Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Cukup dengan perasaan malu dan takut kepada Allah sudah mampu menahan diri kita ini daripada melakukan kemaksiatan. Penyebab manusia pada hari ini jauh dengan Allah kerana telah hilangnya dua perkara ini.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

‘Pengorbanan’ ialah sesuatu yang tidak ada pada mereka yang takut akan kesusahan dan kehilangan akan sesuatu yang dicintai. Pengorbanan tidak akan ada pada mereka yang enggan kehilangan dunianya untuk akhiratnya.

سلامت هاري رايا عيد الاضحى ك-١٤٤٤ ه

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Antara tanda kuatnya iman seseorang adalah apabila dia mampu menahan diri daripada marah. Mudahnya membina kemarahan hanyalah simbol mudahnya seseorang menyerah kepada hasutan hawa nafsu. Hanya sedikit manusia yang mampu bersifat rasional ketika marah.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kekal dan tetap belum tentu bermakna seseorang itu kuat berprinsip, berubah-ubah pula tidak semestinya menunjukkan seseorang hilang prinsip. Ada perkara yang tidak boleh diubah pada asas dan dasarnya, manakala ada perkara yang memerlukan adabtasi dan penyesuaian.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tidak perlu mengajak manusia lain membenci orang yang kita benci. Ketahuilah antara perkara yang dibenci oleh agama adalah mencetuskan perbalahan antara manusia. Antara dosa yang berat ialah memutuskan silaturrahim.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Keyakinan terhadap takdir Tuhan bukan mengajar hamba-Nya supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dengan melampau. Namun, Dia mengajar untuk menerima sesuatu dengan yakin bahawa ada kebaikan di dalamnya dan tidak menyalahkan keadaan sekeliling.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Belajarlah untuk menerima perkara yang betul walaupun daripada orang yang salah. Antara akhlak yang tertinggi adalah apabila kita boleh membuka hati untuk menerima kebenaran daripada orang yang kita musuhi dan menolak kebatilan daripada orang yang kita cintai.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sejauh manapun perasaan kita ingin kembali kepada diri dahulu, kita tidak akan pernah mempunyai peluang untuk itu. Maka hargai dan sayangilah diri ini sebelum kita menyesal kerana noda-noda dosa yang kita lakukan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kita seringkali menyalahkan Tuhan mengapa tidak menunaikan segala doa dan permintaan, namun pernahkah kita menyalahkan diri sendri setelah melakukan banyak kesalahan dan dosa kepada Dia?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Jangan pernah mencintai dan membenci seseorang melebihi batas-Nya. Letakkan rasa cinta dan benci itu seadanya kerana mungkin orang yang kita sayang akan menjadi manusia yang paling kita benci dan begitu juga sebaliknya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Bukan mudah untuk menerima kenyataan yang berbeza dengan perkara yang kita inginkan, namun apakah tindakan yang lebih baik daripada sabar dan redha terhadap perkara yang datang. Pada setiap kesabaran itu terletak nilai pengorbanan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tingkat kesyukuran tertinggi bukanlah mengucapkan kata-kata syukur semata-mata, namun apabila seseorang sudah mampu mencegah diri daripada kemaksiatan dan melakukan kebaikan dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Itulah makna bagi syukur nikmat.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Ada pada suatu saat perkara yang kita anggap kecil dan remeh itu akan kita hargai kerana kita sedang berhadapan dengan kesempitan dan kesusahan. Oleh itu, jangan pernah mengecilkan setiap kebaikan yang kita terima.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Jika anda tidak mau ikut mengundi karena kecewa dengan pemerintah & anggota dun, atau parti Islam. Itu hak anda. Tapi ingat jika anda & jutaan yang lain tidak ikut mengundi maka jutaan orang fasik, sekular, liberal, atheis akan ikut mengundi untuk berkuasa dan menguasai kita. Niatlah berbuat baik meskipun hasilnya belum tentu sebaik yang engkau inginkan.”

(Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi)

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kewajiban turun mengundi bukanlah suatu perkara yang kecil, tanggungjawab berusaha menegakkan kerajaan yang adil dan mentaati perintah Allah SWT terletak di bahu setiap ummat Islam.

سلامت مڠوندي باڬي ڤيليهن رايا نڬري 2023

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

"Dimanakah Tuhan dihatimu?"

Manakah sujud malam yang pernah kau tunggu dahulu? Manakah lidah yang basah menyebut nama Tuhanmu? Manakah mata yang sering membaca kalam-Nya itu? Tidakkah kau rindukan semua itu?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kadangkala sesetengah daripada kita sering merasakan masa yang kita lalui ini pantas berlalu, tidak cukup. Tidakkah kita sedar kemungkinan masa yang kita miliki ini 'tidak berkah' seperti orang lain?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Jadi satu perkara wajib untuk membenci dan begitu juga pada menentang kemungkaran. Sejahat apapun kemaksiatan yang kita lakukan, kita punyai tanggungjawab mencegah kebatilan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Benci akan kemungkaran tidak membawa makna benci akan pelakunya. Umat Islam hanya ditegah daripada meredhai kemaksiatan yang berlaku. Tidak seharusnya penentangan terhadap kemungkaran dikatakan penolakan individu atau kelompok.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seseorang akan mendapat pengajaran daripada kehidupan yang dilaluinya sekiranya dia melihat sesuatu perkara dengan hatinya, tidak hanya dengan mata kepalanya sahaja.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/29 12:25:45
Back to Top
HTML Embed Code: