Telegram Web Link
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merekodkan sebanyak 378,815 kes aduan kekeluargaan bagi tempoh 2021 hingga 2023, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Beliau berkata masalah akhlak atau sosial merupakan aduan tertinggi dengan 167,619 kes, diikuti oleh isu tidak bertanggungjawab, masalah komunikasi, kurang penghayatan agama, campur tangan pihak ketiga, serta pelbagai masalah lain seperti kesihatan, kewangan, dan perbezaan latar belakang.

"Pelbagai aduan kita terima melalui banyak saluran. Di Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) kita ada KSK Care, iaitu talian bantuan untuk pasangan atau umat Islam yang menghadapi masalah dalam membina keluarga atau isu rumah tangga.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Enam syarikat yang berpangkalan di Malaysia adalah antara hampir 400 entiti dan individu yang dikenakan sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) kerana beroperasi atau pernah beroperasi dalam sektor pembuatan Russia.

Syarikat yang disenaraikan itu ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability) dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).

Dalam satu kenyataan pada 30 Oktober, Pejabat Jurucakap itu memaklumkan bahawa hampir 400 entiti dan individu telah dikenakan sekatan kerana membolehkan Russia "melaksanakan perang haramnya."

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Gunung Lewotobi Laki-Laki, gunung berapi aktif di pulau Flores, timur Indonesia meletus awal pagi Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah perkampungan terpencil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mangsa terbunuh apabila rumah mereka runtuh akibat letusan itu, kata ketua kampung tempatan, Petrus Muda.

"Gunung berapi itu meletus kira-kira 12.30 pagi waktu tempatan (1730 GMT Ahad). Enam dipercayai sekeluarga tertimbus di bawah runtuhan,".

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seorang sukarelawan berkongsi video di Instagram yang memaparkan situasi ketika anggotanya menyelamatkan seorang gadis bernama Mariam, yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah rumah di Gaza.

Pertahanan Aam berkata, rumah tersebut milik keluarga al-Batsh telah dibom oleh tentera Israel di kawasan Tuffah, Gaza City.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Sekurang-kurangnya 31 orang di Gaza terkorban dalam serangan Israel semalam, menurut pasukan Palestin, dengan hampir separuh daripada kematian itu berlaku di kawasan utara di mana rejim berkenaan melancarkan kempen memerangi Hamas sejak sebulan.

Penduduk Palestin mendakwa, serangan udara dan darat terbaharu itu serta pemindahan paksa adalah 'pembersihan etnik' bertujuan untuk mengosongkan dua bandar di utara Gaza dan sebuah kem pelarian bagi mewujudkan zon penampan.

Israel bagaimanapun menafikan perkara itu, menegaskan mereka menyasarkan pejuang Hamas yang melancarkan serangan dari kawasan terbabit.

Sumber: Reuters

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Hari pertama prosiding perbicaraan kes pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang didakwa membunuh pelajar Tingkatan Lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di sini, pada Disember tahun lalu, membuat pertukaran pasukan peguam yang mewakilinya.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, akan diwakili pasukan peguam baharu dengan perbicaraan kes bunuh itu di Mahkamah Tinggi yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini, ditangguhkan ke esok.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membenarkan permohonan pasukan peguam baharu itu yang diketuai M Athimulan, bekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman untuk menagguhkan perbicaran kepada esok.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kerajaan akan menamatkan sepenuhnya perkhidmatan dan penggunaan tenaga gas asli (NGV) di negara ini bermula 1 Julai 2025 atas dasar keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kenderaan motor yang dikuasakan dengan bahan api NGV tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan di atas jalan raya.

Beliau berkata, selain itu, PETRONAS yang menjadi penyedia tunggal NGV juga akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat.

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
"Setelah sekian lama merdeka, kita masih belum selesaikan soal isu asas bernegara, soal semangat patriotik dan taat setia kepada negara.

Di mana kedudukan kita sebenarnya? Adakah undi itu lebih penting daripada hidup bernegara?"

Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ketetapan mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) beroperasi di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza disifatkan bertentangan obligasi Israel yang ditetapkan di bawah undang-undang antarabangsa.

Rang undang-undang (RUU) diluluskan Parlimen Israel (Knesset) Isnin lalu, itu antara lain disifatkan sebagai keadaan yang tidak pernah berlaku, sekali gus mewujudkan duluan yang sangat berbahaya.

Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia bagi Palestin merangkap Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, menyifatkan tindakan itu sangat keterlaluan, selain melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Penggunaan soket 240 voltan (V) untuk mengecas di dalam kenderaan awam lebih berbahaya berbanding pengecas mudah alih (USB), kata seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Prof Dr Sawal Hamid Md Ali dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina berkata soket dengan jumlah itu sama seperti di rumah yang berupaya menghasilkan renjatan elektrik sekiranya berlaku litar pintas.

Sebaliknya, beliau berkata pengecas USB dengan nilai hanya 5V tidak mendatangkan sebarang masalah kerana voltannya lebih rendah.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Polis mengesahkan seorang rakyat tempatan yang dokumen peribadi miliknya ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia, berkhidmat sebagai tentera upahan asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak polis telah menerima maklumat lelaki berusia 20 tahun itu masih hidup dan berada dalam keadaan selamat di Ukraine.

"Risikan yang dijalankan juga mendapati lelaki itu telah memohon secara dalam talian untuk menyertai tentera Ukraine dan berperang dengan tentera Rusia.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar pembahagi lorong tol di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di ibu negara awal pagi tadi.

📸: Bomba Selangor
Hamas semalam memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan rundingan di Kaherah dengan kumpulan saingan mereka di Palestin, Fatah, bagi membincangkan isu peperangan di Gaza dan mengatur gerak ke arah konsensus nasional.

"Satu mesyuarat diadakan bersama saudara pejuang-pejuang dalam gerakan Fatah atas jemputan Mesir yang bermurah hati.

"Mereka membincangkan pelbagai isu nasional, terutama peperangan di Gaza dan laluan untuk tindakan kebangsaan," kata pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan, dalam satu pesanan video.

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/05 13:33:39
Back to Top
HTML Embed Code: