Telegram Web Link
Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berbeza, namun jangan mudah terlalu bersangka buruk sesama kita.

@diarymujahadah
Lakukan perubahan walaupun sikit, lama-lama nanti nampak hasilnya 🌻

@diarymujahadah
Untuk kamu yang sedang lalui pelbagai hal yang sulit untuk tumbuh menjadi dewasa, apa pun keadaan itu, kamu seorang yang hebat, yang kuat saat jatuh terduduk, kamu itu selalu sederhana untuk hal yang belum pasti, sedih itu tidak salah, cuma hanya sekadarnya, dan jangan menangis untuk perkara yang tidak perlu.

@diarymujahadah
Dari sebuah kejatuhan dan kehancuran, kita dapat belajar untuk bangkit dengan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Kekuatan itu ada pada diri kita sendiri.

Fokuskan pada perkara yang perlu dilakukan, usah bimbang tentang mereka yang ingin menjatuhkan kamu, hiraukan apa yang mereka katakan. Doakan supaya mereka juga baik-baik sahaja.

Minta pada Dia untuk menjadi seseorang yang bersyukur dengan segala nikmat dan merasa qanaah iaitu merasa cukup untuk segala hal yang kita miliki. Allah itu Maha Baik, Dia tidak pernah tinggalkan kita sendirian.

🕊🤍

@diarymujahadah
Untuk kamu yang sudah sejauh ini dalam melangkah, tetaplah menjadi seseorang yang membahagiakan orang sekeliling kamu, kerana masih ada hal yang perlu kamu lakukan.

Moga tidak terlalu awal dalam menyerah, kerana semesta sentiasa menemani kamu dalam apa jua keadaan sekalipun, kamu itu hebat dan kuat, sering tertawa walaupun sedang rapuh.

Jadilah seseorang yang sederhana, sederhana dengan bahagia, sederhana sahaja dengan apa pun yang kamu lakukan, moga nanti semuanya kembali pulih.

🐣🤍

@diarymujahadah
Untuk kamu yang sedang berusaha menjadi seorang yang ikhlas, jujur dan amanah, teruskan perjuangan itu. Pada suatu ketika nanti semuanya terbalas dengan hadiah dari Tuhan.

Mungkin dilakukan baik untuk orang sekeliling kamu, tapi kadang-kadang dibalas dengan sesuatu yang tidak menyenangkan, tidak mengapa kerana manusia itu mungkin belum belajar menghargai sesuatu yang dimiliki.

Lelah berjuang sendirian, tapi ternyata nyaman kerana tidak perlu menghiraukan tentang hal orang lain, sibuk memikirkan soal diri yang masih belum terurus.

Moga saja nanti sabar yang indah ini memberikan keajaiban pada suatu hari nanti.

🦋

@diarymujahadah
Untuk kamu yang sering lelah dalam segala hal, Allah tahu kamu sedang sedih, merasa berantakan dengan masalah, Allah sedang menguji kesabaran dan keimanan kamu padaNya.

Usah putus asa, kerana bahagia itu sentiasa ada untuk kamu, Allah tahu kamu sering menangis meminta kekuatan untuk meneruskan kehidupan, sabar ya? Pahala sabar sangat berlipat kali ganda.

Ketika hatimu mahu lekas pulih, banyak hal yang jadi dan membuatkan kamu sering menyalahkan diri, kamu tahu, kamu sangat kuat kerana hingga hari ini, kamu mampu tersenyum dan membuat orang sekelilingmu bahagia dan tertawa.

🌙

@diarymujahadah
Hari demi hari telah kita lewati, namun masih tersisa hal yang belum selesai, berjalanlah dengan penuh harapan, sebarkan senyuman meskipun terasa berat dengan ujian yang mendatang.

Tiada luka yang tidak akan sembuh, hadapilah dengan tenang, minta padaNya kekuatan dan kesabaran untuk diri. Moga dengan keadaan sekeliling dapat membantu sedikit sebanyak.

Moga kita dijauhkan daripada orang yang salah, dijauhkan daripada mereka yang ingin menyakiti diri kita.

🌹❤️

@diarymujahadah
Mungkin kerana diri kita yang dahulu pernah tersilap dalam membuat sesuatu keputusan, banyak perkara yang berubah dan perlu diperbaiki. Berseorangan dalam menempuh apa jua ujian, terkadang memerlukan ruang untuk diri sendiri bertenang.

Pilihan yang dipilih tidak semua memberi kesan yang baik untuk diri sendiri dan orang sekeliling, sebelum membuat sesuatu perkara, berfikir dahulu supaya tidak memberi kesan yang buruk.

Kehidupan yang kita jalani sekarang ada pasang surut dan ada masa iman kita naik dan turun, orang yang beriman pada Allah akan berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik disisi Nya.

@diarymujahadah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
rupa itu untuk mata ,
hati itu untuk jiwa .

- 🕊️
kesihatan akan nampak murah bagi orang sihat , tapi akan nampak mahal pula bagi orang yang sakit .

- nikmat sihat jangan lupa untuk kita sentiasa syukuri ya ? 🕊️
keluarga adalah tempat terbaik untuk kita belajar erti sebuah pengorbanan 🥹💪🏻
ujian itu , bukan untuk kita sahaja . tapi untuk semua .

ujian itu , bukan hanya semata mata mengajarkan kita 1001 pembelajaran , malah mengajarkan kita juga erti sesuatu pelajaran .

ujian itu , bukan hanya setitik air mata sahaja yang menemani , tapi ada jua senyuman bahgia yang mana kita hampir lupa akan diri .

ujian itu , permulaannya pahit , hujungnya pula terasa manis . itulah ujian yang mempunyai pelbagai bentuk dan rupa .

sepertimana ujian itu telah membentuk , seperti itu jua kita akan dibentuk .
selamat pagi ! jangan lupa al-Kahfi dan selawat yaa 🕊️🤍
Tuhan itu Maha Penyayang dalam mendidik HambaNya untuk sentiasa berfikir , bahawa ujian itu adalah tanda Dia benar benar sayang .

- ujian itu menguatkan kita sayang
Masih tersisa kekuatan yang Tuhan pinjamkan untuk diri menghadapi hari yang mendatang, menangis itu perlu tapi hanya sekadarnya, jangan melebih, kerana dirimu tidak perlu membazirkan air mata untuk perkara yang tidak penting.

Belajarlah menghargai diri sendiri sebelum orang lain, mencintai diri sendiri melebihi apa pun kerana kamu akan kecewa jika mengharapkan orang lain untuk menghargai dan menyayangi diri kamu.

Maafkan mereka semua yang tidak belajar untuk berterima kasih dengan usaha yang telah kamu lakukan, kerana manusia itu sering lupa dan melakukan kesalahan, kita sama-sama manusia yang sedang belajar untuk tumbuh dewasa, dewasa yang penuh dengan fasa yang sukar untuk ditempuh.

Berdoalah pada Tuhan selalu untuk dilembutkan hati dalam menerima hal hal yang boleh hancurkan hati, melepaskan dalam mengikhlaskan sesuatu yang bukan milikmu. Hakikatnya hati manusia sering berubah moga keadaan terus membaik.

Yakin sama Tuhan yang Dia Maha Baik dan Maha Mengetahui tentang segalanya.

-nurinkarmila

@diarymujahadah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
2024/09/28 20:49:30
Back to Top
HTML Embed Code: