Telegram Web Link
barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Allah akan mengujinya dengan kesusahan.

β€” Riwayat Bukhari

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
terkadang seseorang hamba itu berbuat dosa di mana dengan sebab perbuatan dosa itu diharamkan, dia dapat rezeki yang sudah disediakan oleh Allah untuknya sehingga disebabkan perbuatan dosanya menjadi asbab terhalangnya rezeki daripada masuk.

walhal, Allah SWT telah menetapkan semua makhluk di bumi termasuklah binatang ataupun makhluk yang melata di bumi, akan dijamin rezekinya. oleh sebab hal yang demikian kalau ada hal yang sempit pada rezeki yang kita cari, terlebih dahulu perhatikan hubungan kita dengan Allah SWT.

sebelum kita menuduh Allah SWT (berburuk sangka kepada-Nya) mahupun kita menyalahkan orang lain – yang menghalang kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan untuk mencari nafkah, perhatikan diri kita sendiri terlebih dahulu – apakah dosa yang telah kita lakukan?

β€” Habib Ali Zaenal Abidin

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
assalamualaikum semua. tolong doakan untuk pakcik saya yang baru sahaja dibawa pergi menghadap Ilahi malam semalam. orangnya baik, suka bagi upah dekat budak-budak. pemurah orangnya. Al-fatihah (dibaca). tolong doakan dia tenang dekat sana, dijauhi daripada azab kubur dan dimasukkan ke syurga-Nya. bukan semua boleh datang menziarahi kan bila waktu-waktu genting macam ni, allahu ;)) baik sangat orangnya, tolong doakan untuk pakcik saya yang bernama Mohd. Sutam bin Dimin. sekali pun jadilah, terima kasih. doa-doa anda amat dihargai. kita doakan orang sekarang, orang akan doakan kita bila tibanya waktu kita meninggalkan alam musyahadah. kita buat baik, orang sayang. kita buat baik, orang kenang.
Allah SWT berfirman:

β€œwahai orang yang berselimut! bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat untuk tidak berehat), iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan.”


[ Al-Muzzammil 73 : 1-4 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

β€œsesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya ; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya ; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).”


[ Al-An'am 6:160 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
siapa yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan, maka bererti dia berusaha untuk menghilangkan nikmat itu dan siapa yang bersyukur atas nikmat bererti telah mengikat nikmat itu dengan ikatan yang sangat kuat.

β€” Ibnu Athaillah Al-Sakandari

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
manusia itu sentiasa sombong dan lupa diri. wajarlah Allah hantarkan peringatan demi peringatan, teguran demi teguran, agar manusia tidak lupa bahawa dunia ini masih bertuhan.

β€” thebingkisanhati

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu yang jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka.

β€” Imam Al-Ghazali

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
tidak sabar menghuni di sana, seolah yakin masuk akan syurga-Nya. walhal, amal tidak seberapa. dosa besar mahupun kecil sudah menjadi amalan hariannya. iman pula seolah main tarik tali dengannya. walhal, pintu neraka selalu menyeru akan namanya. adakah dirinya sanggup menahan pedih azab seksa-Nya?

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/29 18:18:53
Back to Top
HTML Embed Code: