Telegram Web Link
sedekat-dekat seorang hamba kepada Tuhannya iaitu ketika ia sujud, maka perbanyakkan berdoa di dalam sujud.

β€” Riwayat Muslim

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.

β€” Imam Al-Ghazali

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Forwarded from Zhrhs ☾
Jika ada manusia yang itqan (bersungguh-sungguh) dalam setiap apa yg dia sedang usahakan tetapi hasilnya tidak sama seperti manusia yang membuat sesuatu kerja sambil lewa namun resultnya hebat, gempak, malah lebih 'kaya' hanya kerana apa yg dipersembahkan berunsurkan pendedahan aurat, tabarruj dan hiburan maksiat. Nasihatku,

U S A H B E R S E D I H.

Kerana percayalah, setiap tindakan dan usahamu dalam menjaga agama Allah dan mengutamakan syariat, pasti Allah akan mengganjarkan dengan pahala yang berlipat kali ganda. Mungkin bukan dunia yang kamu akan dapat, tapi yang pastinya akhirat. Dan ingat, syurga itu ada tingkatnya. Kejarlah yang tertinggi sekali dgn menggandakan level ketaatanmu pada Allah.
Allah SWT berfirman:

β€œkatakanlah: sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”


[ Al-An’am 6 : 162 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
tanggungjawab kita sebagai anak-anak, setelah ibu atau bapa atau kedua-duanya meninggal dunia.πŸ‘‡πŸ»πŸŒΉ
al-fatihah (dibaca) buat ibu atau bapa atau kedua-duanya yang telah meninggal dunia, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dimuliakan darjat tertinggi di sisi Allah SWT, aamiin ya Allah ya Mujib.

awak, awak kuat, jangan mengalah tau? mereka tunggu awak di sana, di depan pintu syurga ☺️❀️
bagi ibu atau bapa atau kedua-duanya masih hidup, hargailah mereka dengan sepenuh-penuhnya kasih cinta dan sayang. balas jasa baik mereka dengan diri kita sebagai anak. jangan berlaku derhaka terhadap mereka, tetapi jadilah anak-anak yang soleh dan solehah buat mereka. jadikan mereka keutamaan yang paling utama dalam kehidupan kita. jangan dilupa untuk mendoakan sentiasa dan sedekahkan juga al-fatihah buat mereka, kerana mereka juga memerlukan doa-doa dari anak-anak yang soleh dan solehah dari kita semua πŸ₯°πŸŒΉ
Allah SWT berfirman:

β€œsesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

[ An-Nisa’ 4 : 17 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
KETIKA HAID TIBA

β€’ membaca buku agama dan pengetahuan
β€’ mendengarkan lagu-lagu berunsur nasyid dan ayat suci Al-Quran
β€’ memperbanyak berzikir
β€’ menjaga diri daripada hal yang sia-sia
β€’ menghadiri majlis ilmu
β€’ memperbanyak istighfar dan selawat ke atas baginda SAW
β€’ bersedekah
β€’ amar makruf dan nahi mungkar

β€’ mendalami tafsir Al-Quran serta mentadabburinya

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
biarlah kita kelihatan indah dan cantik hanya di hadapan Allah.

β€” Ustazah Asma Harun

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/29 12:27:14
Back to Top
HTML Embed Code: