Telegram Web Link
LOVE YOURSELF

Ketidaksempurnaan itu sebahagian dari hidupku. Maka aku juga yang menyempurnakan lopong lopong itu.
Itu lah yang dimaksudkan dengan β€œsayangi diri sendiri”

Tidak mengizinkan diri sendiri tersakiti atau terluka. Malah mencari kebahagiaan yang mampu menyerikan hari hari yang bakal dijalani.
sesiapa pun yg sedang dengarkan ini, aku doakan engkau sudah selesai dengan setiap masalah lalumu. Aku doakan engkau sudah memilih jalan untuk teruskan kuat dalam perjalananmu.

Aku juga berharap agar engkau sentiasa terbuka hati untuk menerima setiap takdir dalam hidupmu.

Kerana setiap takdir yg terjadi itulah yg terbaik walaupun terkadang ia sangat menyakitkan :'(

-farahfakhira
Bila Allah menitipkan suatu potensi pada dirimu, maka kembalikan sebagian potensi itu pada Allah dengan jalan menjadi bermanfaat untuk ummat.
Ubat luka adalah waktu, bukan mencari orang baru :’)
tidak ada satupun bekas luka di hatiku yang berasal dari orang yang tidak menyukaiku. itu semua justru berasal dari orang-orang yang mengatakan bahwa mereka β€œmencintaiku”
Jangan jadi pelangi untuk seseorang yang buta warna

Dan jangan jadi senja untuk seseorang yang menyukai bintang

Karena disitu kamu akan merasakan sakitnya mencintai tanpa dicintai

Dan hanya bisa melihat tanpa memiliki
Pada langkah yang kita ambil, pada keputusan yang kita pilih, pada pilihan yang harus kita hadapi. Atas segala kemungkinann yang ada. Yakin saja, bahwa janji Allah kepada ia yang percaya, akan berujung indah.
hidup sendiri ni sentimental. hidup sendiri ni terasing. hidup dalam keseorangan ni mungkin menyakitkan,tp dgn keseorangqn juga akan menyembuhkan. keseorangan ni buat manusia jadi lebih kuat,lebih berani untuk berhadapan dgn mana-mana ujian sekalipun. org yg menjalani seorang diri ni lah yg mungkin selalu bangun 3 pagi,memeluk tubuh,cuba memujuk diri sendiri,tangisi diri sendiri,berdoa sungguh-sungguh dan hidupnya hanya bergantung harap pada Tuhan. tp betul ke org spt ini betul-betul kuat? ya,mungkin harini tidak. tp pecayalah,dalam tangisannya,dalam dia meratap,dia menyerahkan sepenuhnya pengharapan pada Tuhan
FARAH FAKHIRA πŸ§šπŸ»β€β™€οΈ pinned Β«Kadang-kadang kita hidup selalu atas kebergantungan & keputusan orang lain. sebab tu kadang-kadang ramai yang sakit, disebabkan KITA. kita selalu rasa keputusan kita paling terbaik, kita selalu rasa orang tu buat macam tu macam ni, dia akan dapat kehidupan…»
Assalammualaikum semua. sehat tak? everything ok?

Lama dah fara tak sharing dengan korang dalam ni kan?
Siapa nampak posting fara ni cuba comment.
Pernah tak kita rasa β€œhidup aku sendiri dan tak ada siapa pun sayang aku”

Mesti pernah kan? lagi-lagi kehidupan dia yang Allah uji dengan keluarga. Mak ayah bercerai, mak ayah tinggalkan dia, mak ayah buang dia atau mungkin dari kecik lagi dia tak kenal siapa mak ayah dia :’)

Perasaan ni, hanya orang yg lalui sahaja akan rasa bertapa sakitnya. Dan ia takkan mampu pun kita nak luahkan dengan orang yg hidupnya dalam disayangi mahupun dipenuhi dengan rasa kasih sayang keluarganya.

Tapi adakah kita layak untuk hukum diri kita dengan kekurangan yg kita rasa sekarang ni? Jangan. Arwah mama dulu selalu pesan dengan farah, β€œNak orang sayang kita, kita kena belajar sayang orang, Nak orang hormat kita, kita kena belajar hormat orang, walaupun susah nak buat disebabkan kita rasa kita tak ada apa yg orang lain ada, Tapi tak apa. One day Allah pasti bagi sesuatu yang kita rasa kurang dan rasa keseorangan.

Itulah cinta, terkadang tak perlu untuk meminta orang lain cintakan kita, tapi belajar lah mencintai sesiapa di sekeliling kita untuk kita wujudkan rasa kasih sayang itu. Walaupun kita rasa sendiri, percayalah, cinta orang sekeliling kita akan buatkan kita rasa kita ada segalanya :’(

Awak tak sorang lah, awak kan ada saya juga. Walaupun kita hanya kenal dalam alam maya ni je. Mana tahu suatu hari nanti kita jumpa depan2 kan? Moga Allah beri awak kekuatan yg luar biasa seperti mana Allah pernah pinjamkan buat saya.

Doakan fara sekeluarga ye, ye Allah izinkan saya rasa kasih sayang keluarga ni, dan terima saya seadanya. Kadang fara sendiri rasa tak layak, tapi mungkin fara pernah bagi rasa cinta kepada orang lain dengan sepenuhnya, jadi Allah pinjamkan nikmat keluarga ini untuk fara tidak rasa sendiri. Dan fara doa, semoga sahabat yang lain pun dipinjamkan nikmat ini. Kerana nikmat ni tiada nilai dengan wang ringgit πŸ˜”πŸ₯Ί
Harini fara dekat iceland tau korang.
Nak fara share apa je dekat sini?
fara kan lama rasanya tak active kat telegram ni. Okey insyaAllah fara akan active semula and share semua dekat sini dengan korang ok?

first fara nak share view di iceland, ready tak? ramai comment baru fara post k πŸ™ˆβ€οΈ
2024/11/18 10:45:48
Back to Top
HTML Embed Code: