Telegram Web Link
Jika tidak mampu menempuh jalan ke Syurga dengan amal soleh sebanyaknya, tempuhilah dengan banyak memohon keampunanNya.

- Ustazah Asma Harun - 

https://www.tg-me.com/islamindah
Orang beriman itu bagaikan mutiara, di manapun dia berada keindahan selalu ada dalam dirinya.

- Imam Malik  -

https://www.tg-me.com/islamindah
DOA QUNUT NAZILAH

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

“Ya Allah, yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka.”

HR MUSLIM

https://www.tg-me.com/islamindah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Tentera zionis guna senjata hebat dan canggih tetap tidak akan mampu untuk melawan senjata rakyat Palestine. Senjata rakyat Palestine ialah doa dan doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT. Insyaallah akan tiba masanya nanti kemenangan akan menjadi milik rakyat Palestine. 🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸

#freepalestine
#freegaza
#myaqsadefender
#israelcuak

https://www.tg-me.com/islamindah
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
 
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. 

[Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan]

https://www.tg-me.com/islamindah
seolah olah mereka dicipta oleh Allah untuk terus ke syurga , paling kuat 🥺🇵🇸🤍

https://www.tg-me.com/islamindah
"Ya Allah, Wahai Tuhan raja segala raja. Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan, bantulah saudara kami di Palestin, bantulah mereka menghadapi musuh kami dan musuh mereka wahai
Tuhan sekalian alam.
Wahai Tuhan yang maha perkasa, wahai Tuhan keras siksaannya, wahai Tuhan yang agung penaklukannya, wahai Tuhan yang tidak akan kalah dengan keangkuhan golongan yang angkuh, tidak besar bagi-Nya kebinasaan golongan penderhaka.
Ya Allah, kenakan kecelakaan kepada musuh saudara kami di Palestin, dan timpakanlah ke atas mereka balasan kemurkaan-Mu pada hari ini, esok dan seterusnya. Ya Allah cerai-beraikan kumpulan mereka, Ya Allah pisahkan kesatuan mereka, Ya Allah kurangkan jumlah mereka.
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalan-Mu. Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Ya Allah, bantulah mereka, Ya Allah, bantulah mereka berdepan dengan musuh-Mu dan musuh mereka, Ya Allah, satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai Tuhan sekalian alam, Wahai Tuhan kami ampunilah dosa kami dan perbuatan kami yang melampau, teguhkanlah pendirian kami dan bantulah kami mencapai kemenangan menghadapi golongan kafir. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda."

https://www.tg-me.com/islamindah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Akhlakmu akan membuat hati orang lain tertarik sekalipun dia tidak mengenalmu. Jadilah orang yang memiliki akhlak yang baik, maka orang lain akan senang denganmu.

- Habib Ali Zainal Abidin  -

https://www.tg-me.com/islamindah
۞ اَللهُم صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ ۞

Kalau kita sayangkan seseorang itu, pastikan kita akan berusaha supaya untuk selamatkan seseorang itu daripada azab api neraka dan mampu membawanya ke syurga.

- Ustaz Azhar Idrus -

https://www.tg-me.com/islamindah
Jadilah sabar, di saat orang lain riuh mengeluh. Bukan kerana kamu lebih kuat dari yang lain, tapi kerana sebuah alasan :

‎واللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

‎"Allah mencintai orang-orang yang sabar."' (QS. Ali Imran: 146)

https://www.tg-me.com/islamindah
sibuk macam mana pun kita dengan urusan dunia, bila masa kita dengan Tuhan kena jaga betul-betul . azan je terus solat, solat sunat, dan baca Al-Quran sehari satu muka surat . usaha untuk istiqamah setiap hari .

https://www.tg-me.com/islamindah
Firaun dan kaumnya dibinasakan kerana doa nabi Musa yang dikabulkan. Jangan meremehkan do'a untuk saudaramu di Palestine. do'a adalah senjata mukmin.

(Ustaz Dzulqarnain Hafidzahullah)

https://www.tg-me.com/islamindah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Orang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain selalu mengira bahawa ia selalu senang.

- Imam Syafie -

https://www.tg-me.com/islamindah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat keburukan orang lain.

- Ustaz Kazim Elias -

https://www.tg-me.com/islamindah
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آل سيّدنا محمّد 💚

" kebanyakan jeritan dari penghuni neraka itu adalah penyesalan menunda taubat mereka "
- Imam Al Ghazali -

https://www.tg-me.com/islamindah
Biarpun kita kalah di mata manusia,
Yang penting kita menang di mataNya.

Terus kuat dalam perjuangan.
Perjalanan masih panjang.

Di waktu titik lemah kita itu bukan penanda pengakiran.
Tetapi itulah satu permulaan untuk kita bangkit dan terus berjuang

https://www.tg-me.com/islamindah
“Barang siapa menahan amarahnya padahal mampu meluapkannya, Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk pada hari Kiamat untuk memberinya pilihan bidadari yang ia inginkan.”

(HR. Abu Daud, no. 4777; Ibnu Majah, no. 4186. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini sanadnya hasan)

https://www.tg-me.com/islamindah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Perbaikilah hatimu , kerana jika hati telah baik, segala tingkah lakumu akan menjadi baik.

- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani -

https://www.tg-me.com/islamindah
إِذَا مَلَكْتَ جَمِيلًا فَلَا تَجُثْ عَنِ الْأَجْمَالِ فَتَخَسَّرُ الْإِثْنَيْنَ

“Sekiranya engkau memiliki sesuatu yang indah janganlah engkau mencari yang lebih atau engkau akan kehilangan kedua2nya.”

https://www.tg-me.com/islamindah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Harta terbaik adalah kejujuran, senjata yang terkuat itu kesabaran, aset terbesar kita iman, alat komunikasi yang paling canggih itu doa.

- Ustaz Adi Hidayat -

https://www.tg-me.com/islamindah
2025/02/23 20:00:42
Back to Top
HTML Embed Code: