Telegram Web Link
Allah SWT berfirman:

β€œsesungguhnya berjayalah orang-orang yang setelah menerima peringatan itu, berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat (dengan khusyuk). (tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. walhal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.”

[ Al-A’la 87 : 14-17 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
do not let your ego ruins your relationship β€” with family members and friends.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
usahkan derapan kakimu yang melenguh di bawah peluh sang tengkujuh dibiar sentiasa bertangguh. jika sangkaan yang engkau lemparkan pada Tuhan cumanya sangkaan yang baik-baik sahaja, maka Tuhan pun takjub pada kemuliaanmu sehingga engkau kebah daripada perkara lagha yang sebelumnya menjadi biasa. apalah yang bakal engkau peroleh jika sangkaan buruk sahaja yang engkau terlebih fikirkan sedang hatimu akhirnya melarat diraba tekanan yang menggugat iman, wahai manusia? mengapa keruh pandanganmu seakan berteriak memakna bahasa, bukankah sandaranmu pada Tuhan memadam letih yang berkudis supaya tidak bernanah semula? bukankah di sebalik masalah itu Tuhan siapkan ibrah untuk dipercaya adanya suluhan pelita, yang kini tidak lagi menjadi rahsia. mengapa menyerah kalah membarakan tekadmu sentiasa? apa dengan menyerah itu terletaknya bahagia, mengapa engkau semahunya bergelumang derhaka? mengapa kasihnya iblis yang engkau lamar setelah doamu disisih sebentar? sungguh kehidupanmu bukan untuk ditayang melainkan untuk dipersembahkan buat Tuhan yang tersayang β€” jika benar di hatimu Dia yang sentiasa terhunjam.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
demi awan mendung yang mengawasi dada langit, menilik satu per satu saat yang engkau biar pada kemuncak duka dan sakit. setiap tompokan hitam yang berkulat di hati jangan dibiar terus terdedah sehingga membiakkan petaka pada kondisi yang semakin merumit. waraknya engkau bukan pada setiap minit, ketika kemaruk dosa mula menjadi daya tarik β€” melonjak-lonjak tanpa rasa serik, tidak pula engkau berkedip ketika setiap salahmu berkecamuk membuah rasa panik. mengapa pula taqwa yang engkau utamakan selama ini tidak lagi dijaga ralit? memudarnya iman bagai ditanduskan di bawah terik β€” tidak sepatutnya engkau berasa pelik, tatkala sememang benar matinya sudah ragamu ketika teguran Tuhan tidak lagi mampu menjentik. jangankan taubatmu tertunda-tunda walau sekelumit detik. sehinggakan peluang demi peluang yang asalnya buas ditendang tidak kembali berputik, yang asalnya diharap berambus hilang terus beredar menghembuskan pamit.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
pada petikan buah pena yang merunsingkan, adanya bahasa dalam datang menjungkitkan alamat. pada setiap kesulitan yang membebankan akhirnya menemui jalan buntu, membuatmu mengangkat bendera putih sebelum tiba di medan juang yang diratah melankoli bisu. pada setiap pelepah sayap yang berkicauan bak unggas bersiul merdu, jangan engkau mengadu domba untuk merosakkan sesuatu tugu bagi melihat makhluk rimba habis berseteru.

jikalau kail panjang sejengkal lautan yang dalam diduga jangan, kerana engkau masih berjinak baru setelah bertahunnya ditembak koma dalam beradu. jikalau Tuhan menghendakkan sesuatu untuk berlaku, maka tiada apa yang perlu engkau sayu bertangiskan sedu. jikalau Tuhan menegurmu selalu, mengapa kelakuan engkau tidak pernah bersulamkan wahyu? apa engkau tidak gentar pada ombak yang melambung sekujur tubuh sehingga jiwamu bergemuruh?


πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
pada malam yang bercelaru gegas menyerang β€” semangatnya patah tidak berkesudah malang, fajarnya bangun dalam kalbu berang β€” haru benaknya berbunyi lantang. zikrullah yang sepatut bertandang, kini berkurung saat anasir jahat merejam tenteram. dunia fana ini akhirnya terhenti pada laku buruk manusia yang berbilang. Tuhan, buat mereka yang dianiaya kejam. izinkan mereka memejam, daripada terus disangkar oleh pemimpin dan tentera askar yang zalim serta berhidung belang. semoga keringat realiti ini segera dipadam, dibuang trauma yang terkesan pada setiap lebam. tatkala mereka dihalau pendatang, seakan sudah menjadi adatnya sebuah resam. persengketaan yang menilik hari demi hari pada setiap pusingan jam, ada sahaja pertumpahan darah tidak kira malam mahupun siang. namun umatmu yang dinikmatkan senang ya Rasulullah, masih alpa dengan hiburan yang haram. tidak dihiraukan jika sejarah kembali berulang, tidak diendahkan jika peristiwa hitam berganti orang.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman:

β€œapa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmat-Nya) serta kamu beriman (kepada-Nya)? dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).”

[ An-Nisa’ 4 : 147 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Forwarded from My Channel πŸ”₯❀️‍πŸ”₯
The Daily Inspiration
Day 475

You'd never know. There are people who pray for you without your knowledge. Perhaps those prayers save you many times in your life. You'd never know.

Stay humble.
Ramadan akan melabuhkan tirai tidak lama lagi, bisa saja dikira angka hari dengan jari-jemari. hargailah kehadiran Ramadan kali ini, dan berjanjilah. selepas pemergiannya, kita akan tetap kekal istiqamah tanpa bantuannya yang telah menjadi asbab untuk kita berdiri teguh ketika ini.

berjanjilah agar azam kita untuk bulan Ramadan ini akan terus kekal dengan kehadiran Syawal nanti, dan azam itu akan membuak-buak untuk bulan-bulan seterusnya. meningkatkan lagi kualiti amalan sebelum ketemu Ramadan akan datang.

Ramadan juga mahu dihargai, kerana ia telah menjadi asbab daripada Ilahi β€” untuk kita lebih itqan dalam mentarbiah diri dan sentiasa mensyukuri nikmat yang telah diberi ;)


πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
TAZKIRAH RAMADHAN 30

Malam Terakhir Ramadhan

Allah SWT berfirman:

ΫŒΩŽΩ€Ω°Ϋ€Ψ£ΩŽΫŒΩ‘ΩΩ‡ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ω‘ΩŽΨ°ΩΫŒΩ†ΩŽ Ψ‘ΩŽΨ§Ω…ΩŽΩ†ΩΩˆΨ§ΫŸ Ω±ΨͺΩ‘ΩŽΩ‚ΩΩˆΨ§ΫŸ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩŽ Ψ­ΩŽΩ‚Ω‘ΩŽ ΨͺΩΩ‚ΩŽΨ§Ψͺِهِۦ ΩˆΩŽΩ„ΩŽΨ§ ΨͺΩŽΩ…ΩΩˆΨͺΩΩ†Ω‘ΩŽ Ψ₯ΩΩ„Ω‘ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ†Ψͺُم Ω…Ω‘ΩΨ³Ϋ‘Ω„ΩΩ…ΩΩˆΩ†ΩŽ

Maksudnya: ''Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" [Surah Aali Imran ayat 102]

Teruskan beramal sehingga hujung lelah kita semoga peroleh syurgaNya. Mereka yang beroleh taqwa, amalnya berterusan dan istiqamah dalam ketaatan walaupun dalam bulan-bulan yang lain, Ramadhan yang hampir akan berlalu dan meninggalkan kita. Doa-doakan agar kita termasuk antara dalam golongan tersebut.

@wnmuhdfirdaus
hi assalamualaikum semua reader HegirΓ¦ yang disayangi kami dan setia membaca setiap bait-bait penulisan kami, kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN! πŸ•Œβ€οΈ

kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai channel kami ini kurang memuaskan, sekiranya ada tersilap memberi informasi, kami akan cuba sedaya upaya menambahbaikkan segala kekurangan kami. tanpa doa-doa kalian, siapalah kami untuk membangunkan channel HegirΓ¦ πŸ₯Ίβ€οΈ dan kami berharap sedikit-sebanyak penulisan kami juga memberi manfaat kepada kamu semua!

akhirul kalam, semoga Ramadan kali ini membuatkan kita semua semakin bersemangat beribadah dan berbuat kebaikan yang berterusan sehingga akhir nafas demi meraih syurga Allah SWT! semoga kita juga dapat bertemu Ramadan pada tahun depan pula. please stay safe dan patuh arahan KKM tau, sebab kita tak dapat nak beraya macam sebelum-sebelum ni, tapi raya dengan family di rumah is a must! stay at home, because that's the safest place for all of us, fi hifdzillah semua! ☺️❀️
nenek sis pernah pesan, kalau dengar takbir raya dekat tv, jangan tukar channel lain β€” tak elok.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
pernahkah engkau terdetik dan merasakan bahawa sebaik sahaja engkau mulai berubah, engkau seakan rasa ada sesuatu yang tidak cukup. engkau rasa seperti ingin berubah lagi? seolah-olah ini masih lagi zaman jahiliah engkau. sesungguhnya aku mahu engkau tahu sesuatu, Allah sayang engkau β€” sungguh. berubahlah lagi, dekatilah Dia sekali lagi. insya-Allah engkau akan mati dalam keadaan begini.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/29 20:26:51
Back to Top
HTML Embed Code: