Telegram Web Link
JIWA TARBAWI 868


Adakala nya engkau inginkan sangat sesuatu yang indah dan lazat dari nikmat dunia. Namun, Allah ta’ala tidak memberikannya padamu. Yang diberi ialah jalan kemudahan untuk keselamatan akhiratmu. Maka, bersyukurlah kerana Allah ta’ala menentukan sesuatu yang jauh lebih indah dan lazat dari nikmat duniamu yang engkau idamkan.

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ‎﴿البقرة: ٢١٦﴾‏

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (216)

(Al Baqarah: 216)

وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ‎﴿القصص: ٦٠﴾‏

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? (60)

(Al Qasas: 60)



ABi
JIWA TARBAWI 869




Membaca Al Quran hari ini, Al Quran mengingatkan tentang kematian - AL MAUT.

Ingatan tentang kematian menggamit hati.

Suatu yang pasti dan tidak akan dapat melarikan diri.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ‎﴿آل عمران: ١٨٥﴾‏

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)

(Ali ‘Imran: 185)

Kematian mengingatkan tentang adanya kehidupan selepasnya. Dan itulah kehidupan sebenar yang semesti dijadikan matlamat kesenangan dan keselamatan. Bukannya kehidupan dunia yang menipu dan menjanjikan angan-angan tudak berkesudahan.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿الأنبياء: ٣٥﴾‏

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (35)

(Al Anbiya’: 35)

Kematian mengingatkan tentang hidup di dunia hanyalah cubaan dan keputusannya hanya diketahui bila bertemu Tuhan.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎﴿العنكبوت: ٥٧﴾‏

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (57)

(Al Ankabut: 57)

Kematian menumbuhkan jiwa yang akan sentiasa merasai bersedia untuk balik kepada Allah ta’ala.

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ‎﴿الجمعة: ٨﴾‏

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (8)

(Al Jumu’ah: 8)

Suatu yang pasti dan tidak akan dapat melarikan diri. Bahkan segala yang dilalui di dunia akan menjadi perhitungan untuk dibalasidi akhirat.


كفى بالموت واعظا

Cukuplah kematian sebagai pemberi nasihat.


Justeru,

أكثروا ذكر الموت فما من عبد أكثر ذكره إلا أحيى الله قلبه وهوّن عليه الموت

Perbanyakkanlah mengingati mati. Tiadalah seseorang hamba banyak mengingatinya melainkan Allah menghidupkan hatinya dan meringankan kematian baginya.

( HR Dailami)



ABi
JIWA TARBAWI 870


Biarpun di dunia, manusia gembira hidup berkeluarga, bermasyarakat, berjamaah..

Manusia cenderung dengan apa yang ada pada bangsa, kaum, kumpulannya..

Manusia suka kemeriahan beramai-ramai..

Namun, Dia Allah ta’ala mahu berjumpa dengan setiap manusia secara personal dan sendiri-sendiri.

إِن كُلُّ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا ‎﴿٩٣﴾‏ لَّقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا ‎﴿٩٤﴾‏ وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا ‎﴿٩٥﴾‏ ‎﴿مريم: ٩٣-٩٥﴾‏

Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. (93) Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. (94) Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri. (95)

(Maryam: 93-95)

Justeru, bersiap-siaplah dengan ibadah dan amal kebaikanmu.



ABi
JIWA TARBAWI 871


Akhirnya nanti, bila manusia dijemput oleh kematian dan dibangkit di hari akhirat, barulah mereka faham dan sedar bahawa hidup sebenarnya adalah soal HAMBA dengan TUHAN.

Ibnu ‘Umar, beliau mendengar Rasulullah ‎ bersabda:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ وَيَسْتُرُهُ فَيَقُولُ أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا فَيَقُولُ نَعَمْ أَيْ رَبِّ حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ قَالَ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ فَيُعْطَى كِتَابَ حَسَنَاتِهِ وَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُونَ فَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Aku telah mendengar Rasulullah ‎ bersabda: “Sesungguhnya Allah mendekati seorang mukmin, lalu meletakkan padanya tabir dan menutupinya (dari pandangan orang lain), lalu (Allah) berseru : ‘Tahukah engkau dosa ini? Tahukah engkau dosa itu?’ Mukmin tersebut menjawab,’Ya, wahai Rabb-ku,’ hingga bila selesai meyampaikan semua dosa-dosanya dan mukmin tersebut melihat dirinya telah binasa, Allah berfirman,’Aku telah rahsiakan (menutupi) dosa itu di dunia, dan Aku sekarang mengampunimu,’ lalu ia diberi kitab kebaikannya. Sedangkan orang kafir dan munafik, maka Allah berfirman : ‘Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Rabb mereka’. Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim”.

(HR Bukhari, 2261)


Beruntunglah mereka yang hidupnya dalam keadaan beriman, matinya dalam keadaan beriman dan dibangkitkan dalam keadaan beriman.


Justeru, jagailah dan suburkanlah iman dalam dirimu.



ABi
JIWA TARBAWI 872

Ibrah dari kisah Qarun.

1. Harta dan kekayaan adalah ujian besar bagi manusia. Ianya bukannya ukuran tanda kasih dan redha Allah ta’ala kepada seseorang. Ramai manusia yang kebanggaannya terhadap harta dan kekayaan menenggelamkan dan menghayutkannya dari bersyukur pada Allah ta’ala Sang Pemberi Nikmat. Ini disebabkan ia menyandar dan menisbahkan kekayaan dan kekuasaan itu datang dari kehebatan diriny sendiri.

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ ‎﴿٧٦﴾‏ 


Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri".

(Al Qasas: 76)


قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي ۚ أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا ۚ وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ ‎﴿٧٨﴾‏ ‏ 

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.

(Al Qasas: 78)

2. Manusia ramai yang sering terpengaruh dengan mereka yang kaya dan berkuasa. Sehingga hilang pertimbangan benar dan salah. Mereka tertipu dengan rupa kekayaan dan kekuasaan.

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ ‎﴿٧٩﴾‏ 

Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar".

(Al Qasas: 79)

3. Hanya mereka yang diberi oleh ilmu yang benar akan dapat membuat penilaian yang benar tentang kehidupan. Keimanan, amal saleh dan bersabar adalah jalan wasilah untuk mendapat kesenangan dan kebahagiaan sebenar di dunia dan akhirat.

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِّمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ ‎﴿٨٠﴾

Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar".

(Al Qasas: 80)

4. Bila kekayaan dan kekuasaan jadi sebab kebinasaan, tiada siapa akan dapat menolong kerana itu adalah kehendak Allah ta’ala jua.

 فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنتَصِرِينَ ‎﴿٨١﴾‏

Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).

(Al Qasas: 81)

5. Justeru, menyesallah di dunia agar terselamat dari penyesalan di akhirat.

 وَأَصْبَحَ الَّذِينَ تَمَنَّوْا مَكَانَهُ بِالْأَمْسِ يَقُولُونَ وَيْكَأَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ ۖ لَوْلَا أَن مَّنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا لَخَسَفَ بِنَا ۖ وَيْكَأَنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ ‎﴿٨٢﴾

Dan jadilah orang-orang yang kelmarin mencita-citakan kedudukan Karun itu, berkata: "Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula).
Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)".

(Al Qasas: 82)




ABi
JIWA TARBAWI 873

Dikenali untuk terkenal vs Dikenali untuk tersebarnya kebenaran dan kebaikan.



Dikenali untuk terkenal.


Gembira dan bangga bila terkenal.

Seronok dengan puji pujian.

Sedikit mengingati dan mensyukuri Allah ta’ala.


فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ ‎﴿٧٩﴾‏ 

Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar".

(Al Qasas: 79)

فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَنَا أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا ‎﴿الكهف: ٣٤﴾‏

maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat" (34)

(Al Kahfi: 34)


قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي﴿٧٨﴾‏ ‏ 

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku"..

(Al Qasas: 78)


Allah ta’ala mengutus para rasul untuk dikenali agar menyebarluaskan dan menzahirkan kebenaran dan kebaikan.

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ‎﴿الصف: ٩﴾‏

Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (9)

(As Saf: 9)

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ‎﴿سبإ: ٢٨﴾‏

Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. (28)

(Saba’: 28)

Selawat dan salam atas Junjungan Ar Rasul ‎ yang diutus untuk dikenali dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ‎﴿الأنبياء: ١٠٧﴾‏

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (107)

(Al Anbiya’: 107)


Justeru, bila dikenali dan terkenal maka sebar luaskanlah kebenaran dan kebaikan dan bukannya mengajak manusia kepada dirimu sendiri.




ABi
JIWA TARBAWI 874

Apabila melihatnya..

Seorang Da'ie, setiap kata-katanya adalah dakwah yang terisi dengan ruh, ilmu dan keikhlasan. Akhlaq dan amalannya juga adalah dakwah dan qudwah kepada manusia.

Sabda Ar Rasul ‎ :

خياركم من ذكركم بالله رؤيته وزاد في علمكم منطقه ورغبكم في الآخرة عمله
أخرجه الحكيم

" Sebaik-baik kamu ialah seorang yang bila melihatnya mengingatkan kamu pada Allah, kata-katanya menambah ilmu kamu dan amalannya menambah cenderung mu pada akhirat".

(HR Hakim)


Justeru, jadikan dirimu penyebar dan penzahir kebenaran dan kebaikan.




ABi
JIWA TARBAWI 875


Dua perkara yang pasti. Satu yang manusia bimbang dan bersibuk. Satu lagi manusia mengelak dan cuba lari.

Yang manusia bimbang dan bersibuk ialah REZEKI. Sedangkan ianya telah ditentukan oleh Allah ta’ala sejak manusia berada di dalam rahim ibunya.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ ‎﴿هود: ٦﴾‏

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (6)

(Hud: 6)

 وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ ‎﴿طه: ١٣٢﴾

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (132)

(Thahaa: 132)

Rasulullah ‎ bersabda dalam sebuah hadis sahih

عَنْ أَبِيْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ الله ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ حَدَّثَنَا رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِيْ بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا نُطْفَةً ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةًمِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْسَعِيْدٌ .

Diriwayatkan dari Abdur Rahman, iaitu Abdullah bin Mas'ud r.a. Katanya: Telah menceritakan kepada kami Rasulullah ‎ : "Sesungguhnya salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu 40 hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu 40 hari. Lalu diutus seorang malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk menuliskan 4 perkara, iaitu: menulis rezekinya, umurnya, pekerjaannya dan kecelakaan atau kebahagiaan hidupnya'.

(HR Bukhari dan Muslim)


Namun begitu, manusia sampai sanggup melakukan perkara yang terlarang semata-mata kerana bimbang dan takut kepada ketiadaan rezeki.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا ‎﴿الإسراء: ٣١﴾‏

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (31)

(Al Isra’: 31)

َ
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ أَمِنَ الْحَلَالِ أَمْ مِنْ الْحَرَامِ

“Akan datang suatu masa pada manusia, seseorang tidak peduli terhadap apa yang digenggamnya, apakah dari halal atau dari yang haram“

(HR Bukhari)

Yang manusia mengelak dan cuba lari ialah MATI.

 قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ‎﴿الجمعة: ٨﴾

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

(Al Jumu’ah: 8)

عَنْ مُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُثِّلَ ابْنُ آدَمَ وَإِلَى جَنْبِهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ مَنِيَّةً إِنْ أَخْطَأَتْهُ الْمَنَايَا وَقَعَ فِي الْهَرَمِ

Dari Mutharrif bin Abdillah bin asy-Syikhkhir, dari bapanya, ia berkata: Rasûlullâh ‎ bersabda, “Telah diciptakan dekat anak Adam sembilan puluh sembilan musibah (sebab kematian).
Jika dia tidak terkena semua musibah itu, dia pasti mengalami ketuaan.”

(HR Tirmizi, no. 2456; Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, 2/211)


Justeru, apa yang mesti menjadi pegangan seorang hamba itu ialah serahkanlah urusan yang pasti itu kepada Allah ta’ala, Tuhan yang menentukannya. Manakala sebagai seorang hamba, persiapkanlah diri dengan bekalan ilmu dan amalan ketakwaan untuk menghadapi kehidupan selepas MATI yang ia sendiri tidak tahu apakah untung nasibnya di akhirat nanti.

إنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ‎﴿لقمان: ٣٤﴾

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya (34)

(Lukman: 34)

Cukuplah kematian itu sebagai pemberi nasihat.



ABi
JIWA TARBAWI 876

Untuk sempurna ketaatan kepada Allah ta’ala , ianya mestilah dijadikan perjuangan. Dalam perkataan lain, mestilah ada JIHAD untuk melakukan ketaatan.

Menuntut ilmu satu jihad.

Menegak dan mendiri solat satu jihad.

Mengimarahkan masjid satu jihad.

Menyubur dan menjaga ukhuwwah satu jihad.

Mendidik dan mengasuh anak-anak untuk jadi soleh dan solehah adalah satu jihad.

Berdakwah dan amar makruf nahi mungkar adalah jihad.

Menegakkan peraturan dan undang-undang satu jihad.

Berperang fi sabilillah adalah satu jihad.

Semuanya itu perlukan jihad yakni kesungguhan dan bersusah payah untuk melakukannya.

Kerana asasnya adalah jihad terhadap nafsu.

وَالْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي طَاعَةِ اللهِ ،(ورواه الترمذي,1621)

Seorang mujahid (pejuang) itu ialah seorang yang berjihad terhadap nafsunya pada mentaati Allah .

(HR Tirmizi, 1621)

Bila berjuang bersungguh-sungguh dan bersusah payah untuk menjadi hamba Allah yang taat, nescaya Allah ta’ala akan membuka jalan-jalan yang lebih luas untuk dapat dilihat hasil dan natijah kesempurnaan taat.


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
‎﴿العنكبوت: ٦٩﴾‏

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (69)

(Al Ankabut: 69)


Justeru, letakkan hidupmu dalam jihad. Kerana umat Islam adalah umat pejuang.



ABi
JIWA TARBAWI 877


Zikir mengingati Allah ta’ala adalah ruh bagi jiwa seorang hamba.

Pusat kehidupan jiwa adalah HATI. Jiwa itu hidup apabila hidup hatinya dengan zikir mengingati Allah ta’ala.

 عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

مَثَلُ الذي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لا يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ (متفقٌ عليه)

Dari Abi Musa Al Asy’ari RA berkata ia, Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

Bandingan seorang yang berzikir mengingati Tuhannya dan seorang yang tidak berzikir mengingati Tuhannya seperti orang yang hidup dan orang yang mati.

( Muttafaqun ‘alaih)

Hatilah tempat berhubungnya jiwa manusia dengan Tuhannya. Hati yang tidak berzikir mengingati Allah ta’ala boleh menjadi mati.

وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ [فاطر:22].

dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.

(Fathir: 22)

Begitu juga, tidak sama seorang yang mati hatinya dengan seorang hidup hatinya.


Di antara cara menghidupkan hati ialah dengan ilmu. Ilmu membawa hati dan aqal manusia kepada tazakkur dan tafakkur.


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ‎﴿١٩٠﴾‏ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ‎﴿١٩١﴾
 ‎﴿آل عمران:١٩٠- ١٩١﴾
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(Ali ‘Imran: 190-191)

Ilmu menghidupkan potensi jiwa manusia. Imam Ghazali RahimahulLah Ta’ala menjelaskan peranan ilmu dengan katanya:

هو ما يزيد في خوفك من الله تعالى، ويزيد في بصيرتك بعيوب نفسك، ويزيد في معرفتك بعبادة ربك، ويقلل من رغبتك في الدنيا، ويزيد في رغبتك فني الآخرة، ويفتح بصيرتك بآفات أعمالك حتى تحترز منها، ويطلعك على مكايد الشيطان وغروره ؛


`Ilmu yang memberi manfaat itu ialah ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala; ( ilmu ) yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu; (ilmu) yang menambahkan ibdahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya; (ilmu) yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia; (ilmu) yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat; (ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya; (ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaithan dan tipuannya’.

(Bidayatul Hidayah)

Justeru, alangkah rugi dan celakanya manusia yang diberikan oleh Allah ta’ala nikmat hati tetapi hati itu mati dan tidak bernyawa.


إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ ‎﴿ق: ٣٧﴾

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.

(Qaaf: 37)




ABi
JIWA TARBAWI 878

Menjadi pemikir masa depan yang pasti.

"Lebih banyak orang menghadapi kematian di atas tempat tidur daripada orang yang mati di atas pesawat. Tetapi, kenapa lebih banyak orang yang takut mati ketika menaiki pesawat daripada orang yang takut menaiki tempat tidur".

(Buya Hamka)


Mengingati akan hadirnya kematian pasti akan dapat menggalakkan manusia untuk mula dan bersungguh-sungguh bertaubat dan melakukan lebih banyak amal ketaatan. Ini disebabkan kedatangannya adalah pasti dan tidak dapat ditolak.

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ‎﴿الجمعة: ٨﴾‏

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (8)

(Al Jumu’ah: 8)



Sabda Rasulullah ‎,

أكثروا من ذكر هاذم اللذات .
(رواه النسائي والترمذي)

Perbanyakkanlah mengingati penutus kelazatan ( iaitu kematian).

( HR An Nasaie dan Tirmizi)


أكثروا ذكر هاذم اللذات - الموت، فإنه لم يذكره أحد في ضيق من العيش إلا وسعه عليه.
(رواه البيهقي)

Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan iaitu kematian. Maka sesungguhnya tidaklah mengingatinya oleh seseorang ketika waktu sempit dalam kehidupannya melainkan akan diperluaskan atasnya.

(HR Baihaqi)
فقام رجل من الأنصار، فقال: يا نبي الله، من أكيس الناس وأحزم الناس ؟ فقال : أكثرهم ذكرا للموت، وأشدهم استعدادا للموت قبل نزول الموت، أولئك هم الأكياس ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الآخرة.
(رواه ابن ماجه، والطبراني)

Bangun seorang lelaki Ansar berkata ia : “Wahai Nabi Allah ta’ala! Siapakah manusia yang paling cerdik dan hebat? “. Sabda Nabi ‎ : “ Yang paling banyak mengingati mati, dan paling bersungguh bersiap diri untuk kematian sebelum datangnya kematian itu. Merekalah secerdik-cerdik manusia. Mereka pergi dengan kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat.”

(HR Ibnu Majah dan Thabarani)


Justeru, jadilah pemikir tentang kehidupan selepas mati kerana perjalanannya sangat jauh dan memerlukan persiapan yang sungguh-sungguh dan serius demi keselamatan dirimu sendiri.




ABi
JIWA TARBAWI 879





Tazkirah Kematian

Tiada gunanya jika engkau berdoa untuk panjang umur kalaulah ianya hanya datang dari panjang angan-anganmu terhadap dunia semata-mata. Kerana dibimbangi ianya hanya akan menambah keinginan buruk nafsumu.

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ.

Dari Abdurrahman bin Abi Bakrah, dari ayahnya, bawasanya pernah ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah ‎ : "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang terbaik itu?" Baginda menjawab: "Orang yang panjang umur dan baik amalnya." Ia bertanya kembali: "Lalu siapakah orang yang terburuk itu?" Baginda menjawab: "Orang yang panjang umur, namun buruk amalnya."

(HR Tirmizi, 2252)



ABi
JIWA TARBAWI 880





Setengah manusia menyangka berfikir tentang kematian adalah tanda depresi. Pada hal, mengingat mati itu adalah sebuah inspirasi.

أكثروا ذكر هاذم اللذات - الموت، فإنه لم يذكره أحد في ضيق من العيش إلا وسعه عليه.
(رواه البيهقي)

Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan iaitu kematian. Maka sesungguhnya tidaklah mengingatinya oleh seseorang ketika waktu sempit dalam kehidupannya melainkan akan diperluaskan atasnya.

(HR Baihaqi)

Dan Ibnu ‘Umar Radhiyallahu anhuma pun berkata:

إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

“Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi dan jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang, manfaatkanlah kesihatanmu sebelum datang waktu sakit, dan hidupmu sebelum datang kematian.”

(HR Bukhari)

Ini bererti, dia sentiasa bersegera untuk melakukan kebaikan tanpa bertangguh, sentiasa bersikap positif mengisi masa kehidupannya dan sentiasa berfikir panjang untuk tunduk kepada keinginan buruknya.

Justeru, jadikanlah zikir mengingati kematian sebagai rutin hidupmu.



ABi
JIWA TARBAWI 881


Hakikat hidup dan mati.

Firman Allah ta’ala,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ‎﴿الملك: ٢﴾‏

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)

(Al Mulk: 2)

Mengetahui tentang hakikat kehidupan, memahaminya dan juga menyedarinya, akan menjadikan manusia semakin memperbaiki amalan untuk kehidupan dunianya.

Mengetahui tentang hakikat kematian, memahaminya dan juga menyedarinya, serta sering mengingatinya akan menjadikan manusia semakin memperbaiki amalannya bahkan bersegera untuk merebut keampunan dan meraihkan seberapa banyak pahala sebagai bekalan ke akhirat.

Justeru, yakinilah akan hakikat ini.



ABi
JIWA TARBAWI 882





Hidup Mulia, Mati Syahid
عِشْ كريما أو مُتْ شهيدا


Motto “hidup mulia atau mati syahid”, ini adalah bersumberkan nasihat Nabi ‎ﷺ kepada Saidina Umar bin Al Khatthab radhiyallahu anhu. Ibnu Umar radhiyallahu anhuma berkata :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- رَأَى عَلَى عُمَرَ قَمِيصًا أَبْيَضَ فَقَالَ « ثَوْبُكَ هَذَا غَسِيلٌ أَمْ جَدِيدٌ ». قَالَ لاَ بَلْ غَسِيلٌ. قَالَ « الْبَسْ جَدِيدًا وَعِشْ حَمِيدًا وَمُتْ شَهِيدًا »

“Bahawa Rasulullah ‎ﷺ melihat Umar radhiyallahu anhu memakai gamis putih, maka Nabi ‎ﷺ berkata : “Bajumu itu bekas dicuci atau baru?”, Umar radhiyallahu anhu menjawab : “t”Tidak, ini bekas dicuci”. Nabi ‎ﷺ bersabda : “Pakailah pakaian baru , dan hiduplah mulia atau matilah sebagai syahid”.

Tidak ada kehidupan yang lebih mulia bagi seorang hamba Allah selain hidup menjunjung seluruh perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu.(13)

(Al Hujurat : 13)


Justeru berusahalah untuk menjadikan seluruh hidupmu sebagai

مسلما مؤمنا متقيا داعيا مجاهدا
Seorang muslim mukmin muttaqi daa'ie mujahid.

بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّـهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١١٢﴾

(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(112)

(Al Baqarah : 112)

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (1)

(Al Mukminun :1)

بَلَىٰ مَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ وَاتَّقَىٰ فَإِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ ﴿٧٦﴾
(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.(76)

(Ali 'Imran : 76)

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٣٣﴾
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"(33)

(Fussilst : 33)

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٢١٨﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(218)

(Al Baqarah : 218)


Rebutlah kematian ketika beristiqamah di atas jalan perjuangan.

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا ﴿٢٣﴾

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),(23)

(Al Ahzab : 23)

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".(30)

(Fussilat : 30)

Alangkah indahnya kematian di saat istiqamah pada jalanNya.


ABi
JIWA TARBAWI 883



Tidak ada lagi kematian selepas kematian di dunia. Di akhirat nanti sudah tidak ada kematian.

Dari sahabat Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi ‎ﷺ bersabda,

يُؤْتَى بِالْمَوْتِ كَهَيْئَةِ كَبْشٍ أَمْلَحٍ فَيُنَادِي بِهِ مُنَادٍ : يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ ! فَيَشْرَئِبُوْنَ وَيَنْظُرُوْنَ, فَيَقًوْلُ : هَلْ تَعْرِفُوْنَ هَذَا ؟ فَيَقُوْلُوْنَ : نَعَمْ, هَذَا الْمَوْتُ, وَكُلُّهُمْ قَدْ رَآهُ, ثُمَّ يُنَادِي مُنَادٍ : يَا أَهْلَ النَّارِ فَيَشْرَئِبُوْنَ وَيَنْظُرُوْنَ, فَيَقُوْلُ : هَلْ تَعْرِفُوْنَ هَذَا ؟ فَيَقُوْلُوْنَ : نَعَمْ, هَذَا الْمَوْتُ وَكُلُّهْمْ قَدْ رَآهُ فَيُذْبَحُ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ ثُمَّ يَقُوْلُ : يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ خُلُوْدٌ فَلاَ مَوْتَ, وَيَا أَهْلَ النَّارِ خُلُوْدٌ فَلاَ مَوْتَ

“Kematian didatangkan dalam bentuk kambing berkulit hitam putih. Lalu, ada penyeru yang memanggil, ‘Wahai penduduk surga!’ Mereka menengok dan melihat. Penyeru itu berkata, ‘Apakah kamu mengenal ini?’ Mereka menjawab, ‘Ya, itu adalah kematian.’ Mereka semua telah melihatnya. Kemudian penyeru memanggil, ‘Wahai penduduk neraka!’ Mereka menengok dan melihat. Penyeru itu berkata, ‘Apakah kamu mengenal ini?’ Mereka menjawab, ‘Ya, itu adalah kematian.’ Mereka semua telah melihatnya. Kemudian kematian disembelih di antara surga dan neraka. Lalu penyeru  berkata, ‘Wahai penduduk syurga, kekekalan dan tiada lagi kematian setelahnya, dan wahai penduduk neraka, kekekalan dan tiada lagi  kematian setelahnya.’“

(HR. Bukhari dan Muslim)

Bahkan tidor yang merupakan saudara mati ketika di dunia pun tidak ada lagi di akhirat.

أخرج البزار والطبراني في الأوسط وابن مردويه والبيهقي في البعث بسند صحيح كما قال السيوطي عن جابر رضي الله عنه قال: قيل: يا رسول الله أينام أهل الجنة؟ قال: لا النوم أخو الموت، وأهل الجنة لا يموتون ولا ينامون.

Hadis dikekuarkan oleh Al Bazzar dan At Thabarani ( Al Aswath ), dan Ibnu Mardawih dan Al Baihaqi ( Al Ba'ts ) dengan sanad yang sahih sebagaimana yang disebut oleh As Sayuthi daripada Jabir RA berkata:

Ditanyai ( oleh seseorang ) : " Wahai Rasul Allah adakah ahli syurga itu tidor? ". Rasulullah ‎ﷺ menjawab : " Tidak. Tidor itu saudara kematian, dan ahli syurga itu tidak akan mati dan tidak tidor ".

Justeru, persiapkanlah dirimu untuk kematian di dunia ini demi kehidupan selepas mati.

Sesungguhnya amal ibadahmu, sadaqah jariahmu, dakwah dan tarbiyyah, juga jihadmu jika kamu ingin lakukan maka lakukanlah sebelum datang hari kematianmu di dunia. Kerana akhirat bukannya masa lagi untuk beramal. Bahkan ianya adalah menghisab amalan dan pembalasan untuk segala amalan.


ABi
JIWA TARBAWI 884





Mereka para syuhada’ masih hidup lagi. Kerana di syurga sudah tidak ada kematian.

وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ ‎﴿البقرة: ١٥٤﴾‏

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (154)

(Al Baqarah: 154)

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
‎﴿آل عمران: ١٦٩﴾‏

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (169)

(Ali ‘Imran: 169)



Dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim,

"إِنَّ أَرْوَاحَ الشُّهَدَاءِ فِي حَوَاصِلِ طَيْرٍ خُضْرٍ تَسْرَحُ فِي الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ ثُمَّ تَأْوِي إِلَى قَنَادِيلَ مُعَلَّقة تَحْتَ الْعَرْشِ، فاطَّلع عَلَيْهِمْ رَبُّكَ اطِّلاعَة، فَقَالَ: مَاذَا تَبْغُونَ؟ فَقَالُوا: يَا رَبَّنَا، وَأَيُّ شَيْءٍ نَبْغِي، وَقَدْ أَعْطَيْتَنَا مَا لَمْ تُعْطِ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ؟ ثُمَّ عَادَ إِلَيْهِمْ بِمِثْلِ هَذَا، فَلَمَّا رَأَوْا أَنَّهُمْ لَا يُتْرَكُون مِنْ أَنْ يَسْأَلُوا، قَالُوا: نُرِيدُ أَنْ تَرُدَّنَا إِلَى الدَّارِ الدُّنْيَا، فَنُقَاتِلَ فِي سَبِيلِكَ، حَتَّى نُقْتَلَ فِيكَ مَرَّةً أُخْرَى؛ لِمَا يَرَوْنَ مِنْ ثَوَابِ الشَّهَادَةِ -فَيَقُولُ الرَّبُّ جَلَّ جَلَالُهُ: إِنِّي كتبتُ أنَّهم إِلَيْهَا لَا يَرْجِعُونَ"

Bahwa arwah para syuhada itu berada di dalam perut burung-burung hijau yang terbang di dalam syurga ke mana saja yang mereka kehendaki. Kemudian burung-burung itu hinggap di lampu-lampu yang bergantung di bawah 'Arasy. Kemudian Tuhanmu menjenguk mereka, dalam sekali jengukanNya Dia berfirman, "Apakah yang kamu inginkan?" Mereka menjawab, "Wahai Tuhan kami, apa lagi yang kami inginkan, sedangkan Engkau telah memberi kami segala sesuatu yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun di antara makhluk-Mu?" Kemudian Allah mengulangi hal itu terhadap mereka. Manakala mereka didesak terus dan tidak ada jalan lain kecuali mengemukakan permintaannya, akhirnya mereka berkata, "Kami menginginkan agar Engkau mengembalikan kami ke dalam kehidupan di dunia, lalu kami akan berperang lagi di jalanMu hingga kami gugur lagi kerana membela Engkau," mengingat mereka telah merasakan pahala dari mati syahid yang tak terperikan itu. Maka Tuhan berfirman, "Sesungguhnya Aku telah memastikan bahwa mereka tidak dapat kembali lagi ke dunia (sesudah mereka mati)."

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:

عَنِ الْإِمَامِ الشَّافِعِيِّ، عَنِ الْإِمَامِ مَالِكٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ تَعْلَقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّةِ، حَتَّى يُرْجِعَهُ اللَّهُ إِلَى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُهُ"

Dari Imam Syafii, dari Imam Malik, dari Az-Zuhri, dari Abdur Rahman ibnu Ka'b ib'nu Malik, dari ayahnya yang menceritakan bahwa Rasulullah ‎ﷺ pernah bersabda: “Roh orang mukmin itu merupakan burung yang hinggap di pepohonan surga, hingga Allah mengembalikannya ke jasadnya pada hari dia dibangkitkan.”

Justeru, usah dibimbangi tentang mereka lagi. Bahkan bimbangilah tentang dirimu. Apakah bentuk kematian yang engkau corakkan dalam kehidupanmu?



ABi
JIWA TARBAWI 885

Inspirasi dari mengingati kematian.

Bila hati banyak berzikir mengingati kematian,

1. Hati akan terhubung terus kepada Allah ta’ala.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿الأنبياء: ٣٥)

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada KAMI lah kamu semua akan dikembalikan.

(Al Anbiya’ : 35)

2. Hati akan menjadi BERSIH, HIDUP’ dan LEMBUT.

ابن عمر قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : ” إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء ” قيل : يا رسول الله وما جلاؤها ؟ قال : ” كثرة ذكر الموت وتلاوة القرآن ” روى البيهقي

“Dari Ibn Umar ia berkata: Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

“ Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air. Lalu Baginda ‎ﷺ ditanya: “Apakah pembersihnya?”Sabda Baginda ‎ﷺ : “Banyakkan mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

(HR: Al Baihaqi)


أن امرأة شكت إلى عائشة رضي الله عنها قساوة قلبها فقالت لها : أكثري من ذكر الموت يرق قلبك ففعلت ذلك فرق قلبها فجاءت تشكر عائشة رضي الله عنها

Seorang perempuan mengadu kepada 'Aisyah radhiyallahu ‘anha tentang kerasnya hatinya. Kata 'Aisyah padanya : “ Engkau banyakkanlah mengingati mati nescaya lembut hatimu". Maka perempuan itu melakukannya lalu menjadi lembut hatinya dan dia datang menemui 'Aisyah dan berterima kasih padanya.

( petikan dari Kitab Sairus Salikin )

3. Hati akan dapat mengerti hakikat kehidupan yang sementara.


Ali bin Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata,

ارْتَحَلَتِ الدُّنْيَا مُدْبِرَةً، وَارْتَحَلَتِ الآخِرَةُ مُقْبِلَةً، وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ، فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ، وَلاَ تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا، فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلاَ حِسَابَ، وَغَدًا حِسَابٌ وَلاَ عَمَلَ.

“Dunia sudah pergi meninggalkan, dan akhirat datang menghampiri, dan setiap dari keduanya ada pengekornya, maka jadilah kalian dari orang-orang yang mendambakan kehidupan akhirat dan jangan kalian menjadi orang-orang yang mendambakan dunia, karena sesungguhnya hari ini (di dunia) yang ada hanya amal perbuatan dan tidak ada hitungan dan besok (di akhirat) yang ada hanya hitungan tidak ada amal.”

Syumaith bin ‘Ajlan berkata:

مَنْ جَعَلَ الْمَوْتَ نُصْبَ عَيْنَيْهِ, لَمْ يُبَالِ بِضَيْقِ الدُّنْيَا وَلاَ بِسَعَتِهَا

“Barangsiapa menjadikan maut di hadapan kedua matanya, dia tidak peduli dengan kesempitan dunia atau keluasannya.”

[Mukhtashar Minhajul Qashidin].

4. Tergambar hakikat dunia yang menipu.

Firman Allah ta’ala,

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”

(Al Hadîd : 20)

5. Benar-benar dapat merasai hakikat keyakinan.

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ ﴿الحجر: ٩٩﴾

dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).

Al Yaqin dakam ayat itu bermaksud kematian. Membawa pengertian bila seseorang itu mati, di situlah keyakinan mutlak muncul terhadap segala perkara yang ketika dipermudahkan seperti amalan saleh, kehidupan selepas mati dan sebsgainya.

6. Bermula hakikat kehidupan akhirat yang panjang dan kekal
2024/09/29 07:22:44
Back to Top
HTML Embed Code: