Telegram Web Link
Nestlé (Malaysia) Bhd meraih pendapatan RM4.75 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2024, merosot 11.4 peratus daripada angka tinggi bersejarah berjumlah RM5.37 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Nestlé Malaysia berkata walaupun pasaran eksport terus memperlihatkan dinamik yang kukuh, jualan domestik masih terjejas dibayangi sikap berhati-hati pengguna yang bimbang terhadap perbelanjaan dan kemampuan kewangan.

"Menjangkaui cabaran semasa yang dihadapi, Nestlé Malaysia tetap optimis untuk kembali ke landasan pertumbuhan mampan pada suku pertama 2025, disokong oleh asas syarikat yang kukuh dan tanda-tanda keyakinan pengguna yang meningkat secara keseluruhan," katanya.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib semalam, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Permohonan maaf Najib itu datang enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Rundingan gencatan senjata Gaza dijangka disambung semula dalam beberapa hari akan datang, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap pada sidang media di Doha dengan Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdelrahman Al Thani, Blinken berkata perunding Gaza akan berkumpul "dalam masa terdekat."

"Kami bercakap tentang pilihan untuk memanfaatkan masa ini dan langkah seterusnya untuk menggerakkan proses ke hadapan, dan saya menjangkakan bahawa perunding kami akan berkumpul dalam beberapa hari akan datang", tambahnya.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera petang Khamis, dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas, lapor Agensi Anadolu.

"Pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan sedang berlaku di Jabalia, dengan lebih 150 syahid dan cedera akibat tembakan Israel. Tiada siapa yang bergerak untuk menyelamatkan mereka,” kata perkhidmatan pertahanan awam Gaza dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menambah bahawa tentera Israel menyasarkan rumah milik keluarga Najjar, Abu Al-Ouf, Salman, Hijazi, Abu Al-Qumsan, Aqel Abu Rashid, Abu Al-Tarabish, Zaqoul, dan Shaalan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan seorang murid Tahun Lima yang sedang melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson, di sini semalam.

Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Myvi dan seorang murid lelaki yang sedang melintas jalan pada kira-kira jam 7.10 pagi.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila pemandu lelaki berusia 28 tahun dalam perjalanan dari pekan Port Dickson menghala ke arah Teluk Kemang.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan, di sini, malam tadi.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, berkata perbuatan itu dilakukan rombongan yang berasal dari China dan tidak membabitkan warga Malaysia.

Beliau berkata, tindakan mengibarkan bendera negara asing tidak sesekali dirancang dalam tentatif oleh pihak pengelola.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Polis mengesahkan perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera negara asing yang turut tular di media sosial, diadakan tanpa permit.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, perarakan yang berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu berlangsung dari jam 8 malam hingga 11.30 malam semalam, dan disertai kira-kira 400 penonton.

"Polis telah memanggil penganjur untuk rakaman keterangan dan mereka juga akan diminta untuk mengemukakan semua peserta warga asing yang dipercayai dari China untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Jumaat.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Hujan lebat dan ribut diramal berlaku pada sebelah petang dan awal malam di negeri ini susulan ramalan cuaca signifikan berkenaan Ribut Tropika Trami yang sedang aktif di Laut China Selatan.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Terengganu, Rosli Zakaria berkata, ribut itu dijangka bergerak ke Barat menghala ke Vietnam dan keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara sehingga 28 Oktober depan.

Sehubungan itu, katanya, rakyat negeri ini dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan kejadian garis badai yang akan menyebabkan berlakunya hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh terdekat.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan 300,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM330,000 dekat pengkalan haram Pos Rela, Pasir Mas pada Khamis.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan tersebut dilakukan kira-kira 1 pagi apabila pihaknya ternampak longgokan kotak berwarna coklat yang disembunyikan di kawasan semak semasa membuat rondaan Op Taring Wawasan Kelantan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas kotak-kotak berkenaan ditemukan rokok putih berjenama TEX dipercayai diseludup dari Thailand, untuk pasaran tempatan di kawasan kampung dan ladang yang ramai pekerja warga asing.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Sekolah perlu tangani aduan gangguan seksual dengan integriti berdasarkan garis panduan KPM - Fadhlina

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
🟢 PM Anwar berterima kasih kepada Ethiopia kerana menyokong Malaysia sebagai negara rakan BRICS

🟢 Malaysia boleh mempelajari banyak perkara dari Ethiopia dalam usaha memajukan ekonominya sambil memastikan keamanan dan kestabilan

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Beliau berkata, program rintis itu melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera, di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menerusi pelaksanaan penuh pada 2026.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.

Beliau berkata, MCMC sedang bekerjasama dengan Meta dan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
BN tubuh sekolah politik latih golongan muda berpotensi jadi pelapis pemimpin parti termasuk sebagai calon PRU akan datang

- Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi


Ikuti berita terkini di
https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
Polis mengesahkan dua suspek ditahan susulan video tular yang memaparkan dua lelaki meletakkan kepala babi di sebuah kedai makan yang didakwa berlaku di bandar Teknologi Kajang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abd Yusof, berkata dua lelaki tempatan berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan pada 15 Oktober lalu susulan kejadian itu.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/05 15:27:10
Back to Top
HTML Embed Code: