Telegram Web Link
β€œya Allah, kau makbulkanlah doaku. tunaikanlah segala hajat dan permintaanku setiap masa, tidak kira dimana jua aku berada.”

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
semasa berdoa, berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan diperkenankan dan sesungguhnya Allah tidak memperkenankan doa daripada hati yang lalai dan berpaling.

[Hadith Riwayat At-Tirmidzi]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
🐚 | THROWBACK BULAN RAMADAN 0.1

kebaikan sebesar zarah dipandang mulia di sisi Allah, same goes to our sins. even dosa kecil sekalipun, didik diri untuk menganggapnya sebagai satu dosa besar. bukan mempertikaikannya, kerana lama-lama dosa kecil itu akan terkumpul lalu menggunung juga. dalam bulan Ramadan, pahala digandakan. balasan dosa tidak kekal sama timbangannya, dosa turut digandakan. kerana bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia.

terlihat amat teruklah jikalau kita mengekalkan dosa yang sama dalam bulan Ramadan. secara khususnya, tinggal solatβ€” disengajakan. jikalau yang hari-hari tidak disengajakan itu agak bermasalah juga. iman tidak utuh kiranya kerana sering beralasan. katanya tidak disengajakan, namun tiada usaha untuk menggantikan. yang disengajakan pula terus bermalas-malasan.


πŸ₯€
www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
walau apa pun yang terjadi, jangan sekali-kali mengeruhkan hubungan dengan Allah. mungkin itulah puncanya engkau seolah-olah tiada hala tuju dalam melangkah. tidak takutkah engkau, tatkala Tuhan tidak lagi menghiraukan dan hanya membiarkan engkau hanyut dengan pelbagai bentuk kedosaan dan kesenangan agar engkau terus berteman dengan syaitan. tidak malukah engkau ketika diperhatikan, Allah itu begitu dekat dengan kita seperti dekatnya bulu mata dengan bebola mata sehinggakan kita tidak dapat melihat-Nya.

engkau tidak boleh salahkan-Nya kerana sehari-hari engkau pun tidak ingin untuk menyembah-Nya. bukan Allah tidak pernah beri petunjuk, berkali-kali sehinggalah hidayah terakhir untuk engkau yang engkau sendiri persiakan. ingin berubah, segalanya dimulakan dengan solat. gagal menjaga solat, maka tiadalah perubahan. sungguh Allah berhak untuk membenci kita, namun bencinya Allah terhadap kita tetap sentiasa disulami kasih-Nya. Dia mahu melihat kita bertaubat dan kembali semula mentauhidkan-Nya.

kerana neraka itu tidak pernah menjadi (bukan) tempat asal kita. janganlah berharap neraka itu akan mengucap salam kepada kita. sama juga dengan dunia fana yang sedang didiami ini, bukanlah tempat kita kekal selamanya. muka bumi ini belum tentu menyukai kita kerana kitalah puncanya berlaku kerosakan alam. syurga pula belum tentu merindui dan menanti kepulangan kita. maka muhasabahlah semula, dunia ini sekadar bayang-bayang. malah seakan air laut, makin engkau telan makin engkau haus dan dahagakannya tanpa rasa puas.


πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
kalaulah cinta itu harus ditulis, nescaya dakwat penaku habisβ€” tetapi mujurlah cinta itu adalah jiwa (di dalam hati), cinta itu mempunyai bau harumβ€” yang tak tercium oleh hidung, namun dapat dirasakan oleh hati. cinta Allah Azza Wajalla ❀️

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
PROSES MEMPERBAIKI DIRI MENURUT IMAM AL-GHAZALI DI DALAM KITAB IHYA' ULUMUDIN

1. musyaratah: iaitu meletakkan syarat-syarat pada dirinya agar tidak melakukan perbuatan yang Allah larang. tujuannya supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap perkara dan dapat mengikat keteguhan hati daripada melanggar syarat tersebut.

2. muraqabah: iaitu pengawasan diri dengan meletakkan keyakinan bahawa Allah SWT sedang melihat setiap perkara yang kita lakukan. dengan muraqabah, kita akan sentiasa lebih berhati-hati dalam menjaga musyaratah atau syarat-syarat yang ditetapkan.

3. muhasabah: iaitu penilaian diri dengan cara, sentiasa merenung dan berfikir akan dosa dan kesalahan yang kita lakukan.

4. muaqabah: iaitu Iqab atau denda yang ditetapkan terhadap dirinya apabila melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkannya. contohnya, ketika melakukan perbuatan dosa kecil mahupun dosa besar, maka kita segera menghukum sebagai suatu pengajaran kepada diri kita dengan memperbanyakan membuat kebaikan seperti amalan 100 kali istigfar, bersedekah kepada golongan yang memerlukan dan berpuasa 10 hari sebagai penebus perbuatan dosa.

5. mujahadah: bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah ataupun bersungguh-sungguh dalam menjauhi perbuatan kemaksiatan.

6. muatabah: ia memiliki maksud yang sama dengan taubat iaitu menyesali dan meninggalkab dosa-dosa yang dilakukan serta bertekad untuk tidak mengulanginya.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
π“ˆβ„―π“€π’Άπ“π“Šπ“ƒβ„Š π’½β„―β„Šπ’Ύπ“‡π’Ά pinned Β«PROSES MEMPERBAIKI DIRI MENURUT IMAM AL-GHAZALI DI DALAM KITAB IHYA' ULUMUDIN 1. musyaratah: iaitu meletakkan syarat-syarat pada dirinya agar tidak melakukan perbuatan yang Allah larang. tujuannya supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap perkara dan dapat…»
πŸ€ | REZEKI

βΈ™ rezeki itu tatkala kita tidak menyedari kehadirannya, tetapi kita mempercayai kewujudannya dan sewaktu rezeki itu mengetuk kancah kehidupan β€” kita meyakini bahawa inilah apa hendak-Nya. ketika mana Dia menjanjikan untuk setiap para makhluk-Nya kemudian kita tetap mengakuinya. amalkanlah rezeki dunia dengan penuh keberkatan untuk kita kejar rezeki di akhirat. ada sesuatu yang hebat di sana untuk kita, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra', ayat 21: lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. bi idznillah.

βΈ™ rezeki paling besar adalah nyawa kita. dilahirkan sebagai bukan Islam, masih boleh dicarinya agama Islam yang patut dianuti. dilahirkan sebagai Islam, terus mengenali Allah. andai kata kita tidak wujud di dunia ini, maka kita tidak akan mengenal Allah. bersyukurlah kerana Allah mengizinkan kita untuk mengenali-Nya πŸ–€ di dalam keluarga, Allah tidak memberi rezeki kepada setiap ahli keluarga secara sama-rata. mungkin rezeki ayah begini, rezeki ibu begitu, rezeki abang begini, rezeki kakak begitu, rezeki kita begini dan rezeki adik pula begitu. Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra'd, ayat 26: Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga yang menyempitkannya. dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

βΈ™ di dunia rezeki itu mengenal nama-Nya, mengenal sifat-Nya. di akhirat kelak rezeki itu melihat wajah-Nya, mashaAllah. rezeki itu juga bilamana Allah menghantarkan seseorang untuk kita menerangkan apa itu rezeki β€” yang membuatkan kita semakin berlapang dada untuk bermuhasabah. apa gunanya kita meraih rezeki yang melimpah ketika di dunia, tetapi kita mendapat sebaliknya di sana. rezeki, baik Islam mahupun bukan Islam β€” keduanya Allah turunkan rezeki. kita menganggap itu rezeki, begitu juga mereka. makhluk lainnya juga Allah berikan rezeki. renung-renungkanlah.
βΈ™ rezeki itu ketika mana Dia menjanjikan untuk setiap para makhluk-Nya kemudian kita tetap mengakuinya. amalkanlah rezeki dunia dengan penuh keberkatan untuk kita kejar rezeki di akhirat. ada sesuatu yang hebat di sana untuk kita, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra', ayat 21: lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. bi idznillah.

βΈ™ di dalam keluarga, Allah tidak memberi rezeki kepada setiap ahli keluarga secara sama-rata. mungkin rezeki ayah begini, rezeki ibu begitu, rezeki abang begini, rezeki kakak begitu, rezeki kita begini dan rezeki adik pula begitu. Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra'd, ayat 26: Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga yang menyempitkannya. dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

βΈ™ Allah SWT berfirman dalam surah Hud, ayat 6: dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). Allah SWT turut berfirman dalam surah Al-'Ankabut, ayat 60: dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama kerana lemah, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu ; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

βΈ™ apa gunanya kita meraih rezeki yang melimpah ketika di dunia, tetapi kita mendapat sebaliknya di sana. rezeki, baik Islam mahupun bukan Islam β€” keduanya Allah turunkan rezeki. kita menganggap itu rezeki, begitu juga mereka. makhluk lainnya juga Allah berikan rezeki. renung-renungkanlah dan carilah rezeki yang halal kerana kita hidup bertuhankan Tuhan bukannya nafsu. bersedekahlah, baik sama ada kepada yang Islam atau bukan Islam. keduanya memperoleh pahala, tetapi perlu mendahulukan umat Islam terlebih dahulu. bahkan jika kita menghulurkan sedekah kepada yang bukan Islam. mungkin itu boleh menjadi asbab mereka memeluk agama Islam atas izin-Nya dan menjadi antara salah satu dakwah kita untuk memperjuangkan Islam. sekiranya tidak mampu, jangan pula kita menghina malah memandang rendah. itu bukan kemuliaan kita. dengan amalan bersedekahlah dapat membantu kaki kita untuk melintasi titian sirat yang permukaannya halus, tajam serta licin dengan pantas.

βΈ™ Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fajr, ayat 15-20: (dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: β€˜Tuhanku telah memuliakan daku!’. dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: β€˜Tuhanku telah menghinakan daku!’. janganlah bersikap demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya) dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin, dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
βΈ™ Allah SWT berfirman dalam surah Ta-Ha, ayat 132: dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Allah SWT berfirman lagi dalam surah Al-Munafiqun, ayat 10: dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: β€˜wahai Tuhanku! alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku β€” ke satu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi antara orang-orang yang soleh.

wallahua'lam.
2024/09/28 22:00:08
Back to Top
HTML Embed Code: