Telegram Web Link
Perlawanan Sumbangsih pada Jumaat (10 Mei) dibatalkan susulan penarikan diri Selangor FC - MFL
PRASARANA DIARAH BUAT KAJIAN KAWASAN JAJARAN REL BERISIKO POKOK TUMBANG

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) supaya menjalankan kajian mendalam membabitkan kawasan berisiko berlakunya insiden pokok tumbang di sepanjang laluan rel syarikat itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Prasarana juga perlu mengadakan perbincangan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk mengenal pasti lokasi-lokasi terbabit.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
BNM mengekalkan OPR pada kadar 3.0 peratus
Salur dana Iran: Adakah dakwaan AS benar atau sekadar suatu propaganda?

Kunjungan wakil AS ancam kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara pro-Palestin


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 30 Syawal 1445H, Khamis - Dakwaan Jabatan Perbendaharaan AS bahawa syarikat pembekal perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia digunakan untuk mengeksport minyak Iran perlu diselidiki dengan teliti.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Disiplin dan Strategi Antarabangsa (IRIS Institute), Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim menegaskan, persoalan ini penting untuk diambil kira kerana dikhuatiri ianya hanya satu dakwaan tidak berasas atau sekadar suatu propaganda.

Persoalan ini, katanya, perlu dijelaskan kepada rakyat supaya pendirian yang ingin ditentukan oleh kerajaan Malaysia juga adalah berasaskan maklumat yang objektif, dan bukan atas tuduhan liar atau propaganda daripada pihak lain.

“Sebagai sebuah negara berdaulat dan ‘non-aligned’ (berkecuali), Malaysia tidak ada sebarang komitmen untuk memenuhi permintaan negara lain apatah lagi ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada kepentingan nasional dan nilai yang dipegang oleh Malaysia.

“Malaysia sepatutnya jelas dalam sokongan kepada mana-mana pihak yang memperjuangkan keadilan dan pembebasan Palestin.

“Dalam konteks ini, Malaysia memang sepatutnya bertegas dan berdaulat dalam menentukan ‘internal affairs’nya mengikut pendirian dan dasar nasional dalam isu Palestin,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail seharusnya memberikan penjelasan yang telus kepada rakyat berkenaan isu itu.

“… misalnya (menjelaskan) dalam Dewan Rakyat mengenai kunjungan dan perbincangan dengan wakil AS kerana ia adalah sesuatu yang mengancam kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara pro-Palestin dan negara berkecuali,” katanya lagi.

Lebih penting lagi, katanya, menteri sebaliknya harus mendesak AS untuk menghentikan sokongan dan bantuan ketenteraan kepada rejim Israel.

Ini kerana, keganasan di Gaza yang disebabkan oleh rejim Zionis masih berterusan dan ‘dibenarkan’ ekoran ‘talian hayat’ daripada AS.

“Desakan Malaysia ini harus dilihat sebagai desakan yang ingin mengekang ‘terrorism’ dengan makna yang sebenar, dan selari dengan keputusan-keputusan di peringkat institusi antarabangsa,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Permintaan lembu korban di Kelantan dijangka lebih 30,000

Harga jualan seekor lembu sedikit menurun berbanding sebelum ini


KOTA BHARU, 30 Syawal 1445H, Khamis - Permintaan untuk ternakan lembu di Kelantan dijangka mencecah lebih 30,000 ekor bagi tujuan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Beliau berkata, hal itu berikutan harga jualan bagi seekor lembu sedikit menurun berbanding sebelum ini dan lebih stabil sejak sebulan lepas, selain didorong permintaan dari negeri-negeri lain.

"Sebagai pengeluar lembu hibrid terbesar, Kelantan akan terus memperkasakan industri penternakan dan menjadikan negeri ini sebagai hab pembekal lembu utama negara, malah kebanyakan ternakan lembu di Kelantan juga diimport daripada selatan Thailand," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Veterinar Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Mohd Saripudin berkata, setakat ini pihaknya hanya membawa masuk lembu dari Thailand walaupun ada tawaran dari negara lain seperti Vietnam dan Kemboja, kerana mahu memastikan ternakan tersebut bebas penyakit sebelum melalui proses saringan dan kuarantin.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerja-kerja penanaman padi untuk musim satu 2024 akan bermula pertengahan bulan depan selepas beberapa langkah persediaan dilaksanakan, termasuk penyediaan pam yang lebih berkuasa tinggi.

"Proses penanaman akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan jajahan Pasir Mas berdasarkan jadual yang telah ditetapkan selain berpandukan bekalan sumber air di kawasan tanaman.

"Malah, bagi petani yang terjejas dengan kemarau pada musim lepas akan menerima bantuan sewajarnya daripada agensi berkaitan melalui tabung bencana yang disediakan," katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Berikut adalah rangkuman beberapa perkembangan utama perang Israel terhadap Palestin (10 Mei 2024):

— Pada Khamis, kedua-dua delegasi dari rejim haram Israel dan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) meninggalkan Kaherah selepas pusingan terbaharu rundingan gencatan senjata gagal mencapai kesepakatan.

— Sumber yang biasa dengan rundingan itu memberitahu bahawa Hamas kekal menerima cadangan awal pengantara, dan tidak melayan sebarang perubahan kepada perkara tersebut.

— Sumber itu berkata, Hamas masih komited dengan perjanjian yang dicadangkan oleh pengantara awal minggu ini, tetapi Hamas meninggalkan Kaherah selepas dua hari perbincangan dengan pegawai pertengahan Israel gagal membuahkan hasil.

— Sementara itu, seorang pegawai Israel mengisytiharkan rundingan berakhir dan berkata bahawa Israel merancang untuk meneruskan operasi ketenteraannya di Rafah dan tempat lain di Gaza.

Dalam perkembangan lain:

— Sayap bersenjata Hamas berkata, ia meletupkan terowong yang memiliki jerakap samar di Rafah, ketika tentera Israel terus menyerang bandar di selatan Gaza itu.

— Sekumpulan peneroka haram Israel pada Khamis melancarkan beberapa serangan ke atas ibu pejabat UNRWA di Baitulmaqdis Timur, membakar perimeter bangunan itu. Serangan itu memaksa kompaun ditutup.

— AS melakukan satu lagi penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara di utara Gaza, kali ini melakukannya dalam penyelarasan dengan tentera Jordan.

— Lebih 1,600 alumni Universiti Columbia menandatangani surat ikrar untuk menahan "semua sokongan kewangan, program dan akademik" kepada universiti sehingga senarai 13 tuntutan dipenuhi. Antara tuntutan itu ialah pelupusan syarikat yang mendapat keuntungan daripada pendudukan Israel.

— Selepas Presiden AS, Joe Biden pada hari Rabu berkata, negara itu boleh menahan pemindahan senjata jika Israel melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Rafah, jurucakap tentera Israel dengan lagaknya berkata, ia mempunyai senjata yang mencukupi untuk meneruskan operasinya.

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

https://www.tg-me.com/ismaweb
Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang telah melarikan diri dari Rafah sejak operasi ketenteraan yang dipertingkatkan 6 Mei.

Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter pada Khamis, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.

“Sejak tentera Israel meningkatkan operasinya pada 6 Mei, kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah mencari tempat selamat.

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Israel ancam guna peluru berpandu tidak tepat di Gaza

Tindak balas kepada jeda AS pindah senjata ke Tel Aviv


BAITULMAQDIS, 1 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Seorang anggota Parlimen Israel mengancam untuk menggunakan peluru berpandu ‘tidak tepat' dalam perang di Semenanjung Gaza, sebagai tindak balas kepada jeda pemindahan senjata ke Tel Aviv.

Anggota Parti Likud yang dipimpin Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Tally Gotlive mendakwa, Israel mempunyai hak mempertahankan diri dan sedia menggunakan apa sahaja aset senjatanya untuk perang.

"Amerika Syarikat (AS) mengancam untuk menahan penghantaran peluru berpandu tepat. Saya ada berita untuk AS, kami mempunyai peluru berpandu tidak tepat dan kami ada hak untuk mempertahankan diri.

"Jadi, mungkin daripada menggunakan peluru berpandu tepat yang sasar bangunan tertentu, kita akan menggunakan peluru berpandu tidak tepat dan akan memusnahkan 10 bangunan. Itulah saya akan lakukan," kata wakil negara haram itu.

Sebelum ini, Presiden Joe Biden dalam temubual di CNN mengumumkan keputusan menghentikan pemindahan senjata ke Israel susulan serangan Rafah, yang menjadi tempat perlindungan terakhir buat 1.5 juta penduduk Gaza.

"Saya menyatakan dengan jelas bahawa jika mereka menyerang Rafah, saya tidak akan membekalkan senjata…," kata Biden.

Keputusannya mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemimpin kerajaan Israel.

Biden mengakui bahawa senjata AS telah digunakan untuk membunuh orang awam di Gaza.

Katanya, tindakan Israel di Rafah setakat ini sudah melepasi 'garisan merah' yang akan mendorongnya merombak dasar Gaza.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Seramai 39,362 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok.

Kesemua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran, akan dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 orang pengundi, ditutup 2 petang.

Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Penumpang pesawat Corendon Airlines dari Cologne, Jerman ke Antalya, Turkiye berdepan detik cemas apabila sebiji tayar jet penerbangan itu pancit dan 'topang' hadapannya rosak semasa mendarat di Lapangan Terbang Gazipasa pada Khamis, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye berkata kesemua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.

Bagaimanapun tiada penumpang pesawat yang cedera dan penilaian awal menunjukkan tiada kerosakan pada landasan.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Bosnia buka semula masjid era Empayar Uthmaniyyah

Masjid Arnaudija antara 16 masjid musnah ketika perang 1993


BELGRADE, 1 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Bosnia Herzegovina membuka semula Masjid Arnaudija yang wujud sejak abad ke-16 di bandar Banja Luka, selepas hampir tujuh tahun pembinaan semula.

Perasmian pembukaan masjid itu dihadiri Menteri Kebudayaan Turkiye, Mehmet Nuri Ersoy, Presiden Hal Ehwal Agama, Ali Erbas dan Presiden Republika Srpska, Milorad Dodik.

Masjid Arnaudija, yang musnah ketika Perang Bosnia 1993, dibina semula kepada keadaan asal oleh Direktorat Yayasan Am Turkiye.

Masjid itu adalah salah satu daripada 16 masjid yang musnah ketika perang.

Ia pada asalnya dibina pada 1590-an ketika Empayar Uthmaniyyah, dan pernah mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi pada tahun 1963.

Pada 7 Mei 1993, Serbia Bosnia memusnahkan Masjid Arnaudija dan Masjid Ferhadiya di bandar itu dengan meletakkan dinamit di bawahnya.

Menurut Kesatuan Islam Bosnia, 614 masjid, 218 surau, 69 tapak kursus al-Quran, empat pondok, 37 tanah perkuburan dan 405 warisan sejarah milik yayasan umat Islam musnah.

Rentetan itu, kesatuan mengisytiharkan 7 Mei setiap tahun sebagai Hari Masjid dan menganjurkan acara di semua masjid negara itu sejak 1998.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah menggunakan teknologi canggih bagi mengawal suhu di Masjidil Haram sepanjang tahun.

Ini memastikan persekitaran selesa dan sihat untuk para jemaah dalam kedua-dua musim, sama ada musim panas yang terik atau musim sejuk yang dingin, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Suhu dalaman disesuaikan berdasarkan keadaan di luar dengan sasaran antara 20 hingga 24 darjah Celsius.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Krisis bahan api ancam nyawa bayi pramatang Gaza: UNICEF

Gesa pihak berkuasa jamin keselamatan pergerakan kargo kemanusiaan


HAMILTON (Kanada), 1 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa kekurangan bahan api di Semenanjung Gaza boleh mengancam perkhidmatan rawatan untuk bayi pramatang.

Ketua UNICEF, Catherine Russell dalam kenyataan berkata, kesan akan dirasai serta-merta jika laluan sempadan Kerem Shalom dan Rafah tidak dibuka semula untuk menghantar bekalan bahan api serta bantuan kemanusiaan.

"Perkhidmatan sokongan nyawa untuk bayi pramatang akan terjejas kerana tiada bahan api, kanak-kanak dan keluarga akan mengalami dehidrasi atau menggunakan air berbahaya yang menyebarkan penyakit,” katanya.

Russell merayu supaya pembukaan sempadan dibuat segera kerana penangguhannya dibimbangi boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

"Ringkasnya masa yang hilang akan mengakibatkan korban nyawa," katanya.

Dia menegaskan bahawa kemudahan penting seperti hospital, pusat penjagaan kesihatan primer, loji penyahgaraman air, pam kumbahan dan sistem pengumpulan sisa berisiko kehabisan bahan api dalam masa terdekat.

"Saya menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk menyediakan langkah-langkah yang boleh diambil dan jaminan konkrit untuk memudahkan pergerakan kargo kemanusiaan yang selamat dan terjamin, melalui laluan ke Semenanjung Gaza," katanya.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Semua pihak bertanggungjawab bendung jenayah seksual kanak-kanak

Pendidikan seksualiti, kesihatan reproduktif sudah jadi keperluan buat kanak-kanak di Malaysia


BANGI, 1 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Laporan bahawa kira-kira 100,000 kanak-kanak di Malaysia berkemungkinan telah mendapat kesan buruk akibat eksploitasi seksual dalam talian amat membimbangkan.

Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA, Dr Siti Sarah Amran berkata, berdasarkan tinjauan global bertajuk ‘Disrupting Harm in Malaysia’, didapati bahawa sekitar 4 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun di Malaysia yang menggunakan internet pernah mengalami eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian (OCSEA).

Ia termasuk perbuatan peras-ugut kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti seksual, berkongsi imej seksual mereka tanpa kebenaran atau memaksa mereka untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti seksual melalui janji wang atau hadiah.

Tinjauan itu adalah berdasarkan maklumat yang dikumpul dari tahun 2021 hingga 2022.

Dr Siti Sarah berkata, penyumbang utama kepada masalah ini antaranya adalah kerana pendedahan kepada gajet di usia yang muda, akses kepada sosial media tanpa batasan, serta kurangnya pemantauan daripada ibu bapa.

“Usia kanak-kanak yang masih naif menyebabkan privasi mereka mudah diceroboh dan menjadi mangsa pemerasan untuk terlibat dalam aktiviti seksual, berkongsi imej seksual tanpa kebenaran dan dipaksa agar terlibat dengan dijanjikan wang dan hadiah.

“Paling membimbangkan lagi, ada daripada kalangan kanak-kanak sendiri yang menjadi pemangsa,” katanya dalam kenyataan.

Bagi mengekang isu ini menjadi semakin parah, beliau berkata, langkah-langkah pencegahan yang proaktif dan komprehensif sangat kritikal untuk diambil.

Katanya, ibu bapa bertanggungjawab memberikan pendidikan agama, membentuk jati diri anak-anak, mendisiplin, membimbing dan memantau aktiviti anak-anak.

Ini supaya mereka dapat memahami pentingnya menjaga kesucian diri dan menghormati batas-batas yang telah ditetapkan, tegasnya.

Mengulas lanjut, Dr Siti Sarah berkata, dalam keadaan dunia sekeliling yang terlalu banyak stimulasi hiperseksual, pendidikan seksualiti dan kesihatan reproduktif sudah menjadi keperluan buat kanak-kanak di Malaysia.

“Kanak-kanak perlu diperkasakan dengan pengetahuan yang betul tentang ilmu seksualiti dan reproduktif, mengetahui ancaman-ancaman yang boleh dihadapi oleh mereka serta cara-cara mengatasinya,” katanya.

Mengambil tanggungjawab itu, Dr Siti Sarah yang juga Penggubal Modul ReproAlert! berkata, ISMA sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dakwah berusaha menyampaikan pendidikan ini kepada kanak-kanak.

Usaha ini dilakukan melalui Kelab Anak-Anak Hebat NAZIM Malaysia (NAZIM) dengan menggunakan Modul Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan Reproduktif (ReproAlert!) garapan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik).

Beliau berkata, hakikatnya usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini tidak hanya terletak pada bahu ibu bapa, guru atau pihak-pihak tertentu sahaja, tetapi ia turut memerlukan bantuan dan penyertaan aktif seluruh komuniti.

“Mengambil ungkapan peribahasa Afrika, “It takes a village to raise a person”, di mana setiap individu dalam komuniti turut bertanggungjawab terhadap kemenjadian seorang kanak-kanak.

“Tidak cukup kita dan keluarga kita sahaja yang menjadi baik, tetapi jika masyarakat di luar sana tidak terjaga, akhirnya kita juga akan menerima tempias akibat buruknya.

“Komuniti yang unggul dan bersatu hati, saling mengambil berat, nasihat-menasihati dapat memelihara kerosakan dalam masyarakat dan memelihara kesejahteraan kanak-kanak sebagai generasi pewaris masa depan,” katanya lagi.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di IJN pada 11.46 pagi tadi - Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
PRK KKB: Pilih calon PN esok, isyarat sokongan pada kerajaan merudum

Negara ingin barisan kepimpinan wibawa, mampu buat kerja


Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 1 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Berjasa menyeru pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu supaya mengangkat calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut sebagai wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) esok.

Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata, rakyat dan negara menginginkan satu barisan kepimpinan yang berwibawa, mampu melaksanakan kerja serta kurang bercakap.

Katanya, kerajaan ketika ini tidak berjaya memenuhi kemahuan itu, malah rakyat kian terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Justeru, kemenangan calon PN akan memberi isyarat kepada kerajaan campuran bahawa keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terhakis dan merudum.

"Oleh demikian, diharapkan semua pengundi Kuala Kubu Baharu terutama orang Melayu untuk keluar membuang undi, ini adalah kerana PN telah mencalonkan seorang calon yang mengikut kehendak para pengundi di KKB," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Selaras dengan sokongan Berjasa kepada calon PN, Zamani memaklumkan jentera partinya turut serta membantu kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

"Saya merasakan tiada sebab untuk para pengundi di Kuala Kubu Baharu tidak keluar beramai-ramai esok sehingga mencapai lebih 96 peratus," katanya.

Seramai 39,362 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu bagi DUN Kuala Kubu Baharu, esok.

Selasa lepas, 97 peratus atau 769 anggota polis, tentera dan pasangan masing-masing telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Ia bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru, yang juga membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19: Dzulkefly

BALING, 1 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan ekoran vaksin yang diterima.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan mempunyai data kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 dan mempunyai kaedah bagi merawat kesan sampingan tersebut.

“AstraZeneca telah menarik balik vaksin mereka dan ini adalah global, apa yang kita mahu pastikan adalah kalau ada sesiapa yang ada bukti yang terkait dengan vaksin AstraZeneca itu, kita memang mempunyai cara untuk pastikan mereka diberikan bantuan.

“Memang ada kaedah kita sebagai kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan mereka dapat menjalani rawatan. Itu jaminan yang diberikan oleh kerajaan. Kita akan tahu kes-kes sebegitu dan kita pun ada daftarnya, kita ada datanya,” katanya pada sidang media di sini hari ini. 
 
Dr Dzulkefly berkata, kerajaan turut akan bertanggungjawab terhadap penerima vaksin daripada firma farmaseutikal lain seperti Pfizer-BioNTech dan Sinovac sekiranya turut terbukti mengalami kesan sampingan.

Sebelum ini, firma farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca dilaporkan menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.

Susulan daripada itu, Dr Dzulkefly semalam dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Agong perkenan pelantikan semula Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei ini - KSN

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata orang ramai, penyokong dan calon parti bertanding diingatkan agar mematuhi undang-undang serta menghormati proses PRK kali ini.

“Selain itu, pihak polis juga telah membuka lima kertas siasatan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 hasil 10 laporan yang diterima sejak kempen PRK KKB bermula 27 April lepas,” katanya dalam sidang media di Ibu Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Radzi Jidin syor ubah tarikh umum keputusan SPM 2023

KPM tak tolak kemungkinan pinda ke tarikh lain


BANGI, 1 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin mencadangkan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, yang sebelum ini ditetapkan pada 27 Mei diubah ke tarikh lain.

Beliau berkata, cadangan itu sebagai mengambil kira pandangan pelbagai pihak, khususnya kekecewaan para guru memandangkan tempoh cuti persekolahan hanya berlangsung selama seminggu, iaitu bermula pada 25 Mei ini hingga 2 Jun 2024.

Justeru, Ahli Parlimen Putrajaya itu mencadangkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mempertimbangkan semula tarikh pengumuman keputusan SPM sama ada diadakan sebelum atau selepas cuti persekolahan.

"Ambil contoh tahun lalu, keputusan SPM 2022 diumumkan pada 8 Jun 2023 dan tarikh tutup kemas kini permohonan UPU adalah 12 Jun 2023.

"Maknanya ada empat hari. Untuk tahun ini, kalau pun keputusan SPM diumumkan selepas cuti sekolah kita ambil 4 Jun katakan, maka masih ada lima hari untuk membolehkan calon SPM 2023 mengemaskini permohonan mereka kerana tarikh tutup pada 9 Jun," katanya dalam video di Facebook, hari ini.

Gesaan untuk mempertimbangkan semula ketetapan itu bukan hanya disuarakan Radzi, bahkan sebelum ini Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari turut membangkitkan isu sama.

Susulan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dilapor tidak menolak kemungkinan meminda tarikh keputusan SPM pada 27 Mei kepada satu tarikh lain.

"Untuk perkara berhubung pengumuman keputusan SPM ini, semua pandangan itu adalah dalam pertimbangan KPM dan sekiranya perlu, maka pihak KPM akan memberikan kenyataan rasmi mengenainya," kata Kah Woh.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/05 15:23:03
Back to Top
HTML Embed Code: