Telegram Web Link
Allah SWT berfirman ;

β€œadapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya daripada menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.”

(QS. An-Nazi'at 79: Ayat 40-41)

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

β€œ(sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kalian, maka anggaplah ia musuh) dengan cara taat kepada Allah dan tidak mentaati syaitan (kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya) yakni pengikut-pengikutnya yang sama-sama kafir dengannya (supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala) yakni neraka yang keras seksaannya.”

(QS. Fatir 35: Ayat 6)

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
jangan berjanji jika diri tidak mampu untuk menepati janji.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
β€˜block’ tak bermakna membenci atau tak menghargai. mungkin ada sebab lain dan jika diberitahu sebab pun, tak semestinya memahami.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
it's okay if your kindness isn't appreciated. do it for the sake of Allah, and you'll feel better and continue to be a better person. you never know who will follow your footsteps and spread kindness.

-- 467 | 190828 🌸
www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1 πŸ–‹
I'm so glad that Allah knows what's in our hearts. because even if people twist the truth, even if people go against you, even if no one stands by youβ€” Allah will always know the status of your heart. I'm so glad that Allah knows who is truly sincere and kindβ€” and who is not.

-- 468 | 190828 🌸
www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1 πŸ–‹
; dosa yang dipandang sebelah mata.

β€˜cuma berkasar sedikit sahaja, sekadar menyinggung perasaan, cuma buang sampah merata-rata sahaja, tak apalah, hanya dosa kecil.’

begitulah mentaliti kebanyakan umat Islam untuk dijadikan alasan apabila terus-menerus melakukan kesalahan kecil.

beranggapan hanya dosa kecil yang mudah terampun, membuatkan ramai mengambil sikap pandang remeh terhadap sesuatu kesalahan kerana dianggap akan terhapus dengan melakukan amal ibadah dan beristighfar atau bertaubat.

penulis dan pendakwah antarabangsa, Bilal Assad bagaimanapun berkataβ€” inilah yang menjadi punca mengapa ramai dalam kalangan umat Islam dimasukkan ke dalam neraka sehingga diazab oleh Allah SWT dengan balasan dahsyat.

kita tahu perbuatan itu salah, tetapi kita masih lakukan juga kerana menganggapnya dosa kecil. kita terus memandang remeh dan tidak mempedulikan kesalahan itu sehingga menjadi kebiasaan yang akhirnya sebati dalam diri atau tiada lagi rasa bersalah. inilah yang kita takutkan. ketika kita terus-menerus melakukan kesalahan dalam kehidupan seharian, lama-kelamaan dosa yang pada mulanya dianggap kecil menjadi dosa besar yang menjerumuskan kita ke dalam neraka.

Bilal Assad berkata, umat Islam perlu sentiasa berhati-hati daripada melakukan dosa kecil kerana mungkin dianggap kecil, namun sebaliknya di sisi Allah SWT.

sesungguhnya seorang mukmin ketika ia melihat dosa-dosanya adalah seperti ketika ia duduk di lereng sebuah gunung, dan ia khuatir gunung itu akan menimpanya. sedangkan seorang fajir (orang yang selalu berbuat dosa), ketika ia melihat dosa-dosanya adalah seperti ia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian ia mengusirnya seperti ini lalu terbang (ia menganggap remeh dosa).


β€” Riwayat al-Bukhari

hadis ini perlu dijadikan ikhtibar. jangan sampai kita dikategorikan dalam golongan orang fajir. sikap tidak mengambil berat terhadap kesalahan dan dosa kecil, lama-kelamaan boleh menghapuskan akhlak umat Islam yang hanya memudaratkan individu itu sendiri apabila berada di akhirat kelak.

memandang remeh dosa adalah seperti meremehkan azab Allah SWT iaitu neraka. kita perlu sedar bahawa tempat tinggal paling buruk adalah di neraka. panas apinya adalah 70 kali lebih dahsyat berbanding panas apinya di dunia. api yang dinyalakan di dunia adalah sebahagian daripada 70 bahagian panas apinya neraka.

ingatlah, di neraka kita tidak akan merasakan selesa walau sekelip mata. oleh itu, jangan sesekali menganggap remeh dosa walaupun kecil kerana dosa yang dirasakan remeh itu secara tidak disedari akan menggelincirkan kita ke lembah kesengsaraan, kepedihan dan penderitaan yang teramat sangat.

makanya, serulah umat Islam agar tidak memandang remeh kesalahan kecil dan melakukannya dengan sengaja.

selagi diberi peluang hidup, dipanjangkan umur oleh Allah SWT, kita harus menginsafi segala dosa yang telah dilakukan. telah menjadi fitrah kelahiran manusia tidak lari daripada melakukan dosa dan Allah SWT itu Maha Pengampun lagi menerima taubat hamba-Nya.

β€”

demikianlah keadaan orang yang bertambah usianya, namun pada waktu yang sama bertambah keburukannya. sehingga dalam usianya yang dewasa itu keburukannya lebih banyak jika dibandingkan ketika masa kecilnya. orang seperti ini biasanya sulit untuk bertaubat dan tidak mencapai taufiq untuk beramal soleh yang mampu menghapuskan segala yang telah dilakukannya dahulu. dikhuatirkan ia akan mengalami su'ul khotimah sebagaimana yang terjadi pada ramai orang, yang meninggal dengan membawa kekotoran. mereka belum sempat bersuci daripadanya sebelum meninggalkan dunia. ini adalah tipu daya syaitan pada manusia di saat datangnya ajal, saat iblis memerangi seorang hamba pada kali terakhirnya.


-- 477 | 190830 🌸
www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1 πŸ–‹
β€˜mengapa Allah ciptakan anjing dan khinzir sekiranya hukumnya haram bagi kita menyentuh dan memakannya?’

agama Islam memberi peraturan untuk kebaikan manusia, mengajar penganutnya berdisiplin dan semua kebaikan kembali kepada manusia juga sama ada mereka sedar atau tidak. oleh itu, perlulah untuk kita belajar dan muhasabah diri.

Allah menciptakan anjing dan khinzir ada juga kebaikannya, anjing boleh mengawasi rumah ataupun kebun. manakala, khinzir pula untuk biologi alam cuma binatang tersebut dilarang untuk umat Islam memakannya hanya kerana untuk menguji kesabaran, keimanan dan patuh ketaatan kepada Allah SWT. jikalau semua manusia bebas memakannya tanpa sebarang larangan seperti binatang tidak ada larangan untuk berbuat sesuka hati. sekiranya dimakan juga bimbang kelak sifat dan perangai terzahir melalui pemakanan yang haram dan tidak sihat. namun, boleh sahaja kita memakan daging binatang tersebut ketika benar-benar mengalami darurat seperti kemarau yang berpanjangan. tatkala disentuh atau tersentuh, perlulah untuk kita sertu semula dengan air bercampur tanah sebanyak satu kali dan air mutlak sebanyak enam kaliβ€” apa-apa pun masih banyak lagi binatang lain yang boleh disentuh, mengapa juga menjadi pilihan untuk disentuh. lainlah jikalau memang perlu diberi bantuan dan perubatan, seperti pekerjaan veterinarian.


-- 476 | 190830 πŸ’
www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1 πŸ–‹
mengapa pentingnya dakwah? 3:104, sudah termaktub firman-Nya.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
wahai kaum adam sekalian, tundukkanlah pandangan kalian. janganlah kalian menjadi lelaki yang murah β€” yang sentiasa memuji kecantikan seseorang perempuan, yang sentiasa memuat komen di setiap posting kaum hawa. jangan beri perhatian kepada mereka β€” jangan layan, malah perlu dibiarkan. semakin dilayan maka mereka akan semakin menjadi-jadi. perlu diingat, kalian itu pemimpin. maka, jadilah lelaki yang mahal.

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
Allah SWT berfirman ;

β€œpatutkah tiap-tiap seorang daripada mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?”


(QS. Al-Ma'arij 70: Ayat 38)

πŸ₯€ ` www.tg-me.com/DariLubukKejahilan1
2024/10/01 07:19:38
Back to Top
HTML Embed Code: