Telegram Web Link
hendaklah seseorang hamba selalu merengek kepada Rabb-Nya memohon agar diberi keteguhan iman dan akhir yang baik dalam kehidupan.

β€” Imam As-Sa'dy

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
jangan engkau tertanya di manakah sahabat ketika pertama kalinya menjejakkan kaki ke sana, andai yang dicarimu ialah musibat ketika di dunia.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
kita sebagai umat Islam, selagi mempunyai ahli keluarga. berbukalah dengan mereka, kelak tatkala kita sibuk merantau β€” hanya mampu berbuka dengan sahabat dan rakan sekerja sahaja, namun sudah tentu perasaan dan aura berubah lain dengan serta-merta. tidak sama seperti berbuka dengan keluarga kita.

jikalau telah kehilangan ahli keluarga, semestinya rasa sunyi malah begitu sebak untuk kita berbuka seorang diri β€” waktu itu barulah kita perlu berteman, dipersilakan jika ingin berbuka dengan sahabat atau teman rapat sekali pun β€” untuk mengubat rindu di hati. namun buat masa sekarang, jadikanlah keluarga itu sebagai peneman iftaar kita. itu lebih baik.


πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
mengapa kamu terlampau bermegah wahai manusia? bukankah keputusan-Nya sudah termaktub di dalam Al-Quran pada setiap halamannya. maka muktamadlah apa yang dikehendaki-Nya, namun mengapa kamu hanyut walau mengakuinya dengan hati yang terbuka? adakah kerana tiada lagi yang membuatmu tertarik untuk menyuburkan sifat mahmudah selaku hamba yang Maha Esa, apa kamu tertunggu-tunggunya kelak sudah lanjutnya usia barulah kamu akan singkirkan mazmumah yang terpahat di jiwa. dirimu sudah dewasa, mengapa amalmu merosot setiap kali naik tahun barunya? usiamu yang kini hanya berbaki beberapa tahun sahaja, apa kamu menyangka sempat untuk melupuskan syubhah yang seringnya muncul tidak diduga. tidak termasuk amalan sunnah yang perlu diterapkan semula, entah apa yang bakal dinilaikan nantinya β€” semoga Dia tidak berpaling daripada kita, para jemaah hambanya yang berdosa. jika diizinkan untuk kita syahid di dunia yang penuh pancaroba, dalam sujud taubat yang terakhirnya β€” maka beruntunglah kita, punya Tuhan yang lembut dalam setiap pujukan-Nya. semoga kita tidak mempergunakan keampunan-Nya, semata untuk kekal bergembira walau jelasnya terhina.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
may you receive what you've been praying for. may Allah give you the best always. allahumma aamiin ❀️

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/29 20:30:54
Back to Top
HTML Embed Code: