Telegram Web Link
JIWA TARBAWI 659



لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْواهُمْ وَمَنْ يَفْعَلْ ذلِكَ ابْتِغاءَ مَرْضاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً (114)

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf. atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keridaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.

An Nisa' : 114

Imam Ibnu Katsir menyebut dalam tafsirnya,

Allah berfirman:

(لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْواهُمْ)’
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka’ iaitu (pembicaraan manusia).

( إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ) ‘
Kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh [manusia] memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia’ iaitu, (kecuali bisikan orang yang berkata demikian).

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كَلَامُ ابن آدم كله عليه لا له إلا ذكر الله عز وجل، أَوْ أَمَرَ بِمَعْرُوفٍ، أَوْ نَهَى عَنْ مُنْكَرٍ»

Dari Ummu Habibah yang mengatakan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda: 

"Perkataan anak Adam memudaratkan dirinya, tidak memberikan manfaat bagi dirinya, kecuali zikrullah, atau menganjurkan kebajikan, atau melarang perbuatan mungkar'." 


أُمَّ كُلْثُومٍ بِنْتَ عُقْبَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلم يقول : «لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيْرًا، أَوْ يَقُولُ خَيْرًا»

Ummu Kultsum binti ‘Uqbah mendengar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Bukanlah pendusta, orang yang mendamaikan antara manusia untuk menumbuhkan kebaikan atau berkata baik.”

(HR Imam Ahmad)


"لَمْ أَسْمَعْهُ يُرَخِّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُهُ النَّاسُ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ: فِي الْحَرْبِ وَالْإِصْلَاحِ بَيْنَ النَّاسِ، وَحَدِيثِ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ، وَحَدِيثِ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا."

Ummu Kultsum binti ‘Uqbah juga berkata: “Aku belum pernah mendengar suatu perkataan manusia yang diberi rukhshah (keringanan), kecuali dalam tiga hal; Dalam peperangan, mendamaikan antara manusia dan perkataan seorang suami kepada isterinya, serta perkataan seorang isteri kepada suaminya.”

(HR Imam Ahmad)

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلِ من درجة الصيام، والصلاة، والصدقة؟»قالوا: بلى يا رسول الله. قَالَ: «إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ» ، قَالَ: «وَفَسَادُ ذَاتِ الْبَيْنِ هِيَ الْحَالِقَةُ»

Dari Abu Darda’, ia berkata: “Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
‘Mahukah kamu Aku beritahu tentang sesuatu yang lebih utama daripada puasa, salat, dan sadaqah?’ Mereka menjawab: ‘Tentu, Ya Rasulullah!’ Baginda bersabda : ‘Mendamaikan antara manusia.’ Baginda bersabda: ‘Sedangkan merosaknya itu adalah pencukur,(Yang mencukur agama)”

HR Abu Dawud ,Tirmizi dan Ahmad


عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِأَبِي أَيُّوبَ «أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى تِجَارَةٍ؟» قال: بلى يا رسول الله. قال «تسعى في إصلاح بَيْنَ النَّاسِ إِذَا تَفَاسَدُوا، وَتُقَارِبُ بَيْنَهُمْ إِذَا تَبَاعَدُوا»

Dari Anas, bahwa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda kepada Abu Ayyub, "Mahukah engkau aku tunjukkan tentang suatu perniagaan?" Abu Ayyub menjawab, "Tentu saja aku mahu, wahai Rasulullah." Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "(iaitu) Usahamu untuk mendamaikan di antara manusia, apabila mereka saling merosak; dan mendekatkan di antara mereka apabila mereka saling menjauh."

(HR
Al-Hafiz Abu Bakar Al-Bazzar)




Justeru, wahai saudaraku jadilah pendamai..





ABi
JIWA TARBAWI 660



Doa’ Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang paling kerap ..


Daripada Anas R.A, beliau berkata:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Doa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam yang paling sering diucapkan ialah:

(اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ)

“Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

HR Bukhari (6389) dan Muslim (7016)


Imam Muslim menambah dalam riwayatnya:

وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا، فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ

"Apabila Anas hendak berdoa dengan satu doa, maka dia berdoa dengan doa tersebut. Apabila dia hendak berdoa dengan banyak doa, maka dia menyertakan doa tersebut di dalamnya."
 
Dalam hadis yang turut diriwayatkan oleh Anas R.A, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ.

Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam selalu mengucapkan:

“يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك”
(Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu). Kemudian aku pun bertanya: "Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, lalu apakah engkau masih risau kepada kami?" Baginda menjawab: "Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua genggaman tangan (kekuasaan) Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki-Nya."

Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi
dalam Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261)

Manakala hadis lain yang diriwayatkan daripada Syahr bin Hausyab, katanya:

قُلْتُ لأُمِّ سَلَمَةَ : يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ عِنْدَكِ ؟ قَالَتْ : كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ : يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَتْ : فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ ؟ قَالَ : يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ ، فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ ، وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.

Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang paling banyak apabila Baginda di sisi engkau?" Beliau menjawab: “Doa Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam yang paling banyak adalah:
(يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) - “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Ummu Salamah berkata: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi ws sallam ; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa:
“يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”.
Lalu Baginda menjawab: "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya."

Riwayat Imam Ahmad (26618) dan al-Tirmizi (3522)



Justeru, berdoalah mohon ketetapan di atas jalan hidayah untuk dirimu sendiri





ABi
JIWA TARBAWI 661



Bila HATI ingat padaNYA ...


Thabit ibn Muslim al-Bunan (wafat pada tahun 123 H), berkata,

"Sesungguhnya aku mengetahui bila Allah ‘Azza wa jalla akan mengingatiku.  Orang ramai bertanya dengan hairannya: "Bagaimana engkau tahu semua itu?"  Jawabnya: "Jika aku mengingatiNya Dia akan mengingatiku."

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ ﴿
١٥٢
"Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku."

Al-Baqarah:152




Justeru, banyak-banyaklah mengingatiNYA ..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ﴿الأحزاب: ٤١﴾

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.

Al-Ahzab : 41




ABi
JIWA TARBAWI 662



Bila DUNIA semakin merosakkan jiwa dan persiapan kehidupan akhirat ..


عن أَبي هُرَيْرَةَ قال: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Dari Abi Hurairah, berkata : Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “
Ketahuilah sesungguhnya dunia itu terlaknat dan segala isinya pun juga terlaknat, kecuali dzikir kepada Allah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang alim atau orang yang belajar.

HR Tirmizi, 2244

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam bersabda: “
Dunia penjara orang mu`min dan surga orang kafir.”

HR Muslim, 5256







ABi
JIWA TARBAWI 663


Bila..

Zikir ingat ALLAH, jadi gementar HATI

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ... ﴿الأنفال: ٢﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka,

Al Anfal: 2

Bila ..

Zikir ingat MATI, jadi lembut HATI

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَعْنِي الْمَوْتَ

dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam bersabda: “
Banyak-banyaklah mengingat pemutus kenikmatan yaitu kematian”

HR Tirmizi, 2229

Bila..

Zikir ingat AKHIRAT, jadi hidup HATI

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّـهَ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿الحشر: ١٨﴾

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)..

Al Hasyr: 18




ABi
JIWA TARBAWI 664




BERLUMBA-LUMBALAH dan BERSEGERALAH ... walaupun hidup di dunia ini sementera ...


سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّـهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ﴿الحديد: ٢١﴾

BERLUMBA-LUMBALAH
kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.

Al Hadid:21

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّـهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿البقرة: ١٤٨﴾

Maka BERLUMBA-LUMBALAH (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Al Baqarah:148

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّـهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ ﴿المائدة: ٤٨﴾

Maka BERLUMBA-LUMBALAH berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,

Al Maidah:48

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿آل عمران: ١٣٣﴾

Dan BERSEGERALAH kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

Ali ‘Imran:133


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا
(رواه مسلم،١٦٩)

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“BERSEGERALAH
beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di sore harinya. Di sore hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir dipagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.”

HR Muslim,169





ABi
JIWA TARBAWI 665





Satu perkhabaran dari alam akhirat ..


الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
( يٰس :65)

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

(Yaa siin: 65)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضَحِكَ فَقَالَ هَلْ تَدْرُونَ مِمَّ أَضْحَكُ قَالَ قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ مِنْ مُخَاطَبَةِ الْعَبْدِ رَبَّهُ يَقُولُ يَا رَبِّ أَلَمْ تُجِرْنِي مِنْ الظُّلْمِ قَالَ يَقُولُ بَلَى قَالَ فَيَقُولُ فَإِنِّي لَا أُجِيزُ عَلَى نَفْسِي إِلَّا شَاهِدًا مِنِّي قَالَ فَيَقُولُ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ شَهِيدًا وَبِالْكِرَامِ الْكَاتِبِينَ شُهُودًا قَالَ فَيُخْتَمُ عَلَى فِيهِ فَيُقَالُ لِأَرْكَانِهِ انْطِقِي قَالَ فَتَنْطِقُ بِأَعْمَالِهِ قَالَ ثُمَّ يُخَلَّى بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْكَلَامِ قَالَ فَيَقُولُ بُعْدًا لَكُنَّ وَسُحْقًا فَعَنْكُنَّ كُنْتُ أُنَاضِلُ


Dari Anas bin Malik berkata: Suatu ketika kami pernah bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam, Baginda ketawa dan bertanya:
Tahukah kalian apa yang membuatku ketawa? Ia berkata: Kami menjawab: Allah dan RasulNya lebih tahu. Baginda bersabda: Aku menertawakan percakapan seorang hamba dengan Rabbnya. Ia berkata: 'Wahai Rabb, bukankah Engkau telah menghindarkanku dari kelaliman? ' Dia (Allah) menjawab: 'Ya.' Ia (lelaki itu) berkata: 'Sesungguhnya aku tidak mengizinkan jiwaku kecuali untuk menjadi saksi atas diriku sendiri. Baginda meneruskan: Dia( Allah) pun berkata: 'Kalau begitu pada hari ini cukuplah jiwamu yang menjadi saksi atas dirimu, ' (Al Israa`: 16) dan juga para malaikat yang mulia yang mencacat amalanmu menjadi para saksi. Baginda meneruskan: Lalu dipateri mulut dan dikatakan kepada anggota badannya: 'Bicaralah.' Maka anggota badannya pun mengungkap semua amal perbuatan yang dilakukannya. Beliau meneruskan: Kemudian dilepaskanlah antara ia dan ucapannya hingga ia berkata: 'Celakalah kalian, bukankah aku dulu membelamu?"

HR Muslim,5271

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَوَّلَ عَظْمٍ مِنْ الْإِنْسَانِ يَتَكَلَّمُ يَوْمَ يُخْتَمُ عَلَى الْأَفْوَاهِ فَخْذُهُ مِنْ الرِّجْلِ الشِّمَالِ

Dari Uqbah bin Amir, bahawa ia mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sesungguhnya tulang manusia yang akan pertama kali berbicara pada hari dimana mulut-mulut (manusia) ditutup adalah pahanya sebelah kiri.”


HR Ahmad,16734




Insafilah ..



ABi
JIWA TARBAWI 666





Bila HATI sudah merasai hampirnya kedatangan MATI ..


Di antara persiapan dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum hari kematian :

1. Bertaubat dari segala dosa dan memperbanyakkan istighfar.

عن عَائِشَةَ رضي الله عنها، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ: «سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ» وفي رواية: «سُبْحَانَكَ رَبِّي وَبِحَمْدِكَ، اللهُمَّ اغْفِرْ لِي»
(
رواه مسلم:484).

Dari Aisyah dia berkata, Adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam sebelum meninggal memperbanyak membaca doa, (bermaksud) :
" Maha suci Engkau, dan dengan memujiMu, aku meminta ampun dan bertaubat kepadaMu"

HR Muslim,484

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ " قَالَ: «وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ
(
رواه البخاري:6306).

" Sesungguhnya penghulu istighfar adalah; kamu mengucapkan ( bermaksud ): (Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu) '. Beliau bersabda: 'Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu sore, maka ia termasuk dari penghuni surga. Dan jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni syurga."

HR Bukhari,6306

عن عَبْدِ الله بْنِ بُسْرٍ يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طُوبَى لِمَنْ وَجَدَ فِي صَحِيفَتِهِ اسْتِغْفَارًا كَثِيرًا

Abdullah bin Busr dia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"
Beruntunglah bagi orang yang mendapatkan didalam catatan amalnya istighfar yang banyak."

HR Ibnu Majah, 3808

2. Tahsin ( memperelokkan ) solat serta khyusu'...

عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ : انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ )
(
رواه الترمذي ،413)

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."

HR Tirmizi 378

مفتاح الجنة الصلاة.
(رواه الترمذي,4)


"Kunci syurga itu ialah SOLAT"

HR Tirmizi,4

3. Memperbanyakkan bekalan ibadat khususnya ibadat sunat untuk membawa pahala ke akhirat ...

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ
Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa ( menjunjung ketaatan dan meninggalkan larangan )

Al Baqarah : 197

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
( رواه مسلم ,728)

Barangsiapa yang solat (sunat ) dua belas rakaat pada siang dan malam dibina baginya dengan sebab solat itu satu rumah di syurga

HR Muslim 728

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

(رواه مسلم ,1337)

" Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pensyafaat kepada para pembacanya "

HR Muslim 1337

إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِىَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Ada suatu surat dari al-Qur’an yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sampai dia diampuni, iaitu: “Tabârakalladzii biyadihil mulku… (surat al-Mulk)”

[HR. Tirmidzi no. 2891, Abu Daud no. 1400, Ibnu Mâjah no. 3786, dan Ahmad 2/299 ]


هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Dia ( Surah Al Mulk) adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari siksa kubur.

HR Tirmizi,2815

4. Selesaikan semua hutang dengan manusia.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

"Dari Abi Hurairah RA katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ,

"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''

HR Tarmizi,998

Ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alahi wa sallam, “Mengapa engkau sering kali berlindung kepada Allâh dari hutang?” Baginda menjawab,

إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

"Sesungguhnya, apabila seseorang terlilit hutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan mungkir."

(Muttafaqun 'alaih)

5. Banyakkan sadaqah jariah....

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah sallallahu 'alahi wa sallam bersabda,

“Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang saleh yang berdo'a untuknya.”

HR Muslim 3084

6. Bersiap sedia untuk empat persoalan .....


لا تَزُولُ قَدَمَا عبد يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ " .

"
Tidak akan berganjak dua tapak kaki seorang hamba Allah pada hari kiamat sehinggalah ditanya dengan empat ( perkara ) : tentang UMURnya pada apakah telah dihabiskan, tentang WAKTU MUDAnya pada apakah telah digunakan, tentang HARTAnya daripada mana diusahakan dan pada apakah telah dibelanjakan dan tentang ILMUnya pada apakah telah diamalkan."

HR Tirmizi 2341

7. Berdakwah mengajak manusia kepada petunjuk dan kebaikan...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah RA , Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"
Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.

HR Muslim, 4831

8. Melahirkan dan mendidik zuriat yang soleh

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ ﴿٢١﴾
Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.

At Thur : 21

9. Beristiqamah dengan keimanan dan jalan hidup Islam sehingga hembusan nafas yang terakhir...

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".

Fussilat : 30

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّهُ لَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنَّهُ لَمِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

Dari Sahal bin Sa'ad berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"
Sungguh ada seseorang melakukan amalan-amalan penghuni neraka namun akhirnya ia menjadi penghuni surga, dan sungguh ada seseorang yang melakukan amalan penghuni surga namun akhirnya ia menjadi penghuni neraka, sesungguhnya amal perbuatan itu dihitung dengan penutupannya."


HR Ahmad, 21768

Justeru, persiapkanlah dirimu menghadapinya.

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ
(رواه الترمذي, 2383)

Daripada As Syaddad bin Aus berkata ia, Sabda Rasululullah sallallahu 'alaihi wa sallam :

" Orang yang paling cerdik ialah seorang yang menilai dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati”.

HR Tirmizi 2383







ABi
JIWA TARBAWI 668


Mutu dan nilai ibadah seorang HAMBA memang tidak melayakkannya untuk masuk ke syurga. Namun, hanya dengan rahmatNYA yang dapat memasukkan HAMBA ke syurga dan melepaskannya dari neraka.

Dalam hadis Jabir bin Abdillah
radhiyallahu’anhu disebutkan sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam,

لَا يُدْخِلُ أَحَدًا مِنْكُمْ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ، وَلَا يُجِيرُهُ مِنَ النَّارِ، وَلَا أَنَا إِلَّا بِرَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ


Tidak ada amalan seorangpun yang dapat memasukkannya ke dalam syurga, dan menyelematkannya dari neraka. Tidak juga denganku, kecuali dengan rahmat dari Allah jua

(HR. Muslim no. 2817)

Bila mana seorang HAMBA itu beramal, ALLAH akan melihat mutu dan nilai perlakuan zahir ibadahnya dan juga melihat perlakuan batinnya seperti khusyu’ dan ikhlasnya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
(راوه مسلم،٤٦٥١)

Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian.”

HR Muslim, 4651

Justeru, seorang HAMBA itu sewajarnya terus beramal dengan bersungguh-sungguh, untuk menghadirkan khusyu’ dan ikhlas demi meraih RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH demi keselamatannya di akhirat nanti.

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿الكهف: ١١٠﴾

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.

Al Kahfi: 110




ABi
JIWA TARBAWI 669

Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan (1)

Keberkatan adalah satu kalimah yang sering kita dengari, akan tetapi malangnya kita kehilangannya di dalam kehidupan kita sendiri. Para ahlul ilmi mentakrifkan ' barakah' atau keberkatan sebagai,

( النماء والزيادة وكثرة الخير ودوامه )
“Subur dan bertambah ,Kebaikan yang bertambah dan berterusan berpanjangan”


Sebagaimana dalam firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 96 :

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَـٰلَمِينَ ﴿٩٦﴾


Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

Allah SWT memberitahu kepada kita bahawa Baitullah (Masjidil Haram) itu adalah tempat yang berkat. Keberkatannya dapat dilihat dengan kebaikan yang semakin hari semakin bertambah yang mana manusia mengunjunginya dari dahulu sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. sehingga kini, manusia sentiasa berterusan dan berpanjangan mengunjunginya. Bahkan solat di Masjid Haram dijanjikan dengan ganjaran pahala yang besar.

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ

“Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”.

Riwayat Ahmad , 15271
 
Daripada Abu Darda’ dan Jabir R.A, daripada Nabi SAW bersabda:

Kelebihan solat di Masjid al-Haram berbanding di tempat lain adalah 100 000 kali solat, di masjidku ini 1000 kali solat, dan di Masjid Baitul Maqdis adalah 500 kali solat.”

(Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Sughra no:1821 dan dihasankan olehnya).


Allah ta’ala juga, memberkati kitabnya Al-Quran,


كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ﴿٢٩﴾


Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

Shaad : 29

Pada hakikatnya, segala keberkatan datang dari Allah 'Azza waJalla, bahkan di sisiNya lah segala pintu-pintu keberkatan . Kerana Dialah Yang Maha Berkat dan Maha Pemberi Berkat,

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;


Al Mulk: 1

يقول الربُّ تبارك وتعالى : (إني إذا أُطِعتُ رضيتُ، وإذا رضيتُ باركتُ، وليس لبركتي نهاية)

أخرجه الإمام أحمد في “الزهد” بسندٍ صحيحٍ إلى وهب بن مُنبِّه.

Allah tabaraka wa ta'ala (dalam sebuah hadis qudsi) berfirman :

" Sesungguhnya Aku bila memberi , maka Aku redhai; Bila Aku redhai, maka Aku berkati; dan tiadalah penghujung bagi keberkatanKu ".

قال ابن القيم رحمه الله :

“وكلُّ شيءٍ لا يكونُ لله فبركتُه منزوعةٌ؛ فإن الله تعالى هو الذي تباركَ وحده، والبركةُ كلُّها منه”.
(الجواب الكافي،١٣٥)

Imam Ibnu Al Qayyim berkata :

" Setiap sesuatu yang tidak( dilakukan ) kerana Allah, maka keberkatannya hilang. Sesungghnya Allah ta'ala, Dialah sahaja yang memberi keberkatan, dan segala keberkatan seluruhnya adalah daripadaNya "

( Al Jawaab Al Kaaff,135)

Di antara kunci-kunci untuk membuka pintu-pintu keberkatan di dalam kehidupan ialah

1. Menjunjung iman dan taqwa

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
﴿الأعراف: ٩٦﴾

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya

Al A'raaf : 96
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا {الطلاق: 2-3}.

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberi-nya rizki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.

Ath-Thalaq: 2-3


Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan:

“Maknanya, barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah de-ngan melakukan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya, nescaya Allah akan memberinya jalan keluar serta rezki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam benaknya,”

Sesungguhnya dari iman dan taqwalah muncul segala kebaikan pada diri manusia yang dapat dilihat samaada pada jiwanya, kata-katanya, perilakunya bahkan diseluruh kehidupannya.



Bersambung ....
Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan (2)

2. Keimanan yang benar terhadap Al Quran, tidak mengingkarinya, mengikut dan menjunjung ajarannya, sentiasa tadabbur dan tazakkur untuk merenung dan mengambil pengajaran dan peringatan darinya.


وَهَـٰذَا كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُّصَدِّقُ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنذِرَ أُمَّ الْقُرَىٰ وَمَنْ حَوْلَهَا وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَهُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿الأنعام: ٩٢﴾


Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.

وَهَـٰذَا ذِكْرٌ مُّبَارَكٌ أَنزَلْنَاهُ أَفَأَنتُمْ لَهُ مُنكِرُونَ ﴿الأنبياء: ٥٠﴾


Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?


وَهَـٰذَا كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿الأنعام: ١٥٥﴾

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ﴿ص:٢٩﴾


Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

Shaad : 29

Allah ta'ala menjadikan Al Quran kitab yang penuh dengan keberkatan yang boleh dirasai oleh manusia melalui usaha (tadabbur) iaitu membaca dan memerhatikan isi kandungannya, dan juga dalam usaha ( tazakkur) dengan mengambil peringatan, serta mempelajari dan mengamalkannya dalam keseluruhan aspek kehidupan.

Di antara tanda-tanda seseorang itu mendapat keberkatan Al-Quran ialah mendapat petunjuk dan hidayah dalam hati, menjadi shifa’ iaitu penyembuh kepada penyakit-penyakit dalam hati, mengelokkan jiwa dan membaikkan perilaku dan akhlaq.

Dalam sebuah hadis mauquf yang diriwayatkan oleh Imam Darimi dalam Sunannya, bahawasanya Abu Hurairah RA berkata :

” إِنَّ الْبَيْتَ لَيَتَّسِعُ عَلَى أَهْلِهِ وَتَحْضُرُهُ الْمَلَائِكَةُ وَتَهْجُرُهُ الشَّيَاطِينُ ، وَيَكْثُرُ خَيْرُهُ أَنْ يُقْرَأَ فِيهِ الْقُرْآنُ ، وَإِنَّ الْبَيْتَ لَيَضِيقُ عَلَى أَهْلِهِ وَتَهْجُرُهُ الْمَلَائِكَةُ ، وَتَحْضُرُهُ الشَّيَاطِينُ ، وَيَقِلُّ خَيْرُهُ ، أَنْ لَا يُقْرَأَ فِيهِ الْقُرْآنُ ” .

" Sesungguhnya rumah akan terasa luas bagi penghuninya, para malaikat akan mendatanginya, syaitan-syaitan akan menjauhi dan kebaikannya akan bertambah jika Al Qur'an dibaca di dalamnya. Dan rumah akan terasa sempit bagi penghuninya, para malaikat menjauhinya, syaitan-syaitan datang dan kebaikannya berkurang jika di dalamnya tidak dibacakan Al Qur'an."


Bersambung ...
Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan (3)


3. Memulakan pekerjaan dengan menyebut basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) dan menyebut nama-nama Allah Yang Maha Berkat dalam zikir dan doa.


أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّـهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ ﴿الأعراف: ٥٤﴾

Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Berkat Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.


فَتَبَارَكَ اللَّـهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ ﴿المؤمنون: ١٤﴾

Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا ﴿الفرقان: ١﴾

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.


تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ ﴿الرحمن: ٧٨﴾

Maha Berkat nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿الملك: ١﴾

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ كَلَامٍ أَوْ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُفْتَحُ بِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَهُوَ أَبْتَرُ أَوْ قَالَ أَقْطَعُ
(رواه أحمد،٨٣٥٥)

Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Setiap perkataan atau urusan yang yang tidak dibuka dengan dzikir kepada Allah maka dia cacat atau terputus.( kurang keberkatan ).”

HR Ahmad,8355

Menyebut basmalah dalam memulakan urusan hidup menjauhkan seseong itu dari gangguan syaitan. Syaitan sentiasa mahu menghalang keberkatan dan kebaikan dari manusia.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَإِذَا لَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ

(رواه مسلم،٣٧٦٢)

Dari Jabir bin 'Abdullah; sesungguhnya dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Jika seseorang menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan ketika hendak makan, maka syaitan berkata; 'Kamu (bangsa syaitan) tidak dapat menginap dan tidak dapat makan! ' Jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya, maka syaitan berkata; 'Kamu dapat masuk dan dapat menginap.' Jika seseorang tidak menyebut nama Allah sewaktu hendak makan, maka syaitan berkata; 'Kamu dapat menginap dan makan malam.”

(HR Muslim,3762)


عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ ” .
(رواه البخاري،٤٩٨٤)

‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam , satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada ku: “Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.”

(HR al-Bukhari,4984)


عَنْ  وَحْشِي بْن حَرْبٍ، أَنَّ أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالُوا : ” يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّا نَأْكُلُ وَلَا نَشْبَعُ ، قَالَ : فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ ؟ ، قَالُوا : نَعَمْ ، قَالَ : فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ “
(رواه ألو داود،٣٢٧٥)

Wahsyi bin Harb RA menceritakan bahawa para sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah berkata: “Ya Rasulullah, kami makan tetapi kami tidak kenyang”. Baginda sallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Boleh jadi kalian makan sendirian? “. Jawab mereka: “Benar”.
Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Makanlah beramai-ramai, sebutlah nama Allah, kalian akan mendapat barakah padanya.”

(HR Abu Daud, 3275)

Keberkatan juga dipohon melalui doa dengan menyebut dan menyeru nama-nama Allah Yang Maha Berkat.

وَلِلَّـهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا .. ﴿الأعراف: ١٨٠﴾

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,

قُلِ ادْعُوا اللَّـهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَـٰنَ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ .. ﴿الإسراء: ١١٠﴾

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia"..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

(رواه الشيخان)

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu bahwa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Siapa yang menghitungnya (menjaganya) maka dia akan masuk syurga.

HR Bukhari,2531 dan Muslim,4836

عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَال قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَمَا أَصَابَ أَحَدًا قَطُّ هَمٌّ وَلَا حَزَنٌ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي إِلَّا أَذْهَبَ اللَّهُ هَمَّهُ وَحُزْنَهُ وَأَبْدَلَهُ مَكَانَهُ فَرَجًا قَالَ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نَتَعَلَّمُهَا فَقَالَ بَلَى يَنْبَغِي لِمَنْ سَمِعَهَا أَنْ يَتَعَلَّمَهَا
(رواه أحمد،٣٥٢٨)

Dari Al Qosim bin AbdurRahman dari ayahnya dari Abdullah ia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "
Tidaklah seseorang mengalami kesedihan dan tidak pula duka, lalu ia mengucapkan; Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu dan anak hamba wanitaMu, ubun-ubunku berada di tanganMu, hukumMu berlaku padaku dan ketetapanMu padaku adalah adil. Aku memohon kepadaMu dengan segenap namaMu atau yang Engkau namai diriMu dengannya, atau yang Engkau ajarkan kepada salah seorang dari makhlukMu atau engkau turunkan di dalam kitabMu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisiMu agar Engkau menjadikan Al Qur`an sebagai penyejuk hatiku dan cahaya dadaku serta penawar kesedihanku dan pelenyap dukaku. Kecuali Allah akan menghilangkan kesedihan dan kedukaan serta menggantinya dengan jalan keluar. " Ia berkata; Lalu dikatakan; "Wahai Rasulullah, bolehkah kami mempelajarinya?" Baginda menjawab: "Tentu, orang yang telah mendengarnya semestinya mempelajarinya."

HR Ahmad,3528



Bersambung...
Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan (4)



4. Berdoa memohon keberkatan dari Allah Yang Maha Berkat dan Maha Memberkati.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam sangat kerap mendoakan keberkatan kepada para sahabatnya.

عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا قَالَ قَالَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَسٌ خَادِمُكَ قَالَ اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ

Dari Qatadah dia berkata; saya mendengar Anas berkata; Ummu Sulaim pernah berkata kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam; (Do'akanlah) pelayan engkau iaitu Anas. Beliau bersabda: 'Ya Allah, karuniailah ia harta dan anak yang banyak dan berkahilah apa yang telah Engkau berikan kepadanya.'

HR Bukhari, 5859

Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam mendoakan sahabatnya yang menghidangkan jamuan makanan untuk Baginda.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ

'Ya Allah! Berilah keberkahan kepada mereka terhadap apa yang telah Engkau rizqikan kepada mereka serta ampuni dan kasihilah mereka'.

HR Muslim, 3505

Baginda juga mengajarkan doa mohon keberkatan kepada mempelai pasangan yang baru berkahwin.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Dari Abu Hurairah bahwa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam apabila mengucapkan selamat kepada seseorang apabila ia menikah beliau mengucapkan: BAARAKALLAAHU LAKA WA BAARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMAA FII KHAIRIN (Semoga Allah memberkahimu dan senantiasa memberkahimu dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan."

HR Ibnu Majah, 1819

Mendoakan keberkatan bila melihat kebaikan pada seseorang.

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

"Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, maka hendaknya ia mendo'akan keberkatan padanya"

HR Ibnu Majah, 3500

Juga ketika menghadap makanan.

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ وَإِذَا سُقِيَ لَبَنًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

Apabila salah seorang di antara kalian makan suatu makanan, maka hendaknya ia mengucapkan: 'ALLAAHUMMA BAARIK LANAA FIIHI WA ATH'IMNAA KHAIRAN MINHU (Ya Allah, berkahilah kami padanya dan berilah kami makan yang lebih baik darinya!) ', dan apabila ia diberi minum susu maka hendaknya ia mengucapkan: 'ALLAAHUMMA BAARIK LANAA FIIHI WA ZIDNAA MINHU (Ya Allah, berkahilah kami padanya dan tambahkanlah kami darinya!) '

HR Abu Daud, 3242

Sufyan At Tsauri dalam doanya,

 اللَّهُمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ، رَبِّ بَارِكْ لِي فِي الْمَوْتِ، وَفِيمَا بَعْدَ الْمَوْتِ  .

"Ya Allah, Selamatkanlah! Selamatkanlah! Wahai Tuhanku, berkatilah bagiku kematian, dan kehidupan selepas kematian."

( Riwayat Ibnu Abi Hatim dalam Al Jarah wa At Ta'dil )




Bersambung ...
Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan (5)

5. Mendirikan solat pada waktunya dan memperbanyakkan serta berterusan istighfar

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِٱلصَّلَو‌ٰةِ وَٱصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْـَٔلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَٱلْعَـٰقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ ﴿١٣٢﴾

Perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.

Thohaa : 132

قال ابن كثير -رحمه الله- في تفسير هذه الآية: “إذا أقمت الصلاة أتاك الرّزق من حيث لا تحتسب“،

Imam Ibnu Kathir mentafsirkan ayat ini dengan katanya,

"Apabila engkau mendirikan solat, nescaya Allah mendatangkan rezeki padamu dari jalan yang tidak engkau sangka "

قال ابن القيم :
“فالصّلاةُ من أكبر العَوْن على تحصيل مصالح الدنيا والآخرة، ودفع مفاسد الدنيا والآخرة، وهى منهاةٌ عن الإثم، ودافعةٌ لأدواء القلوب، ومَطْرَدَةٌ للداءِ عن الجسد، ومُنوِّرةٌ للقلب، ومُبيِّضَةٌ للوجه، ومُنشِّطةٌ للجوارح والنفس، وجالِبةٌ للرزق..”.

Imam Ibnu Qayyim berkata,

"Solat adalah antara sebesar-besar pertolongan dalam mendapat kebaikan dunia dan akhirat, juga menolak kerosakan dunia dan akhirat. Ianya pencegah dari dosa, menolak penyakit-penyakit hati, menjauhkan penyakit dari tubuh, penerang bagi hati, pencerah bagi wajah, pembangkit kesegaran bagi anggota dan jiwa, dan membawa (menarik) rezeki".

Keberkatan juga dapat diraih dengan memperbanyakkan serta berterusan beristighfar memohon keampunan Allah ta'ala.

وَأَنِ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَـٰعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِى فَضْلٍ فَضْلَهُۥ ۖ وَإِن تَوَلَّوْا۟ فَإِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ ﴿هود: ٣﴾

dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.

Hud : 3

وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ ﴿هود: ٥٢﴾

Dan ( Nuh berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa".

Hud: 52

Dosa menghilangkan keberkatan rezeki. Justeru, dengan banyak istighfar dosa terampun dan keberkatan diraih.

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْعَبْدَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ

Dari Tsauban berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda;
"Seorang hamba benar-benar terhalang dari rezki kerana dosa yang dilakukannya".

HR Ahmad, 21402

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Dari Ibnu Abbas bahawasanya, ia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rezki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka."

HR Abu Daud





Bersambung ...
Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan [6]


6. Bersedekah

Di saat seseorang yang banyak berdosa menemui kematian, dan amalannya tidak mencukupi untuk menyelamatkannya di akhirat kelak, dia merayu kepada Allah ta’ala agar diberi masa dan dikembalikan semula ke dunia hanya untuk bersedekah.


وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Munafiqun : 10

Mereka tidak meminta diberi masa untuk melakukan solat, melakukan ibadah haji dan lain-lain tetapi hanya sedekah. Kerana sesungguhnya ketika manusia menunggu di Padang Mahsyar kelak, masing-masing akan menunggu untuk diadili dalam keadaan panas, dahaga di sebalik lautan manusia, yang dapat mengurangkan sedikit kesusahan pada waktu tersebut ialah amalan sedekah yang menjadi amalan sewaktu di dunia.

عن عُقْبَة بْن عَامِرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ امْرِئٍ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ حَتَّى يُفْصَلَ بَيْنَ النَّاسِ أَوْ قَالَ يُحْكَمَ بَيْنَ النَّاسِ

Dari Uqbah bin Amir berkata,
Saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Setiap orang akan berada di bawah naungan sedekahnya hingga perkara di antara manusia diputuskan, atau segala perkara di antara manusia dihukumi

(HR. Ahmad, 16695)


Bersedekah adalah amalan mulia yang membawa keberkatan yang besar dalam kehidupan manusia.

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
﴿البقرة: ٢٧١﴾


Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Al Baqarah: 271


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, Allah Ta'ala berfirman ( hadis qudsi ) :

أَنْفِقْ يَا ابْنَ آدَمَ أُنْفِقْ عَلَيْكَ

"
Berinfaklah wahai anak Adam, niscaya Aku berinfak kepadamu"

(Muttafaq 'Alaih).

Maknanya adalah “ Aku ( Allah) beri ganti yang lebih baik untukmu “.

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ

"
Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya"

Saba' 39


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ


Dari Abu Hurairah dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.”

HR Muslim, 4689

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ قَبْلَ أَنْ تَمُوتُوا وَبَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ الصَّالِحَةِ قَبْلَ أَنْ تُشْغَلُوا وَصِلُوا الَّذِي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ رَبِّكُمْ بِكَثْرَةِ ذِكْرِكُمْ لَهُ وَكَثْرَةِ الصَّدَقَةِ فِي السِّرِّ وَالْعَلَانِيَةِ تُرْزَقُوا وَتُنْصَرُوا وَتُجْبَرُوا
Dari Jabir bin Abdullah ia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkhutbah di hadapan kami, Baginda bersabda:

“Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati, bersegeralah beramal saleh sebelum kamu sibuk, dan sambunglah antara kamu dengan Rabb kamu dengan memperbanyak zikir kepadaNya, banyak sedekah dengan sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan. Niscaya kamu akan diberi rezki, dibantu dan dicukupi. “

HR Ibnu Majah,1071

Bersedekah bukan bererti hanya dengan harta atau dengan wang ringgit.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya sadaqah dan setiap hari terbitnya matahari seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisihfaham adalah sadaqah dan menolong seseorang untuk menaiki haiwan tunggangannya lalu mengangkat barang-barangnya ke atas haiwan tungganyannya adalah sadaqah dan ucapan yang baik adalah sadaqah dan setiap langkah yang dijalankan munuju salat adalah sadaqah dan menyingkirkan sesuatu yang bisa menyakiti atau menghalangi orang dari jalan adalah sadaqah.

HR Bukhari, 2767

Hadis ini menunjukkan betapa luasnya ruang keberkatan yang terhasil dari sedekah.

Kehebatan bersedekah dalam meraih keberkatan di antaranya,

1. Bersedekah memadamkan murka Allah subhanahu wa ta’ala.

إن صدقة السر تطفئ غضب الرب تبارك وتعالى [صحيح الترغيب].

“Sesungguhnya sedekah yang tersembunyi memadamkan kemurkaan Rabb tabaraka wa ta’ala.”


2. Bersedekah menutup dan memadamkan dosa kesalahan.

والصدقة تطفئ الخطيئة كما يطفئ الماء النار) [صحيح الترغيب]

“Bersedekah itu memadam dosa kesalahan seperti air memadamkan api”


Tirmizi, 558

3. Bersedekah dapat memelihara diri daripada sambaran api neraka.
فاتقوا النار ولو بشق تمرة

“Takutlah kalian akan neraka (dengan memelihara diri darinya), meskipun hanya (bersedekah) dengan setengah biji kurma.”

HR Muslim, 1688

4. Pada sedekah itu ada ubat penawar untuk penyakit-penyakit jasadi.

داووا مرضاكم بالصدقة
( صحيح الجامع)

“Ubatilah orang-orang yang sakit di kalangan kamu dengan sedekah”
( Sahih Al Jami’)


5. Pada sedekah juga ada ubat penawar kepada penyakit-penyakit hati.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْوَةَ قَلْبِهِ فَقَالَ لَهُ إِنْ أَرَدْتَ تَلْيِينَ قَلْبِكَ فَأَطْعِمْ الْمِسْكِينَ وَامْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيمِ

dari Abu Hurairah, dia berkata; bahwa seorang laki-laki mengadu kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam akan kerasnya hatinya, maka Baginda pun berkata:

Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut maka berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepada anak yatim.”

HR Ahmad, 7260

6. Para Malaikat mendoakan sipemberi sedekah setiap hari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berkata; Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya, sedangkan yang satunya lagi berkata; Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil) ".

HR Bukhari dan Muslim

7. Allah ta’ala menggandakan balasan kepada sipemberi sedekah.
2024/12/26 07:15:10
Back to Top
HTML Embed Code: