Telegram Web Link
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Semasa Penyakit Berkaitan Cuaca Panas
Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia mengalami cuaca panas.

Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.

Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€๐€๐ ๐…๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐.

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.

#metmalaysia
#PeralihanMonsun
#NRECC
#MalaysiaMADANI
โ˜€๏ธCuaca panas boleh memberi kesan negatif pada tubuh apabila terdedah terlalu lama kepada suhu persekitaran yang tinggi.
๐Ÿ’กOleh itu, amalkan tips kekal sihat semasa cuaca panas untuk mengelakkan dari terkena strok haba.
โ˜€๏ธLindungi kulit anda daripada sinaran UV matahari dengan menggunakan produk pelindung sinaran matahari.
Pastikan produk pelindung sinaran matahari bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Berkaitan Kejadian Keracunan Kupang di Port Dickson.
๐Ÿš™ Musim perayaan dan cuti sekolah menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi. ๐ŸฆŸ

KKM ingin mengingatkan agar anda membersihkan kawasan persekitaran rumah ๐Ÿก anda sebelum pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. ๐ŸŽ†

Persekitaran rumah yang ๐Ÿก bersih dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.๐ŸฆŸ

๐Ÿš™ Apabila pulang dari kampung, adalah digalakkan untuk menyembur aerosol di dalam rumah terlebih dahulu.

โ€ผ๏ธ Orang ramai boleh mendapatkan informasi penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots melalui laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my).

๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฒ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€, ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ, ๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜‡๐—ถ๐—ธ๐—ฎ
โš ๏ธ AWAS โ€ผ๏ธ
Waspada tanda-tanda PSPโ€ผ๏ธ
SEGERA KE FASILITI KESIHATAN BERHAMPIRAN ANDA SEKIRANYA MENGHADAPI TANDA-TANDA PSPโ€ผ๏ธ
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
SIARAN MEDIA : DOF SAHKAN KUPANG DICEMARI BIOTOKSIN

Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia
๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐’๐“๐€๐“๐”๐’ ๐‚๐”๐€๐‚๐€ ๐๐€๐๐€๐’
5 April 2024
๐Ÿ”ธTerdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu (Padang Terap) Kedah, (Hulu Perak) Perak, (Jeli dan Gua Musang) Kelantan dan (Jerantut, Raub, Temerloh dan Bera) Pahang.
Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
๐Ÿ”ธTerdapat 27 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Baling, Kota Setar, Kulim, Kuala Muda, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik dan Bandar Baharu) Kedah, (Timur Laut dan Seberang Perai Tengah) Pulau Pinang, (Kinta, Kampar dan Kuala Kangsar) Perak, (Tampin dan Jelebu) Negeri Sembilan, (Maran, Lipis, Pekan, Rompin dan Bentong) Pahang, (Pasir Puteh dan Kuala Krai) Kelantan dan (Besut dan Dungun) Terengganu.
๐Ÿ”ธTerdapat 2 kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Mukah dan Limbang.
๐Ÿ”ธTerdapat 3 kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Tenom.

Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Sempena musim perayaan โœจ ini, semua orang sibuk membuat persiapan ๐Ÿช๐Ÿงbagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi jangan lupa untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah ๐Ÿก anda agar dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes ๐ŸฆŸ yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.

๐™๐™ž๐™–๐™™๐™– ๐˜ผ๐™š๐™™๐™š๐™จ, ๐™ฉ๐™ž๐™–๐™™๐™– ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž, ๐™˜๐™๐™ž๐™ ๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ฏ๐™ž๐™ ๐™–.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada semua petugas kesihatan di negara ini!

Teruskan kebersamaan dan kesejahteraan dalam mengekalkan kesihatan diri di bulan yang mulia ini. Jaga kesihatan, kekalkan kebersihan dan rayakan kemenangan ini bersama-sama insan tersayang.

๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜”๐˜ข๐˜ข๐˜ง ๐˜ก๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ.
2024/06/30 19:01:40
Back to Top
HTML Embed Code: