Telegram Web Link
pakai tudung labuh bawah dada dah bagus ๐Ÿ˜, cuma kaki tu awak, pakai stokin ya.

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
buat kedua-dua โ€˜Islam baruโ€™ dan โ€˜Islam sempurnaโ€™. setiap alim ada masa silamnya. setiap pendosa ada masa depannya. 5 tahun lepas, aku sumpah tak expect aku akan jadi macam hari ini. anda tak tahu 5 tahun akan datang anda diuji pula menjadi jahil. tak doakan, hanya ingatkan. salam.

โ€” Hazeman Huzir

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
ikhlaslah dalam usaha menggapai tujuan, maka kamu akan mendapati bantuan Allah di sekelilingmu.

โ€” Ibnu Qayyim

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
APA NAK BUAT JIKA DIPUJI ATAU DIKUTUK?

sepanjang hidup ni, apabila kita dipuji, jangan cepat perasan bangga sangat dan apabila kena kutuk, jangan cepat terkesan sangat. sama ada pujian atau kutukan, kedua-duanya adalah ujian. ia hadir untuk menguji keikhlasan kita. apabila nak berubah, kemudian dikutuk, janganlah tak jadi pula untuk berubah. apabila berubah, kemudian dipuji, jangan rasa diri hebat pula. ramai orang hanyut dengan pujian, lalu dia buat banyak perkara semata-mata untuk mengejar pujian dan nama. ramai orang tenggelam dengan kutukan, hingga akhirnya apabila dikutuk walau sedikit, terus berpaling tadah daripada jalan taubat.

kawan, istiqamah akan hadir apabila sifat ikhlas mula tersemat di hati. buat semua perkara biar kerana Allah. tujuannya Allah. untuk Allah semata-mata. orang yang hidupnya untuk Allah, dia akan bermati-matian buat perkara yang Allah reda, walaupun perkara tersebut tak disukai oleh manusia lain. diseksa, dikutuk, dicaci-maki, dihalau, dipulau, dihina, hatta dibunuh sekalipun. namun, sedikit pun mereka tidak akan berpaling daripada jalan Allah. kerana hidup mereka semata-mata untuk memenuhi kehendak Allah. dan kerana mereka tahu, hanya dengan ikhlas dan istiqamah sahaja jalan untuk menuju syurga.

kawan, bila kau nak jatuh akibat dihina, ingatlah bahawa kita ni bukan baik sangat untuk selalu dipuji. anggap sahajalah semua yang mencaci-maki manusia tu penyebab untuk kita jadi lebih baik. tak rugi pun kalau sabar. jangan jatuh. ada ramai lagi orang yang bukan setakat kena kutuk, bahkan kena lebih teruk lagi. tapi mereka mampu atasinya. bila kau rasa hebat bila kena puji, ingatlah bahawa Allah sedang simpan aib kau, sebab itulah orang puji. bayangkan kalau aib kau tersebar, rasa-rasanya ada orang nak puji tak? sebab tu, tak payah bangga lebih-lebih. bila kena puji, cepat-cepat kembalikan pujian pada Allah dengan sebut โ€˜alhamdulillahโ€™. Allah sahaja yang layak dipuji dan dipuja selama-lamanya. so, rileks je. kena kutuk, jalan. kena puji, jalan. doa banyak-banyak supaya Allah bagi kita semua kekuatan untuk ikhlas dan istiqamah
.

โ€” Tarbiah Sentap

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Forwarded from Tarbiah Sentap
KITA SOLAT BUKAN SEBAB KITA BAIK, TETAPI...

Jahat macamana pun kita, jangan tinggal solat.

Pernah berzina? Itu bukan alasan untuk tinggal solat.

Pernah minum arak, mencuri, tengok video lucah, couple, ketagih drama, mencarut, dan segala maksiat yang pernah kkta lakukan, itu bukan alasan untuk tinggal solat.

Kerana... Kalau betul kita islam, solatlah.
Kalau betul nak berubah, solatlah.
Kalau betul cinta Allah, solatlah.

Kalau nak dapat kekuatan, solatlah.
Kalau nak berjaya, solatlah.
Kalau nak kebahgiaan, solatlah.

Solat itu lama kelamaan akan menghakis jahiliah dalam diri kita, sehingga akhirnya kita jadi yang terbaik.

Kawan... Solatlah, jangan sesekali tinggalkan solat dengan sengaja.

Jika kita pernah tinggalkan solat, taubatlah dengan taubat nasuha, kemudian qadha' lah kembali solat yang kita telah tinggalkan, dan jangan ulangi lagi.

Ingat, kita solat bukan sebab kita baik. Tetapi kita solat sebab kita adalah HAMBA.

Moga Allah masukkan kita ke dalam golongan yang mendirikan solat!

โ€”โ€”โ€”โ€”-

Moga bermanfaat. SHARE pada group lain dan kawan2 agar ramai yang dapat manfaat dan moga ada saham pahala untuk kita. ๐Ÿ˜

http://l.tarbiahsentap.com/uTkf
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Allah ubat bagi segala masalah. masalah tu hadir daripada Allah, yang menyelesaikan juga Allah. cari cara lain nak selesaikan, sampai bila tak selesai. sakit mata tapi makan panadol, bila nak sembuh?

โ€” Iddin Ramli

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
semoga Allah sentiasa melindungi kita walau di mana pun kita berada โค๏ธ

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
PENYAKIT HATI

segala jenis rasa bangga yang dapat jauhkan diri kau daripada Tuhan. ujub. riak. takabbur dan seumpamanya. itulah penyakit hati. bagi aku penyakit hati ni macam kanser. bukannya sekali kau pergi berubat terus hilang. samalah macam penyakit hati. bukannya dengan sekali taubat, terus tawadhu. pasti ada hikmahnya kenapa kena berkali-kali taubat lepastu baru slowly hilang. sakitnya tak terkata bilamana kau nak dekat dengan Tuhan, nak rasa manisnya iman tapi tersekat kerana kau diuji dengan rasa tu. sebab tu kena mujahadah. cari jalan!

kalau aku ni adalah pesakit ujub (rasa diri lebih baik berbanding orang lain tanpa pengetahuan mereka). susah jangan cakap, aku cuba taknak ada rasa yang aku lebih hebat. tapi aku selalu tewas. cara yang aku boleh buat adalah muhasabah dan taubat. aku rasa, orang sekeliling aku terutamanya kawan aku, cikgu aku tahu yang aku ni jenis bangga dengan diri. conclusionnya, pelajar-pelajar dekat sekolah atau universitilah. sebab dekat sekolah ni melibatkan ilmu. bila kita tahu tentang ilmu, cikgu tanya apa pun boleh jawab. melalui cara aku jawab tulah aku rasa orang lain tahu aku ujub.

dekat sekolah, kawalan aku untuk tak ujub tu seakan hilang tiba-tiba. kadang-kadang bila bersembang dengan kawan-kawan aku jadi tak sedar yang aku sedang berbangga dengan diri aku. bila dah habis cakap baru aku fikir dan aku akan down. bila aku balik rumah, mestilah kena solat zuhur kan. terkadang tu malu nak solat sebab berbangga kan. Allah tak suka orang yang berbangga. tapi always ingat yang rahmat Allah tu lebih luas berbanding kemurkaan-Nya. supaya kita tak sangka buruk dengan Allah. Allah tak suka orang yang berbangga โ€” kita ambil kata-kata tu untuk elakkan diri kita daripada berbangga.

tapi bila rasa bangga tu timbul, istighfar dan ingat pula ayat tadi โ€” rahmat Allah lebih luas berbanding kemurkaan-Nya. dekat rumah aku muhasabah balik diri aku and dekat sekolah aku tewas balik. aku percaya terselit hikmahnya dekat situ. until now, the feeling is still inside my heart but alhamdulillah, it's getting better. aku harap โ€˜rasaโ€™ ni merupakan sisa-sisa terakhir dalam hati aku. aku teringin sangat jadi orang yang baik, yang berilmu tapi tak berbangga. doakan aku! aku doakan korang berjaya dunia akhirat okay!

aku nak bagitahu korang yang kalau korang ada jumpa orang macam aku ni, korang jangan terus โ€˜haa nak tunjuk la tuโ€™ even dalam hati. but kalau tak sengaja tu tak apa, istighfar balik. sebab korang tak tahu apa yang dia rasa, apa yang dia nak โ€” orang yang macam mana dia nak jadi. korang tak tahu dekat rumah diorang dah tekad taknak ada rasa tu tapi bila keluar, diorang dah lupa tekad diorang. kepada orang yang ada penyakit macam aku ni. korang jangan putus asa. aku tahu penat. aku pun rasa. bukan kau sorang. aku pun ambil masa yang lama untuk slowly hilang rasa tu. terus berdoa kepada Allah SWT and mujahadah! nanti ada satu masa yang bila kau nak penat pun dah penat. jangan putus asa okay!

โ€” Unknown

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
if you want to get what you love, you must be patience first with what you hate.

โ€” Imam Al-Ghazali

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
ketika kita berasa terlalu banyak masalah, perbaikilah hubungan kita dengan Allah.

โ€“ Ustaz Hanan Attaki

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
stop overthinking. stop feeding your mind with negative thoughts and self doubt. most of what you think will probably won't even happen. don't torture yourself. love yourself enough and be kind to yourself. at the end of the day, remember, the Almighty wants only the best for you.

โ€” Mufti Menk

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
โ ุ› ุฃุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุญุฒู† ุฃู† ุจุตู…ุช ูŠุณุชู‡ู„ูƒ ุงู„ู‚ู„ุจ ยป

โŽš๐Ÿ”Œ โ‡‹ โฒ I seek refuge in Allah from grief that silently consumes the heart โœพ โณ

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
โ ุ› ุงุฎุชูŠุงุฑุงุช ุงู„ู„ู‡ ู„ู†ุง ู‡ูŠ ุฏุงุฆู…ุง ุฃูƒุซุฑ ุฌู…ุงู„ุง ู…ู† ุฑุบุจุงุชู†ุง ยป

โธ™๐Ÿฅ โ‡Œ โฒ God's choices for us are always more beautiful than our desires โœพ โณ

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
โ ุ› ุงู„ู‚ู„ุจ ุงู„ุซู‚ูŠู„ ู„ูŠุณ ู„ุฏูŠู‡ ู…ูƒุงู† ุขุฎุฑ ูŠุฐู‡ุจูˆู† ุฅู„ูŠู‡ ุจุงุณุชุซู†ุงุก ุฅู„ู‰ ุงู„ุฎุงู„ู‚ ยป

โŽš๐Ÿ’” โ‡‹ โฒ a heavy heart has nowhere else to go except to the Creator โœพ โณ

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
โ ุ› ุนู†ุฏู…ุง ูŠูƒูˆู† ุงู„ู„ู‡ ู‚ูˆุชูƒ ุŒ ู„ุง ุดูŠุก ูŠู…ูƒู† ุฃู† ูŠูƒุณุฑูƒ ยป

โธ™๐Ÿš โ‡Œ โฒ when Allah is your strength, nothing can break you โœพ โณ

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
โ ุ› ู„ุฏูŠูƒ ุงู„ู‚ูˆุฉ ุฅู„ู‰ ุฎู„ุงู„ ุงู„ุญุตูˆู„ ุนุจุฑ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุบุงุจุฉ ู…ู† ุงู„ุดูˆูƒ ยป

โŽš๐ŸŒณ โ‡‹ โฒ you have the strength to get through this forest of thorns โœพ โณ

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

โ€œ(mengapa mereka tidak beriman?) adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?โ€

[ At-Tur 52:35 ]

๐Ÿฅ€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/30 14:38:58
Back to Top
HTML Embed Code: