Telegram Web Link
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bermadah sahaja tentang sesuatu perkara tidak mampu dibandingkan dengan mengamalkannya. Begitu juga perihal perjuangan, ramai yang mampu menceritakan tentang kepentingannya tapi belum tentu sanggup menjalaninya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Berseronoklah dengan apa jua perkara yang kita suka selagi ia tidak menyalahi syariat. Namun, janganlah pula sehingga perkara itu melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap perintah Allah.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Semangat yang tidak diterajui dengan ilmu dan pengorbanan ialah sesuatu yang bersifat rapuh. Tunjang kejayaan sesuatu perkara bukanlah semata-mata pada semangat, namun usaha ke arah itu.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Alangkah betapa ruginya kita setelah dihidangkan dengan bermacam-macam teguran dan nasihat melalui ujian dan tangisan, namun kita masih meninggalkan Tuhan. Apa yang telah membuatkan hati kita ini begitu keras?

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sesungguhnya perasaan itu sesuatu yang boleh berubah-ubah. Tiada yang kekal di dunia ini. Sampai masa, suka menjadi benci, duka menjadi gembira. Jangan biarkan emosi menguasai diri.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Nasihat dan teguran daripada hati sesungguhnya sangat berhikmah. Ia tepat mengenai jiwa yang mendambakan kebaikan. Namun, bagi orang yang bermusuh dengan kebaikan, semua itu akan sentiasa kontradiksi dengan keinginannya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara tanda ketidakberkatan dalam kehidupan adalah apabila kita dapat merasai begitu banyak nikmat yang diberikan Tuhan, namun kehidupan kita jauh daripada-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Akan tiba suatu saat nanti kita akan meninggalkan segala yang dikejar di dunia ini dan ketika kita menghadap Allah, kita akan sedar alangkah beruntungnya orang 'bertakwa'. Maka, beribadahlah dalam setiap pekerjaanmu.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara nikmat terbesar ialah ketenangan jiwa. Betapa ramai manusia yang hidup dalam keadaan gelisah, kecewa dan sedih.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara nikmat besar yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang berdosa ialah sedarnya daripada tidur yang panjang. Setelah begitu banyak dosa yang kita lakukan, akhirnya Tuhan sedarkan kita.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sungguh istiqamah itu mahal. Betapa ramai yang bermula dengan keadaan baik, namun berakhir sebaliknya. Dan betapa ramai pula mereka yang melalui hidup yang begitu gelap, namun berakhir terang.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Mereka yang terbiasa melakukan maksiat dan dosa kecil akan lebih mudah pula terjerumus ke dalam kemaksiatan yang lebih besar. Oleh itu, jangan memandang ringan akan dosa kecil.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sangatlah susah untuk mempengaruhi orang lain sama ada dengan lisan ataupun tulisan. Tapi, mempengaruhi diri sendiri adalah lebih sukar. Memujuk diri lebih berat berbanding memujuk orang lain.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tidakkah kamu merasa penat dengan dosa yang kamu lakukan? Sehingga bila kita mahu begini? Adakah kita bahagia dengan keadaan seperti ini?

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Dua keadaan yang perlu kita risaukan di dunia ini. Pertama, ketika kita tidak rasa bersalah setelah melakukan dosa. Kedua, ketika kita tidak punya keinginan untuk melakukan pahala.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hidup ini bukan hanya berkisar tentang menerima tetapi memberi. Kita tidak boleh berharap kebahagian kalau tidak mencari ketenangan. Kita tidak mungkin menggapai kejayaan tanpa berhempas-pulas berkorban.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Alangkah hinanya seseorang hamba Allah itu jika jiwanya sudah mati sebelum matinya jasad. Apakah yang lebih menyedihkan daripada hati yang melupakan Tuhan?

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Berlakulah kerosakan dan kehancuran sesebuah kebenaran apabila mereka yang memperjuangkannya hanya ingin menguntungkan diri jua.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Membaiki diri bukanlah suatu hasil, namun suatu proses yang tidak akan pernah tamat. Penamat bagi proses ini hanyalah ketika roh kita ditakdirkan berpisah daripada jasad iaitu 'mati'.

#ibnuyusofconsultancy
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sekiranya jelas kepada siapa kita beribadah maka kita tidak akan bongkak kerana sedar Allah jua yang memberi kemudahan itu. Kedua, kita lebih khusyuk sebab kita yakin Tuhan sedang melihat dan menilai.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/29 08:21:18
Back to Top
HTML Embed Code: