Telegram Web Link
adakalanya, sahabat yang baik itu sepatutnya akan menjadi lebih tahu apa yang perlu dilakukan tanpa diminta oleh sahabatnya sendiri.

sewaktu ego salah seorang daripada sahabatnya meninggi, dia tahu untuk menurunkan egonya walaupun dihentam dengan kata-kata yang tidak beradab oleh sahabatnya. walaupun dengan kata-kata yang seakan tidak puas hati oleh sahabatnya sendiri. hanya kerana β€˜sayang’ itulah dia sanggup bertahan dan menerima segala kesakitan agar sahabatnya tidak terguris mahupun sakit hati dengan kata-katanya. hanya kerana itu, dia sanggup melembutkan kata-katanya walaupun berkali-kali dihentam kuat. kerana dia tahu bahawa sahabatnya sedang melawan sebaik mungkin segala kata-kata negatif yang ada dalam fikirannya. dengan kata-kata yang lembut itu, dia mengharapkan sahabatnya menang melawan sang iblis yang sering mentalbis dirinya.

sahabat baik seperti ini amat sukar dicari, didapati apatah lagi untuk menjadi. tidak jumpa lagi? kata sayang. cubalah menjadi walaupun tak jumpa lagi or even ada jumpa, kerana itu lebih baik bilamana masing-masing menurunkan ego. jadilah yang terbaik di antara yang terbaik. tidak perlu menunggu.


cumanya, bagi mereka yang sudah berjumpa, hargailah sahabatmu itu. kerana amat sukar mencari sahabat yang akan hadir saat kita menangis.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
jangan menghapuskan persahabatan hanya kerana satu kesalahan.

tapi hapuskanlah kesalahan demi menjaga sebuah persahabatan.


β€” Twitter

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

β€œsesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.”

(QS. Yunus 10: Ayat 44)

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
β€˜apa patut kita buat bila segala post yang telah kita upload di media sosial malah mendatangkan dosa tidak boleh lagi dipadamkan oleh sebab tertentu?’

upload pelbagai jenis kebaikan untuk menapis serdaknya. sampai tinggal sisa bekas. doa pada Allah agar tiada lagi yang melihatnya, membacanya dan mendengarnya. sesungguhnya, ini merupakan antara azab di dunia setelah kita mulai menyesal dengan dosa. tidak boleh dipadam memori zaman jahiliah daripada ingatan manusia.

sudah berhabis daya, tidak mengapalah. titiplah dengan hijrah. perangilah dosa jariah yang kita agungkan dahulu dengan pahala jariah yang lebih berleluasa! moga saja pahala kita tidakkan goyah, mohon pada-Nya.


πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
kita nampak buruk orang. tapi tak pernah appreciate hikmah. Allah kata, orang datang dan pergi dalam hidup kita semua bersebab. masa dia datang, kita
suruh dia pergi. padahal Allah hantar dia untuk improve hidup kita yang almost hancur. bila dia pergi, kita anggap dia penceroboh. padahal dia pergi sebab tugas dia perbaiki hidup kita Allah dah tamatkan. tak percaya? tengok hidup awak
sekarang. tapi kita? kekal sombong dengan cara kita berfikir tanpa pernah kutip hikmah. semoga Allah tunjukkan.


β€” Intan Nor Nadhirah

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
kalau sentuh api selama seminit pun boleh melecur kulit kita. usah seminit, hanya 3 saat saja kita dah tercari-cari ubat sebab tak tahan sakit.

itu baru api dunia, belum api neraka yang bersifat 70 kali lebih panas dari api dunia.

Allah, tak terbayang panasnya πŸ˜”


πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
kelak orang-orang yang ketika mana di dunia dengan lekehnya berkata, β€˜tak apa masuk neraka dulu, nanti masuk syurga juga’. bakal teramatlah menyesal tatkala Allah benar-benar mengabulkan ucapan mereka tersebut. ya, menyesal. kerana ternyata seksa di neraka itu teramat pedih dirasa.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
WANITA 9 NAFSU 1 AKAL?

ΩˆΩŽΨ¬ΩΨΉΩΩ„ΩŽΨͺِ Ψ§Ω„Ψ΄Ω‘ΩŽΩ‡Ω’ΩˆΩŽΨ©Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ عَشَرَةِ Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ²ΩŽΨ§Ψ‘ΩΨŒ ΩˆΩŽΨ¬ΩΨΉΩΩ„ΩŽΨͺΩ’ ΨͺΩΨ³Ω’ΨΉΩŽΨ©Ω Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ²ΩŽΨ§Ψ‘Ω Ω…ΩΩ†Ω’Ω‡ΩŽΨ§ فِي Ψ§Ω„Ω†Ω‘ΩΨ³ΩŽΨ§Ψ‘ΩΨŒ وَوَاحِدَةٌ فِي Ψ§Ω„Ψ±Ω‘ΩΨ¬ΩŽΨ§Ω„Ω

maksudnya: dijadikan syahwat itu sebanyak sepuluh bahagian, sembilan darinya untuk wanita, satu untuk lelaki.

riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam Al-Awsat (567), dan disebut juga oleh Al-Haithami dalam Majma' Al-Zawa'id (10/30). hadith ini bertaraf dhaif jiddan (tersangat lemah), kerana salah seorang perawinya iaitu Suwaid ibn Abd Al-Aziz berstatus matruk (periwayatannya ditinggalkan dan tidak diriwayatkan) dan bukan daripada kalangan tsiqah. (rujuk Irsyad Al-Sari fi Takhrij Ahadith Fath Al-Bari 1/665). bahkan riwayat ini juga turut ditemui dalam kitab-kitab Syiah, dan ia diriwayatkan oleh Al-Kulaini dan Al-Majlisi (rujuk Usul Al-Kafi, 5/338 dan Bihar Al-Anwar, 100/244).

terdapat juga satu riwayat tentang dialog yang berlaku antara Imam Al-Hassan Al-Basri dengan seorang tokoh Sufi yang amat terkenal, Rabiatul Adawiyah. dikisahkan bahawa semasa Al-Hassan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan tidak dapat menjawabnya. tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan bahawa Al-Hassan telah menjawab bahawa wanita mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. namun lantas Rabiah menjawab kembali β€˜jika aku mempunyai sembilan nafsu, mengapa aku mampu menahannya dengan satu akal? sedangkan kamu yang mahu meminang aku ini tidak mampu menahan nafsu kamu sedangkan kamu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu?’ maka Al-Hassan pun malu apabila mendengar jawapan itu dan terus pulang.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
saat kau sayangkan seseorang, aku hiaskan fikiran kau supaya fikir yang bukan-bukan, mudah terasa, cepat marah tanpa sebab, risau dan curiga, serta cemburu melulu agar jiwa kau tidak tenang mengingati dirinya.

β€” Ablaasa ; Hadi Fayyadh

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
jangan kerana dia memaafkan segala perbuatan kita, kita pula ingin mengambil kesempatan kepada dia. kerana kita tak tahu, berapa banyak dia telah mengorbankan dirinya agar kita tak tersakiti oleh kata-katanya walaupun hakikatnya dia sering disakiti. terbukti sayangnya sungguh kepada kita. cukuplah dengan perbuatan kita yang kurang matang itu. berubahlah.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
sometimes, some people lower down their egos for the friendship. you hurt them but they don't show it. they keep on smilin', laughin' and doin' good to you. they control all emotions when your words or actions hit them so hard without your knowing.

why? because there is nothin' precious than keep the friendship between you and them. but if one day you realise it, go find them. meet them. make them comfortable again, as it should be.


β€” Unknown

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
hanya kerana Dia sangat sayangkan hamba-hamba-Nya, Dia menghentam pula rasa kekecewaan berkali-kali dalam hati agar kita tidak mengulangi sama perbuatan semalam ke hari yang akan datang. hanya kerana kita tersalah letak β€˜harapan’ yang tertinggi sepatutnya di sisi-Nya.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
if you ask Allah to lead you, don't be surprised when He leads you to make sacrifices, when He leads you to dark times, when He leads you to uncomfortable situations. it's those things that make us want to cling closer to Allah. when God is leading you, the pathway you're traveling will invariably bring you closer to Him.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
kindness makes you the most beautiful person in the world no matter what you look like.

β€” thegoodquote

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/30 18:17:25
Back to Top
HTML Embed Code: