalla sungguh menjaga hambaNya yang beriman di dunia dan Ia mencintainya sebagaimana kamu menjaga orang-orang sakit dari makan dan minuman yang kamu khuatir akan membahayakannya.”

HR Ahmad, 22520

Juga dijagai dari fitnah dunia.

عَنْ قَتَادَةَ بْنِ النُّعْمَانِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ عَبْدًا حَمَاهُ الدُّنْيَا كَمَا يَظَلُّ أَحَدُكُمْ يَحْمِي سَقِيمَهُ الْمَاءَ

Dari Qatadah bin An Nu'man bahwasanya; Rasulullah ‎ :

“ Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan melindunginya dari fitnah dunia. Sebagaimana salah seorang dari kamu berteduh untuk melindungi sakitnya dari percikan air. “

HR Tirmizi,1959

Dia masukkan perasaan kasih sayang dan kelembutan.

روى جابر أن النبي  صلى الله عليه وسلم  قال: (إنَّ اللهَ إذا أحبَّ أهلَ بيتٍ أدخَل عليهم الرفقَ ( رواه ابن أبي الدنيا)

Jabir RA meriwayatkan bahawa Nabi ‎ bersabda:

“Sesungguhnya Allah apabila mencintai ahli sesebuah keluarga, Dia masukkan ke atas mereka sifat lemah lembut “

HR Ibnu Abi Dunya


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ

“Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut pada setiap perkara.”

HR Bukhari,5565

Juga dimudahkannya untuk berbuat kebaikan dan melimpahkan belas ihsan terhadap manusia lain.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ وَأَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا


Daripada Ibnu ‘Umar, bahawasannya ada seorang laki-laki yang mendatangi Rasulullah ‎ Ia berkata : “Wahai Rasulullah, manusia apa yang paling dicintai oleh Allah?. Dan amal apa yang paling dicintai oleh Allah ?”. Rasulullah ‎ menjawab: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia lain. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk suatu keperluan lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid ini (masjid Nabawi) selama sebulan penuh.”

HR. Thabrani di dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453.

Diberikannya taufik bimbingan untuk beramal saleh.

إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ عَبْدًا عَسَلَهُ "، قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا عَسَلَهُ ؟، قَالَ: " يُوَفِّقُ لَهُ عَمَلا صَالِحًا بَيْنَ يَدَيْ أَجَلِهِ حَتَّى يَرْضَى عَنْهُ جِيرَانُهُ "، أَوْ قَالَ: " مَنْ حَوْلَهُ

“Apabila Allah mencintai seseorang hamba itu, Dia akan memaniskannya” Sahabat bertanya: ”Apa itu memaniskannya Ya Rasulullah?” Baginda ‎ﷺ bersabda: ”Dia akan memberi ia taufik bimbingan untuk melakukan amalan soleh saat menjelang ajalnya, sehinggalah jirannya [orang disekitarnya] merasa redha terhadapnya.”

HR Al Hakim dalam Mustadrak

Dan yang paling jelas, tanda Allah cinta dan kasih pada seorang HAMBA itu ialah HAMBA itu sendiri dapat merasai betapa cintanya kepada ALLAH ‘Azza wa Jalla. Kerana ALLAH ta’ala akan sentiasa membalas ingatan dan kecintaan seorang HAMBA dengan cintaNYA.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ‎﴿المائدة: ٥٤﴾‏

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (54)

Al Maidah:54

وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِ ‎﴿البقرة: ١٦٥﴾‏

Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah

Al Baqarah: 165


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً
Dari Abu Hurairah radliyallahu'anhu berkata, Nabi ‎ bersabda: “Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku, dan Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku, dan jika ia mengingat-Ku dalam perkumpulan, maka Aku mengingatnya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka, jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa, jika ia mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku mendatanginya dalam keadaan berlari."

HR Muttafaqun ‘alaih




ABi
JIWA TARBAWI 727



Bila DUNIA semakin hampir di penghujung usia...


Dengan malapetaka besar meliputi DUNIA kini, apakah manusia masih belum tersedar lagi,

Apakah manusia masih perlukan PETANDA yang lebih besar...?

أَوَلَمْ يَنظُرُوا فِي مَلَكُوتِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِن شَيْءٍ وَأَنْ عَسَىٰ أَن يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ ‎﴿الأعراف: ١٨٥﴾‏

Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka? Maka kepada berita manakah lagi mereka akan beriman sesudah Al Quran itu? (185)

Al A’raf : 185

اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ ‎﴿الأنبياء: ١﴾‏

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (1)

Al Anbiya’ : 1

وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَا وَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَـٰذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ ‎﴿الأنبياء: ٩٧﴾‏

Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): "Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim". (97)

Al Anbiya : 97

Nabi ‎ bersabda:

بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ، وَيُشِيْرُ بِإِصْبَعَيْهِ فَيَمُدُّ بِهِمَا.

“Jarak diutusnya aku dan hari Kiamat seperti dua (jari) ini.” Baginda memberi isyarat dengan kedua jarinya (jari telunjuk dan jari tengah), lalu merenggangkannya.”

HR al-Bukhari, kitab ar-Riqaaq


Justeru, insafilah.




ABi
JIWA TARBAWI 728



Kesan sentuhan RAHMAT kasih sayang Allah dalam kehidupan manusia.

Tanpa RAHMAT kasih sayang Allah, manusia akan sentiasa bertelingkah.

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ﴿١١٨﴾إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ ۚ.. ‎﴿١١٨﴾﴿هود: ١١٧-١١٨﴾

Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, (118) kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu.

Tanpanya juga, manusia tidak mampu berlaku lembut, berjiwa halus, saling mendoakan dan berlapang dada untuk menjalani kehidupan mereka.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ﴿آل عمران: ١٥٩﴾

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (159)

Dan tanpa RAHMAT Nya juga, manusia tidak dapat berkasih sayang, saling mencintai, bersatu hati biarpun mereka berusaha untuk membelinya dengan segala harta yang ia milikki.

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ﴿الأنفال: ٦٣﴾

dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. (63)

Juga tanpa RAHMAT Allah, manusia tidak akan dapat mengawal dan menguasai nafsunya sendiri.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ‎﴿يوسف: ٥٣﴾‏

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. (53)

Justeru, manusia selaku HAMBA perlulah meraih RAHMAT kasih sayang Allah untuk kesejahteraan hidupnya di dunia dan akhirat.

Di antara jalan-jalan untuk mendapat dan meraih RAHMAT Allah ta'ala,

1. Mentaati Allah dan rasulNya.

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ‎﴿آل عمران: ١٣٢﴾‏

Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat. (132)

Ali ‘Imran :132

2. Mengikutu ajaran dan petunjuk Al Quran.

وَهَـٰذَا كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ‎﴿الأنعام: ١٥٥﴾‏

Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat. (155)

Al An’aam:155

3. Sentiasa mengambil peringatan dari Al Quran dan menjunjung segala ajarannya.

أَوَعَجِبْتُمْ أَن جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَلَىٰ رَجُلٍ مِّنكُمْ لِيُنذِرَكُمْ وَلِتَتَّقُوا وَلَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ‎﴿الأعراف: ٦٣﴾‏

Dan apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepada kamu peringatan dari Tuhanmu dengan perantaraan seorang laki-laki dari golonganmu agar dia memberi peringatan kepadamu dan mudah-mudahan kamu bertakwa dan supaya kamu mendapat rahmat? (63)

Al A’raaf: 63

4. Sentiasa mengutamakan dan menghormati Al Quran dengan mendengar dan diam bagi tujuan mentadabbur dan tazakkur bila ianya dibaca.

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ‎﴿الأعراف: ٢٠٤﴾‏

Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (204)

Al A’raaf: 204

5.
Mendirikan salat sebagai jalan dan mengelokkan hubungan dengan Allah, mengeluarkan zakat sebagai jalan dan memelihara hubungan dengan manusia. Juga mentaati segala perintah Rasulullah ‎ .

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ‎﴿النور: ٥٦﴾‏

Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat. (56)

An Nur: 56

6. Sentiasa memohon keampunan Allah.

قَالَ يَا قَوْمِ لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ‎﴿النمل: ٤٦﴾‏

Dia ( Nabi Saleh) berkata: "Hai kaumku mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat". (46)

An Naml: 46

7. Bertaqwa kepada Allah ta’ala dengan menjunjung segala perintahNya, meninggalkan segala laranganNya agar terpelihara dari kemurkaanNya.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّقُوا مَا بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَمَا خَلْفَكُمْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ‎﴿يس: ٤٥﴾‏

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Takutlah kamu akan siksa yang dihadapanmu dan siksa yang akan datang supaya kamu mendapat rahmat", (niscaya mereka berpaling). (45)

Yaa Siin : 45

8. Menjaga dan memelihara ikatan ukhuwwah sesama saudara mukmin dengan penuh ketakwaan.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ‎﴿الحجرات: ١٠﴾‏

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (10)

Al Hujurat: 10

9. Mohonlah RAHMAT Nya dari keluasan RAHMAT Nya yang tidak bertepi.


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ‎﴿آل عمران: ٨﴾‏

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)". (8)

Ali ‘Imran: 8

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا ‎﴿الكهف: ١٠﴾‏

“Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)". (10)

Al Kahfi: 10



ABi
JIWA TARBAWI 729


Manusia sering menghalang dan mengganggu jalan ibadah seorang HAMBA

Firman Allah ta'ala,

الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ ‎﴿ابراهيم: ٣﴾‏

(yaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.

Ibrahim: 3

1. Kedengkian manusia

أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا ‎﴿النساء: ٥٤﴾‏

ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran karunia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.

An Nisa': 54

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ‎﴿الفلق: ٥﴾‏

dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".

Al Falaq: 5

Imam Ahmad rahimahullah dan at-Tirmizi rahimahullah meriwayatkan hadis dari az-Zubair bin al-Awwâm Radhiyallahu anhu dari Nabi ‎ﷺ , Baginda bersabda :

دَبَّ إِلَيْكُمْ دَاءُ الْأُمَمِ قَبْلَكُمْ: اَلْحَسَدُ وَالْبَغْضَاءُ ، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ ، حَالِقَةُ الدِّيْنِ لاَ حَالِقَةُ الشَّعْرِ ،

Penyakit umat-umat sebelum kalian telah menyerang kalian yaitu dengki dan benci. Benci adalah pemotong; pemotong agama dan bukan pemotong rambut.

Dalam hadis yang lain,

المؤمن بين خمسة شدائد : مؤمن يحسده , ومنافق يبغضه , وكافر يقاتله , وشيطان يضله , ونفس تنازعه

Orang beriman itu (berada) di antara lima bahaya (musuh):
orang beriman(yang lain) yang dengkikannya, orang munafik yang membencinya, orang kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu mendorongnya.

HR Ad Dailami, Musnad Firdaus, no. 6560,Abu Bakar bin La-aali dalam Makarim al Akhlaq,

Kedengkian menyemarakkan kebencian dan permusuhan sehingga kepada pembunuhann. Kisah anak-anak Nabi Adam wajib dijadikan iktibar.

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ‎﴿المائدة: ٢٧﴾‏

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa".

Al Maidah : 27

Juga pengajaran dari kisah Nabi Yusuf, kedengkian itu buta sehingga tidak mengenali walaupun hubungan darah daging sendiri.


قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِعَدُوٌّ مُّبِينٌ ‎﴿يوسف: ٥﴾‏

Ayahnya (Yusuf) berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia".

Yusuf: 5


إِذْ قَالُوا لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰ أَبِينَا مِنَّا وَنَحْنُ عُصْبَةٌ إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ‎﴿٨﴾‏ اقْتُلُوا يُوسُفَ أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ وَتَكُونُوا مِن بَعْدِهِ قَوْمًا صَالِحِينَ ‎﴿٩﴾‏ ‎﴿يوسف: ٨-٩﴾‏

(Yaitu) ketika mereka berkata: "Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita dari pada kita sendiri, padahal kita (ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata.Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia kesuatu daerah (yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik".

Yusuf: 8-9

Kedengkian juga sering menjerumuskan manusia dalam bencana sihir yang menyebabkan kehancuran hubungan suami dan isteri.
مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ ‎﴿البقرة: ١٠٢﴾‏

apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya

Al Baqarah: 102

2. Usaha manusia yang menghalang dari Jalan Allah.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا ‎﴿النساء: ٦١﴾‏

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.

An Nisa' : 61

الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ ‎﴿ابراهيم: ٣﴾‏

(yaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.

Ibrahim: 3

3. Kejahatan bisikan dan ucapan syaitan manusia kerana bertujuan menyesatkan manusia dan memadam cahaya agama Allah.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ ‎﴿الأنعام: ١١٢﴾‏

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

Al An'am: 112

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ ‎﴿لقمان: ٦﴾‏

Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.

Luqman: 6

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ‎﴿٤﴾‏ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ‎﴿٥﴾‏ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ‎﴿٦﴾ ‎﴿الناس: ٤-٦﴾‏

Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,dari (golongan) jin dan manusia.

An Nas : 4-6

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ‎﴿التوبة: ٣٢﴾‏

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.

At Taubah : 32

4. Keinginan nafsu anak dan isteri

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ‎﴿التغابن: ١٤﴾‏

Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

At Taghabun : 14

Menurut Imam Ibnu Katsir, "Dikatakan demikian kerana di antara mereka ada yang melalaikannya dari amal saleh, seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman Allah ta'ala yang mengatakan:

يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Al-Munafiqun: 9
"Juga disebabkan, seseorang didorong untuk memutuskan tali persaudaraan atau berbuat suatu maksiat terhadap Tuhannya, kerana cintanya kepada isteri dan anak-anaknya terpaksa ia mentaatinya dan tidak kuasa menolaknya."

(Tafsir Ibnu Katsir)

5. Kawan yang jahat

Dalam sebuah hadis Rasulullah ‎ﷺ bersabda :

المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل

Agama Seseorang sesuai dengan agama (cara hidup) te
man dekatnya. Hendaklah kamu melihat siapakah yang menjadi teman dekatnya.”

HR. Abu Daud dan Tirmizi

Hadis ini menunjukkan salah mencari kawan akan menjadi padah yang buruk sehingga menghalang seseorang itu dari ibadahnya kepada Allah ta'ala.

Kawan yang jahat dan buruk agamanya ibarat berkawan dengan tukang besi.

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة

Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai bertukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau dapat membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, menjadikan (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang busuk..”

HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628


Ibnu Hajar Al Asqalani
rahimahullah mengatakan : “Hadis di ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merosak agama mahupun dunia kita. Hadis ini juga mendorong seseorang agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia.”

(
Fathul Bari 4/324)

Duduk bersama teman yang jahat tidak terlepas dari perbuatan haram dan maksiat seperti mengumpat, memfitnah, dusta, melaknat, dan seumpamanyanya. Kerana berkumpul bersama orang-orang yang jauh dari zikrullah pun akan menjadi penyesalan dan kerugian bagi pelakunya pada hari kiamat nanti. Sebagaimana sabda Rasulullah ‎ﷺ :

مَا مِنْ قَوْمٍ يَقُوْمُوْنَ مِنْ مَجْلِسٍ لَمْ يَذْكُرُوا اللهَ تَعَالَى فِيْهِ، إِلاَّ قَامُوْا عَنْ مِثْلِ جِيْفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ لَهُمْ حَسْرَةً

“Tidak ada satu kaum pun yang bangkit dari sebuah majelis yang mereka tidak berzikir kepada Allah ta’ala dalam majelis tersebut melainkan mereka bangkit dari semisal bangkai keledai-keledai dan majlis tersebut akan menjadi penyesalan bagi mereka.”

HR. Abu Daud,4214


Justeru, mohonlah sungguh-sungguh perlindungan Allah agar dibebaskan dari segala belenggu-belenggu ikatan penghalang dari manusia ini.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

HR Abu Daud (4/353)



اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”

HR al-Bukhari (832) dan Muslim (129)




ABi
JIWA TARBAWI 730


Walaupun Ramadhan telah berlalu, usahlah ditinggalkan pula wasiat Rasulullah ‎ﷺ ...

أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

“Kekasihku (Nabi Muhammad ‎ ) mewasiatkan (mengingatkan) akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” 

HR al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)



ABi
JIWA TARBAWI 731



Menyembunyikan Amalan Kebaikan

Nabi
‎Muhammad ﷺ bersabda,

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعَبْدَ التَّقِىَّ الْغَنِىَّ الْخَفِىَّ


“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka mengasingkan diri.”

HR. Muslim no. 2965, dari Sa’ad bin Abi Waqqash.

Mengasingkan diri berarti amalannya pun sering tidak dinampakkan kepada orang lain.

Abdullah Ibnul Mubarak mengatakan,

“Jadilah orang yang suka mengasingkan diri dan janganlah suka dengan terkenal”

Az Zubair bin Al ‘Awwam mengatakan,

“Barangsiapa yang mampu menyembunyikan amalan salehnya, maka lakukanlah.”

Ibrahim An Nakha’i mengatakan,

“Kami tidak suka menampakkan amalan saleh yang seharusnya disembunyikan.”

Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan bahawa Abu Hazim berkata,

“Sembunyikanlah amalan kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan amalan keburukanmu.”

Al Fudhail bin ‘Iyadh mengatakan,

“Sebaik-baik ilmu dan amal adalah sesuatu yang tidak dinampakkan di hadapan manusia.”

Basyr Al Hafiy mengatakan,

“Tidak selayaknya orang-orang semisal kita menampakkan amalan saleh walaupun hanya sebesar zarah (semut kecil). Bagaimana lagi dengan amalan yang mudah terserang penyakit riya’?”

Imam Asy Syafi’i mengatakan,

“Sudah sepatutnya bagi seorang alim memiliki amalan rahsia yang tersembunyi, hanya Allah dan dirinya saja yang mengetahuinya. Kerana segala sesuatu yang dinampakkan di hadapan manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat kelak.”

Justeru, berhati-hatilah dengan kebaikan yang sengaja dinampakkan dan dipertontonkan kerana sukar sekali ianya selamat dari kebinasaan keikhlasan.




ABi
JIWA TARBAWI 732



Hidup beramal tetapi rugi ..

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا ‎﴿١٠٣﴾‏ الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ‎﴿١٠٤﴾ ‎﴿الكهف: ١٠٣-١٠٤﴾‏


“Katakanlah (wahai Muhammad), “Adakah perlu kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi amalannya?” Iaitu orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.”

(Al-Kahfi : 103-104)

Kata Al-Hafiz Imam Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

“Ayat ini bersifat umum mencakupi setiap orang yang beribadah kepada Allah tetapi tidak menggunakan cara yang diredhai-Nya. Mereka beranggapan apa yang dilakukannya telah benar dan amal perbuatannya akan diterima, tetapi rupanya sangkaan mereka meleset dan amalnya pun ditolak.

Firman Allah,

(الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا )
“… orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia…”

Maksudnya, mengerjakan amal yang bathil yang tidak bersesuaian dengan syari’at yang telah ditetapkan dan diredhai serta diterima.

Firman Allah, (وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا)

“… sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.”

Maksudnya, mereka menyangka bahawa mereka akan mendapat suatu manfaat dan mereka menyangka mereka adalah orang-orang yang diterima amalnya dan dicintai oleh Allah.”

(Tafsir Ibnu Katsir, 5/202)

Kata Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu:
وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ

“Berapa ramai orang yang inginkan kebaikan, tetapi tidak mendapatkannya.”

(Sunan Ad-Darimi, no. 210)

Termasuk di kalangan ini ialah manusia yang terjerumus ke dalam lembah GHURUR, الغرور ( terpedaya atau tertipu ).

Hakikat Ghurur: iaitu seseorang yang menyangka baik sesuatu yang kelihatan baik, sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan sangkaannya.

Manusia sering tertipu dan terpedaya disebabkan kejahilan dan keseronokan hidup dunia, juga dengan sebab tipu daya syaitan.

Firman Allah:

إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُورُ (٣٣)

Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

Luqman, 33

Imam Ibnu Katsir berkata,

فَلا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا

maka jangan sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu.

maksudnya, "jangan sekali-kali membuat dirimu terlena kerana hidup tenang di dunia hingga melupakan negeri akhirat."

وَلا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ

dan jangan pula penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

Maksudnya, "Jangan pula kamu biarkan syaitan memperdayakan kamu kerana sesungguhnya syaitan itu selalu memperdayakan manusia, menjanjikan dan memberikan angan-angan kepadanya. Padahal tiada sesuatu pun dari apa yang dijanjikan syaitan itu tertunai, sebagaimana yang disebutkan oleh firmanNya:

يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.

(An-Nisa: 120)

Syaitan sentiasa berusaha menampakkan amal buruk manusia sebagai amal kebaikan di mata mereka.

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
﴿الحجر: ٣٩﴾

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Al Hijr: 39

أَفَمَن زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا .. ‎﴿فاطر: ٨﴾

Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)?

Fathir : 8
Manusia yang tertipu dengan syaitan akan terus tenggelam dalam ghurur disebabkan mereka tunduk dan terus menerus mengikutu hawa nafsu mereka.

أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّهِ كَمَن زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُم﴿محمد: ١٤﴾

Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Rabbnya sama dengan orang yang (syaitan) menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya?

Muhammad: 14

Imam Ghazali telah membagi ghurur ini kepada empat golongan :

1. Golongan yang berilmu yang tertipu dengan rasa hebat dengan keilmuannya.
2. Golongan para 'abid ( orang yang suka beribadah) yang terpedaya dengan merasai banyak dan mulianya amalannya.
3. Golongan orang yang mengaku sufi yang tertipu kerana tenggelam dengan istilah-istilah kesufiannya.
4. Golongan orang yang memiliki harta yang tertipu dan terpedaya dengan kemurahan dirinya dalam bersedekah dan berinfaq. Dan juga orang-orang tertipu dengan tipu daya keindahan dunia yang tertipu dengan merasa kekal dan tinggi dengan kemewahan dunia yang dimilikkinya.


عن الحسن البصري قال : " إن قوما غرتهم الأماني , و خرجوا من الدنيا و لم يعملوا حسنة , و قالوا : نحسن الظن باللهو كذبوا لو أحسنوا الظن .. لأحسنوا العمل.”

Dari Hassan Al Basri rahimahullahu ta'ala,

"Sesungguhnya satu kaum mereka ditipu oleh angan-angan mereka, mereka keluar dari dunia walhal mereka tidak melakukan kebaikan, mereka berkata: 'Kami bersangka baik terhadap Allah.. mereka berdusta kerana kalaulah mereka benar dalam sangkaan terhadap Allah nescaya mereka melakukan amalan yang baik..".


Justeru, mohonlah sungguh-sungguh petunjuk dan suluhan ilmu yang benar dariNya, agar terus berkekalan di atas jalan istiqamah dengan iman dan takwa dan terpelihara dari kehidupan penuh dengan tipu daya ghurur.




ABi
JIWA TARBAWI 733


Jika dunia yang engkau kejar...


مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ ﴿١٥﴾ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami  berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh  balasan di akhirat kecuali neraka. Dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.”

[Hûd : 15-16]


Rasûlullâh ‎ bersabda:

مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ فَرَّقَ اللهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ، وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَـهُ ، وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّـتَهُ جَمَعَ اللهُ لَهُ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِـيْ قَلْبِهِ ، وَأَتَـتْهُ الدُّنْـيَا وَهِـيَ رَاغِمَـةٌ  

Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allâh akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia mendapat dunia menurut apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allâh Azza wa Jalla akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.

HR. Ahmad, V/183; Ibnu Mâjah, no. 4105;


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ وَالْخَمِيصَةِ، إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ

Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda,

“Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba Qathifah (pakaian yang tebal), serta hamba Khamishah (baju bergaris-garis dari sutera atau wol), jika diberi ia akan redha dan jika tidak diberi maka dia tidak akan redha.”

HR Bukhari, 5955


Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

مُحِبُّ الدُّنْيَا لَا يَنْفَكُّ مِنْ ثَلَاثٍ : هَمٌّ لَازِمٌ ، وَتَعَبٌ دَائِمٌ ، وَحَسْرَةٌ لَا تَنْقَضِى.  

Pecinta dunia tidak akan terlepas dari tiga hal : kesedihan (kegelisahan) yang terus-menerus; kelelahan (keletihan) yang berlanjutan; dan penyesalan yang tidak pernah berhenti.

Ighâtsatul Lahafân, I/87-88

Justeru, cukupkanlah kekayaan dalam jiwamu, nescaya engkau akan bebas dari kebinasaan dunia.

Rasûlullâh ‎ bersabda:

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللهُ بِمَا آتَاهُ

Sungguh beruntung orang yang masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup, dan dia merasa puas dengan apa yang Allâh berikan kepadanya

HR. Muslim, no. 1054



ABi
JIWA TARBAWI 734


Jalan wasilah merawat penyakit 'Ujub dalam hati.

Antaranya,

1. Menyedari bahawa amal soleh yang dapat dilakukan itu hanyalah kerana pertolongan, taufik dan kurniaan Allah SWT. Allah SWT berfirman:

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللَّـهِ

Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah.

An Nahl, 53

2. Sedar bahawa ujub boleh membinasakan pahala amalan yang dilakukan. Daripada Anas bin Malik R.A, katanya, sabda Rasulullah ‎ :

ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ

Tiga perkara yang membinasakan: kedekut ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan merasa kagum pada dirinya.

HR Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman , 731 dan Thabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, 5915

3. Mengingati bahawa walaupun merasa diri hebat, maka di sana ada yang lebih hebat.

Kisah seorang tokoh ulama’ silam yang bernama al-Sya’bi. Suatu hari beliau ditanya tentang suatu masalah, lantas dijawabnya: “Aku tidak tahu.” Seorang yang lain bertanya kepadanya: “Apakah tuan tidak merasa malu berkata ‘aku tidak tahu’, walhal tuan adalah seorang ulama besar di Iraq?” Jawab al-Sya’bi: “Para malaikat juga tidak merasa malu ketika mereka berkata sepertimana firman Allah SWT:

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

(Surah al-Baqarah: 32)

4. Mengetahui dan meyakini pada hakikatnya bahawa kurniaan ilmu yang ada di sisi manusia itu amatlah sedikit. Dengan sebab itu, benarlah firman Allah SWT:

وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Al-Isra’, 85


Syeikh Al-Sobuni berkata:
“Kamu tidak dikurniakan ilmu wahai manusia kecuali amat sedikit. Ini kerana ilmu kamu jauh amat sedikit berbanding dengan ilmu Allah.

(Lihat Sofwah al-Tafasir, 2/159)

5. Jangan terlalu percaya diri dengan banyaknya amalmu. Kerana tiada siapa yang dapat memastikan apakah amalan-amalannya itu diterima atau ditolak. Ibnu Aun berkata, “Jangan terlalu mengandaikan banyaknya amal, kerana engkau tidak mengetahui apakah itu diterima atau ditolak. Jangan merasa aman dari dosa-dosamu, kerana engkau tidak mengetahui apakah itu diampuni atau tidak. Semua keadaan amalmu itu tidaklah engkau ketahui keadaannya.

6. Yang diharapkan hendaknya engkau sentiasa selalu merasa takut dan khuatir akan ditolaknya amalmu. Aisyah RA berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah ‎ﷺ tentang ayat yang berbunyi,


وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ ‎﴿٦٠﴾‏

Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut.” )(Al-Mukminun: 60),

apakah mereka itu orang-orang yang minum khamr dan mencuri?”

Nabi ‎ bersabda, “Bukan, wahai puteri Ash-Shiddiq. Mereka adalah orang-orang yang berpuasa, solat, sedekah, dan mereka takut bimbang semua itu tidak diterima. Mereka itulah orang-orang yang bersegera dalam kebaikan.”

HR Ahmad

Para ulama tafsir berkata, “Mereka adalah orang-orang yang mengamalkan kebajikan dan khuatir tidak diterima amalnya lantaran mereka merasa tidak sempurna.”

Justeru, beruntunglah mereka yang hatinya jernih dan murni dari menyandarkan kekaguman terhadap dirinya sendiri. Bahkan segalanya adalah semata-mata dengan pertolongan dan anugerah DIA jua.

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung




ABi
JIWA TARBAWI 735


Riya' : Kebinasaan amal dan jalan wasilah merawatinya.


Rasûlullâh ‎ bersabda,

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَل إِلاَّ مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ

Sesungguhnya Allâh Azza wa Jalla tidak akan menerima dari semua jenis amalan kecuali yang murni untuk–Nya dan untuk mencari wajah–Nya.

[HR.An-Nasâ’i, no: 3140]

Di antara kebinasaan besar kepada amalan ialah penyakit riya’ kerana ia termasuk dalam syirik khofi ( syirik yang tersembunyi ). Ianya tidak membatalkan aqidah tetapi membatalkan balasan pahala amalan.

Riya' ialah mempamerkan amalan dengan ada perasaan dalam hati seseorang yang beramal, untuk menuntut dan mencari kedudukan dalam hati manusia lain atau tujuan duniawi dengan perbuatan ibadah dan pekerjaan kebajikan.

Ada enam jenis, pertama: riya’:

Riya' dengan tubuh badan iaitu menampakkan susuk badan yang kurus dan pucat supaya orang beranggapan dia banyak melakukan ibadah,

Riya’ kelakuan dengan menundukkan kepala dan memejamkan mata supaya orang berangggapan bahawa dia sedang memikirkan hal akhirat, riya’ berpakaian dengan memakai pakaian yang bertampal-tampal lusuh supaya orang menyangkakan bahwa dia ahli sufi.

Riya’ perkataan dengan menggerak-gerak bibirnya supaya disangkakan dia sedang berzikir.

Riya' amalan dengan sengaja mengambil masa yang lama untuk solat dan ibadah lain agar disangka bahawa dia seoarang yang sentiasa khusyu’ mengingati Allah S.W.T

Riya' dengan berasa mempunyai ramai pengikut, ramai murid dan guru.

Jalan wasilah merawat dan mengubati penyakit riya’.

Dalam kitab Penawar Bagi Hati, Syeikh Abdul Kadir Al-Mandili memberi panduan bagaimana untuk merawat penyakit riya'.

Di antaranya,

Menolak segala sebab yang mendorong seseorang itu kepada riya' iaitu kasih akan dipuji, takut dicela dan gemar dan loba iaitu tamak kepada sesuatu habuan seumpama harta.

Sayugia seorang yang kasihkan pujian manusia itu perlu sedar bahawa pujian manusia itu hanyalah ssesuatu yang diwaham atau sangkaan semata-mata. Dia pelu lebih menyedari sekiranya seseorang itu mempunyai perasaan riya' maka cercaan Allah SWT terhadapnya adalah lebih besar daripada pujian manusia kepadanya. Sewajarnya pujian Allah lah yang mesti diutamakan dalam beramal.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

“Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Karunia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”.

Yunus: 58

Bagi seseorang yang takut kepada celaan manusia, maka perlu juga diingat bahawa celaan manusia sama sekali tidak memberi mudarat pada diri dan amalannya selagi Allah SWT memujinya.

Selain itu, perlu ditetapkan dalam hati bahawa tidak wajar dia bersifat riya' semata-mata bimbangkan celaan manusia yang sudah pasti tidak memberi apa-apa kemudaratan kepadanya, sedangkan pada masa yang sama sifat riya' itu mencetus kemurkaan Allah SWT kepadanya.

Dia juga perlu menyedari lambat laun manusia sekeliling akan dapat mengesan perlakuan riya' nya itu yang menyebabkan dia dibenci dan dipandang rendah oleh orang sekeliling.

Bagi riya' yang disebabkan oleh sifat tamak ( gemar kepada habuan duniawi ) pula, seseorang itu perlu menyedari manusia yang tamak tidak akan terlepas dari dihina, kerana ketamakannya itu akan disaksikan sendiri oleh manusia. Maka hendaklah dia hadirkan dalam hatinya bahawa nikmat syurga itu tiada bandingannya dengan habuan dunia yang dia tuntut dengan ketamakannya itu.

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا﴿٣١﴾حَدَائِقَ وَأَعْنَابًا﴿٣٢﴾وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا﴿٣٣﴾وَكَأْسًا دِهَاقًا﴿٣٤﴾لَّا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا كِذَّابًا﴿٣٥﴾جَزَاءً مِّن رَّبِّكَ عَطَاءً حِسَابًا﴿٣٦﴾‏ ‎﴿النبإ: ٣١-٣٦﴾

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, dan gadis-gadis remaja yang sebaya, dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta.
2024/09/29 21:39:35
Back to Top
HTML Embed Code: