Telegram Web Link
Serahkan segala urusan hidupmu padaNya kerana Dia Yang Maha Mengetahui segalanya.Tiada apa yang perlu dirisaukan setelah kita berusaha dengan sehabis baik untuk mendapatkan hasil.

Teruskan berjuang untuk diri sendiri walaupun hanya perlu bersendirian pada satu masa.Kamu juga seorang yang hebat dan kuat.

@diarymujahadah

@nurin_karmilaa
Jangan Meremehkan Kebaikan Kecil

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

Daripada Abu Dzar, Rasulullah bersabda: Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu" HR Muslim No 4760. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap amal baik walaupun kecil, tetap mendapat ganjaran di sisi Allah

2. Berwajah ceria atau senyum apabila bertemu sahabat adalah antara amal kebaikan yang dituntut

3. Sikap ceria, senyum, gembira dan bertutur dengan kata-kata yang baik ketika berinteraksi dengan orang lain adalah suatu tuntutan akhlak Islam.

4. Penampilan wajah yang ceria ketika bertemu dapat mewujudkan ikatan ukhuwah sesama muslim.

5. Jangan memandang remeh perkara yang mungkin kecil tetapi memberi kesan dan ganjaran yang besar.

Jadikan senyuman itu sedekah.

#ustazwadi #ustazwadiannuar
Jangan lupa banyakkan berselawat kepada jujungan besar Nabi Muhammad ﷺ

۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞


@diarymujahadah
Manusia membuatmu sakit , Allah mengajarimu untuk bangkit .

Manusia memberimu luka , Allah ingin kamu bahagia .

@diarymujahadah
2024/10/01 07:37:35
Back to Top
HTML Embed Code: