Telegram Web Link
Allah SWT berfirman ;

β€œpada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”

[ An-Nur 24:24 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
WANITA 9 NAFSU 1 AKAL?

ΩˆΩŽΨ¬ΩΨΉΩΩ„ΩŽΨͺِ Ψ§Ω„Ψ΄Ω‘ΩŽΩ‡Ω’ΩˆΩŽΨ©Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ عَشَرَةِ Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ²ΩŽΨ§Ψ‘ΩΨŒ ΩˆΩŽΨ¬ΩΨΉΩΩ„ΩŽΨͺΩ’ ΨͺΩΨ³Ω’ΨΉΩŽΨ©Ω Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ²ΩŽΨ§Ψ‘Ω Ω…ΩΩ†Ω’Ω‡ΩŽΨ§ فِي Ψ§Ω„Ω†Ω‘ΩΨ³ΩŽΨ§Ψ‘ΩΨŒ وَوَاحِدَةٌ فِي Ψ§Ω„Ψ±Ω‘ΩΨ¬ΩŽΨ§Ω„Ω

maksudnya: dijadikan syahwat itu sebanyak sepuluh bahagian, sembilan darinya untuk wanita, satu untuk lelaki.

riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam Al-Awsat (567), dan disebut juga oleh Al-Haithami dalam Majma' Al-Zawa'id (10/30). hadith ini bertaraf dhaif jiddan (tersangat lemah), kerana salah seorang perawinya iaitu Suwaid ibn Abd Al-Aziz berstatus matruk (periwayatannya ditinggalkan dan tidak diriwayatkan) dan bukan daripada kalangan tsiqah. (rujuk Irsyad Al-Sari fi Takhrij Ahadith Fath Al-Bari 1/665). bahkan riwayat ini juga turut ditemui dalam kitab-kitab Syiah, dan ia diriwayatkan oleh Al-Kulaini dan Al-Majlisi (rujuk Usul Al-Kafi, 5/338 dan Bihar Al-Anwar, 100/244).

terdapat juga satu riwayat tentang dialog yang berlaku antara Imam Al-Hassan Al-Basri dengan seorang tokoh Sufi yang amat terkenal, Rabiatul Adawiyah. dikisahkan bahawa semasa Al-Hassan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan tidak dapat menjawabnya. tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan bahawa Al-Hassan telah menjawab bahawa wanita mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. namun lantas Rabiah menjawab kembali β€˜jika aku mempunyai sembilan nafsu, mengapa aku mampu menahannya dengan satu akal? sedangkan kamu yang mahu meminang aku ini tidak mampu menahan nafsu kamu sedangkan kamu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu?’ maka Al-Hassan pun malu apabila mendengar jawapan itu dan terus pulang.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
orang yang mencintai dunia (secara berlebihan) tidak akan lepas dari tiga macam penderitaan β€” kekalutan (fikiran) yang selalu menyertainya, kepayahan yang tiada henti, dan penyesalan yang tiada berakhir.

β€” Ibnu Qayyim

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT. di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT. di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT. di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya. di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali reda dengan suruhan dan larangan-Nya serta qada dan qadar-Nya serta sentiasa sabar sehingga menemui Allah SWT. di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya. beristiqamah dengan berzikir kepada Allah SWT adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya, andai dunia dan segala isinya diberikan kepada manusia pasti ianya masih lagi tidak dapat memenuhi dan membendung hajat hati si hamba tersebut.

β€” Ibnu Qayyim

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
mereka di sana, berjuang dan berkorban untuk pertahankan hidayah mereka.

kita di sini, sejauh mana menghargai hidayah di kala nikmat senang yang diberi-Nya?


β€” Tarbiah Sentap

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
berhenti untuk selalu fikirkan dan mengatakan keburukan seseorang. jangan kerana kesalahan dia yang lalu, kita ungkit dan membuatkan dia putus asa dalam berhijrah. jangan.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
mereka yang baik-baik terlebih dahulu diambil nyawanya kerana Allah teramat sayang, yang masih mempunyai tempoh untuknya bermakna sedang diberikan peluang. hakikatnya, dua-dua Allah pandang.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

β€œ...dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”

[ At-Taubah 9:37 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
jangan kerana engkau sibuk menjaga dan bertungkus-lumus menyelamatkan hubungan yang merenggang antara warga manusia, hubunganmu dengan Tuhan pula kian melonggar β€” selonggar-longgarnya.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
jikalau sesuatu musibah itu membuatkan kita lebih dekat kepada Allah, maka itu adalah ujian. namun andai sesuatu musibah itu membuatkan kita semakin jauh daripada Allah, maka itulah bala.

β€” Tarbiah Sentap

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
I never liked to be sad, but I realized that sadness is a feeling β€” a phase I have to go through. find strength and patience by being closer to Allah, In Shaa Allah.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

β€œ(mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).”


[ At-Taubah 9:112 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/30 04:30:29
Back to Top
HTML Embed Code: