Telegram Web Link
MANUSIA EGOIS

rendahkanlah serendah-rendahnya ego agar kelak engkau tidak kehilangan segala, menyesal yang tidak berkesudah dengan sikap yang tidak diubah-ubah. tidak ke mana pun sesuatu itu selagi diri tidak diajari agar sentiasa meredai setiap yang berlaku. lepaskanlah dan letakkanlah harapan yang sepenuh-penuhnya hanya kepada Ilahi. agar kelak engkau berasa tenang dan aman dan tidak lagi engkau berasa perlu resah-gelisah. hilanglah sedikit sebanyak keletihan dan kepenatan yang ada sekian lamanya dipendam.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
adanya jelmaan kepuraan yang terpancar dalam dirimu, bersalut was-was yang kembali mengetuk keingkaranmu. keikhlasanmu kini bercampur ragu yang mengepung setiap gerakanmu, mencakar urat belikatmu sehingga berat yang dicucukkan terasa pada kedua bahu. khutbahmu yang dahulu dihargai oleh semua penghulu, kini mengurai menjadi bangkai di tepian kaus kakimu. terbiar sudah helaian halaman yang tidak bercetakkan sebarang kisah menurut takwim hijrahmu, yang tidak lagi membikinkan episod mendayu. terumbang-ambing pelayaranmu di tengah samudera yang menebak rindu, wajahmu terkilankan sesuatu pada arus yang tidak jelas dalam menghanyutkan rasa kelabu. ada ketikanya engkau terpaku, pada setiap kesenangan yang bersarafkan seribu satu penjuru β€” engkau terkelu tatkala dihidangkan pelbagai juadah hiburan pada sekeping menu. malah tiada satu pun yang mampu memotivasikan hegiramu, melainkan dengan sebuah paksaan iktikad dalam memperjuangkan nawaitu.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
biar air matamu bertakung kerana ada pahala yang perlu ditadah sebelum musimnya tidak lagi berbuah. biar korbanmu meraung walau tercucuk jarum yang perlu diredah sehingga berdarah. biar apa pun kemelesetan yang perlunya dihukum walau tidak pernah diundang tetapkan terhuyung-hayang agar dijadikan lafaz istighfar itu sebagai pembasah lidah ketika terpelantingnya amarah sewaktu dilanda musibah. biar pertalianmu dengan-Nya sentiasa berhubung kerana kapal yang melayarkanmu ke syurga tidak akan sesekali berubah arah walau dilambung ombak lagikan bah yang melimpah.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
sedikit picisan buat kamu yang sedang merekah jiwa dan terpalit pecah di dada. amarahmu membara, kecewamu merana, tangismu menderita. hayatilah ini wahai yang bergelar manusia, selagi kamu bisa membaca β€” yang sedang mengharungi mehnah di hari-hari seterusnya. sambut soalanku, sejujurnya. apa kamu fobia dengan tikaman dunia, apa kamu takut akan celahan manusia lainnya? kerana aku juga pernah begitu, kamu tahu? ada yang setia mendengar keluhan kita.

setia tanpa mengeluh ketika kita lebur dan menggelupur. kamu punya telapak tangan untuk menadah kepada-Nya, kamu punya dahi untuk tunduk bersujud kepada-Nya, kamu punya mata untuk melihat kebesaran-Nya, kamu punya lidah untuk memunajatkan siulan syurga-Nya, kamu punya telinga untuk mendengarkan alunan azan supaya bersegera berkiblatkan-Nya. andai semakin hebat ujianmu membuatkan semakin kuat kesabaranmu, maka percayalah bahawa Allah sedang memilih kamu untuk menikmati syurga.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
tiada apa yang perlu ditakutkan jika dosamu diberkas oleh kifarah yang mengejarmu sekerapnya, daripada kemungkaranmu dibalas dengan kenikmatan yang semakin memabukkan. janganlah semudahnya menetapkan istidraj itu sebagai penyedap hati, konon sungguhnya merupakan hamba paling beruntung yang dikasihi Tuhan. engkau memungkiri janji pada setiap suruhan, memecah amanah pada setiap larangan. bagaimana bisa menganggapkan bahawa tiada sedikit pun yang mengundang kemurkaan Tuhan? engkau tersilap jika keprihatinanmu tidak bertaburan pada disiplin yang Tuhan tetapkan. engkau bakal menanggung padahnya atas kesalahan-kesalahan yang tidak langsung dikifarahkan β€” ketika engkau masih diizinkan untuk bertaaruf dengan awalan dunia penghijrahan, mengapa engkau pusingkan badan penuh keangkuhan?

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

β€œ...dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu adalah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

[ Al-Ahzab 33:5 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
tabahlah di atas setiap kesedihan, kelaparan mahupun keperitan kerana ketaatan.

kerana di akhirat kelak semua itu akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang manis πŸ–€

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
tidak mahu menunaikan solat kerana rasa diri tidak layak, namun bagaimana boleh rasa layak untuk digelarkan sebagai Islam? fikir-fikirkanlah.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
if I were given treasures of the whole world, I would spend it all feeding the poor.

β€” Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
setiap kali seorang mukmin menuruti aturan imannya maka bertambah kuat dan kukuh cahaya keimanan di hatinya. dan apabila manusia itu terus hanyut dalam kemaksiatan maka akan hampir terpadam cahaya iman di hatinya. semoga Allah meningkatkan keimanan dan keyakinan kita setiap detik dan nafas.

β€” Al-Habib Umar bin Hafidz

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
tidak ada sesuatu yang paling disukai oleh syaitan, melainkan melihat seorang mukmin yang berhati murung.

β€” Ibnu Qayyim

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
lakukanlah sesuatu kerana Allah, janganlah pula kerana manusia. jangan membiarkan amal pahala kita hilang begitu saja. sudah tentulah berasa rugi.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
hati itu adalah wadah yang kosong dan ia hanya bisa diisi dengan satu hal, kalau sudah penuh dengan satu hal, takkan bisa diisi dengan hal yang lain, kalau sudah penuh dengan cinta yang bukan kerna Allah maka keluarlah cinta kerna Allah.

β€”
Ustaz Hanan Attaki

maka penuhilah hati kita dengan kecintaan kepada Allah, nescaya hati kita dipenuhi dengan perkara yang berhak dicintai seperti mencintai Rasulullah dan mencintai al-Quran,

cubalah kerana hati merupakan raja kepada diri kita.


πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
jika betul kalian benar-benar ikhlas berubah lillahi taala ketika kemunculan Ramadan, kalian tidak akan teruja dengan perpisahan yang bakal tiba di antara kalian dengannya. semoga ketemu lagi, selagi jasad kita masih punya nyawa. selagi pintu taubat masih luas terbuka. selagi langit masih cerah bercahaya.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman:

β€œbacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku β€” bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. ingatlah! sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu jualah tempat kembali (untuk menerima balasan). adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan solat? adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)? adakah engkau nampak (terlepasnya daripada azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar? tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? jangan sekali-kali berlaku derhaka! demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (daripada perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya), kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)! ingatlah! janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!”

[ Al-β€˜Alaq 96 : 1-19 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/29 22:32:45
Back to Top
HTML Embed Code: