Telegram Web Link
andai aku gugur. aku pohon, tariklah aku agar ketemu jalan keluar. jangan biar. boleh jadi aku ligat meliar β€” tercari-cari tangan yang menghulur. aku tidak mampu untuk terus bertempur, terkadang aku tumpas tidak bermaruah. jangan simpatikan aku tatkala aku dihumban ke neraka, namun selamatkanlah aku daripada seksaan itu selama mana aku masih di dunia. aku butuh pertolongan di medan ini β€” sekadar penguat langkah. tanpa kalian sedar, aku kembali tersasar. namun Tuhan mengetahuinya, senyap-senyap aku ingkar. dan iblis kemudiannya kegirangan, iman yang aku semai tidak lagi mekar. malah telah hancur bersepai. tidak mengapa β€” izinkan aku mengundur diri, mengatur langkah semula dari muasal titik permulaan.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
telapak kaki ini masih mahu menapak pergi, membawa diri, meneruskan destinasi. telapak tangan ini masih mampu berkudratkan pahlawan, bergenggamkan taufan, bercalarkan umpan. kantuk matanya tidak dihirau keletihan, sanggupnya meredah sakit perih demi berkorban.

bebanan yang dipikul jangan dibiar ada sentiasa. dosa yang digeruni biarkan sahaja menumpahkan hiba. air mata yang kering mungkin bisa membanjiri kembali. dalam fasa merindukan Tuhan, biar pahala sentiasa datang mengiringi. biar keuzuran tidak menghilang demi kekuatan terus mendatang.


πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Channel name was changed to Β«π“ˆβ„―π“€π’Άπ“π“Šπ“ƒβ„Š π’½β„―β„Šπ’Ύπ“‡π’ΆΒ»
seruan ini aku pantulkan kepadamu. jikalau engkau sendiri punyai iman yang tidak mampu menepis kejahilan dalam duri, berundurlah diri sebelum engkau terjerat dengan simpulan iblis yang pasti akan membuatmu khayal dengan tipu dayanya. walau diri ini sama terikat jua dengan simpulan kejahatan dalam diam, tidak pernah sesekali aku berasa penat dan lelah untuk terus-menerus menegur salah silapmu. pertelingkahan semalam sering kali menghantui diri seandainya menjadi punca terputusnya ikatan silaturahim yang dibina selama bertahun-tahun. walaupun begitu, aku tidak kisah kerana tetapan pendirianku tidakkan berubah.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
apabila akal bertindak mengikut hawa nafsu, maka terhasillah tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran agama.

β€” thebingkisanhati

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
iblis pun ada rasa ingin bertaubat, inikan pula kita yang bergelar manusia β€” masih leka dengan dosa. namun disebabkan keangkuhan iblis, kemudian mereka membatalkan hasrat untuk bertaubat dan menjadilah iblis sebagai makhluk yang tetap dilaknat hidupnya oleh Allah. apakah kita turut mahu begitu?

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah, merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.

β€” HR Abdurrozaq

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Islam tidak ajar menyimpan harta untuk bekalan hari tua, namun Islam mengajar kita menyimpan harta untuk bekalan syurga. semakin kita menua, keluarkanlah harta yang lebih pada jalan agama.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
bertemanlah dengan orang yang banyak bertaubat, kerana mereka paling lembut hatinya.

β€” Sayyidina Umar bin Al-Khattab

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
tatkala berdoa, keraplah meminta perkara yang mustahil. kerana tiada apa yang mustahil bagi-Nya, yang kerdil itu kita bukan Dia.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
if you couldn't help yourself to avoid your negative manner to other, then stay away a lil bit longer.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
satu-satunya manusia yang tidak tua β€” awet muda dan tidak pelupa adalah orang yang selalu membaca Al-Quran.

β€” Abdul Malik bin Umair

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
sesiapa yang banyak tertarik dengan dunia akan sangat berat untuk tertarik dengan akhirat.

β€” Ustazah Asma Harun

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/29 14:28:43
Back to Top
HTML Embed Code: