Telegram Web Link
Malaysia alu-alukan resolusi beri hak baharu kepada Palestin dalam PBB

Teruskan usaha penubuhan negara Palestin yang berdaulat


PUTRAJAYA, 2 Zulkaedah 1445H, Sabtu – Malaysia mengalu-alukan keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menyokong untuk memberikan hak dan keistimewaan baharu kepada Palestin selepas menyertai badan dunia itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia bersama 77 negara anggota, mengundi menyokong resolusi itu sejajar dengan pendirian tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin sekian lama.

"Malaysia akan meneruskan usahanya untuk penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

"Ini termasuk sokongan kemasukan Palestin sebagai anggota penuh PBB," katanya seperti dilapor Kosmo.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kelulusan itu adalah petunjuk sokongan padu masyarakat antarabangsa terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, termasuk hak untuk sebuah negara Palestin yang merdeka.

Ia juga menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi masyarakat antarabangsa ke arah keamanan berkekalan di Asia Barat.

Semalam, PBB meluluskan resolusi itu dengan 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.

UNSC mengundi secara majoriti untuk memberikan Palestin beberapa hak tambahan dalam badan global itu, selepas usaha mereka untuk menjadi ahli penuh disekat oleh Amerika Syarikat (AS).

Walaupun Perhimpunan Agung tidak boleh memberi keahlian penuh PBB, resolusi itu akan memberi Palestin beberapa hak dan keistimewaan tambahan mulai September 2024.

Antara lain, Palestin diberi kerusi dalam kalangan anggota PBB di dewan perhimpunan, namun ia tidak akan diberi hak mengundi.

Namun, ia membenarkan Palestin mengemukakan cadangan dan pindaan secara langsung, tanpa perlu melalui negara lain, seperti yang berlaku sekarang.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pengundi keluar mengundi bagi PRK DN N.06 Kuala Kubu Baharu sehingga jam 12:00 tengah hari: 32.51%

Sumber: SPR

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Keputusan rasmi PRK KKB dijangka umum seawal 9 malam

SPR harap selesai sebelum bermula perlawanan bola jam 10 malam


KUALA KUBU BHARU, 2 Zulkaedah 1445H, Sabtu - Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka diketahui seawal jam 9 malam ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan perjalanan proses pengundian yang lancar dan teratur.

Katanya, semua kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

"Kita menjangkakan keputusan diperoleh selepas jam 9 malam dan harapnya sebelum perlawanan bola jam 10 malam.

"Kita yakin proses penjumlahan berjalan lancar dan cepat," katanya.

Azmi berkata, setakat jam 11 pagi, peratus keluar mengundi mencapai 26 peratus.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

PRK kali ini menyaksikan saingan empat penjuru dengan calon Perikatan Nasional (PN) berdepan lawan daripada Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan; Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin mewakili Bebas.

Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran mengundi mula dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bukit Fraser (Tapak Lama) yang mempunyai 40 orang pengundi dan ditutup pada 2 petang.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengesyorkan satu resolusi menggesa permohonan Palestin sebagai anggota penuh PBB dan diberikan hak-hak tambahan dinilai semula.

Resolusi itu yang diterajui Emiriah Arab Bersatu (UAE) (bagi pihak Kumpulan Arab), diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang dan 25 berkecuali, lapor Agensi Anadolu.

Ditaja bersama Turkiye dan hampir 80 negara anggota, resolusi itu menzahirkan “ kekesalan dan kebimbangan” terhadap veto dari Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamatan PBB pada 18 April lepas.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Waspada, jangan terpengaruh ajaran sesat manipulasi ayat al-Quran

Ajaran Ahmadi campur aduk fahaman daripada pelbagai aliran pemikiran, agama

KUALA LUMPUR, 2 Zulkaedah 1445H, Sabtu - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah mengingatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, umat Islam harus berwaspada supaya tidak tertipu dengan mereka yang memanipulasikan ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah SAW dengan kefahaman yang sengaja diselewengkan.

Mengambil contoh ajaran agama Ahmadi, katanya ia amat jelas bertentangan dengan agama Islam.

Ajaran itu mencampur adukkan fahaman daripada aliran pemikiran serta agama yang pelbagai sehingga terbentuk agama baharu.

"Hubungan dan kaitan kepercayaan mereka kepada fahaman yang sesat seperti dakwaan palsu berhubung Imam al-Mahdi, pegangannya sama dengan fahaman Syiah Ithna 'Asyriyyah, sokongan gerakan LGBT serta penyelewengan lain menunjukkan betapa terpesong mereka daripada ajaran Islam sebenar.

"Seseorang muslim yang mempunyai keimanan yang kuat dan pengetahuan agama yang cukup sudah tentu tidak akan terpedaya dengan dakyah dan dakwaan palsu ajaran itu.

"Kita harus berwaspada supaya tidak ditipu dengan cara mereka memanipulasikan ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah SAW," katanya.

Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Sebarang dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu - Reuters
Operasi ketenteraan Israel di sekitar Rafah memberi kesan teruk kepada orang awam di Gaza.

Sempadan Rafah, yang ditutup oleh tentera Israel pada Selasa, adalah satu-satunya laluan yang digunakan untuk penghantaran bahan api.

Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 7,833 kilogram (kg) ubi keledek bernilai lebih RM142,000 kerana tidak mematuhi syarat import di pintu masuk Bukit Kayu Hitam, Jumaat lepas.

Pengarah MAQIS Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, rampasan dilakukan hasil pemeriksaan yang dijalankan pada kontena yang masuk dari negara jiran kira-kira pukul 5 petang.

"Pemeriksaan mendapati, kesemua ubi keledek yang diimport daripada Thailand itu tidak mematuhi syarat import yang sah seperti yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.. Kesemua barangan ini ditahan untuk tindakan lanjut," katanya
Benjamin Netanyahu masih tidak berganjak daripada pendirian asal untuk memusnahkan Hamas dan jika perlu, sedia berdiri sendiri meneruskan serangan tanpa bantuan sesiapa.

"Kami bertekad dan bersatu untuk mengalahkan musuh serta mereka yang ingin menghancurkan kami," dakwanya.

Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Mesej tular dakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu.
Terlalu banyak keistimewaan untuk pelancong China boleh jejas masa depan negara

Bimbang bilangan pelancong asing tak kembali ke negaranya makin meningkat

BANGI, 2 Zulkaedah 1445H, Sabtu - Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin meluahkan kebimbangan terhadap tindakan kerajaan yang memberikan begitu banyak keistimewaan kepada pelancong dari negara China.

Mengulas laporan akhbar The Star bahawa Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dijangka mendapat populariti dalam kalangan warga China berikutan lanjutan perjalanan tanpa visa antara Malaysia dan China, beliau berkata, peluang dan ruang besar yang diberikan kepada warga asing untuk mendiami negara ini dibimbangi bakal mendatangkan natijah buruk.

"Keputusan kerajaan terdahulu dan kerajaan terkini yang memberikan banyak keistimewaan kepada pelancong-pelancong dari China akan menjejaskan masa depan negara.

"Berapa ramai lagi pelancong China yang kita mahu tanpa sebarang tindakan 'follow-up' sehingga bilangan yang tidak kembali pulang terus bertambah daripada ratusan ribu kepada jumlah yang tidak terkira, dari masa ke semasa?," soalnya dalam kenyataan, hari ini,

Beliau menegaskan, keputusan sebegini hanya akan menjejaskan kedaulatan dan masa depan negara.

Semalam, Pengarah Majlis Perniagaan Malaysia China, Datuk Beh Hang Kong dilaporkan berkata, pelawat dari China tertarik untuk ke Malaysia kerana iklim yang digemari, kesamaan bahasa dan warisan budaya yang kaya.

"Saya pasti permintaan untuk MM2H akan berkembang, terutamanya dengan persahabatan rapat Malaysia dengan China yang menjangkau beberapa dekad,” katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia Bersekutu, Tan Sri Low Kian Chuan berkata, kerajaan perlu berunding untuk mewujudkan dasar pengecualian visa kekal dengan China.

"Saya pasti perniagaan dan industri Malaysia akan mendapat manfaat yang besar daripada penghapusan kekal halangan perjalanan, terutamanya industri pelancongan dan penerbangan.

"Malaysia dan China mesti terus mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam bidang pelancongan, pertukaran rakyat dengan rakyat, pendidikan dan budaya,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Rejim Israel menyiarkan gambar yang menunjukkan berpuluh-puluh rakyat Palestin diculik dari Khan Younis beberapa minggu lalu.
Kerana perang Gaza, ekonomi Israel rugi RM76 bilion

Israel sedang menuju ke arah defisit belanjawan terbesar abad ini


TEL AVIV, 2 Zulkaedah 1445H, Sabtu - Laporan Bloomberg mendedahkan bahawa kerugian dalam ekonomi Israel akibat perang berterusan ke atas Gaza sejak tujuh bulan lalu berjumlah kira-kira 60 bilion shekel (RM76 bilion).

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Israel semalam, defisit belanjawan kewangan yang berterusan selama 12 bulan meningkat kepada sekitar tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar setakat April.

Defisit kewangan sebenar adalah lebih tinggi daripada anggaran kerajaan, yang berjumlah 6.6 peratus untuk 2024.

Selain itu, perbelanjaan meningkat kira-kira 36 peratus dalam empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Perbelanjaan pertahanan menyumbang satu pertiga daripada perbelanjaan Israel, manakala hasil menurun sebanyak 2.2 peratus disebabkan oleh penurunan dalam pembayaran cukai, menurut Bloomberg.

Agensi itu menegaskan bahawa Israel sedang menuju ke arah defisit belanjawan terbesar abad ini, dengan menyatakan bahawa Bank Pusat Israel sebelum ini menganggarkan jumlah kos perang sekitar $64.4 bilion dalam tempoh 2023 dan 2025.

Peperangan itu menyebabkan ekonomi Israel menyusut lebih daripada jangkaan pada suku terakhir 2023, dengan perbelanjaan pengguna, eksport dan pelaburan terjejas oleh perang yang dilancarkan oleh Israel di Gaza. - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Senarai negara yang mengundi iktiraf Palestin sebagai negara anggota PBB

Semalam, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mempertimbangkan dan menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.

Mengikut keputusan, 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.

UNSC mengundi secara majoriti untuk memberikan Palestin beberapa hak tambahan dalam badan global itu, selepas usaha mereka untuk menjadi ahli penuh disekat oleh Amerika Syarikat (AS).

Draf resolusi itu, yang diperkenalkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), menyatakan Palestin layak untuk menjadi ahli dalam PBB mengikut Perkara 4 Piagam PBB dan harus diterima masuk sebagai ahli.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu berdasarkan keputusan tidak rasmi.
KEPUTUSAN N06: KUALA KUBU BAHARU: SELANGOR: 40,226

1. Khairul Azhari Saut (PN-Bersatu) : 10,131
2. PANG SOCK TAO (PH-DAP) : 14,000
3. Nyau Ke Xin (Bebas) :188
4. Hafizah Zainudin (PRM): 152
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pertahanan Awam menyelamatkan mangsa dan orang hilang berikutan sasaran Israel ke atas rumah wartawan Bahaa Okasha di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kementerian Kesihatan Palestin:

Lebih 520 mayat ditemui di tujuh kubur besar di hospital Gaza.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
143 wartawan dibunuh tentera Israel di Gaza

Pejabat Media Kerajaan di Gaza melaporkan, jumlah wartawan Palestin terbunuh akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 143 orang.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera pengganas Israel merakam video situasi mereka menembak rumah rakyat Palestin kononnya sebagai hiburan.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/11/05 15:33:11
Back to Top
HTML Embed Code: