Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Manusia itu terlupa, Allah jadikan ujian dan musibah untuk mereka berubah menjadi lebih baik. Mereka menyangka dengan ujian itu, Allah membenci mereka. Tidakkah mereka berfikir, bagaimana keadaan mereka jika telah larut dengan dunia tanpa peringatan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala kita lihat wajah seseorang itu tampak senyum riang, namun disebalik senyuman itu adakah kita pernah terfikir akan betapa banyak tangisan mereka. Namun, mereka simpan perasaan sedih itu kerana mereka yakin dengan Tuhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita sibuk dengan perasan kita, kita sibuk dengan emosi kita, kita kedepankan apa yang kita nak, kita kebelakangkan apa yang Allah nak. Kalau boleh apa yang kita nak, sempurnakan kehendak kita. Dunia ini ialah menyempurnakan kehendak Allah, akhirat Allah akan sempurnakan kehendak kita”.

(Ustaz Syed Putra Haizam)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Membentuk kefahaman adalah lebih mudah jika ingin dibandingkan usaha untuk membentuk kesedaran. Manusia lebih ringan untuk menghadam sesuatu pengetahuan berbanding memanifestasi pengatahuan tersebut melalui tindakan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bersyukurlah kepada Allah atas nikmat kehidupan ini. Sepedih manapun episod duka yang kita tempuhi, andai kita yakin dan bersabar dengan jalan ini, nescaya kita akan gembira dan bahagia selama-lamanya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bahagia tidak semestinya didapat dengan jalan suka dan gembira, namun kadangkala dengan cara bertahan dengan luka dan duka yang berbekas di jiwa, iaitu merelakan ia sebagai takdir Tuhan yang sentiasa menetapkan yang terbaik untuk hamba-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Ujian merupakan tanda kecintaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sehingga dengan hal itu akan mengangkat darjatnya, meninggikan martabatnya dan menghapuskan dosanya.”

[Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Sebaik-baiknya harapan adalah harapan yang digantungkan kepada Allah SWT dan sebaik-baiknya rindu adalah rindu kepada Nabi Muhammad SAW.”

[Habib Umar bin Hafidz]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Selagi kita masih tidak mampu bersabar dengan kesusahan yang sedang kita hadapi, maka kita akan ditimpakan dengan keserabutan jiwa dan perasaan beban atas segala kerja dan urusan. Kunci penyelesaian terbesar masalah kehidupan ialah ‘kesabaran’.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mereka yang berpendapat politik itu kotor maka ini merupakan satu aliran yang sesat. Bagaimana Allah berfirman bahawa manusia itu mempunyai kewajipan menjadi khalifah dalam masa sama beribadah kepada-Nya, namun kita memukul rata berkaitan politik.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Para sahabat baginda Nabi Muhammad SAW bergembira saat diumumkan tentang syariat yang telah disempurnakan oleh Allah SWT, disisi lain generasi hari ini bergembira mempertikaikan syariat yang telahpun sempurna. Dua sisi kegembiraan yang jauh berbeza.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Jangan kecam dia, kita tidak tahu niatnya!”

Budaya memberi kecaman pada perkara yang tidak dibenarkan agama memang satu kesalahan. Namun, kecaman yang diterima oleh seseorang itu juga harus diteliti untuk dibuat perubahan diri. Boleh jadi teguran oleh manusia itu adalah daripada Ilahi.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Nikmatilah ujian yang menimpamu, jika kamu tahu bahawa ujian itulah yang bakal membuat Tuhanmu mengampun dan memaafkan dosa-dosamu. Dengan cara apa lagi yang membuatmu kembali kepada-Nya kalau bukan dengan Dia melukakan hatimu.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Kita perlu belajar menerima bahawa hakikat dunia ini tidak pernah menjanjikan apa-apa, dan juga mengharapkan segala impian kita untuk tertunai. Kerana dunia ini hanyalah bersifat sementara. Yang kekal hanyalah Dia”.

[Ibn Al-Muari]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Memilih kepimpinan negara bukan sekadar menentukan halatuju negara dalam ekonomi mahupun kestabilan politik, namun ia merupakan cara kita berusaha menentukan masa depan agama dan bangsa. Bagaimana agama boleh dipisahkan dengan politik?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Jangan sekali-kali kamu terpedaya dengan pujian dan perhatian orang-orang terhadapmu, bahkan apabila semua penduduk bumi bersujud kepadamu, sedangkan posisimu jelek di hadapan Allah, maka semua ini tak ada gunanya.”

[Syeikh Abdul Aziz As-Syahawi]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Pada akhirnya setiap orang memiliki pandangannya masing-masing, maka tidak usah berlelah-lelah agak tampak baik di mata orang lain. Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia ialah tujuan yang takkan tercapai”.

[Habib Umar bin Hafiz]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tiada seorangpun yang mampu bertahan berjuang melainkan mereka rela berkorban. Kesusahan dan kesukaran dalam sesuatu perjuangan ialah perkara biasa. Oleh itu, orang yang berjuang sentiasa akan menghadapi ujian, itulah titik penilaian sebuah perjuangan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala kita merungut mengapa beratnya ujian hidup, mengapa sukarnya hidup, kenapa hidup dihinakan orang, tetapi pernahkah kita merefleksi diri apa salah kita, dimana silapnya kita. Kadangkala kita hanya melihat faktor persekitaran tanpa melihat keperibadian.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Urusan memilih pemimpin merupakan sebahagian daripada urusan agama. Islam tidak boleh diterjemahkan dengan ‘religion’ tetapi dengan makna ‘ad-Din’. Ia tidak boleh dilihat berdasarkan pemahaman Barat tetapi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/29 22:23:15
Back to Top
HTML Embed Code: