Telegram Web Link
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Alangkah tepatnya jika bulan Ramadhan ini, kita jadikan bulan untuk memulai segala keindahan dan mengakhiri segala kebencian dan permusuhan.”

[Buya Yahya]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Diturunkan Alquran bukan semata-mata untuk dibaca helaian demi helaian tetapi untuk dihayati setiap bait katanya dan dilaksanakan segala perintahnya. Kerugian besar bagi manusia yang tidak lekang membaca Alquran, namun tidak mengambil pengajarannya sedikitpun.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Memang benar bulan ini digelar dengan bulan pesta ibadah. Malangnya, ramai diantara kita yang acuh tidak acuh dalam ibadahnya. Mereka hanya mengejar kuantiti semata tanpa mementingkan kualiti. Maka, apa yang mampu diharapkan daripada kesan ibadah itu kepada kehidupan?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Berapa ramai dalam kalangan orang Islam dikurniakan oleh Allah akan hidayah (pertunjuk kebaikan), namun dalam jumlah itu hanya sedikit yang beroleh taufik (kekuatan melakukan kebaikan). Maka wajarlah, yang sudah tahu tentang kebenaran dan kebaikan masih belum mampu mengikutinya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Insafilah diri! Seandainya di bulan ini kita banyak melakukan pembaziran. Sama ada pembaziran masa ataupun makanan. Rugilah mereka yang mensia-siakan masa ini dengan kelalaian. Dan rugilah mereka yang membazir hanya kerana perasaan lapar.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Keindahan dan kebahagiaan sebenar berpuasa bukanlah dapat menahan lapar dan dahaga semata-mata, namun dapat menahan diri daripada perkara yang lebih utama iaitu menahan diri daripada dipandu oleh syahwat dan hawa nafsu. Inilah tingkat puasa yang sebenar.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Nafsu ini perlu ditawan bukannya dilayan. Peperangan sebenar seorang mukmin itu adalah tatkala dia perlu berhadapan dengan musuh yang dia tidak pernah lihat. Kekuatan imanlah penentu bagi kemenangan peperangan itu.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Alangkah sombongnya kita dengan kasih sayang Allah, Dia menganugerahkan Ramadan sebagai bulan penyucian jiwa, namun kita tidak mengambil peluang ini sedikitpun untuk bertaubat kepada-Nya. Bilakah lagi masa terbaik untuk kita memohon keampunan-Nya?

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Hanya mereka yang bersungguh-sungguh sahaja bakal menemui dan meraih ganjaran Lailatul Qadar. Allah tidak akan pernah mensia-siakan hamba-Nya yang berusaha. Dan yakinlah proses menjadi hamba Allah bukanlah semata-mata di bulan Ramadhan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tiada musuh yang lebih kuat di bulan mulia ini melainkan hawa nafsu di dalam diri kita jua. Inilah yang memberatkan kita daripada jalan ibadat dan taubat. Oleh sebab itu, peperangan paling utama ialah mengalahkan hawa nafsu kerana ia tidak pernah tidur.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Ketika para pelaku dosa bersemangat dengan dosanya, mengapa para pelaku amal soleh tidak bersemangat dengan amal solehnya.”

[Ustaz Abdus Somad]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Kalau Ramadhan ini masih belum mampu mengubah diri sehingga saat ini, renungkanlah kesalahan dan dosa apa yang telah kita lakukan sampai kita tidak tertarik dan terdorong sedikitpun dengan ‘promosi’ yang telah Allah kurniakan.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Tanamlah rasa ‘takut’ dan ‘harap’ kepada Allah. Sentiasa takut kepada Allah jika tidak diampunkan segala dosa dan tidak diterima taubat dan amal kebaikan. Berharap bersungguh-sungguh pengampunan dan penerimaan amalan daripada Allah SWT.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seberapa banyakpun kita jatuh kedalam dosa dan maksiat yang sama berulangkali, jangan pernah sekalipun berfikir untuk berputus asa dengan keampunan Allah. Kegagalan sebenar melawan nafsu bukan ketika kita mengikutinya namun ketika kita hilang perasaan ingin kembali kepada-Nya.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Sedarkah kita, hilangnya rasa manis saat beribadah berkemungkinan disebabkan oleh banyaknya dosa yang telah kita lakukan. Maka pohonlah keampunan kepada Tuhanmu, mungkin dosa-dosa inilah yang menyebabkan kemerosotan iman.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa daripada puasanya, bahkan puasa mereka hanyalah selangkah kepada dosa. Maka tiada apa yang bernilai daripada puasa mereka melainkan rugi semata-mata. Matlamat puasa ialah ‘takwa’.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Seandainya bulan ini masih belum mengubah jiwa ini kearah yang lebih baik walaupun kita sudah berusaha bersungguh-sungguh maka teruskanlah di bulan yang lain. Sebab itu, dalam ibadah kita gunakan perkataan ‘istiqamah’ yang sinonim dengan ‘bangun’, iaitu bangun daripada jatuh.

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

“Puasa tidak akan berakhir, Al-Quran tidak akan pergi, masjid-masjid tidak akan ditutup, ijabah doa tidak akan berhenti, pahala tidak akan terputus. Beribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang padamu kematian. Jadilah orang yang Rabbani, yang setiap saatnya beribadah, bukan menjadi orang beribadah hanya di bulan Ramadhan.”

[Habib Abdullah bin Muhammad bin Syahab]

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Beruntunglah mereka yang berjaya mengharungi Ramadan ini serta berjaya membawa dan mengekalkan amalan yang dilakukan sepanjang bulan ini ke bulan-bulan berikutnya. Inilah kemenangan yang besar.

سلامت مڽمبوت هاري راي عيدالفطري ١٤٤٤ هجرة

#ibnuyusofconsultancy
@pesan_pagi
- بسم الله الرحمن الرحيم -

Nasihat yang paling diperlukan oleh setiap diri seseorang ialah nasihat yang tidak disukai hatinya, yang dibenci telinga apabila mendengarnya. Ketahuilah, perkara yang kita benci itu sebenarnya tidak disukai oleh hawa nafsu tetapi ia diperlukan untuk ‘iman’.

#ibnuyusofconsultancy
2024/09/29 18:18:38
Back to Top
HTML Embed Code: