Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kehidupan muslim itu bukan sekadar memenuhi keperluan peribadi jua, namun memenuhi keperluan orang disekeliling juga. Dan ini tidak dapat tidak memerlukan kepada keselarian akhlak dan etika dalam bermasyarakat. Namun, inilah titik yang telah hilang dalam masyarakat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kewajipan sebagai seorang muslim bukan sekadar solat dan puasa jua, bahkan melaksanakan segala perintah-Nya termasuk kewajipan memilih pemimpin dan pemerintah. Bagaimana seorang muslim boleh memisahkan kewajipan-kewajipan agama tanpa alasan syariat. Inilah sekularisme dalam beragama.

#ibnuyusofconsultancy
#MahasiswaMengundi
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Belajarlah bermuhasabah dengan dosa yang kita lakukan. Sedarkah kita, mungkin sebab banyaknya dosa ini menyebabkan sukarnya rintangan dalam kehidupan, jiwa yang terasa kekosongan dan masalah yang tidak berkesudahan. Petanda apa lagi sekiranya itu bukan isyarat kembali kepada Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Urusan memilih pemimpin bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh, bagaimana status solat seseorang mampu dikira tidak sah disebabkan pemilihan imam yang salah maka begitulah dengan pemilihan pemimpin. Ia dikira membawa parah sekiranya kita salah pangkah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita!”

Bantu disini bukanlah Allah itu lemah sehingga memerlukan pertolongan kita, namun dengan makna kita bantu menjalankan amanah dan perintah-Nya. Kemenangan sebenar apabila kita mampu mengalahkan hawa nafsu kita.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Tidak turun mengundi ialah mengundi!”

Tindakan memboikot atau tidak turun mengundi ialah satu kaedah ‘pengundian’. Tidak mengundi hanyalah menjadi manifestasi kemenangan kepada parti yang ramai jumlah penyokongnya bukanlah kepada parti yang memenuhi kriteria kepemimpinan.

سلامت مڠوندي باڬي PRU-15

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kesabaran itu bukan sekadar menahan diri daripada berkata-kata kasar atau semata-mata menahan air mata daripada keluar, namun kesabaran juga terkandung nilai iman iaitu yakin dan percaya dengan qada’ dan qadar.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seandainya manusia itu sentiasa dapat apa yang dihajati oleh mereka nescaya mereka tidak akan pernah merasa bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Sebab itu, Allah tidak mengurniakan segala permintaan kita mengikut garis masa kita, tetapi mengikut garis masa-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara tanda orang yang bersandar kepada amal ialah merasa cukup dengan kebaikan yang telah dilakukan oleh mereka. Sebahagian lagi, mereka berasa kecewa dan enggan kembali kepada kebaikan apabila mereka telah terjerumus ke dalam maksiat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seberapa berat dan banyak ibadah yang kita laksanakan, sama sekali tidak akan mampu mengubah ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Banyaknya ibadah tidak akan mengeluarkan kita daripada takdir sebagai seorang manusia.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Keluasan rahmat Allah SWT mengatasi para pelaku kebaikan, bahkan jauh melampaui kezaliman para pelaku kejahatan”.

(Buku Pesan-Pesan Taubat : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Keadaan masyarakat hari ini semakin tenat. Kadangkala apa-apa yang tidak disukai di jiwa hanya dilontarkan melalui kata-kata. Perkara biasa jika seseorang individu dibenci, maka dia akan dimaki dan dikeji. Bagi mereka itu kritikan, namun hakikatnya itulah kutukan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Apabila musibah menimpa kamu, bersabarlah terhadapnya. Musibah paling besar ialah apabila orang yang diuji tetapi tidak sabar dengan ujian itu.”

(Allahyarham Paksu Mid)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Orang Islam yang bijak itu ialah mereka yang melaksanakan pekerjaan dunia dengan matlamat akhirat. Hakikat kehidupan yang sebenar ialah setelah kita meninggalkan segala kehidupan di dunia.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dunia dakwah ini bukanlah seindah yang kita dambakan. Jalan ini yang menyebabkan jutaan utusan Allah diuji dengan perkara yang berat. Dimaki dan dicaci. Jadi, sebesar manakah ujian kita hari ini jika ingin dibandingkan mereka. Cukuplah Allah segalanya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tidak perlu menyesal dengan setiap kebaikan yang kita lakukan. Hakikat kebaikan bukanlah diukur dengan sejauhmana kita dibalas semula dengan kebaikan, namun ia diukur berdasarkan neraca agama dan ilmu. Jika Islam mengira baik, maka ia adalah baik.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Faktor yang mencerai-beraikan kaum Muslimin dan menjadikan mereka berpecah-belah dan berpuak-puak ialah perselisihan mereka dalam memahami Islam dan aqidahnya.”

(Risalah Taalim : As-syahid Imam Hasan Al-Banna)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Buruknya perlakuan dan perwatakan orang lain terhadap kita kadangkala mencerminkan bagaimana layanan yang kita berikan kepada mereka.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara penyebab pandangan serong terhadap sesuatu perkara adalah kerana mereka tidak bergaul dengan perkara tersebut, mereka hanya sekadar mendengar dan melemparkan kata-kata keatas perkara itu mengikut kefahaman yang mereka sangkakan sendiri.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Iman kita itu seperti pepohonan. Kalau disiram terus dia menjadi segar terus bersemi. Tapi kalau tidak disirami dia menjadi layu akhirnya mati.”

(Habib Anis bin Alwi Al-Habsyi)

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/29 20:27:38
Back to Top
HTML Embed Code: