Telegram Web Link
lidah seseorang dapat menggambarkan bagaimanakah hatinya.

β€” Ibnu Qayyim

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
wahai wanita, berbanggalah jika kamu masih setia dengan pakaian muslimahmu di saat wanita lain sibuk berpakaian mengikut trend yang semakin hari mendedahkan aurat mereka β˜ΊοΈπŸ–€

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
apabila persahabatan diuji dengan perpisahan, diuji dengan pertelingkahan, diuji dengan perasaan cemburu, diuji dengan salah faham dan diuji dengan ketidakpuashatian. ketahuilah sahabatku, itu semua ujian kekuatan ukhuwah kita. itu semua ujian keimanan kita. itu semua menguji ke'tsiqah'an kita kepada sahabat.

janganlah kita bertegang urat dan mengasingkan diri apabila dilanda ujian-ujian ini. sedarlah sahabatku, sebenarnya inilah yang menguatkan ukhuwah kita. inilah yang akan membuatkan kita lebih kenal sahabat. bukan sekadar ta'aruf semata-mata.

hargailah program yang dihadiri. melalui program, usrah, halaqah, dan daurah inilah yang akan merapatkan kita. nikmat ukhuwah dalam persahabatan pasti akan dikecapi. Insya-Allah, Allah lebih mengetahui.

perpisahan sentiasa berlaku dalam persahabatan. masing-masing punya cita-cita. masing-masing mempunyai impian. mungkin itulah ujian yang terberat dalam persahabatan. seteruk manapun kita bertegang leher, kita tidak akan mungkin sanggup berpisah dengan insan yang bergelar β€˜sahabat’. itulah bezanya istilah β€˜kawan’ dan β€˜sahabat’. anda semua mampu menilai sendiri.

β€” Asyiqin Abdul Rahim

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
π“ˆβ„―π“€π’Άπ“π“Šπ“ƒβ„Š π’½β„―β„Šπ’Ύπ“‡π’Ά pinned Β«Allah SWT berfirman ; β€œoleh itu, berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna) ; kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu dan (sebaliknya)…»
if you lower your gaze, you have no right to stalk a non mahram on socmed.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
aku kata iblis musuhku, tapi aku sendiri tidak memeranginya. adakah aku bertuhankan Allah atau iblis?

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
π“ˆβ„―π“€π’Άπ“π“Šπ“ƒβ„Š π’½β„―β„Šπ’Ύπ“‡π’Ά pinned Β«Allah SWT berfirman ; β€œsesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. kepada Allah jualah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan…»
ayah selalu pesan, kalau nak berdakwah, berdakwahlah dari saudara yang terdekat dahulu kemudian sebarlah ia kepada saudara yang lain.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
pesan ayah lagi, kalau kita meringankan bebanan orang lain, Allah akan bantu kita. percayalah.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
wahai saudaraku, jika engkau ingin menguji kebersihan hati seseorang. cuba sebutkan kehidupan seseorang yang tidak bersamamu di hadapannya. kemudian, perhatikan bagaimana tindak balasnya. andai tindak balasnya adalah dengan menyebut keburukannya, menyebut aib-aibnya, serta mengingkari kebaikannya, dia menjatuhkan martabat orang tersebut, dia makan dagingnya, dia mencela orang tersebut dan terus menyatakan keburukan orang tersebut. andai itu yang dia ungkapkan, ketahuilah bahawa hati orang itu sedang sakit, tidak mengenal Allah, dan dia tidak tergolong dalam kalangan orang yang soleh dan bersih!

β€” Bahjah Annufus ; Ibnu Athaillah

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
if happiness doesn't bring you to salah out of gratitude, then sadness will drag you to your prayer rug out of desperation. either way, you'll return to Allah.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
orang yang dalam hatinya ada kalimah β€˜Ω„Ψ§ Ψ₯Ω„Ω‡ Ψ₯Ω„Ψ§ الله’, wajahnya akan mendatangkan kedamaian. sesiapa yang di dalam hatinya ada Allah, maka wajahnya akan mengingatkan orang kepada Allah. jika orang hendak berbuat dosa, tatkala terpandang wajahnya, akan terbantutlah niat orang itu tadi. begitu juga dengan orang yang belum solat misalnya, akan teringat akan solat yang ditinggalkannya apabila melihat wajah orang yang hatinya ada Allah.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
know that our prayers are never wasted. we never know when, where or how Allah is going to answer, but know for sure that He will answer.

β€” your.ukht

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
bersedialah mulai sekarang untuk menghadapi saat datangnya dajjal. sekiranya dajjal tidak muncul di zaman kita, sekurang-kurangnya anak cucu dan generasi selepas kita telah kita persiapkan
untuk menentang dajjal.


β€” Tarbiah Sentap

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
tinggi dan banyaknya ilmu memang tidak menjamin
seseorang menjadi soleh. namun keindahan akhlak, kejernihan akal dan kesucian hati jauh lebih mulia dan lebih disenangi di hadapan Allah SWT.


β€” Habib Quraisy Baharun

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

β€œsesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.”

[ Al-Buruj 85:12 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

β€œwahai orang-orang yang beriman! perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu ; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu ; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolongan-Nya). dan apabila diturunkan sesuatu surah (daripada Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): β€˜siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?’ adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka ; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir. dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka diuji (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali ; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)? dan apabila diturunkan satu surah daripada Al-Quran (mendedahkan keburukan orang-orang munafik itu) setengah mereka memandang kepada setengahnya yang lain sambil berkata: β€˜adakah sesiapa nampak kamu (kalau kita mengundur dari sini)?’ kemudian mereka berpaling pergi (dengan meninggalkan majlis Nabi) ; Allah memalingkan hati mereka (daripada iman), disebabkan mereka kaum yang tidak (mahu) mengerti. sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): β€˜cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia ; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia jualah yang mempunyai Arasy yang besar.”

[ At-Taubah 9:123-129 ]

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
jealousy can affect relationship of family members, friendships and spouses – beware from being jealousy! because it will ruin your bonding with someone you love.

this relationship not referring to β€˜a couple’ out there, because it's clearly haram. like Allah had said in the Quran, β€˜and do not approach unlawful sexual intercourse. indeed, it is ever an immorality and is evil as a way.’ surah Al-Isra' 17, ayah 32.
– doing a couple is one way approaching zina even you aren't doing zina but still haram.

let's do what He loves and trying to get abstain from doing what He dislikes. and He will shower us His blessings ❀️


πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/09/30 18:26:52
Back to Top
HTML Embed Code: